|
Post by ~BuTtErfLy~ on Feb 29, 2004 13:52:12 GMT 8
Merekalah yang mulia... Panduan Imam Al Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh... Jika berjumpa dengan kanak kanak... anggaplah kanak kanak itu lebih mulia dari kita.. kerana kanak kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. Apabila bertemu dengan orang tua.. anggaplah dia lebih mulia daripada kita.. kerana dia sudah lama beribadat. Jika berjumpa dengan orang alim.. anggaplah dia lebih mulia daripada kita.. kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. Apabila melihat orang jahil.. anggaplah mereka lebih mulia daripada kita.. kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan.. sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. Jika melihat orang jahat.. jangan anggap kita lebih mulia.. kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya. Apabila bertemu dengan orang kafir.. katakanlah didalam hati bahawa.. mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah olih Allah dan akan memeluk islam.. maka segala dosa mereka akan diampuni olih Allah. "ukhuwah itu indah"
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 29, 2004 16:59:04 GMT 8
"ukhuwah itu indah" ukhuwah?www.ukhuwah.com ke?
|
|
|
Post by KomOt on Mar 1, 2004 11:19:10 GMT 8
tolong tunjuk ajar..ni first time join ni..
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu obatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu obatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu obatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu obatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu obatnya.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Mar 1, 2004 11:54:31 GMT 8
ukhuwah?www.ukhuwah.com ke? atok ni tu just signature je....lagipun mane ade....laman web tu???tu wujud pun.....cuba atok yang build that website...
|
|
|
Post by KomOt on Mar 5, 2004 9:32:10 GMT 8
10 Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZA! N (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
|
|
|
Post by KomOt on Mar 31, 2004 16:44:29 GMT 8
CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT 1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu 2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga 3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar 4. Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang diasah 5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri- duri menanti anda di taman neraka 6. Tidak menjaga pergaulan - Libasan api neraka dijanjikan 7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu.. 8. Menyakiti hati orang dengan lisan - Masuklah mana-mana pintu neraka 9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka 10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang
|
|
toys
Junior Student
eeeee...sapa nak kwn ko tak malu
Posts: 127
|
Post by toys on Apr 9, 2004 16:41:23 GMT 8
Careful... the impact of our action...
Several years ago an imaam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change.
As he considered what to do, he thought to himself, you better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it. Then he thought, oh forget it, it's only twenty pence. Who would worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quite.
When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said " Here, you gave me too much change."
The driver with a smile replied " Aren't you the new Imaam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your mosque. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change."
When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to theheavens and cried "Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!
Remember, we may never see the impact our actions have on people. Sometimes we are the only knowledge of Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim will see. What we need to provide, InshaAllah is an example for others to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions and judging you as a Muslim...
|
|
|
Post by KomOt on May 24, 2004 17:05:31 GMT 8
Perkara 100: Hukuman orang yang melakukan pembunuhan.
Mengikut peruntukkan yang disebutkan dalam qanun jinayah syar`iyah, mereka yang melakukan pembunuhan wajib dikenakan ke atasnya hukuman qisas, iaitu pembunuh tadi dibalas dengan hukuman bunuh. Hukuman ini adalah berlandaskan firman-firman Allah Taala berikut:
a) Firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh.” (Surah al-Baqarah: 178)
[ Ayat di atas ini cukup clear tuan-tuan. Walaupun digunakan feel majhul yang ditiadakan fael nya (Pesuruhnya) pada perkataan “kutiba” (diwajibkan) itu, tapi siapa yang mengaji bahasa Arab, depa tahu bahwa yang mewajibkan hukuman qisas itu ialah Allah swt. Maknanya dalam kes pembunuhan, Allah mewajibkan kepada kita untuk melaksanakan undang-undang qisas. Tapi kita tak taulah atas alasan apa lagi bagi golongan penggubal undang-undang di Parlimen itu yang masih tidak mahu melaksanakan undang-undang qisas di M`sia sampai ke hari ini?…Puak-puak legislature ni bagi macam-macam alasan walaupun kita minta depa gubal untuk orang Islam sahaja. Inilah dia crisis kepercayaan manusia yang tidak yakin kepada undang-undang Allah walaupun clear Allah sebut dalam ayat di atas. ]
b) Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan di dalam hukuman qisas itu ada jaminan kehidupan bagi kamu wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 179)
[ Okay dalam ayat ini pula, Allah sendiri dah bagi gerenti akan jaminan berupa keamanan dalam kehidupan sekiranya kita melaksanakan undang-undang qisas. Jadi, apa lagi pihak penggubal itu tunggu?…Sehinggakan kita tertanya-tanya; adakah mereka para penggubal itu masih beriman kepada Allah swt?…Kalau mereka beriman, tapi kenapa mereka ignore akan perintah daripada Allah swt ini?…Boleh ustaz-ustaz pro-umno/bn buat clarification tentang hal ini?…]
Perkara 101: Jenis-jenis pembunuhan.
Dalam undang-undang jinayah syar`iyah, pembunuhan terbahagi kepada tiga jenis:
1) Pembunuhan dengan sengaja (qatlul amdi).
2) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlul syabhil `amdi).
3) Pembunuhan yang tidak sengaja (qatlul khata`)
Perkara 102: Pembunuhan dengan sengaja.
Ialah seseorang dengan sengaja melakukan pembunuhan ke atas orang lain secara kejam dengan menggunakan suatu alat yang biasanya boleh mematikan. Misalnya dengan menggunakan pisau, parang, pedang, pistol, senapang, panah atau lain-lainnya dari apa sahaja senjata tajam, atau dengan sesuatu benda atau perbuatan yang boleh menyebabkab kematian seperti dihimpitnya dengan batu besar, dicampakkan ke dalam lautan yang luas, atau dihumbankannya ke dalam api yang sedang menyala besar atau lain-lainnya yang biasanya benda atau perbuatan itu boleh mematikan.
[ Bila sebut kes pembunuhan ni tuan-tuan; pada kebiasaannya menurut ust Jailani (yang juga seorang peguam), serangan yang dilakukan itu mesti ada sebabnya. Ini kita sebut secara umum. Orang tak akan serang kita tanpa sebab. Ada ka tetiba saja orang mai ngan senapang, tembak kita tanpa sebab?…Ada tu ada, tapi jarang berlaku. Kebiasaannya berlaku, mesti ada sebab. Oleh sebab itu, dalam kehidupan seharian kita; make sure kita tak buat aniaya kat orang lain, jangan buat zalim, jangan sekali-kali menipu, jangan jadi perosak anak dara orang, jangan kacau bini orang. Pendekatanya, jangan sekali-kali kita buat hal-hal yang membolehkan orang benci. Orang-orang yang suka buat perangai macam ni, kita nasihatkan, “Baik hangpa rentikan la!”…Bukannya apa tuan-tuan; kita takut satgi bertemu buku dengan ruas. Itu saja. Kalau dah berani tidoq dengan bini orang, maknanya you suppose to be berani juga berdepan dengan hujung senapang suami dia. ]
Perkara 103: Pembunuhan yang serupa dengan sengaja.
1) Ialah seseorang yang melakukan pembunuhan ke atas orang lain dengan sengaja juga dengan menggunakan suatu alat yang biasanya tidak boleh mematikan. Misalnya dipukulnya dengan batu ringan, atau dengan tongkat yang kecil, atau ditumbuknya dengan tangannya tidak berturut-turut.
[ Walaupun perbuatan itu dilakukan dengan sengaja, tapi pada lazimnya, ia tidak boleh mematikan. Tapi tiba-tiba si mangsa mati. Contohnya, orang itu hanya dipukul dengan rotan yang kecil saja. Pada adatnya, ianya tidak akan mematikan. Tapi tiba-tiba orang itu mati. Inilah yang dipanggil membunuh separuh sengaja. ]
2) Dalam kes yang disebutkan dalam ceraian (1) pembunuh itu tidak boleh dikenakan hukuman qisas (dibalas dengan bunuh) malah pembunuh itu hanya boeh dikenakan hukuman “Diyat Mughallazah” (diyat yang berat) sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 134 (1) perenggan (a) (b) dan (c).
|
|