|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 13:09:48 GMT 8
Universiti Putra Malaysia LATAR BELAKANG MISI UNIVERSITI Misi Universiti adalah menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang ulung yang menyumbangkan bukan sahaja kepada kemajuan manusia, dan penerokaan ilmu tetapi juga kepada pembentukan kekayaan dan pembinaan negara. SEJARAH Universiti Putra Malaysia (dahulunya Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan dengan rasminya oleh satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 yang diperbuat dan disiarkan melalui Warta Kerajaan P.U. (A) 387 bertarikh 29hb. Oktober 1971. Penubuhannya adalah berdasarkan percantuman antara Kolej Pertanian Malaysia dan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia dibuat pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad KAMPUS UNIVERSITI Kampus Induk Serdang Kampus induk Universiti Putra Malaysia letaknya di Serdang iaitu kira-kira 23 kilometer di selatan Bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Putra Malaysia merupakan salah satu daripada unit-unit terbesar di Kompleks Pertanian Serdang. Unit-unit lain yang terdapat di dalam kompleks ini termasuklah MARDI, Pusat Penyelidikan Pertanian, Pusat Kajiteknik Makanan dan Institut Pertanian. Kampus Serdang mempunyai keluasan 1,214 hektar. Lebih kurang 121 hektar daripadanya digunakan untuk bangunan-bangunan pentadbiran, dewan‑-dewan kuliah, bangunan asrama, perumahan pegawai, padang-padang permainan dan lain-lain sementara bakinya adalah kawasan Taman Penyelidikan Universiti. SISTEM AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA Kesemua program yang didaftar akan dinilai secara berterusan termasuk menduduki peperiksaan akhir. KURIKULUM PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA Keperluan Kredit : Setiap program lazimnya mengandungi jumlah kredit minimum untuk bergraduat seperti berikut: Program Diploma (2 - 3 tahun) = 90 kredit Kemahiran Bahasa : Pelajar dikehendaki mendaftar dan menduduki peperiksaan bagi kursus kemahiran bahasa. Pengambilan program berkenaan hendaklah dibuat pada semester yang lebih awal agar pelajar dapat mencapai tahap yang ditetapkan dalam tempoh pengajiannya. Pelajar yang tidak mencapai tahap dikehendaki perlu mengikuti kursus berkenaan sebagai pelajar separuh masa sebelum bergraduat. Pengecualian Kursus : Pengecualian Kursus boleh diberikan kepada pelajar yang telah mengikuti program yang sama dan lulus atau program yang setara dengan mencapai sekurang-kurangnya gred C+. Pendaftaran Kursus Elektif : Selain kursus-kursus yang ditetapkan dalam program pengajian, terdapat juga kursus lain yang boleh diambil oleh pelajar sebagal kursus elektif. Seseorang pengajar boleh menghadkan bilangan pelajar yang mendaftar bagi kursus elektif mengikut kemampuannya. Kursus elektif akan diambil kira kreditnya dan diberikan mata nilaian. Pemindahan Kredit : Seseorang pelajar yang bertukar program sama ada dalam Universiti atau dari Universiti-universiti Lain boleh membawa kredit yang sesuai dengan cara mendapat pengecualian kursus. Dekan Fakulti yang menerima pelajar akan menetapkan pengecualian kursus yang sesuai diberikan semasa menimbangkan permohonan pelajar. KLASIFIKASI PELAJAR Setiap pelajar akan didaftarkan mengikut klasifikasi yang ditetapkan berdasarkan kepada jumlah kredit yang telah diperolehi atau diselesaikan. Diploma: Klasifikasi Kredit Awal (Beginners) 0-30 Tengah (Intermediate) 30-60 Akhir (Final) > 60 hingga bergraduat Jam Kredit untuk status Sepenuh Masa : Seseorang pelajar dimestikan mengambil kursus tidak kurang daripada 12 kredit dan tidak melebihi 22 kredit sebagai memenuhi keperluan status sepenuh masa bagi sesuatu semester. Dalam keadaan khas dengan persetujuan Dekan, jumlah kredit boleh melebihi maksimum berkenaan. Bagaimanapun beban kerja untuk satu-satu semester sebaik-baiknya 6 kursus iaitu 18 kredit. Jam Kredit Untuk Status Separuh Masa : Pelajar Klasifikasi Akhir yang sudah tamat mengikuti tahun akhir tetapi perlu mendaftar untuk kurang daripada 12 jam kredit boleh memohon status separuh masa bagi tujuan menyempurnakan keperluan kredit untuk bergraduat. Jam Kredit : Satu kredit adalah satu jam kuliah dalam satu minggu atau dua hingga tiga jam amali atau satu jam tutorial satu minggu. Hari Pertama Kuliah Dan Aktiviti Akademik : Kuliah dan aktiviti akademik akan bermula pada hari pertama setiap semester. Perubahan Pendaftaran Kursus : Penambahan, pertukaran dan pengguguran kursus boleh dibuat sehingga minggu ketiga selepas pendaftaran. Menggugur kursus sehingga minggu ketujuh adalah dengan kelulusan Dekan. Penangguhan Pengajian : Seseorang pelajar boleh dibenarkan menangguhkan pengajian bagi sesuatu semester dengan alasan yang munasabah. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti dalam tempoh dua minggu pertama semester. Selepas tempoh dua minggu, permohonan dibolehkan atas alasan perubatan. Kelayakan Bergraduat : Setiap pelajar yang telah mendaftar bagi sesuatu program pengajian dan telah lulus semua kursus yang diwajibkan bagi program itu atau kursus gantian yang setara, dan memenuhi semua syarat lain yang ditetapkan bagi program ini, serta mencapai purata timbunan mata nilaian tidak kurang 2.000 berhak untuk bergraduat. Senarai pelajar yang bergraduat akan dikemukakan kepada Senat untuk pengesahan. Rayuan : Seseorang pelajar yang mendapat keputusan 'diberhentikan' oleh sebab gagal memenuhi syarat‑syarat untuk meneruskan pengajian bolehlah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Setiap rayuan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Akademik dalam tempoh dua minggu selepas pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 13:14:21 GMT 8
Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaLATAR BELAKANG PROGRAM MATRIKULASI UIAM Objektif Program Matrikulasi adalah untuk menyediakan pelajar‑pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama program ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa. Program ini adalah tertakluk kepada falsafah dan visi universiti yang diusahakan menerusi empat aspek penekanan iaitu integrasi, Islamisasi, pendedahan antarabangsa dan kecemerlangan menyeluruh atau ringkasnya triple ICE atau III CE yang bermaksud integration, Islamization, internationalization dan comprehensive excellence. Dalam pelaksanaannya, universiti menekankan pendidikan berteraskan Islam di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam secara teori dan amali ke arah satu budaya, sesuai dengan keadaan semasa dalam era globalisasi. STRUKTUR KURSUS Kurikulum program Matrikulasi adalah terdiri daripada: > Kursus Wajib Universiti yang mengandungi kursus-kursus dalam bidang: Pengajian Islam Bahasa Arab Bahasa lnggeris >Kursus Wajib Kulliyyah (Fakulti) Kursus ini ditawarkan oleh kulliyyah tertentu dan ianya dirancang untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas yang penting bagi tujuan kemasukan ke Kulliyyah tersebut di peringkat Ijazah. > Kursus Umum - Komputer Kursus ini diwajibkan kepada semua pelajar. Tujuannya adalah untuk memberikan pengalaman dalam pengendalian dan penggunaan komputer. SISTEM SEMESTER Pusat Program Matrikulasi UIAM menggunakan sistem dua (2) semester biasa dan satu (1) semester pendek dalam setiap tahun akademik. Bentuk sistem semester yang dilaksanakan adalah seperti berikut: Semester Biasa Kuliah 7 minggu Cuti Pertengahan Semester 4 hari Kuliah 7 minggu Ulangkaji 4 hari Peperiksaan 11 hari Cuti Antara Semester 2 minggu Semester Pendek Kuliah 4 minggu Cuti Pertengahan Semester 3 hari Kuliah 4 minggu Ulangkaji 2 hari Peperiksaan 5 hari Cuti 4 minggu Dalam Semester Pendek, pelajar-pelajar dibenarkan mengambil satu (1) atau dua (2) mata pelajaran dan ini boleh membantu mereka menamatkan pengajian lebih awal. KAMPUS PENGAJIAN Program Matrikulasi UIAM dijalankan di kampus berikut: KAMPUS PROGRAM YANG DITAWARKAN Petaling Jaya, Selangor Semua program
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 13:17:29 GMT 8
Universiti Teknologi Mara LATAR BELAKANG Universiti Teknologi MARA bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority), sebuah pusat percubaan untuk menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris. Matlarnat penubuhan Dewan Latihan RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pengambilan pelajar pertama seramai 25 orang bagi kursus London Chamber of Commerce dan kursus untuk peniaga peniaga kecil. Pada tahun 1965 Dewan Latihan RIDA betukar nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat) hasil dari Kongres Ekonomi Burniputera yang diadakan dl Kuala Lumpur dari 5 hingga 7 Jun 1965. Pada tahun 1970 Maktab MARA ditukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). ITM diberi otonomi penuh dan tidak lagi diletakkan di bawah Bahagian Latihan MARA. la diletakkan terus di bawah Kementerian Pernbangunan Negara dan Luar Bandar. Pada tahun 1976 Akta ITM diluluskan di Parlimen dan ITM diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1996, Akta ITM dipinda bagi membolehkan ITM berfungsi sebagai universiti tempatan awarn dan membolehkan institut melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan, mengadakan kursus secara francais dan menubuhkan cawangan di seberang laut. Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UTM), setelah peristiharan dibuat oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Minteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM. KEPERLUAN AKADEMIK Pelajar mestilah mendaftar mata pelajaran keperluan Universiti, fakulti dan program di dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula. Seseorang pelajar dikehendaki mengambil dan lulus semua mata pelajaran keperluan Universiti, fakulti dan program yang telah ditetapkan sebelum dianugerahkan diploma/sijil. YURAN PENGAJIAN/SUMBANGAN Pelajar dikehendaki membayar yuran pengajian/sumbangan sebanyak di antara RM90.00 hingga RM200.00 satu semester dan juga bayaran lain termasuk tabung-tabung amanah, perubatan, pendaftaran, pengangkutan dan Minggu Wawasan Siswa yang bejumlah antara RM300.00 hingga RM450.00. KAMPUS PENGAJIAN Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di mana-mana kampus Universiti Teknologi MARA, di seluruh negara bergantung kepada program pengajian yang dijalankan. KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS UiTM Shah Alam, Selangor UiTM Kota Kinabalu, Sabah UiTM Machang, Kelantan UiTM Samarahan, Sarawak UiTM Arau, Perlis UiTM Dungun, Terengganu UiTM Segamat, Johor UiTM Jengka, Pahang UiTM Alor Gajah, Melaka UiTM Sri Iskandar, Perak UiTM Sungai Petani, Kedah UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan UiTM Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 13:21:34 GMT 8
Universiti Teknologi Malaysia LATAR BELAKANG UTM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. Ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kampus Skudai, Johor adalah kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Semarak Kuala Lumpur serta di Kuantan, Pahang. Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telahmenghasilkan lebih 58,773 orang graduan terutamanya di bidang Kejuruteraan dan teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang tenaga kerja profesional dan separuh profesional negara yang utama hingga kini. UTM yang dikenali sebagal sebuah Universiti Diskoveri akan meneruskan kecemerlangan melalui teknologi dan mempelopori dan menerajui perkembangan akademik dan teknologi di negara ini. KEMUDAHAN ASAS Perpustakaan Sultanah Zanariah Menyediakan koleksi yang berkait rapat kepada keperluan penggunanya terutamanya di bidang kejuruteraan dan teknologi. Terdapat 370,000 bahan monograf, 8,079 judul majalah, 7,000 bahan komputer, 40,378 bahan kartografi, 190,348 filem dan bahan rakaman untuk kegunaan pengguna perpustakaan. Pusat Komputer Dan Maklumat Pelajar boleh menggunakan kemudahan komputer yang disambungkan ke cawangan antarabangsa. Makmal-makmal di setiap Fakulti dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang canggih untuk tujuan pembelajaran bagi membiasakan pelajar-pelajar dengan peralatan tersebut apabila masuk ke alam pekerjaan. Hal Ehwal Pelajar (HEP) Pejabat HEP adalah bertanggungjawab di dalam semua urusan yang berkaitan dengan perhubungan pelajar biasiswa/pinjaman kewangan, kesihatan, tatatertib, kegiatan pelajar, penempatan dan perumahan serta kebajikan pelajar. Bantuan Kewangan PTPTN, JPA, MARA Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan swasta adalah merupakan organisasi yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/dermasiswa/pinjaman tiap-tiap tahun kepada pelajar Universiti. UTM juga memberi biasiswa melalui Yayasan UTM di samping menyediakan skim pinjaman jangka panjang dan jangka pendek pelajar. Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar (UPSP) Unit ini mengendalikan program pembangunan dan perkembangan diri pelajar untuk menyokong usaha Universiti melahirkan graduan yang berkualiti dan seimbang sejajar dengan falsafah Universiti. Unit ini adalah di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Program dan pembangunan diri pelajar yang dimaksudkan adalah dikhususkan dalam bidang-bidang kaunseling, kemahiran pembelajaran dan perkhidmatan kerjaya. Sukan Dan Rekreasi UTM menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi untuk pelajar supaya pelajar UTM dapat menilai kepentingan‑kepentingan kecergasan terhadap pembelajaran mereka. Kokurikulurn Mata pelajaran kokurikulum ditawarkan kepada pelajar dengan hasrat untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja baik dad segi akademik tetapi berubah dan mantap dari segi sahsiah dan rohani. YURAN PENGAJIAN++ click here.... www.tutor.com.my/tutor/infoipt/index.asp?sec=UTM * Nota: Bidang Teknologi meliputi semua program di : Fakulti Kejuruteraan Awam Fakulti Kejuruteraan Elektrik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal FakultiKejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Sumber Asli Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi Fakulti Alam Bina Bidang Sains Gunaan meliputi semua program di : Fakulti Pendidikan Fakufti Sains Fakulti Sains Komputer & Sains Maklumat Bidang Sastera lkhtisas meliputi semua program di: Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia ++ Tertakluk kepada pindaan
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 13:25:32 GMT 8
Universiti Malaya PENGENALAN Latar Belakang & Sejarah Universiti Malaya (UM) telah ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 di Singapura. Pada tahun 1956 cawangannya dibentuk di Kuala Lumpur. Status cawangan ini dinaikkan taraf menjadi Universiti Nasional pada 1 Januari 1962, seperti yang tertubuh sekarang. Misi Universiti Untuk menjadi sebuah Universiti Perdana menuju kecemerlangan dalam memaju dan menyebarkan ilmu pengetahuan serta menjunjung hasrat dan kemuliaan cita-cita rakyat dan negara. Objektif Universiti Untuk berada di barisan hadapan ilmu pengetahuan Untuk menghasilkan graduan bermutu tinggi Untuk membangunkan satu angkatan ilmuan yang cemerlang secara berterusan Untuk menyumbang terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat Untuk memajukan nilai‑nilai kemanusiaan sejagat Untuk membangunkan pengurusan yang cekap, inovatif dan beriltizam INFRASTRUKTUR Akademi/Fakulti/Pusat/Institut Terdapat dua buah akademi, dua belas buah fakulti, dua buah pusat dan sebuah institut, menawarkan kursus serta program-program liazah, akademik dan profesional dalam pelbagai bidang. Kolej Kediaman Kampus Utama Sebanyak sembilan (9) buah kolej kediaman yang menyediakan kemudahan makanan di samping penginapan dan lima (5) buah kolej kediaman yang menyediakan kemudahan penginapan sahaja. Setiap kolej kediaman boleh menampung seramai 550-600 penghuni. Kadar bayaran yang dikenakan: Kolej kediaman yang menyediakan kemudahan makanan dan penginapan: RM1 0.00 sehari. Kolej kediaman yang menyedlakan kemudahan penginapan sahala: di antara RM3.50 RM7.50 sehari. Kampus Cawangan Nilam Puri Kolej kediaman di kampus cawangan Nilam Puri, boleh menampung seramai 800-880 penghuni. Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM2.00 sehari tanpa kemudahan makanan. YURAN PENGAJIAN Anggaran kadar yuran bagi program pengajian yang ditawarkan bagi satu semester biasa (tidak termasuk Wang Hemat Diri, Yuran Kolej Kediaman, dan Yuran Minggu Haluansiswa) ialah seperti berikut: PROGRAM dan YURAN -program Akademi Islam Nilam Puri, Kelantan antara RM730.00 hingga RM750.00 -Program Kejuruteraan Bioperubatan RM1, 025.60
|
|
|
Post by roseman on Feb 4, 2004 13:55:44 GMT 8
Aslm..
I really appreciate your noble effort..keep it up. May substantial rewards awaits you in hereafter..wassalam.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 18:55:45 GMT 8
Aslm.. I really appreciate your noble effort..keep it up. May substantial rewards awaits you in hereafter..wassalam. w'slm.. thanks..insyaallah..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 2:32:08 GMT 8
MAKLUMAT AKADEMIK
SISTEM SEMESTER
Sistem Akademik yang diamalkan oleh Universiti Utara Malaysia ialah sistem semester. Dalam satu sesi pengajian terdapat dua (2) semester, iaitu Semester Mei dan semester November. Di dalam satu-satu semester, pelajar akan menghadiri kuliah dan tutorial selama empat belas (14) minggu. Ini diikuti dengan tiga (3) minggu peperiksaan.
Dalam keadaan biasa, tempoh minimum bagi seseorang pelajar memperolehi ijazah nya ialah enam (6) semester. Dalam jangkamasa ini, pelajar perlu mengambil dan lulus sejumlah kredit seperti yang ditetapkan oleh satu-satu program.
Dalam sistem semester, kemajuan seseorang pelajar itu dinilai terus menerus. Pencapaiannya dalam satu-satu semester akan memberi kesan kepada pencapaian keseluruhanya.
Pelajar akan diberi matagred bagi tiap-tiap kursus yang diambilnya. Pengiraan Purata Matagred Keseluruhan (PMK) akan dilakukan pada akhir setiap semester. Pengiraan ini dilakukan sehingga seseorang pelajar itu telah mengumpul sejumlah kredit seperti yang ditetapkan oleh satu-satu program.
Pada semester akhir berada di Universiti, seseorang pelajar itu hendaklah mencapai sekurang-kurangnya PMK yang bernilai tidak kurang daripada 2.00 untuk dianugerahkan ijazah. Sekiranya dia gagal mencapai PMK bersamaan 2.00 pada semester akhir, pelajar boleh dibenarkan melanjut pengajiannya sehingga ke semester sepuluh (10).
Walaupun dalam keadaan biasa seseorang pelajar boleh menyelesaikan pengajiannya dalam tempoh enam (6) semester, Senat Universiti boleh menimbangkan untuk memendekkan jangkamasa ini dengan memberi pengecualian pengambilan beberapa kursus kepada kes-kes tertentu. Ini boleh dilakukan oleh Senat melalui apa yang dinamakan Pemindahan Kredit.
Seseorang pelajar yang memohon pemindahan kredit hendaklah membuktikan bahawa kursus-kursus yang hendak dikecualikan daripada program pengajiannya, yang telah diambil di institusi lain, adalah sama atau setaraf dengan kursus yang ditawarkan oleh Universiti dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Untuk makluman lanjut mengenai pengiraan PMK dan gred-gred yang diberikan, sila rujuk Peraturan Pengijazahan untuk Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian.
PROGRAM & KURSUS
Di Universiti ini, istilah program dipakai untuk suatu bidang pengajian yang akhirnya seseorang itu dianugerahkan satu ijazah, misalnya program Sarjanamuda Ekonomi. Untuk mengikuti mana-mana satu program di UUM, seseorang itu dikehendaki lulus beberapa mata pelajaran seperti TQ1113 (Statistik I) dan dipanggil kursus (Kursus Statistik 1 - TQ1113).
Kebanyakan kursus di Universiti ini membawa tiga (3) kredit tiap-tiap satunya. Bagi kursus sedemikian, pelajar akan bertemu pensyarah sejumlah tiga (3) jam seminggu selama empat belas (14) minggu (jumlah 3 x 14 = 42 jam satu semester). Para pelajar perlu membiasakan diri dengan istilah-istilah baru ini dengan segera untuk mengelakkan kekeliruan.
KULIAH & TUTORIAL
Pelajar dikehendaki hadir dan mengikuti sekurang-kurangnya 80 % daripada semua kuliah dan tutorial sebelum peperiksaan. Ini bererti, bagi sesuatu kursus tiga (3) kredit (42 jam pertemuan), pelajar tidak boleh ponteng lebih daripada lapan (8) kali, sama ada dengan sebab atau pun tidak. Dalam kuliah, pelajar diharapkan akan mencatat bahan kuliah dengan lengkap dan mengambil bahagian dalam semua perbincangan, jika diadakan.
Bagi setiap jam kuliah, seseorang pelajar diharap akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua (2) jam untuk membuat persediaan sebelum kuliah, sama ada dengan membaca terlebih awal atau membuat tugasan lain. Datang ke kuliah tanpa sebarang persediaan adalah tabiat yang merugikan pelajar.
PENDAFTARAN KURSUS
Pendaftaran kursus di Universiti ini dibuat pada setiap semester mengikut Jadual waktu Kuliah dan Jadual waktu Peperiksaan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
MAKLUMAT LAIN
Maklumat terperinci mengenai kelas ijazah yang diberikan kepada program ijazah , struktur pengajian, baban kerja, penilaian, syarat pengijazahan dan lain-lain adalah dijelaskan dalam Peraturan Pengijazahan untuk Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 2:40:24 GMT 8
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PENGENALAN
Latar Belakang dan Sejarah
Universiti Utara Malaysia (UUM) telah ditubuhkan pada 16 Februari 1984 dan memulakan sesi pengajian pertamanya di Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah. Pada 15 September 1990, UUM berpindah ke Kampus Sintok yang terletak kira-kira 48 km dari bandar Alor Setar, dengan keluasannya 1061 hektar. Kedudukan Semasa
Objektif
Objektif UUM adalah seperti berikut : • Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan pengurusan • Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pendidikan pengurusan • Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pendidikan pengurusan Misi
Misi Universiti adalah untuk menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan bertaraf dunia. Institut Kecemerlangan
Sehingga kini sebanyak 16 buah Institut Kecemerlangan telah ditubuhkan di bawah pelbagai Fakulti di UUM iaitu seperti berikut:
• Institut Kajian Darul Aman (IDAMAN) • Institut Kajian Pengguna • Institut Kajian Perakaunan • Institut Kemajuan Pendidikan dan Pembangunan Remaja dan Kanak-Kanak (IKRAK) • Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan • Institut Pembangunan dan Inovasi Perisian (SDII) • Institut Pembangunan Keluarga (INPEK) • Institut Pengurusan Bencana • Institut Pengurusan Islam • Institut Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti • Institut Pengurusan Pengangkutan • Institut Penyelidikan Ekonomi (INSPEK) • Institut Penyelidikan Pencukaian • Institut Penyelidikan Perakaunan Kerajaan Negeri dan Tempatan (IFSALGAR) • Institut Perbankan Islam • Institut Perundangan Korporat Di samping itu, Kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan sebuah Institut peringkat nasional di UUM dan ia telah dinamakan sebagai Institut Pemikiran Dr.Mahathir. Bilangan Pelajar dan Tenaga Pengajar
Pada Semester Pertama Sesi 2003/2004, UUM mempunyai seramai 22,804 orang pelajar di peringkat pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut merangkumi 18,024 pelajar sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama, 1,420 pelajar Program Kerjasama, 999 pelajar secara Pengajian Jarak Jauh dan 2,363 pelajar Ijazah Lanjutan. UUM mempunyai seramai 1,080 orang staf akademik dan 1,039 staf pentadbiran dan sokongan sedang berkhidmat di Universiti ini. Kolej Kediaman
UUM menyediakan sebanyak 15 buah kolej kediaman yang boleh menampung kesemua pelajar pada satu-satu masa. Kemudahan penginapan yang selesa disediakan kepada semua pelajar sepanjang pengajian. Setiap kolej kediaman dinamakan mengikut nama firma korporat iaitu :
• Kolej MAS • Kolej Tenaga Nasional • Kolej PROTON • Kolej PERNAS • Kolej PETRONAS • Kolej EON • Kolej GUTHRIE • Kolej MISC • Kolej TELEKOM • Kolej PERWAJA • Kolej Yayasan Al-Bukhary • Kolej Bank Muamalat • Kolej MAYBANK • Kolej Bukit Kachi 1 (akan dinamakan) • Kolej Bukit Kachi 2 (akan dinamakan) Fakulti
Mulai Semester Kedua Pengajian 2003/2004, UUM memperkenalkan sistem Fakulti dan kini UUM mempunyai sebanyak 13 buah Fakulti seperti berikut :
• Fakulti Ekonomi • Fakulti Kewangan dan Perbankan • Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden • Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia • Fakulti Pengajian Antarabangsa • Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang • Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar • Fakulti Pengurusan Perniagaan • Fakulti Pengurusan Teknologi • Fakulti Perakaunan • Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan • Fakulti Sains Kuantitatif • Fakulti Teknologi Maklumat
Program Yang Ditawarkan
Terdapat sebanyak 24 program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian yang ditawarkan oleh pelbagai Fakulti di UUM seperti berikut :
• Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (UE00) • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (UE02) • Ijazah Sarjana Muda Kewangan (UE07) • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat)(UE17) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (UP03) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (UP08) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (UP09) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (UP10) • Ijazah Sarjana Muda Perbankan (UP15) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (UP16) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Pendidikan (Perakaunan) (UT08) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Pendidikan (Teknologi Maklumat) (UT20) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) (UT21) • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (UC01) • Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan (UG22) • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (UA02) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (UP01) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (UP11) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial ((UP12) • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (UP17) • Ijazah Sarjana Muda Multimedia (UC12) • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(UL00) • Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian (UP22) • Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian (UP35)
Sistem Pengajian
Sistem Akademik yang diamalkan oleh UUM ialah sistem semester. Dalam satu sesi pengajian terdapat dua (2) semester, iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Di dalam satu-satu semester, pelajar akan menghadiri kuliah dan tutorial selama 14 minggu. Ini diikuti dengan tiga (3) minggu peperiksaan dan juga cuti semester.
Penutup
Selaras dengan objektif dan misi penubuhan UUM sebagai sebuah Universiti yang mengendalikan pendidikan pengurusan, tenaga kerja yang mahir dalam bidang pengurusan akan digembleng bagi menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang keterangan lanjut mengenai program pengajian boleh dikemukakan kepada:
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 3174/3108/3168/3103 04-924 1801 Faks: 04-928 3109 Emel: heanet@uum.edu.my Laman Web: www.uum.edu.my
click here important![/color][/size] www.uum.edu.my/hea/kemasukan/lepasan%20matrikulasi.htm
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 2:03:31 GMT 8
Penubuhan Universiti Putra Malaysia mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini yang bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan
Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947.Bermulanya kenaikan taraf kepada Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947, kecemerlangan kolej ini semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Jaunari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaysia sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya. Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan Kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilah pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pagawainya. Penubuhan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi satu kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971.
Penubuhan UPM diasaskan oleh gabungan Kolej Pertanian Malaya, dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd Rashdan Baba adalah Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dan 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Petemakan, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pertanian. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977.
Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang Sains dan Teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensitif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, secara peringkat derni peringkat UPM menambahkan bidang- bidang baru dalam program pengajiannya misalnya sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi Universiti abad ke-21.
Universiti Pertanian Malaysia menempa satu lagi sejarah dengan pengisytiharan nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 April 1997 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad. Nama baru ini menggambarkan UPM menawarkan pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi di samping program berkaitan pertanian, perhutanan dan veterinar. Malah UPM masih terus memperkukuhkan bidang pertanian, termasuklah disiplin yang berkaitan dengannya selaras dengan dasar negara dan keperluan masyarakat
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 2:07:56 GMT 8
Fakulti Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
fax : 603-89466576
tel : 603-89466555
e-mail : admin
|
|
|
Post by Anonymous on Jun 20, 2011 15:42:06 GMT 8
Universiti Teknologi Mara LATAR BELAKANG Universiti Teknologi MARA bermula pada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority), sebuah pusat percubaan untuk menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris. Matlarnat penubuhan Dewan Latihan RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pengambilan pelajar pertama seramai 25 orang bagi kursus London Chamber of Commerce dan kursus untuk peniaga peniaga kecil. Pada tahun 1965 Dewan Latihan RIDA betukar nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat) hasil dari Kongres Ekonomi Burniputera yang diadakan dl Kuala Lumpur dari 5 hingga 7 Jun 1965. Pada tahun 1970 Maktab MARA ditukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). ITM diberi otonomi penuh dan tidak lagi diletakkan di bawah Bahagian Latihan MARA. la diletakkan terus di bawah Kementerian Pernbangunan Negara dan Luar Bandar. Pada tahun 1976 Akta ITM diluluskan di Parlimen dan ITM diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1996, Akta ITM dipinda bagi membolehkan ITM berfungsi sebagai universiti tempatan awarn dan membolehkan institut melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan, mengadakan kursus secara francais dan menubuhkan cawangan di seberang laut. Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UTM), setelah peristiharan dibuat oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Minteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM. KEPERLUAN AKADEMIK Pelajar mestilah mendaftar mata pelajaran keperluan Universiti, fakulti dan program di dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula. Seseorang pelajar dikehendaki mengambil dan lulus semua mata pelajaran keperluan Universiti, fakulti dan program yang telah ditetapkan sebelum dianugerahkan diploma/sijil. YURAN PENGAJIAN/SUMBANGAN Pelajar dikehendaki membayar yuran pengajian/sumbangan sebanyak di antara RM90.00 hingga RM200.00 satu semester dan juga bayaran lain termasuk tabung-tabung amanah, perubatan, pendaftaran, pengangkutan dan Minggu Wawasan Siswa yang bejumlah antara RM300.00 hingga RM450.00. KAMPUS PENGAJIAN Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di mana-mana kampus Universiti Teknologi MARA, di seluruh negara bergantung kepada program pengajian yang dijalankan. KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS UiTM Shah Alam, Selangor UiTM Kota Kinabalu, Sabah UiTM Machang, Kelantan UiTM Samarahan, Sarawak UiTM Arau, Perlis UiTM Dungun, Terengganu UiTM Segamat, Johor UiTM Jengka, Pahang UiTM Alor Gajah, Melaka UiTM Sri Iskandar, Perak UiTM Sungai Petani, Kedah UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan UiTM Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang
|
|