Taken from
www.ittutor.net ---. thank you th
Salam sejahtera semua,
Pengumuman ini khas untuk semua ahli forum, yang baru serta yang lama. Akhir-akhir ini, forum ini dan beberapa forum popular lain di sini telah menerima influks posting yang banyak daripada ahli-ahli tetapi malangnya, hampir separuh daripadanya tidak dapat dikongsi bersama kerana ia boleh dikelaskan sebagai posting yang tiada makna, pendeknya, posting sampah. Matlamat tersirat forum ini ialah hasil dari segi kualiti, bukannya dari segi kuantitatif, harap maklum. Posting yang banyak tetapi tidak dihargai tiada makna di sisi kebanyakkan ahli-ahli di sini. ...dan elakkan daripada membuang masa mereka.
Untuk mereka yang tidak beberapa jelas tentang undang2 umum forum ini, dengan berbangga hatinya, saya mewakili moderator-moderator forum ini, akan memperjelaskan beberapa panduan-panduan asas yang perlu difahami dan diamalkan sekiranya anda ingin membuat pertanyaan atau jawapan balas di dalam forum ini.
1) Pastikan tajuk anda ringkas dan jelas. Ringkas sahaja tidak mencukupi. Ambil 5 minit dan fikirkan tajuk yang sesuai. Masa anda, InsyaAllah, kami hargai. Dalam kes saya, tajuk yang tidak relevan dan kurang jelas tidak boleh dibayar dengan masa saya. Bagaimana dengan anda? Untuk sampel-sampel pertanyaan, gunakan ini :
i) Implementasi SMP dalam Linux. Diskusi umum.
ii) Masalah networking dalam OpenBSD.
iii) Bagaimana nak setup wireless networking dalam FreeBSD?
Jangan buat begini :
i) Apa pasal jadi macam ni?
ii) Tolong saya, tolong!
iii) OS saya buat perangai. 2) Untuk penumpuan yang lebih ketara dan jelas, dalam kes-kes tertentu, kelaskan masalah dan pertanyaan anda mengikut klasifikasi OS. Saya kembangkan contoh di atas :
i) Diskusi umum Linux : Implementasi SMP.
ii) OpenBSD : Masalah networking.
iii) FreeBSD : Bagaimana nak setup wireless networking?
Dengan cara ini, anda akan mendapat perhatian penuh daripada mereka-mereka yang berkemahiran dalam OS yang dipersoalkan tersebut dan InsyaAllah, mendapat penyelesaiannya.
3) Penegasan. Gunakan warna, jangan sesekali guna CAPS LOCK.
4) Kualiti posting. Ini bukan channel IRC. forum adalah tempat berbincang, bukan untuk berborak. Posting one-liner, sebagai contoh,
"Betul tu mamat A", "Haah, Saya pun sama!"
bukan sahaja amat-amat tidak digalakkan tetapi ia berpotensi menyakitkan hati orang. Kami tidak menghalang anda berkongsi pendapat tetapi ia boleh dilakukan secara diskrit. Tidak perlu beritahu satu dunia.
5) Jaga penulisan anda dan hargai pendapat setiap orang. Sekiranya anda sangat-sangat tidak bersetuju, gunakan kaedah yang lembut dan bersopan untuk membuktikan fakta-fakta anda. Janganlah anda sekiranya kritikal terhadap pendapatnya, terus dilemparkan kata-kata yang kurang manis atau diajak berperang (trolling), kami di sini dengan besar hatinya sudi menerima jemputan anda untuk diblacklistkan. Pokoknya, dalam apa-apa hal sekalipun, hormati pendapat orang lain. Dengan cara ini, kita akan dapat membentuk satu perbincangan yang intellektual dan selanjar dengan itu, sebuah komuniti yang sihat.
Untuk pengakhiran, suka saya bawa anda merenung sejenak. InsyaAllah, 20 tahun lagi, sekiranya ITTutor.net ini masih wujud, anak-anak anda berkemungkinan akan melihat apa yang anda tulis ketika ini. Jadi, kalau boleh, ketika membuat posting, gunakanlah ayat-ayat yang memperlihatkan kematangan kita sebagai seorang yang professional.
DAN YG PENTING SILA GUNAKAN PERKATAAN YG SESUAI DAN TIDAK MENYAKITKAN HATI, WALAU PUN ADA KESILAPAN PADA POSTING MEREKA. Wassalam.