|
Post by azehri muhamad on Oct 16, 2003 18:06:06 GMT 8
Seorang doktor neurologi menemui keajaiban Allah
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur’an". Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
|
|
|
Post by azehri muhamad on Oct 16, 2003 18:11:34 GMT 8
An interesting fact!!
Tahukah anda bahawa anda sebenarnya 'tidak tidur' jika anda tidak tidur di tempat yang gelap pada malam hari?
Jika anda tidur tanpa menutup lampu atau muka anda terkena cahaya lampu ketika anda tidur pada malam hari memang sebenar nya anda tidak tidur.
Bila muka terkena cahaya lampu semasa anda tidur, otak melalui deria bulu roma masih dapat mengesan cahaya dan terus bekerja tanpa berehat. Kesannya akan dirasakan pada pagi esoknya di mana anda masih merasa letih walaupun cukup tidur di sebabkan otak tidak dapat berehat sepenuhnya.
Jadi, pastikan anda menutup lampu atau sekurang-kurangnya elakkan muka anda dari terkena cahaya semasa tidur pada waktu malam.
|
|
|
Post by azehri muhamad on Oct 16, 2003 18:17:22 GMT 8
cuba and taip benda ni...
=rand(200,99)
selepas itu tekan 'Enter'...kemudian tunggu utk 5 saat
Sila type dalam Microsoft WORD
|
|
|
Post by turtle on Oct 22, 2003 16:16:21 GMT 8
cuba and taip benda ni... =rand(200,99) selepas itu tekan 'Enter'...kemudian tunggu utk 5 saat Sila type dalam Microsoft WORD skali kene flood sampai 200+ page hehehe. ayat tu cam dlm fonts je.
|
|
|
Post by avocado on Oct 22, 2003 21:58:12 GMT 8
khabarnya bill gates sendiri tak boleh explain nape jadi camtu..? pelik, kan?
|
|
|
Post by nurkasih on Oct 27, 2003 18:46:42 GMT 8
a'kum angkasawan pertama yg samapai ke bulan ialah nell amstrong dengan apollo..............
ade satu rahsia tersembunyi disebalik peristiwa ini..............
tahukah nada bahawa nell amstrong telah memeluk islam setelah di mengalami satu peristiwa setelah menjejakkan diri di bulan ..................
peristiwa yang ajaib lagi membuatkan saya rasa kagum dengan kekuasaan yang maha esa adalah nell amstrong telah mendengar laungan azan di sana............ oleh yang demikian setelah kembali ke bumi beliau telah memeluk islam.
hebat kan kuasa ALLAH!
wassalam
|
|
|
Post by avocado on Oct 29, 2003 21:49:46 GMT 8
org dari bulan pun bleh nampak kebesaran Allah.. kite kat sinih depan masjid kat seberang jalan tu pun tak pedulikan kebesaran Allah.. camana tu..?
|
|
|
Post by atokENSEM on Oct 29, 2003 23:18:04 GMT 8
a'kum..
Kejadian Seram Di Wad ICU atok writes "Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...
Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya... " ;D
atok..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Nov 3, 2003 18:26:14 GMT 8
hehehehe!!! ;D
|
|
|
Post by rosemin on Nov 4, 2003 14:42:57 GMT 8
kahkahkahkha... ;D apelah pekerjaan makcik bedah tu...matila org tu..hehehe.. klakar..mmg klakar..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Nov 4, 2003 20:45:53 GMT 8
profeser dengn katak --------------------------------------------------------------------------------
maka bermulalah satu cerita, dimana ada seorang frofeser ingin membuat kajian terhadap seekor katak......untuk menguji kefahaman tutur kata manusia, kajian pertama prof tue suruh katak tue lompat, katak tue lompat agak jauh juga la.....lepas tue prof tue potong satu kaki,lepas tuen dia suruh katak tue lompat lagi, jauh katak tue lompat kurang dari tadi, dia potong satu lagi kaki, dia suruh katak tue lompat............kurang jauh dari yang kedua, sampailah kaki yang terakhir sekali, prof tue potong kaki yang paling akhir sekali.....dia suruh lompat lagi......tapi katak tue tak lompat...dan prof tue berpendapat bahawasanya katak menjadi pekak bila dipotong keempat-empat kakinya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 7, 2003 1:30:08 GMT 8
hehehehe a'kum.. Penggali kubur Ini cumalah satu teka teki yang telah digurindamkan oleh Hang Tuah kepada sultan Melaka. Dan kerana teka teki inilah Hang Tuah telah dijatuhkan hukuman mati. Teka tekinya adalah..... "Mengapakah penggali kubur tidak memakai sepender ketika menggali kubur" Dengan perasaan tanda tanya sultan telah bertanyakan Hang Tuah,'pernahkah tuan hamba melihat penggali kubur tidak memakai sepender ketika menggali' kata Sultan. Maka Tuah dengan bongkaknya menjawab.....opppssss itu bukannya jawapan yang betul. Dengan perasaan marah,sultan tetap mencari jawapan namun semuanya 'TIDAK BETUL' kata Jamal Jamaludin. Akhirnya Tuah pun dengan gelak ketawa memberikan jawapannya..."sudah confirm penggali kubur tidak memakai sepender ketika menggali,dia mestilah memakai cangkul untuk menggali" dengan iringan ketawa yg terbahak2 oleh seisi dato' yang berada dlm istana...Kalau anda semua sebagai sultan, Apakah yang akan anda lakukan kepada laksamana Hang Tuah itu.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 7, 2003 15:45:27 GMT 8
gambar syaitan..semasa serangan ke atas amerika yang telah dilakukan oleh atok sendiri.. ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 7, 2003 16:24:48 GMT 8
unik dan ajaib... budak mempunyai ekor...
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 18, 2003 8:49:31 GMT 8
ei yark....
|
|