|
Post by kaki hafiz hussin on Nov 10, 2003 12:26:30 GMT 8
|
|
|
Post by Matador on Nov 10, 2003 17:23:53 GMT 8
Akum Sedikit mengenai rumors yang awak utarakan tuh.. memang benar Owen bercadang join Real Madrid musim hadapan setelah berbincang dengan pengurus peribadinya termasuk kawan karibnya yang bermain di Las Glaticious yakni Daud Bekam ...heh heh David Beckham la... Owen kata sudah sampai masanya pemain England menjejaki langkah pemain Perancis yang hampir kesemuanya bermain di Liga sekitar Eropah bukanya di Perancis sendiri, kini hanya David Beckham satu-satunya pemain utama England yang memecah tradisi bermain di kelab luar EPL iaitu La Liga Tapi ianya hanya terjadi sekiranya Liverpool gagal memasuki kejohanan berprestij Champions League musim 2004/2005 hadapan..tapi kalau Liverpool dapat no 4 ke atas..dia akan stay main kat Liverpool.... Cerita ini adalah benar..dan ia adalah benar melainkan yang benar-benar belaka...kalau tak caya jugak boleh layari www.kops.co.uk atau laman web rasmi Liverpool sendiri... Cuma Cik Jaya Chip Library tak caya dan tak mahu caya atau buat tak caya..fanatik sungguh... terimalah suratan yang Liverpool hanya tahun 70 pernah pegang Champions League Cup... tuh zaman sapa tuh? Hullier masa muda2 ker? Jangan Marah The Kops Fans... Adios Complemento Solo
|
|
|
Post by awek bola on Nov 10, 2003 17:23:59 GMT 8
akum........ maybe dlm news pun ckp lagu tu....hahaah MU dah takut coz player2 dia dah tak ngam lagi hahaha jgn marah yer pada peminat MU......... real madrid nak beli owen?habis tu liverpool mcmana? ???
|
|
|
Post by Matador on Nov 19, 2003 8:41:25 GMT 8
Akum Ha ini ada cite terbaru mengenai pembelian Disember.. Setelah puas kita semua post message kat forum nie akhirnya MR Florentino Lopez president Real Madrid terbaca artikel kita semua yang mendesak dia membeli pemain pertahanan. Nak tahu apa yang terjadi? takpa aku dah petik kenyataan Real Madrid Board dalam website mereka Out-of-favour Milan midfielder Massimo Ambrosini has been linked with a move to Real Madrid.
So...pemain ini memang sesuai tapi bolehkah dia berinteraksi dalam bahasa Sepanyol? Takpa ramai pemain Belanda main liga Sepanyol Adiosss
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2003 20:13:26 GMT 8
Setelah puas kita semua post message kat forum nie akhirnya MR Florentino Lopez president Real Madrid terbaca artikel kita semua yang mendesak dia membeli pemain pertahanan. hehehehe ;D eloklah tu..harap harap,tak bolos lah lagi gawang real madrid!
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Nov 22, 2003 11:33:10 GMT 8
erm...............baguih tuh.............
|
|
kaki busuk hafiz hussin
Guest
|
Post by kaki busuk hafiz hussin on Dec 6, 2003 11:15:57 GMT 8
ambrosini?? mungkin real pertimbangkan lagi la sbb player nie lembab nak ***pus.. kalo nak buat pilihan yg tepat bg real ialah beli norhafiz zamani misbah tak pun tanabe budak kolej kiter... aper kater korang semua?? bg lebih memberangsangkan bet real dier patut beli defenf yg laju sbb kene ngan stail spain main la baru dpt rentak matador dier. ye yeahhhhh *hafiz hussin dah basuh kaki belum?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 6, 2003 21:45:18 GMT 8
Bola Sepak: Terus rentak kemenangan
TEMPAT di separuh akhir sudah diperolehi tetapi skuad bola sepak lelaki negara tetap mensasarkan kemenangan pada pertemuan menentang Myanmar dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh, hari ini.
Meskipun tanpa khidmat kapten pasukan, Norhafiz Misbah yang patah tulang jari bongsu kaki kiri, jurulatihnya Allan Harris tetap mahukan barisan yang diturunkan kelak memastikan kemenangan menjadi milik mereka.
“Ketiadaan Norhafiz satu kehilangan besar kepada pasukan. Dia terbukti kapten yang mampu mengemudikan pasukan selain pemain pertahanan yang baik.
“Kami juga terpaksa bermain tanpa pemain sayap kiri K Rajan dan pemain pertahanan Irwan Fadzli Idrus yang masih dibelenggu kecederaan.
“Namun, itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memenangi perlawanan. Kami mahukan kemenangan kerana ia penting dalam menyemarakkan keyakinan pemain.
“Jika kalah, keyakinan pemain mungkin terjejas dan itu bahaya untuk pasukan kerana selepas ini kami akan menghadapi lawan yang lebih kuat di separuh akhir,” katanya.
Malaysia menewaskan Kemboja 8-1 dan Singapura 2-0 bagi mengesahkan tempat di separuh akhir.
Begitupun, ketiadaan Rajan yang mengalami kecederaan paha bermakna mereka kehilangan pemain yang mampu menjaringkan gol kerana pemain sayap itu menghasilkan tiga gol daripada 10 jaringan Malaysia setakat ini.
Myanmar juga belum pernah tewas sepanjang saingan kumpulan. Mereka mengalahkan Singapura 2-0 dan Kemboja 6-0.
Pada kelayakan pra-Piala Asia, Malaysia menewaskan Myanmar 4-0 di Bukit Jalil, tapi mereka tewas 1-2 di Manama, Bahrain.
Myanmar menurunkan barisan yang hampir sama di Sukan Sea Vietnam dan mereka juga mahukan kemenangan.
Penolong jurulatihnya, U Tin Myint Aung berkata, peluang kedua-dua pasukan untuk memenangi perlawanan adalah seimbang.
“Kami tidak mahukan keputusan lain kecuali kemenangan.
“Pertemuan menentang Malaysia tentu lebih sengit berbanding perlawanan dengan Singapura dan Kemboja kerana kami adalah dua pasukan yang masih belum tewas,” katanya.
Pertemuan Malaysia-Myanmar adalah perlawanan terakhir acara bola sepak lelaki di Ho Chi Minh kerana peringkat separuh akhir diadakan di Hanoi.
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 17, 2003 9:29:46 GMT 8
hawhawhawhaw ;D ;D ;D ;D
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 19, 2003 13:54:02 GMT 8
alamak...xdpt nak join la coz x tau ape2...hehehehe... ;D
|
|
|
Post by enigma on Dec 19, 2003 14:00:11 GMT 8
samela kiter...x amik tau sgt pasal bola nih...
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 13:41:34 GMT 8
tp,kite kene tau gak...skdr pengetahuan je
|
|
|
Post by Matador on Dec 22, 2003 15:01:13 GMT 8
Akum
Biaq betoiii Real nak dapatkan Henry?
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 5, 2004 4:09:16 GMT 8
henry???aset terpenting asrenal selain sol cambell dan rakan² yang lain....aku tak setuju kalau budak² arsenal nak bla main kat team lain even wiltod sekali pun...
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 5, 2004 15:50:54 GMT 8
owen nak blah pun takpe...dia tak penting..skang nih..kite ade kewell..kewell..
|
|