|
EMOSI
Mar 12, 2004 18:41:31 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 12, 2004 18:41:31 GMT 8
How 2 B Happy Throw out nonessential numbers. This includes age,weight and height. Let the doctor worry about them. That is why you pay him/her. Keep only cheerful friends.. The grouches pull you down. Keep learning. Learn more about the computer,crafts, gardening, whatever. Never let the brain idle. "An idle mind is the devil's workshop," The devil's name is Alzheimer's. Enjoy the simple things. When the children are young, that is all that you can afford. When they are in college, that is all that you can afford. When you are on retirement, that is all that you can afford! Laugh often, long and loud.. Laugh until you gasp for breath. Laugh so much that you can be tracked in the store by your distinctive laughter..jgn tak berenti lak Tears happen..:~ Endure, grieve, and move on. The only person who is with us our entire life, is ourselves. Be alive while you are alive, don't put out a mailbox on the highway of death and just wait in residence for your mail. Surround yourself with what you love , whether it is family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge. Cherish your health. If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help. Don't take guilt trips.. Go to the mall, the next county, a foreign country, but not to 'guilt country'. Tell the people you love , that you love them , at every opportunity.. For everyone, life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.. ;D
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 9:57:18 GMT 8
Post by kuzy on Mar 15, 2004 9:57:18 GMT 8
ko dah bleh jadi prof dah... sebaye ngan atok la lu nyer pemikiran... ader jodoh kot wakwkawkakwakww ;D
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 12:42:09 GMT 8
Post by KomOt on Mar 15, 2004 12:42:09 GMT 8
strider mmg best..semua artikel dia berfaedah.. ;D ish,emosi lak aku..
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 13:32:22 GMT 8
Post by kuzy on Mar 15, 2004 13:32:22 GMT 8
strider mmg best..semua artikel dia berfaedah.. ;D ish,emosi lak aku.. apsal nak emosilak... ader kait ngan jalan citer ko ke
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 13:32:23 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 13:32:23 GMT 8
ko dah bleh jadi prof dah... sebaye ngan atok la lu nyer pemikiran... ader jodoh kot wakwkawkakwakww ;D waa...terharu aku...mana leh aku jadi prof lagi...blaja pun sampai tahap diploma jer...aper2 pun, mekacih aku ucapkan....
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 13:33:45 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 13:33:45 GMT 8
strider mmg best..semua artikel dia berfaedah.. ;D ish,emosi lak aku.. emm, yelah tue... hehehehe ;D....woit, komot...kau nampak atok x?...dia cam jarang jer online kat forum nie dah...dia bz ke?
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 13:33:51 GMT 8
Post by kuzy on Mar 15, 2004 13:33:51 GMT 8
waa...terharu aku...mana leh aku jadi prof lagi...blaja pun sampai tahap diploma jer...aper2 pun, mekacih aku ucapkan.... aper plak dlm forum lu dah dapat degree ok ape?
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 13:35:22 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 13:35:22 GMT 8
aper plak dlm forum lu dah dapat degree ok ape? o.k2...thanks 4 ur support...trimas... ;D
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 14:12:05 GMT 8
Post by KomOt on Mar 15, 2004 14:12:05 GMT 8
emm, yelah tue... hehehehe ;D....woit, komot...kau nampak atok x?...dia cam jarang jer online kat forum nie dah...dia bz ke? mana aku tau org tua tu gi mana..aku tak jaga pn.. dia bz la kot..nnt dia online la tu..
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 14:12:24 GMT 8
Post by KomOt on Mar 15, 2004 14:12:24 GMT 8
Buah-buahan buat Kekasihku..
Dalam kesuraman ultra lembayung tika bulan menumpahkan cahaya…. tiba-tiba aku terkenangkan nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.
Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu, gelora dan syahdu.Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,penquin,beruang kutub,kambing salji,sikat,tali kasut, mee rebus,kotak pensil, cendol, koridor, pasu bunga dan coklat kit-kat.Kala itu kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Rose dan Jack Dawson yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluashingga ke bintang Kejora itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.Dikau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Koman'sewel' 1998. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang.Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit bronkitis dan hepatitis-q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan sehingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagtit dan stlagmit yang bagai sembilu. Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kayu kaki katil akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya.Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan bakal adik iparku punya kakak. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada,aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik.Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang.Aku cuba menyelam sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah itik jiran sebelah sebagai tanda aku kasih dan sayang pada dikau..
Oh Mengapa? Mengapa sayang?Mengapa semua ini bisa terjadi?Mengapa setelah kau curi hatiku,kau rompak cintaku lalu lantas kau bunuh cintaku sehingga aku terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi komuter hingga aku berkecai.Oh.!Terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir.aku sedar siapa aku.Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.Aku bukan Mcgyver,Mcdonalds,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan.Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang kugenggam ini telah pun luput tarikhnya.Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan ikan.Walaupun segalanya telah berakhir,di sini,di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.Selagi ada nafas ini,selagi ada kompleks membeli-belah Starhill,selagi ada kedai kasut di Argentina,selagi kumpulan Innuendo tak berpecah,aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalan sia-sia belaka.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah.Kalau tiang elektrik berbuah nanti,aku poskan buah-buahannya kepadamu..nak tak?
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 14:15:01 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 14:15:01 GMT 8
JiKA NAK.... --------------- Jika nak jadi bunga, jadilah bunga yang harum, Jika nak jadi batu, jadilah batu pertama, Jika nak jadi burung, jadilah burung yang terbang laju, Jika nak jadi manusia, jadilah manusia yang berguna, Jika nak belajar, belajarlah bersungguh-sungguh, Jika nak buat sesuatu, buatlah dengan sehabis baik, Jika nak berbudi, biarlah kepada kedua ibubapa, Jika nak hidup, hiduplah dengan nama yang baik... ~ PEaCE FoREVER ~
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 14:16:20 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 14:16:20 GMT 8
mana aku tau org tua tu gi mana..aku tak jaga pn.. dia bz la kot..nnt dia online la tu.. o.k...sajer jer aku tanya...sebab dah lama x nampak dia online...
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 14:24:36 GMT 8
Post by KomOt on Mar 15, 2004 14:24:36 GMT 8
o.k...sajer jer aku tanya...sebab dah lama x nampak dia online... ooo...aku ingat ko dh rindu kt dia..
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 14:25:13 GMT 8
Post by KomOt on Mar 15, 2004 14:25:13 GMT 8
JiKA NAK.... --------------- Jika nak jadi bunga, jadilah bunga yang harum, Jika nak jadi batu, jadilah batu pertama, Jika nak jadi burung, jadilah burung yang terbang laju, Jika nak jadi manusia, jadilah manusia yang berguna, Jika nak belajar, belajarlah bersungguh-sungguh, Jika nak buat sesuatu, buatlah dengan sehabis baik, Jika nak berbudi, biarlah kepada kedua ibubapa, Jika nak hidup, hiduplah dengan nama yang baik... ~ PEaCE FoREVER ~ aku nk jadi otromen!! hahahaha... ;D
|
|
|
EMOSI
Mar 15, 2004 14:30:36 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 14:30:36 GMT 8
ooo...aku ingat ko dh rindu kt dia.. rindu?...ish, kau nie...x nak lah aku rindu kat atok tue...hehehehe ;D baik aku rindu kat awek aku...tul x?...yer lah...dah lama x nampak dia...mesti tertanya2 kan?
|
|