Post by atokENSEM on Jul 16, 2004 11:28:59 GMT 8
KomOt said:
Makna Di Sebalik Perkataan IDOLMungkin anda pernah mendengar perkataan
IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan
itu.
Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan
perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir
sama.
Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi
ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala;
pujaan;orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan,perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung
atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa
terbitan perkataan lain seperti berikut :
1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau
memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.
Daripada terbitan perkataan-perkataan ini,jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu ta'sub, menyembah, memuja dan
terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna
lain menyembah berhala / patung.
Isu pengunaan perkataan ini saya
bangkitkan
agar sahabat-sahabat muslim sedia maklum tentang satu propaganda baru
musuh Islam melalui penerbitan rancangan MALAYSIA IDOL yang sedang giat dipromosikan di TV3 dan TV8. Buat pengetahuan sahabat-sahabat
muslim sekalian, idea penerbitan rancangan ini bermula dari Amerika
Syarikat.
Di sana dinamakan AMERICAN IDOL. Modus operandi rancangan ini
kemudiannya disebarkan ke beberapa buah negara kononnya untuk mencari
bakat-bakat
baru dalam dunia seni hiburan dari seluruh dunia. Di Indonesia,
pencarian
bakat baru untuk rancangan ini telah berjaya menarik penyertaan beratus
ribu belia. Mereka sanggup beratur dan berpusu-pusu ditempat uji bakat semata-mata untuk merebut gelaran MALAYSIAN IDOL. Paling menarik,belia-belia ini yang juga beragama Islam lupa segala-galanya, makan
minum diabaikan?.apatah lagi waktu solat?.semuanya sibuk berlatih untuk menghadiri sesi uji bakat. Hal yang sama sebenarnya turut berlaku
di negara kita. Secara sedar atau tidak, satu jarum licik propaganda jahat musuh-musuh Islam berjaya menusuk di jiwa anak muda muslim.
Apakah tindakan kita sebagai muslim?.
Langkah pertama pastinya kita perlu menimbulkan kebencian dengan memboikot rancangan ini. Jelaskan dengan terperinci kepada anak-anak muda
kita tentang propaganda jahat musuh Islam ini. Larang mereka daripada
menyertai uji bakat yang hanya membuang masa, wang dan tenaga. Paling
penting,pemerintah harus di desak agar lebih prihatin dengan isu-isu
sensitif seperti ini.
good info...