Post by chief on Apr 3, 2004 13:38:30 GMT 8
FWD by chief..
Assalamualaikum wrt wbt.
Saya Muhamad Munif Osman selaku orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal kewangan pelajar di Kolej Islam Antarabangsa rasa terpanggil untuk menjawab dan menerangkan segala masalah yang timbul mengenai kewangan pelajar sejak akhir-akhir ini. Sebelum saya meneruskan perjalanan penerangan saya, saya ingin memohon kemaafan sekiranya ada yang kurang dan terlebih. Kerana saya hanya manusia biasa yang telah dipertanggungjawabkan untuk MEMBANTU adik-adik para pelajar KIA dalam hal ehwal pinjaman pendidikan bagi meneruskan usaha murni adik-adik yang inginkan kejayaan dalam hidup.
Perkara ini lebih tertumpu kepada adik-adik pelajar yang mendapat tajaan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Untuk makluman adik-adik sekelian, pembayaran pinjaman untuk semester November 2003/2004 atau semester 2 2003/2004 bagi adik-adik yang bernombor matrik 011 hingga 031 dikeluarkan secara berperingkat oleh pihak PTPTN. Ianya bermula dari tarikh 16/2/2003, 20/2/2003 dan 27/2/2003.
Saya sedia maklum wang pinjaman ini adalah HAK ADIK-ADIK PELAJAR! Tapi pernah terfikir atau tidak bagaimana usaha saya untuk mendapatkan wang pinjaman adik-adik daripada pihak PTPTN dengan mendahului kolej-kolej lain? Sedangkan kolej-kolej lain masih belum menerima pinjaman untuk semester November 2003/2004? Hampir tiap-tiap hari saya menelefon dan berjuma pegawai terbabit bertanyakan kewangan adik-adik sehingga saya disindir sinis oleh pegawai tersebut. Apa yang saya terima daripada adik-adik adalah kemarahan dan herdikan berserta maki hamun baik daripada adik-adik pelajar mahupun ‘parent’ baik secara berdepan, telefon dan forum IIC hanya kerana wang PINJAMAN adik-adik lambat masuk ke akaun adik-adik! Kemudian timbul cerita mengenai pihak kolej telah lama menerima wang PINJAMAN adik-adik daripada PTPTN dan ada pihak adik-adik membuat kesimpulan bahawasanya pihak kolej terutama ‘Abang Munif’ menyimpan duit adik-adik pelajar. Apa buktinya saya atau kolej menyimpan duit pinjaman adik-adik pelajar? Baik saya atau kolej tidak kemaruk dengan duit pinjaman PTPTN, kolej dalam keadaan sekarang juga, tidak pun kaya raya jika benar menyimpan duit adik-adik pelajar! Begitu juga dengan saya! Cukup dengan ilmu pengetahuan yang emak abah saya berikan dan guru-guru semasa di sekolah mahupun di universiti membuatkan saya mengenali mana yang baik atau sebaliknya.
Ada pula di kalangan adik-adik pernah berlakon melalui talian telefon dengan menyamar sebagai wartawan NTV7 dari edisi siasat! Dengan mengugut saya untuk membuat liputan bahawa pihak kolej menyimpan wang pinjaman pelajar. Tapi itu semuanya tipu! Tidak ada penyelewengan berlaku! Pihak yang melabelkan dari NTV7 edisi siasat tidak muncul-muncul di kolej! Saya diajar supaya mempunyai prinsip untuk hidup atau bekerja. Sebab itu saya tidak GENTAR jika ada pihak adik-adik ingin membuat laporan kepada pihak tertentu ataupun kepada PTPTN sendiri.
Untuk pengetahuan adik-adik, Pengurus Pinjaman Pelajar PTPTN dan pegawai yang mengendalikan KIA amat arif bagaimana cara saya bekerja dalam mengendalikan kewangan adik-adik pelajar.
Apabila pihak kolej menerima cek daripada PTPTN untuk pembayaran semester November 2003 secara berperingkat, (seperti yang dijelaskan sebelum ini) ramai di antara adik-adik pelajar memaksa pihak saya supaya menyegerakan proses kemasukan wang pinjaman ke akaun adik-adik. Pihak kolej dan saya sendiri faham dengan keadaan adik-adik pelajar pada waktu itu. Tetapi jika pihak kolej simply memasukkan kesemua jumlah pinjaman adik-adik sebanyak RM2500 ke akaun adik-adik, akan menimbulkan banyak masalah. Jesteru itu, pihak kolej memerlukan 21 hari bekerja untuk proses wang pinjaman adik-adik secara berperingkat, sepertimana wang pinjaman tersebut kolej terima dengan kadar berperingkat juga.
Pada peringkat awal dahulu, untuk batch yang pertama sehigga yang ada sekarang ini, pengurusan kewangan adik-adik dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan sistem manual.
Alhamdulillah, untuk permulaan tahun ini, unit kewangan pelajar telah menerima satu sistem kewangan pelajar bagi melancarkan perjalanan dalam menguruskan kewangan adik-adik.
Harap adik-adik faham, apabila kita mempunyai sesuatu yang baru kita perlu mencubanya dahulu. Jadi inilah yang telah berlaku kepada adik-adik semua, iaitu kelewatan dari segi REFUND dan pengeluaran STATEMENT OF ACCOUNT. Secara peribadi, Saya MUHAMAD MUNIF BIN OSMAN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA ADIK-ADIK PELAJAR DI ATAS KELEWATAN INI. JIKA SAYA ADALAH ORANG YANG TIDAK LAYAK UNTUK MENGURUSKAN HAL EHWAL KEWANGAN DAN PINJAMAN ADIK-ADIK SAYA SEDIA BERUNDUR DARI UNIT KEWANGAN PELAJAR DEMI KEPENTINGAN ADIK-ADIK DAN KESEJAHTERAAN KIA.
Walaupun begitu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Adnan Arfeen Rauf, Cik. Sity Zaleha, Cik Noraini (AIN), Cik Fauziah (Mama G), Pn. Siti Fatimah (CT), Pn. Mutia Azura dan En. Jaya yang banyak membantu saya dalam memproses bayaran yang diterima daripada PTPTN untuk semester November 2003/2004. Jasa kalian tidak mampu saya balas dan sentiasa akan saya kenang.
Khas untuk adik-adik pelajar matrik nombor 021 atau intake yang lain, kebanyakkan adik-adik tidak menerima refund adalah disebabkan pihak kolej telah menolak bayaran adik-adik yang masih tertunggak di tahun pertama pengajian. Ini adalah arahan yang saya terima daripada CEO dan Deputy CEO. Oleh itu, saya mohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku.
Mengenai adik-adik pelajar 011, ada diantaranya yang dapat refund penuh atau kurang, ini adalah disebabkan pihak kolej telah menolak yuran adik-adik yang masih tertunggak semasa pengajian di tahun pertama. Untuk pengetahuan adik-adik sekelian, apa yang termaktub dalam “statement of account’ yang dikeluarkan pada 2/4/2004 adalah setakat mana adik-adik bayar dengan menggunakan duit PTPTN.
Jangan sesekali membandingkan dengan kawan-kawan yang lain kerana di antara adik-adik berlainan cerita. Jesteru itu, jika masih ada yang kurang jelas sila berjumpa dengan saya ataupun Sity Zaleha.
Untuk akhirnya, bagi adik-adik yang telah dapat refund masing-masing saya nasihatkan gunalah sebaik yang mungkin dan yang masih belum menerimanya harap bersabar, terutama yang menggunakan akaun Bank Muamalat, atas alasan pihak kolej perlu menyediakan cek kepada bank muamalat kerana kolej tiada akaun di Bank Muamalat dan cek tersebut perlu “diclearkan” oleh pihak bank dalam tempoh dua hari, selepas itu baru pihak bank akan “key-in” jumlah wang adik-adik ke akaun. Selalunya masalah yang timbul adalah di pihak kolej mendapatkan “signature” Board of Directors untuk cek terbabit. Tetapi, pihak kolej tetap akan menyelesaikan urusan ini secepat yang mungkin.
Bagi adik-adik yang sudah menamatkan pengajian, deposit RM100 yang telah dibayar semasa pendaftaran dahulu kolej akan pulangkan tetapi mengambil sedikit masa dan kerjasama daripada adik-adik amat diperlukan. Perkembangan hal ini akan saya siarkan melalui laman web KIA melalui bantuan En. Jaya.
Sebagai peringatan, jika masih ada yang kurang dalam penjelasan saya ini, diharapkan dating berjumpa saya. Jangan mendiamkan diri, kerana saya tidak mampu untuk bertanya setiap seorang daripada adik-adik pelajar. Bagi saya, adik-adik mempunyai hak untuk tahu. Jangan malu dan segan. Selagi saya mampu untuk tolong, saya akan tolong. Jika tersilap, saya hanyalah hamba yang lemah dan pelupa. Sebagai manusia yang bertamaddun dan merdeka kita jangan cepat melenting dan menunding jari, kita ada cara kita, kita kaya dengan budaya dan resam. Ampun dan maaf saya pinta kerana saya hanyalah seorang pengembara di bumi Allah. Izinkan saya berundur….
Sekian…Wassalam.