sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 12:29:48 GMT 8
"Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah !!! SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan. SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna. Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM. SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang. "SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah. SENYUM adalah jambatan persahabatan. SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan. Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM. SENYUM harus ada ketululusan. SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut. Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah !!! "SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia. Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan. Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita. Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita. SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu. Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ Willian Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang". Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah. Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan. Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. Bukankah ketawa yang sopan itu sehat. Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak. Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..........
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 23, 2003 12:50:32 GMT 8
tuk?mutiara utk gewe tak doq ke? ;D
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 14:19:26 GMT 8
Jodoh merupakan takdir & perlu mencarinya...
"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.
"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak v. Pasangan yang baik zahir dan batin
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 20:41:28 GMT 8
iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri atok sentiasa bersikap baik dgn nenek..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 25, 2003 21:10:48 GMT 8
Fikirkanlah... Di Mana Letaknya Kejujuran...? Adakah Di Mata... Yang Hanya Pandai Memukau Pandangan? Adakah Di Lidah... Yang Hanya Pandai Memutar Perkataan? Atau Adakah Pada Perilaku... Yang Hanya Pandai Memainkan Perasaan? Ternyata... Kejujuran Itu Lahirnya Dari Hati Yang Suci Murni. Umpama Embun Yang Manitis Di Pagi Hari. Ketahuilah... Kejujuran Yang Lahir Dari Hati Yang Suci Adalah Anugerah Allah Buat Insan Yang Disayangi.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 26, 2003 4:07:45 GMT 8
mutiara kata yg sesuai untuk atok bg kt nenek..mane sweetgirlz dpt kan mutiara kata ni?
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 26, 2003 8:53:05 GMT 8
dia dpt ngan labu labi nyer...hawhaw..jumpa skali kat dalm kolam hahaha... ;D
|
|
|
Post by duo on Dec 26, 2003 10:20:58 GMT 8
Melihat Positif dalam Negatif Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR... 1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran. 3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan. 5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... oleh itu BELAJARLAH BERSYUKUR.......
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 26, 2003 10:26:19 GMT 8
mari kiter nyanyi lagu syukur dr raihan sesama......syukur....syukur...
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 26, 2003 14:46:29 GMT 8
Wah,hafal lak kau lagu raihan ye pokai B.Ingatkan lu hafal lagu putus cinta jerr..Hahahaha
|
|
|
Post by john on Dec 26, 2003 17:28:22 GMT 8
lagu putus cinta ngan lagu jangan ketawa..kahkahkah ;D ;D ;D
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 26, 2003 17:34:14 GMT 8
nak nyanyi g kat topik lirik la...ko ni pokai b...agak2 la klu nak m'bhn pun...ni kan topik mutiara kata...mcm x sopan la ko bhn-m'bhn kat topik ni....sori yea...
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 27, 2003 0:57:56 GMT 8
Iyolah cuak,kau jer yang betul....
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 27, 2003 3:24:55 GMT 8
Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 27, 2003 11:52:56 GMT 8
Sapa ada mutiara naga?Boleh bagi kat aku tak?
|
|