Post by pointbreak on Nov 20, 2003 4:12:19 GMT 8
Semua fakta-fakta ni berdasarkan kajian islam dan sains:
Kenapa kita makan menggunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah SAW. Beliau akan menggaulkan nasi dan lauk dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar. Lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam dengan menggunakan jari kelingkingnya, lalu Rasulullah menghisap graram tersebut. Kemudian barulah Rasulullah akan makan nasinya tadi.
Mengapa?
Kerana kedua-dua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit berbanding kiri. Ini berlaku kerana enzim yang ada di tangan kanan merupakan enzim yang menolong proses penghadam (digestion) yang merupakan the first process digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang amat diperlukan oleh badan. Cecah garam dari jari kita samalah dengan 1 liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya yang berasal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sumber mineral, garam juga adalah penawar yang mujarab bagi keracunan. Di hospital-hospital, rawatan pertama untuk keracunan ialah Sodium Chloride iaitu garam. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
Cara Rasulullah mengunyah?
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut senang memproses makanan yang dimakan.
Membaca Bismillah
Membaca bismillah sebelum makan adalah untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun akan membuat perjanjian dengan Allah SWT. Apabila bismillah dibaca, maka bacteria dan racun musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah SAW minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas semasa minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minuman itu kita tentu akan bernafas serta menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila kita menghembus, kita akan mengeluarkan Co2 (karbon dioksida) yang apabila bercampur dengan H2o (air) akan menjadi H2co3 iaitu sama dengan cuka, sekaligus menyebabkan minuman itu menjadi asidik. Jangan minum air yang panas kerana sebabnya sama seperti di atas. Cara minum: seteguk dahulu, kemudian bernafas sehingga habis.
Mengapa Kaabah terletak di Makkah Al-Mukarramah?
Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendekiawan dari Pakistan dan Arab. Didapati tempat terletaknya Kaabah sekarang adalah betul-betul di tengah-tengah bumi.
Mengapa Kaabah empat segi?
Melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama (equality and unity). Tidak seperti pyramid (segitiga) dimana ia diumpamakan seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah memijak-mijak yang lain. Selain itu, ia juga melambangkan empat imam besar iaitu Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafii sekaligus melambangkan keempat-empat imam tersebut .