|
Post by KomOt on Sept 24, 2004 10:56:44 GMT 8
RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Ji! ka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 26, 2004 17:57:29 GMT 8
Doa Seorang Kekasih..
Tuhanku, Seandainya telah kau catat, Dia milikku, tercipta buatku, Dekatkanlah dia padaku, Satukan hatinya dengan hatiku, Titipkan kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan ini abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, Seiringkanlah kami dalam melayari hidup, Ke tepian yang sejahtera.
Tetapi Tuhanku, Seandainya telah Engkau takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luput dari ingatanku, Dan peliharalah diriku dari kecewa.
Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, Berilah diriku kekuatan, Melontar bayangannya ke dada langit, Hilang bersama senja merah, Dan gelap pekat malam, Agar aku rasa bahagia, Walaupun tanpa dirinya.
Dan Tuhanku Yang Tercinta, Gantikanlah yang telah hilang, Tumbuhkanlah kembali yang telah patah, Meskipun tiadakan sama dengan dirinya, Seandainya dia datang menemuiku& Cinta itu adalah cinta yang sejati dan suci, Seandainya dia pergi dan tiada menemuiku& Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal
|
|
|
Post by enigma on Sept 28, 2004 13:33:29 GMT 8
huh..berbakat yer bebudak IIC nih..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 30, 2004 1:41:03 GMT 8
huh..berbakat yer bebudak IIC nih.. tu lah...ramai pulak tu yg berbakat...ade yg siap cipta lagu iic lagi... ;D
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 30, 2004 1:42:39 GMT 8
SEPULUH TANDA HATI KITA MATI MENURUT SYEIKH IBRAHIM ADHAM
1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hak-haknya.
2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.
5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Oct 3, 2004 15:02:25 GMT 8
Wuwuwuwu..Insap kejap...
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 3, 2004 20:51:10 GMT 8
Wuwuwuwu..Insap kejap... sekejap jer ke insap tu....
|
|
|
Post by KomOt on Oct 4, 2004 10:53:39 GMT 8
Kepada anak- anak dan yang akan mendirikan rumahtangga dan yang akan begelar IBU, marilah kita merenung sejenak pengorbanan SEORANG IBU. Jasa dan pengorbanan IBU wajar dikenang dan disanjung tinggi setiap waktu. Kasih sayang yang diberikan oleh IBU tidak ternilai harganya, bahkan segala pengorbanan yang IBU curahkan juga tidak mampu untuk kita balas. Ayuh marilah kita renungi dan semak diri kita "Ibu bersusah payah mengandungkan kita selama 9 Bulan 10 Hari." "Ibu adalah orang yang bertanggungjawap melahirkan kita. Tanpa Ibu, tidaklah mungkin kita dapat melihat dunia ini." "Ibu jugalah yang telah menyusukan kita sewaktu kita kecil bila kita lapar." "Ibu juga yang menjaga, membelai kita sejak dalam kandungan hinggalah kita dewasa kini." "Ibu adalah merupakan wanita pertama yang membentuk perwatakan diri kita." "Ibu, Tidurnya tidak pernah lena kerana terlalu memikiran keselamatan kita." "Ibu adalah pembimbing dalam pelbagai perkara." "Ibu, Dalam apa jua keadaan, Ibu sanggup berkorban apa sahaja walaupun nyawa sebagai taruhan demi anak - anaknya." "Ibu adalah pelindung atau payung kedua dalam keluarga selepas Bapa." "Ibu juga bertanggungjawap membesarkan kita selain Bapa." "Ibu tunggal, Dia adalah Bapa kepada anak - anaknya yang tersayang." "Ibu sanggup tak makan asalkan anak- anaknya tidak kelaparan." "Ibu adalah contoh terdekat bagi anak perempuan, manakala bagi anak lelaki, ibu adalah wanita paling ideal dan wanita pertama yang hadir dalam hidup." "Ibu, kasihnya sentiasa menyinari kehidupan walaupun dalam apa jua situasi. Ketika resah, sedih, gembira serta apa jua situasi, ibu tetap bersama kita dan bila menghadapi masallah, Ibulah menjadi tempat rujukan" "Ibu merupakan orang kepercayan Bapa dan kerluarga dalam menjaga struktur kewangan keluarga." "Ibu juga manjadi 'Pelindung' bila kita dimarahi Bapa. Ibu tetap menyebelahi kita." "Ibu adalah wanita yang bijak, tekun serta sabar dalam membahagikan masa antara urusan rumah tangga dan melayan suami serta kerenah anak- anak." "Ibu, sokongan, nasihat dan doanya sentiasa mengiringi perjalan hidup kita." "Ibu tidak pernah kedekut untuk menyalurkan dan berkongsi pendapat dan panduan, dan Ibu juga tidak pernah jemu memberikan nasihat serta tunjuk ajar kepada kita." "Ibu tidak pernah meminta balasan di atas segala pengorbanannya walaupun kini kita telah dewasa, namun kasih sayangnya tetap serupa." "Ibu adalah wanita yang paling 'Sporting' dan memahami, biarpun ada kalanya dia langsung tidak bersetuju dengan cara, tindakan ataupun keputusan yang kita lakukan." "Ibu adalah pengkritik utama yang tulus iklas, dari segi pakaian, peradaban dan cara pembawan kita seharian demi kebaikkan kita serta keluarga." "Ibu menjadi sumber inspirasi, biarpun tidak mempunyi pendidikan yang tinggi namun Ibu tetap berusaha untuk mendidik anak- anaknya supaya menjadi insan yang berjaya." "Ibu sanggup memberikan segala yang dimilikinya demi untuk kebahagian dan kesejahteraan keluarga yang tersayang." "Ibu, biarpun kita sering menyakiti dan melukai hatimu, namun Ibu tetap mendoakan kebaikan, keselamatan, kesejahteran, keampunan dan rahmat dari tuhan." "Ibu, walaupun beribu batu jauhnya, namun kasih ibu tetap abadi tidak pernah luntur terhadap kita bahkan tetap bersemadi di hati." "Ibu, dalam keluarga Ibulah ibarat seorang nakhoda kapal, yang menuntukan hala tuju, belayar dengan tenang atau disebaliknya." "Ibu bersengkang mata siang, malam menjaga kita dan setiap dakapan Ibu itu membuatkan kita rasa selesa serta selamat." Ibu, walaupun setiap saat orang lain akan meninggalkan kita, tetapi Ibu tetap sentiasa disisi walaupun kita melakukan kesalahan yang sukar untuk dimaafkan." "Ibu adalah insan yang akan bersediah dan terguris hatinya jika kita tidak berjaya dalam hidup." "Ibu adalah insan yang akan berdiri dihadapan untuk menjaga martabat serta kehormatan keluarganya dan tidak pernah gentar walaupun terpaksa menjadi korban." "Ibu, kasih sayang mu tanpa sempadan dan telah termaktub dalam -Hadis, "Tempat Ibu Paling Teratas dan Syurga Itu Terletak Dibawah Telapak Kaki Ibu." Amin..yarabbal alamin...
|
|
|
Post by KomOt on Oct 4, 2004 10:55:58 GMT 8
Petanda dia adalah jodoh kamu...
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?
Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1 Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2 Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3 Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4 Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5 Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6 Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7 Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8 Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
|
|
|
Post by enigma on Oct 4, 2004 17:20:20 GMT 8
SEPULUH TANDA HATI KITA MATI MENURUT SYEIKH IBRAHIM ADHAM 1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hak-haknya. 2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan sunnah baginda. 3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 4. Memakan nikmat-nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya. 5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya 6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjahinya. 8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya. 9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. marilah kita sama2 mengambil pengajaran...
|
|
|
Post by KomOt on Oct 11, 2004 14:50:48 GMT 8
Petua Imam Syafie
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 12, 2004 20:27:18 GMT 8
MENSYUKURI NIKMAT ALLAH
Saban masa dan ketika kita menikmati kurniaan ALLAH. Setiap detik dan saat sejak kita dilahirkan hinggalah dewasa ini, kita tidak putus-putus dikurniakan dengan pelbagai nikmat. Lantaran ianya berlaku saban masa dan menjadi sesuatu yang lumrah, lantas kita tidak perasan dan menghiraukannya. Kita seolah-olah terlupa bahawa ia adalah hadiah dan kurniaan ALLAH kepada kita. Begitulah perangai kita yang tak ubah seperti kacang lupakan kulit.
Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu. Sebanyak 31 kali di dalam Al-Quran, Allah mengulangi ayat di bawah sebagai amaran dan ingatan kepada kita supaya menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmatNya.
(Yang mana satu di antara nikmat Tuhan yang kamu dustakan?) Sebagai makhluk Allah, kita sewajibnya berasa prihatin atas kurniaan ini lalu mensyukuri atas segala nikmat tersebut. Rakaman kesyukuran bukanlah setakat mengucapkan 'alhamdulillah'. Ianya mesti dibuktikan dengan tindakan berdasarkan prinsip 'amal makruf, nahi munkar' atau buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Ini dilakukan setiap masa secara konstan dan terus-menerus.
Malangnya terdapat ramai manusia yang lupa daratan dan lupa akan segala kurniaan ALLAH. Ramai yang tidak mendirikan solat dan segala amalan yang disuruh. Sebaliknya ramai pula yang engkar dan menentang suruhanNya dengan melakukan pelbagai jenis kemaksiatan. Allah Maha Mengetahui bahawa ramai di antara hambanya yang tidak bersyukur, seperti dalam firmanNya:
(Sangat sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur) Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur. Wallahua'lam
|
|
|
Post by KomOt on Oct 22, 2004 14:56:15 GMT 8
KEUTAMAAN PUASA RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan kebaikan dan barakah, Allah memberkahinya dengan banyak keutamaan sebagaimana penjelasan berikut:
1. Bulan Al-Qur'an.
Allah menurunkan kitab-Nya yang mulia sebagai petunjuk bagi manusia, obat bagi kaum mukminin, membimbing kepada yang lebih lurus, menjelaskan jalan petunjuk, diturunkan pada malam Lailatul Qodar satu malam di bulan Ramadhan, Allah berfirman yang artinya :
Bulan Ramadhan itulah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an yang menjadi petunjuk bagi manusia, dan menjadi keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan membedakan antara yang hak dan yang bathil. Maka barang siapa diantara kamu melihat bulan itu hendaklah ia berpuasa. (Surat Al-Baqoroh :185)
Ketahuilah saudaraku –mudah-mudahan Allah memberkatimu- sifat bulan Ramadhan sebagai bulan yang diturunkan padanya Al-Qur'an dan kalimat sebelumnya dengan huruf fa ( ) yang menyatakan ilat dan sebab: barangsiapa yang melihatnya hendaklah berpuasa. Memberikan isyarat illat (penjelasan sebab), yakni sebab dipilihnya Ramadhan adalah agar bulan tersebut adalah bulan yang diturunkan padanya Al-Qur'an.
2. Dibelenggunya syaithan dan ditutupkan padanya pintu-pintu neraka dan di bukanya pintu-pintu surga.
Pada bulan ini kejelekan menjadi sedikit, karena belenggu dan diikatnya jin-jin jahat dengan salasil (rantai), belenggu dan Ashfad, mereka tidak bisa bebas merusak manusia sebagaimana bebasnya di bulan yang lain, karena kaum muslimin sibuk dengan puasa, hingga hancurlah syahwat, dan juga karena bacaan Al-Qur'an serta seluruh ibadah yang mengatur dan membersihkan jiwa, Allah berfirman (yang artinya) :
Telah diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang dahulu sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surat Al-Baqoroh :183)
Karena banyaknya perkataan amalan shalih. Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang artinya) : Jika datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga1), dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggulah syaithan.2)
Semuanya itu sempurna diawal malam bulan Ramadhan yang diberkahi, berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam (yang artinya):
Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah para syaithan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dan dibukalah pintu-pintu syurga tidak ada satu pun yang tertutup, menyerulah seorang penyeru : Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlaah, wahai orang yang ingin kejelekan kurangilah, Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan dari neraka, itu terjadi pada setiap malam.3)
3. Malam Lailatul Qodri
Engkau telah tahu wahai hamba mukmin bahwa Allah Jalla Jalaluh memilih bulan Ramadhan karena diturunkan padanya Al-Qur'an Karim, dan mungkin untuk mengetahui hal ini dibantu qiyas dengan berbagai macam cara, diantaranya :
1. Hari yang paling mulia di sisi Allah adalah di bulan yang diturunkan padanya Al-Qur'an, hingga harus dikhususkan dengan berbagai macam amalan. Hal ini akan dijelaskan secara rinci dalam pembahasan malam Lailatul qadar, Insya Allah.
2. Sesungguhnya jika satu nikmat dicapai oleh kaum muslimin mengharuskan adanya tambahan amal sebagai perwujudan rasa syukur kepada Allah, hal ini berdasarkan firman Allah setelah menceritakan sempurnanya nikmat bulan Ramadhan (yang artinya) :
Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya, dan supaya kamu mengagungkan Allah terhadap sesuatu yang Allah telah menunjukan kamu (kepadanya) dan mudah-mudahan kamu mensyukuri-Nya. (Surat Al-Baqoroh : 185)
Firman Allah tabaroka wata'ala setelah selesai nikmat haji yang artinya:
Apabila kamu telah menyelesaikan hajimu, maka berdzikirlah dengan menyebut Allah sebagaimana kamu menyebut orang-orang tuamu atau lebih sangat lagi.(Surat Al-Baqoroh :200)
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:49:03 GMT 8
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
4.00 pagi Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.
Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan Sahur Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut. 5.30 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir- gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hariesok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
|
|
|
Post by KomOt on Oct 26, 2004 15:12:42 GMT 8
|
|