Post by StRiDeR on May 17, 2004 23:54:22 GMT 8
Betapa Payahnya Malaikat-Malaikat Meminta Tanah...
Pada suatu ketika, Allah s.w.t. menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya utnuk mencipta Adam, akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tahahnya diambil untu k dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ?Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah ?sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas nama Ku.
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: ?Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: ?tidak, mereka tiaka kaan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1.Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2.Tanah Bukit Tursina
3.Tanah Iraq
4.Tanah Aden
5.Tanah Al-Kautsar
6.Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.Tanah Paris
8.Tanah Khurasan
9.Tanah (Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah Syurga
12.Tanah Tha?if
Kata Ibnu Abbas:
1.Kepala adam dari tanah Baitul Muqaddis krn di situ berada otak manusia dan di situlah tempatnya akal.
2.Telinga dari tanah Bukit Tursina kerana alat pendengaran dan tempat menerima nasihat.
3.Dahinya dari tanah Iraq kerana di situlah tempat sujud kpd Allah.
4.Mukanya dari tanah Aden krn di situlah tempat berhias dan tempat kecantikan.
5.Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6.Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7.Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama
manusia.
8.Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan
untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu,
kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha?if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan
kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya:
1.Ketika allah akan menjadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api, dan kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam ?sifat?
2.Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman ?Jabarut? kemudian diletakkan ?Alam Malakut?.
3.Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan ?tubuh Adam? adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Allah, dan dirasmikan dengan air hujan ?Barul Uluhiyah?.
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air ?Kudral ? Izzah ? Nya? iaitu sifat ?Jalan dan Jammal?. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pua merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itu pun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kuliltnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerqah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liangdi kepala dan dua buah liang dibawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1.Mata alat penglihatan
2.Hidunga alat penciuman
3.Telinga alat pendengaran
4.Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5.Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam: lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberik kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Keitka itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: ?Yarkhamukallah? yang ertinya: ?Semoga engkau diberi rahmat Allah? Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap ?Alhamdulillah? dan orang yang mendengarnya sunat mengucapakan ?Yarkhamukallah?.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud: ?Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa?. (Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu lama kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagi manusia baru, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan: Sesungguhnya, Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.