|
Post by bakriah on Apr 11, 2005 15:55:42 GMT 8
kolej tanak amik tindakan pasal masalah2 yg kami menghadapi kat bukit lela... kami nak luahkan apa yang kami rasa dengan tempat dan owner hostel yg teruk itu!
|
|
|
Post by bakriah on Apr 28, 2005 20:12:44 GMT 8
kepada semua warga iic, Assalamualaikum Sila luahkan semua perasaan pasal bukit lela, penipuan ini tak boleh terus berlaku, mesti ada orang yang nak bersuara, aku seorang sahaja tak boleh , kene ramai orang jadi kolej akan ambil tindakan, ingat! Tuan Haji ada 10+ suara(termasuk pekerja pak haji, warden/pensyarah dan keluarga pak haji), kita ada 350++ orang yang tak puas hati dgn bukit lela tapi hanya beberapa je yg berani cakap, ya la kita bersuara tapi di antara kita je, apa gunanya?Aku merayu kat semua orang, luahkanlah perasaan korang pasal bukit lela dan pak haji tu .. USELESS kalau kita kutuk pak haji, USELESS kalau kita luahkan rasa di antara kita, KITA KENE AMBIK TINDAKAN secara cepat, Masalah macam ni pun tak baik untuk imej kolej islam antarabangsa, apa yang diorg cakap pasal bukit lela sebelum kita masuk baik tapi kalau dah masuk senario dah lain, tatau la.. Diharap semua akan bersuara dan luahkan perasaan dengan pihak2 kolej ataupun di forum ni sahaja, saya pecaya forum ini pun boleh merubah masalah yg kita harap sekarang ni .. apa yg saya panggil sebagai "Dilema Bukit Lela" Tun Dr Mahathir ada Buku"Dilema Melayu" nanti kalau saya memang tak tahan nak bagitau seluruh malayasia pasal dilema yg kita pelajar2 harap kat kolej ini , itu ialah "Dilema Bukit Lela" Kita Kene Paham Negara ini demokratik, cakap saja apa yg kita fikir tolonglah! kita tak boleh biarkan ia macam tu sahaja.. kalau kolej tak ambik tindakan kita boleh bagitau Kementerian Pendidikan pasal masalah ini terima kasih banyak2 sbb mengambil masa baca ni dan diharap semua akan sedar apa yang saya cakap. Ingat semua: berani kerana benar, takut kerana salah dan... "Pergi Mendaki gunung daik hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa" Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. "bakriah"
|
|
|
Post by bakriah on Apr 28, 2005 20:48:37 GMT 8
Dari pandangan saya inilah masalah2 dengan bukit lela.. tolongla cakap kalau korang setuju atau tidak, diharap semua akan cakap apa yang betul sahaja dan tidak ada orang yang akan menyebelahi pak haji sebab menyebelahi dia mcm satu penipuan, tolong la cakap kalau setuju atau tidak , boleh tambah jugak.. Suara Pelajar MESTI didengar!
1. Sebelum masuk , pihak pengurusan asrama sangat baik kepada pelajar2, cakap hostel bagus sangat kalau ada masalah jumpa diorg je.... tapi kalau dah masuk LAIN! ada masalah pun kalau bersuara kitorg CEREWET, keadaan hostel pun lain daripada apa yang diorg cakap kat kite atau ibubapa kita. Itu bukan merosakan imej pak haji sahaja tapi imej kolej pun akan terjejas. sebab tu la saya rasa pelik kolej tidak ambil tindakan pasal masalah tu .. tak mungkin diorg tak tahu !
2.kemudahan tak cukup, tandas teruk , kawasan hostel kotor banyak tahi kucing, banyak tikus, lipas, anjing.. dengar cakap anjing tu pak haji yang punya tapi pasal tu saya tak berani komen sebab takde bukti.
3. Yuran asrama tidak berpatutan dengan apa yang kita dapat, deposit tak bagi balik kalau tak stay tuk setahun, kalau stay tuk setahun pun tak bagi balik duit, saje bagi sebulan stay percuma... mana boleh? macam paksa student stay kat hostel yang teruk tu , siapa yang boleh tahan?INI MALAYSIA, NEGARA DEMOKRATIK!!!!
4. Jadual transport ada masa awal sangat ada masa lambat sangat, tapi kalau mcm 2 takpe, tapi masa student yg late, diorg nak marah, jerit kat student tu.. ni tak adil.....
5.Pihak pengurusan asrama tak nak mengaku kalau melakukan kesilapan, macam nak cakap maaf kat student pun susah sangat..
6.Kalau ada pihak kolej nak datang diorg pasti akan bersihkan kawasan asrama, tapi kalau diorg dah balik lain lagi, tu la masalah, dan satu lagi pun saya rasa pak haji tu ada kawan baik dalam admin ......itu konspirasi untuk saya , kita sebagai orang islam tak boleh mcm tu , kene buat apa yang betul dan adil.. tidak boleh menyebelahi sesiapa yang salah.. keislaman kolej kita sekarang ni kat mane? tak semestinya dia haji dia baik tau, kene dengar suara pelajar jugak
7. Bising sangat pasal students, suka buat komen pasal pelajar2 .. terutamanya pelajar2 yang dah nak keluar dari asrama!!!
..........................................................................................
Soalan/Cabaran untuk pihak2 kolej islam antarabangsa
1. Kenapa pihak kolej tak tanya students pasal bukit lela tu.. kenapa tanya warden? warden pasti menyebelahi pihak pengurusan hostel tu.. sebab diorg dapat MAKAN FREE, TIDUR FREE...Kolej mampu buat survey ke? tu yang saya nak tunggu. sebelum ni ada survey yg ada cop STADD tapi masalahnya keputusannya kat mana? dah dibuang ke? ataupun palsu ke.. saya cabar pihak kolej buat satu survey pasal asrama tu ... tanya orang yang masih kat bukit lela dan yang sudah keluar... lagi adil , kalau tanya orang yang masih stay rasanya tak adil sebab tak semuanya berani bersuara ... kene dengar suara semua student yang pernah stay kat bukit lela, utk yg masih stay tanya apa masalah sekarang dan yang dah keluar kenapa keluar, apa yang mereka pikir pasal management asrama dan soalan lain, sebenarnya saya tak perlu ajar macam mana nak buat survey.. itu tanggungjawab pihak asrama/kolej...
2.Buat open forum pasal masalah tu.. bukan di BUKIT LELA tapi di KOLEJ ISLAM ANTRABANGSA... tapi saya percaya masalah tu tak boleh di selesaikan sampai hostel KIA tak pindah .
3. Cari hostel lain, dan satu lagi dari Bukit Lela susah nak pergi kolej baru kita.
|
|
|
Post by bakriah on Apr 28, 2005 20:50:21 GMT 8
kalau ada pihak kolej yang dapat baca forum ni tolong balas la, saya nak tengok reaksi anda
|
|
|
Post by pejuangbangsa on Apr 30, 2005 19:10:03 GMT 8
ok baik kalau macam itu, saya bersuara, Ini cerita saya .... Saya ni masuk IIC pd bulan Jun, maksudnya Kad Matrik saya 041.. masa tu bukit lela tak cukup bilik , kami terpaksa tidur di lantai tanpa bilik sendiri, 20 orang kongsi 1 tandas.. selepas itu Tuan Haji bina "blok B" dalam masa 1 -2 bulan dia boleh bina asrama, wahh.. patutlah banyak retak kat dinding! Satu lagi asrama ni banyak masalah seperti air yang kotor (warna kuning), selalu tidak ada air pada waktu malam, kawasan asrama kotor, kemudahan tidak cukup, tuan rumah mata duitan.. pada pandangan saya kalau orang mata duitan ok je, tapi dia tak jaga kita , walaupun saya sudah keluar dari hostel itu, saya nak bagitahu pihak kolej tentang kesusahan yang kami alami dalam asrama itu..Ada masalah tuan rumah taknak mengaku, selepas itu semua salah pelajar, kawasan teruk pun salah pelajar.. mana boleh, dan satu lagi yang saya tak suka saya sudah keluar dari hostel itu tapi deposit tak bagi balik, patutlah mereka tak apa kalau ada student keluar, sebab kalau ada student yang keluar bukan tuan haji yang rugi tetapi students sendiri,setiap student yang nak keluar mereka dapat free RM 200! wow, patutlah ada 300+ pelajar keluar, dia dapat RM 60,000... wow! penipuan ni sgt hebat... mereka pun ( termasuk kolej) tipu ibubapa saya cakap hostel ini sangat bagus... saya rasa sedih nampak kolej sudi nak kerjasama dengan tuan haji menipu pelajar pelajar, saya harap kolej akan ambil tindakan..
|
|
|
Post by pejuangbangsa on Apr 30, 2005 19:11:48 GMT 8
takkan lah bakriah... takkan.. dia org kerjasama dengan tuan haji untuk dapat COMISSION tau?? kalau ada pihak kolej yang dapat baca forum ni tolong balas la, saya nak tengok reaksi anda
|
|
|
Post by pejuangbangsa on Apr 30, 2005 19:16:34 GMT 8
Kolej kita macam pejamkan mata dgn isu ini, takkan mereka tak tau apa masalah2 students dgn tuan haji yusof dan asrama bukit lela, saya tak percaya merka tidak tahu, cume tak nak mengaku je... saya setuju dengan bakriah tentang masalah2 yang dia ada dengan bukit lela, tetapi saya nak tambah lagi, bilakah tuan haji yusof nak berhenti melakon sebagai orang yang baik? sebab dia hantar student ke kolej supaya orang akan kesian kat dia, dia suruh bini dia memandu supaya orang akan kesian kat "orang tua" itu..mereka mulut manis tapi hati jahat, saya tahu susah nak buktikan sebab dengan lecturer mereka sangat baik mcm bakriah cakap, makanan percuma siapa yang nak bersuara.. untuk pihak kolej .. jangan la mcm itu, kita sebagai orang yang berprinsip kene ambil tindakan dengan masalah2 students...
|
|
|
Post by bakriah on May 3, 2005 20:03:32 GMT 8
BILAKAH KOLEJ NAK AMBIK TINDAKAN.. SAMPAI BILA PENIPUAN INI AKAN BERTERUSAN? SAMPAI BILA??? Tolonglah .... pihak kolej .. saya pasti kamu pun penah menjadi students.. tolonglah memahami kami..
|
|
iium
New Student
Posts: 1
|
Post by iium on May 3, 2005 20:12:56 GMT 8
saya sokong kate2 di atas.. arah kiblat takde.. menyusahkan pelajar baru.. bumbung bocor, tiada bdn kebajikan utk pelajar, deposit x logik, agremeent yg hanye mementingkan pihak pengurusan, tiada unsur islamic (name jek IIC, at least watla semyg jemaah ke usrah ke ape), byran x setimpal dgn ape yg kite dpt.. dan sbgnye..
|
|
|
Post by taufiqKELATE on May 4, 2005 18:22:18 GMT 8
saya tak puas hati jugak dengan pihak pengurusan asrama.. cume mementingkan diri mereka.. tak kisah pasal pelajar pelajar, yg penting untuk mereka ialah memperbaiki imej mereka dengan kolej bukan dengan pelajar.. nak cerita pun takde masa lagi.. saya cume nak bagitau semua saya pun ada masalah dgn bukit lela.. itu je
==wasalam===
|
|
|
Post by taufiqKELATE on May 4, 2005 18:24:25 GMT 8
Ya, betul tu.... byran memang tak berpatutan dgn apa yg kite dpt... deposit pun tanak bagi balik saya sokong kate2 di atas.. arah kiblat takde.. menyusahkan pelajar baru.. bumbung bocor, tiada bdn kebajikan utk pelajar, deposit x logik, agremeent yg hanye mementingkan pihak pengurusan, tiada unsur islamic (name jek IIC, at least watla semyg jemaah ke usrah ke ape), byran x setimpal dgn ape yg kite dpt.. dan sbgnye..
|
|
pali
New Student
Posts: 1
|
Post by pali on May 5, 2005 19:55:38 GMT 8
TEXTTEXTTEXT
sebagai warga iic saya percaya saya berhak bersuara dan cerita tentang pengalaman buruk saya di bukit lela Saya tidak dibenarkan mengambil keputusan exam sebab ada tunggakan.. tetapi sebenarnya tunggakan itu deposit aje.. saya tak bayar deposit RM 200 sebab dalam pendapat saya ia sistem yg tidak adil dan saya pun bukan orang kaya.. saya kerja "part time" dekat McDonalds setiap hari dapat 6 ringgit aje, makan kat rumah tuan haji pun duit dah habis...
Aduan-Aduan Saya Tentang ASRAMA PUTERA BUKIT LELA:
1. Bayaran tidak berpatutan dengan apa yang kita dapat 2.Makanan pun sedap, mahal. nak tambah sikit pun nak caj RM 2. 3.kebersihan makanan tidak dijamin, di dapur kita boleh nampak banyak lipas, lalat ,semut dan sebagainya, yang masak makanan pun tak semestinya bersih,warga indon dan india, kenapa tak ambil orang kita sendiri? 4.kebersihan asrama 5.Keadaan Asrama.. Asrama dibina dengan kayu /simen yg tak berapa baik dan boleh dianggap"second class" di sini boleh dinampak dinding dan lantai ada retak... ada masa saya tertanya adakah asrama ini sedia untuk gempa bumi dan sebagainya? 6.Nak tanya kalau asrama ini sedia untuk laluan kebakaran? 7. Saya pun tertanya kenapa rumah orang Melayu banyak anjing kat situ? bukankah ia najis berat? 8.Sebagai Asrama Kolej Islam, kenapa sini banyak maksiat yang berlaku, selalunya ada nampak budak2 perempuan pada waktu malam.. saya yakin pihak pengurusan asrama pun tahu tetapi kenapa tidak ambik tindakan yang sesuai? 9. Asrama kotor.. banyak tahi kucing.. ya la saya tau tuan haji tu akan cakap kebersihan bilik ialah tanggungjawab pelajar, tetapi kalau pintu rosak dan kucing masuk macam mana? adakah dia jangka kitorg nak bersihkan tahi kucing tu? sapa yang punya kucing tu .. itu soalan yang sesuai 10.kalau ada masalah dengan bilik.. suruh tuan haji repair pun kene ambik masa... ada masa memang lama buat kitorg tak tahan 11. kenderaan susah nak dapat dari sini, van tuan haji pun takde jadual, kalau student yang lambat dia nak marah pulak, tapi kalau dia atau bini dia yang lambat kitorg tak cakap apa2 pun 12.Ketika ada pihak kolej nak datang, diorg akan mengemaskan asrama.. tetapi kalau tidak ada.. asrama macam hostpital sakit mental... sampah pun tak ambik.. suruh ambik pun kene ambil masa 3 hari.. macam orang gaji sibuk sgt.. tetapi selalunya nampak tengok tv ... 13.Sebenarnya pihak pengurusan asrama kene baik dengan students tetapi diorg ni sombong.. salah kira pun tanak mengaku, lepas itu nak marah student pulak 14.pihak pengurusan asrama suka buat cerita pada pelajar2 baru.. nak burukan imej pelajar2 lama..
Menyusahkan orang lain ialah HARAM dari segi Islam, Saya tidak tahu mcm mana KOLEJ "ISLAM" ANTARABANGSA boleh ambil hostel yg macam ini..
|
|
|
Post by bakriah on May 8, 2005 22:19:08 GMT 8
haha... tak habis2 pa haji tu... setiap kali ada student nak die akan berbaik2 dgn student tu cube pujuk die jgn kuar.. pastu kalau student tu tanak dgr ape yg die ckp die akan bagi free food bla bla... same is true kalo ibubapa kitorg yang dtg , semua free , tapi kalo die org dah balik . semua nak kira, seringgit pun nak kira... huh... penuh dengan hipokrisi ni... pihak pengurusan asrama ni memang... kite kene ajar die org .. tak tau sampai bile akan camtu... saya cabar pihak2 kolej buat survey .. tanya SEMUA pelajar yang pernah stay kat bukit gila dan skrg stay kt situ.. dijamin at leasy 80% akan cakap tanak pak haji. die org ni tak pandai buka hostel.. lagi baik die pegi buat agensi orang gaji.. lagi sesuai utk die...
|
|
|
Post by bakriah on May 8, 2005 22:21:32 GMT 8
oit korang kalau berani kita buat written petition nak? kalau minat mesej saye... tak sabar nak luahkan rasa saya kepada sesiapa yang akan ambik tindakan.. pihak pengurusan kurang ajar! terutamanya encik______ dan makcik_______ ... tanak cakap sape2... teka je la.. teka salah bukan salah saye......
=== _________=======
|
|
|
Post by Lordoftherings on May 10, 2005 19:51:10 GMT 8
Hai, Askum.. Ape Khabar Semua?? Saya sekarang stay kat bukit lela... sejak bulan jun.. jgn fikir saya suka sini cuma ibubapa saya tak benarkan saya pindah dari asrama ini ( hell!!!) .. Saya banyak masalah dengan asrama dan pihak pengurusannya.. Pihak Pengurusan mementingkan diri saje.. tak kisah pasal pelajar.. yang penting untuk mereka dapat contract, mereka ni pun penuh dengan hipokrisin, ada masa saya nampak kalau pihak kolej datang orang gaji pakai tudung tapi kalau tak ada free hair, ada masa pakai baju yang ketat!. jadi kalau nak cakap islamik tak islamik pun ... kebersihan air satu masalah lagi.. ada masa air warna coklat... tatau tahi ke ape!! perangai pihak pengurusan tak baik jugak, masa nak bayar mereka mcm tak respect kami sebagai orang, salah kira tanak mengaku lepas itu nak marah kat pelajar pulak! bangunan tak selamat.. banyak retak dan masalah sebagainya. dan banyak masalah lain yang telah ditulis oleh orang lain, Saya rasa inilah masa untuk kolej ambik tindakan. Inilah Masa kita bersuara!
|
|