dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:36:37 GMT 8
Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW beliau bersabda: "Janganlah sekali-kali seorang laki-laki berduaan sahaja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram ." Lalu ada seorang laki-laki berdiri dan berkata: "Isteri saya pergi haji, sedangkan saya telah ditetapkan untuk ikut dalam peperangan ini dan peperangan itu." Rasul berkata: "Kembalilah, dan pergilah haji bersama dengan isterimu." [Bukhari] "Barangsiapa beriman kpd Allah dan hari Akhir, maka jgn sekali-kali bersendirian dgn seorg perempuan yg tidak bersama mahramnya, kerana yg ketiga ialah syaitan" (HR Ahmad) "Dua mata itu bisa berzina, dan zinanya ialah melihat" (HR Bukhari)
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:37:39 GMT 8
If you are still shaken by the horrifying scenes of September 11, please observe a moment of silence for the 5,000 civilian lives lost in the New York, Washington, DC and Pennsylvania attacks. While we're at it, let's have 13 minutes of silence for the 130,000 Iraqi civilians killed in 1991 by order of President Bush Sr. Take another moment to remember how Americans celebrated and cheered in the streets. Now another 20 minutes of silence for the 200,000 Iranians killed by Iraqi soldiers using weapons and money provided to young Saddam Hussein by the American government before the great eagle turned all its power against Iraq. Another 15 minutes of silence for the Russians and 150,000 Afghans killed by troupes supported and trained by the CIA. Plus 10 minutes of silence for 300,000 Japanese killed in Hiroshima and Nagasaki by the Atomic bombs dropped by the USA. We've just kept quiet for one hour: one minute for the Americans killed in NY, DC, and Pennsylvania, 59 minutes for their victims throughout the world. If you are still in awe, let's have another hour of silence for all those killed in Vietnam, which is not something Americans like to admit. The US went to another continent thousands of miles away and burnt tens of thousands of Vietnamese peasants with napalm. Or for the massacre in Panama in 1989, where American troops attacked poor villagers, leaving 20,000 Panamanians homeless and thousands more dead. Or for the millions of children who have died because of the USA embargoes on Iraq and Cuba. Or the hundreds of thousands brutally murdered throughout the world byUS-sponsored civil wars and coups d'etat (Chile, Argentina, Uruguay, Bolivia, Guatemala, El Salvador to name a few). Maybe, and although the memory of Americans claims otherwise, someone may remember the USA attack on Baghdad where 18,000 civilians were killed. Did someone see it on CNN? Was justice ever served? Or was there even any retaliation? We hope that Americans finally begin to understand their vulnerability and the attacks and other tragedies that they have caused around the world. The dead in other places hurt as much as the dead of the Towers, maybe even more! What about the 560,000 Iraqi children (as per current UN data) who have died as a direct cause of the US supported sanctions against Iraq? Are these the children of a lesser God? What about a new generation of nearly one million Iraqi children who are currently having their lives being ruined by improper nutrition, lack of medicine and inferior education because of US supported sanctions. Now, let's talk about terrorism, shall we?
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:38:20 GMT 8
"Perumpamaan orang-orang Mu'min yang membaca Al-Qur'an bagaikan buah utrujah, baunya harum dan rasanya juga ni'mat. Dan perumpamaan orang mu'min yang tidak suka membaca Al-Qur'an bagaikan buah korma, rasanya manis tapi tidak berbau harum." (H.R. Muttafaq 'alaih).
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:39:21 GMT 8
PESTA KONVOKESYEN UIA KE-18 BARU SAJA DITUTUP SECARA RASMI SEMALAM OLEH TENGKU MAHKOTA PAHANG. SECARA KESELURUHANNYA, PESTA KALI INI TERDAPAT SEDIKIT KELAINAN DARIPADA PESTA PADA TAHUN-TAHUN YANG SEBELUMNYA. SECARA RINGKAS, SAYA IALAH SALAH SEORANG DARIPADA KOMITI YANG BERTUGAS UNTUK PESTA KALI INI, MENDAPATI WUJUDNYA KUMPULAN EKSTRIM YANG TERAMAT MELAMPAU DI DALAM MENGUTARAKAN HUJAH DAN PEMIKIRAN MEREKA. DI ANTARANYA IALAH, GOLONGAN INI MELABEL ARTIS SEBAGAI TIDAK BERMORAL DAN BERETIKA. PERLU DIJELASKAN, SECARA REALITI, TIDAK SEMUA ARTIS ITU JAHAT, TIDAK SEMUA USTAZ BERAKHLAK MULIA, TIDAK SEMUA ORANG ISLAM ITU KUAT IMANNYA ATAU BERIMAN, TIDAK SEMUA ULAMA ITU BETUL PADA PERTUTURANNYA, TIDAK SEMUA MEREKA YANG BAIK ITU AKAN BAIK KESELURUHANNYA DAN TIDAK SEMUA YANG JAHAT ITU AKAN JAHAT KESELURUHANNYA. KITA ADALAH MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG SEMESTINYA TIDAK SEMPURNA. SAYA TAHU PUAK2 EKTRIMIS INI BERTUJUAN BAIK UNTUK MENGELAKKAN PERKARA "MUNGKAR" BERLAKU. PADA PEMERHATIAN SAYA, PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN UMMUL QURA ADALAH SELARI DENGAN KONSEP YANG DIBUAT OLEH "ARTIS" TERKENAL, M.NASIR. KALAU SEBELUM INI PERNAH DIKHABARKAN YANG PESTA KALI INI AKAN DIHADIRI OLEH M.NASIR, BUKAN MAIN LAGI PUAK-PUAK EKSTRIMIS INI MENENTANG SECARA LANTANG! PERNAH SEKALI DIPUTARKAN LAGU M.NASIR YANG LIRIKNYA MENCERITAKAN SEJARAH DALAM ISLAM, MEREKA DENGAN SEGERA TELAH MENGARAHKAN DJ YANG BERTUGAS SUPAYA MENGHENTIKAN LAGU ITU SERTA- MERTA. DENGAN ALASAN M.NASIR ADALAH SEORANG "ARTIS". M.NASIR BANYAK MENGETENGAHKAN LAGU2 CINTA YANG BOLEH MELALAIKAN MANUSIA, KONONNYA!!!!! NAMUN PUAK2 EKSTRIM INI LUPA DIRI BAHAWA ADA JUGA "ARTIS YANG DILABEL SEBAGAI KUMPULAN NASYID" YANG MENYANYIKAN LAGU BERUNSUR CINTA! TIDAK PERLU SAYA NYATAKAN SIAPAKAH MEREKA. ANDA TAHU APA YANG ANDA TAHU SIAPA MEREKA INI. JANGAN HANYA BERTOPENGKAN PERKATAAN "NASYID" MAKA SEMUA LAGU YANG MEREKA NYANYIKAN ITU ADALAH "HALAL!!!" DIDENGAR. SEBAGAI CONTOH KUMPULAN NASYID "UNIC" BARU2 INI TELAH MENDAPAT ANUGERAH DI ERA. APA KOMEN PUAK2 INI? TIDAK CUKUP DENGAN POSTER YANG DITAYANG DAN DILEKAT DI SEKITAR KAMPUS, TAPI JUGA DENGAN MEMBALING TELUR BUSUK KEPADA MEREKA YANG MEMPROMOSIKAN VCD "MOMOK". PUAK2 INI SEBENARNYA TELAH MENCERMINKAN SIAPA DIRI MEREKA YANG SEBENAR. DENGAN BERBUAT BEGITU DIRASA BOLEH MENYELASAIKAN MASALAH DAN RASA TIDAK PUAS HATI. BELUM REDA DENGAN KES BALING TELUR, MEREKA JUGA TELAH MEMOTONG KABEL SPEAKER ATAU CORONG SUARA! SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MENUDUH SESIAPA ATAU DENGAN PERKATAAN "ISLAMIK" YANG LEBIH MUDAH DIFAHAMI "MEMFITNAH"!!!!! TAPI SEMUA INI BERLAKU SECARA REALITI BUKAN FANTASI. PENGGUNAAN PERKATAAN "ARTIS" UNTUK MERUJUK KEPADA KUMPILAN2 NASYID JUGA "DILARANG KERAS"!!!!! KONONNYA PERKATAAN ITU TIDAK ELOK UNTUK DIGUNA PAKAI DAN DIDENGAR. PERSOALANYYA IALAH "ADAKAH BENAR DAN BETUL KUMPULAN2 NASYID SEKARANG BUKAN DARI GOLONGAN ARTIS? ?? ANDA TAHU BUKAN? DUNIA2 MACAM2 CERITA... SAYA SECARA PERIBADI "MALU DENGAN SIKAP MEREKA YANG TERLALU EKSTRIM DAN MELAMPAU"!!!!!!!!!!!!!! JANGAN NANTI KERANA HANYA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. SAYA PUN SUDAH MALAS NAK MEMBEBEL PANJANG. CUKUPLAH HANYA MEREKA YANG TAHU UNTUK BERFIKIR SECARA RASIONAL SAHAJA YANG MENILAI. ORANG BUAT BAIK PUN SALAH, BUAT JAHAT LAGILAH... JADI.....? :-) SAYA MOHON AMPUN DAN MAAF KALAU APA YANG KATAKAN DI SINI TELAH MENYINGGUNG PERASAAN MANA2 PIHAK.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:39:53 GMT 8
"TIDAK AKAN KAMU BERPERASAAN GUNDAH GULANA WALAUPUN SEKALI, JIKA KAU TAHU APA YANG DICARI"
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:41:27 GMT 8
Takut kepada Allah
Abu Laith telah berkata: Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara 1) Pada lisannya. Dia menghindarkannya daripada dusta, ghibah, menyebarkan fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
2) Pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan sebagaimana Rasullullah SAW telah bersabda: "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu" Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat bagi penyakit hati selain dari ilmu dan amal.
3) Pada pandangannya. Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat dengan dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat".
4) Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Rasullullah SAW bersabda: "Manakala sesuap daripada barang yang haram masuk ke perut seseorang maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka".
5) Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakannya untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannnya untuk taat kepada Allah.
6) Pada langkah kakinya. Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama' orang-orang soleh.
7) Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut kepada riya' dan munafik.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:42:06 GMT 8
"Wahai Tuhan ku yg Esa, Bila kenang kan QahharMu, rasa gerun di hatiku kerana takut kan seksaMu hambaMu rasa berputus asa siapa kah dapat bersihkan diri dari segala dosa yg memburu setiap hari setiap ketika. Sewaktu mengenang GhaffarMu putus asa tiada lagi semangat ku pulih semula, harapan ku subur kembali. Alangkah susah nya mendidik nafsuku yg tidak melihat kebenaran Mu, mehnah Mu itu penghapus dosa ku pengganti hukuman Mu di akhirat." Ya Allah, alangkah sukarnya mendidik nafsuku. Alangkah sukarnya mengekalkan taubatku, alangkah payahnya menepati janjiKu padaMu, Alangkah berat nya utkku mengingatiMu setiap saat. Alangkah payahnya utk ku merasai bahawa kau sentiasa melihatKu. YaAllah, ampunilah aku, hambaMu yg lemah. Ya Allah sukarnya aku menepati janji ku padaMu, sedangkan Kau Tuhan yg menciptakan aku, yg memegang rohku, yg meminjamkan jasadku, yg menentukan takdirku, yg menjadikan aku dari air yg hina, dari segumpal tanah. Ya Allah, sesungguhnya tiada rugi bagiMu andai aku mendurhakai Mu. Namun alangkah besar kerugian dan penyesalan ku nanti, andai aku mendurhakai mu. YaAllah, yg mengetahui isi hati ku.Ya Allah yg membolak-balikkan hati2 manusia, tetapkanlah hatiku kepada mentaatiMu YaAllah. YaRahman peliharalah aku dari dosa2 yg ingin ku tinggalkan. YaAllah, janganlah kau tinggal kan aku dari pemerhatianmu, jgnlah kau biarkan aku hanyut dari mengagungkan Mu. Janganlah kau biarkan aku menggantikan tempatMu di hati ini dgn dunia yg terlalu kecil nilainya disisiMu. jadikanlah aku manusia yg dipercayai kerana imanku kepadaMu. Jadikanlah aku org yg dicintai, kerana cintaku kepadaMu. Jadikanlah aku org yg tinggi darjatnya kerana aku mengagungkan mu. Jadikanlah aku org yg sentiasa sedar bahawa dunia ini tidak lain dari sekadar ujian sejauh mana cinta ku pada Mu. YaAllah, bersihkan lah hatiku dari perkara2 yg boleh mensyirikkan ku pada Mu. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, janganlah kau beri kebahgiaan kepada ku di dunia ini andainya ia menjadikan ku sengsara di akhirat nanti. Janganlah kau temukan aku dgn seseorang yg akan kucintai andainya ia akan menjauhkan aku dari sisiMu di akhirat nanti, jgnlah kau beri kan aku kekayaan didunia andai nya ia akan menyebabkan aku gagal dalam hisabku di akhirat nanti.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:42:28 GMT 8
YaAllah bersihkan lah hatiku dari noda2 hitam yg ku ciptakan sendiri. YaAllah kembalikan lah sinar di hatiku, walau secebis agar ia dapat menjadi sumber cahaya yg menyuluh hidupku, agar ku dapat membezakan antara yg hak dan yg batil. Ya Allah, Sedarkanlah aku akan hakikat kewujudanMu dan KeagunganMu. Lembutkanlah hatiku ini sebagaimana kau jadi kan besi lembut utk nabi Daud alaihissalam. YaAllah dengarlah rintihan hatiku, hambamu yg hina, hambamu yg lemah dan berdosa, hambamu yg sering melupakan mu, hambamu yg susah utk melakukan suruhanmu, hambamu yg sering melupakanmu di waktu senang dan hanya mengingatimu diwaktu susah, hambamu yg sering bongkak dan takbur hingga melupakan keagungan mu. hambamu yg sering berdolak dalik, hambamu yg sering berpura2 dan hambamu yg sering memungkiri janji taubatnya padamu. Ya Allah, Bantulah aku, ingatkanlah aku bila aku lupa, tegurlah aku dgn segera andainya aku lalai dan mula jauh dariMu. Jgnlah kau palingkan pemerhatianMu dari ku. YaAllah yg menciptakan alam yg sgt luas ini, berilah aku ruang disisiMu agar aku menjadi hambaMu yg soleh, hambamu yg beribadah bukan kerana inginkan syurga mu atau takutkan nerakamu tapi kerana inginkan keredhaan dan Rahmat dari mu Tuhan semesta alam.Ya Allah, jadikanlah hati yg kau pinjamkan kepadaku utk sementara ini, sentiasa mengingat keagunganmu dikala susah mahupun senang, jadikanlah tanganku yg kau pinjamkan sesaat didunia ini utk melakukan perkara yg kau redhai, jadikanlah sepasang mataku yg kau berikan ini utk melihat kebesaran dan keagunganMu melalui alam ciptaanMu, Jadikanlah juga ia, utk mengalirkan airmata taubat kepadamu, utk mengalirkan airmata kerana takut akan kemurkaanMu, kerana takut tidak diredhai olehMu, kerana takut tidak diterima olehMu di alam yg kekal selamanya nanti. Jadikanlah kakiku yg kau pinjam kan sementara didunia ini utk ku melangkah kearah jalan yg kau redhai. Jadikanlah mulut dan lidahku ini, utk ku menyebut2 keagungan dan kebesaran Mu kerana benar2 ku mengagungkanMu. Jadikanlah juga segala rezeki darimu yg masuk kemulut ku ini adlah yg halal dan jauh dari syubhah yg akan menjadi darah dagingku. Jadikanlah juga mindaku ini, utk memikirkan tentang KeesaanMu dan KehebatanMu menciptakan aku dan seluruh alam yg maha luas ini. Jadikanlah juga 24 jam sehari yg kau pinjamkan kepadaku dipenuhi dgn perkara bermanfaat dan yg kau redhai. Jadikanlah juga tempoh hayatku yg sementara dan tidak ku ketahui itu dipenuhi dgn perkara yg boleh membahagiakan aku diakhirat nanti.YaAllah yg maha mengetahui isi hatiku. Kurniakanlah aku kebahagian didunia dan akhirat dan jauhkanlah aku dari azab api neraka. Amiiiin.355am~Hamba Allah
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:43:13 GMT 8
ENAM PERSOALAN HIDUP
Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya. Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:43:56 GMT 8
BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail. Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:44:21 GMT 8
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:45:03 GMT 8
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:45:22 GMT 8
Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggapkematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:45:45 GMT 8
Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, “ sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”.
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:45:58 GMT 8
Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.
|
|