dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 1:25:27 GMT 8
ai....sampai dalam jamban pun nak amik port ker?
|
|
|
Post by KomOt on Sept 6, 2004 10:00:55 GMT 8
dh nama pn kontroversi..
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 6, 2004 15:53:13 GMT 8
gilerk ah kalau macam tuh ....nanti korang kena check tandas sebelum masuk mana tau ada kamera ke recorder ker....tak pun org mengintai berhati2 k
|
|
|
Post by KomOt on Sept 6, 2004 18:47:23 GMT 8
terutama sekali tandas2 awam..bahye woo..
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 7, 2004 1:55:07 GMT 8
haha.....lagi satu tingkah laku anda semua dirakan di iic sama ada di tandas atau di bilik kuliah atau pun di rumah masing2.............................. kalau nak nanti leh amik gan kat atas nun yg sentiasa memerhatikan anda semua...
|
|
|
Post by KomOt on Sept 8, 2004 16:39:26 GMT 8
kt hotel2 tertentu pn ade yg letak kamera belakang cermin tu..ish,bahye tul..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Sept 8, 2004 19:17:41 GMT 8
[quote author=dEw@[CrOnIc$] link=board=students&thread=1094083632&start=859#57 date=1094493307]haha.....lagi satu tingkah laku anda semua dirakan di iic sama ada di tandas atau di bilik kuliah atau pun di rumah masing2.............................. kalau nak nanti leh amik gan kat atas nun yg sentiasa memerhatikan anda semua... [/quote] paham..paham...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:03:43 GMT 8
a'ah kan..ape maksud shahrul nie... ..da 2 hari pikir still tak dpt tangkap maksudnya.. ape ye maksudnye?
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:06:11 GMT 8
aku ade dgr khabar angin yg siti nurhaliza makan telur mentah dalam jamban.. ye ke?tak baik menabur fitnah..
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:10:05 GMT 8
[quote author=dEw@[CrOnIc$] link=board=students&thread=1094083632&start=855#57 date=1094405127]ai....sampai dalam jamban pun nak amik port ker?[/quote]
komot kan spy tak berbayar..;_
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:11:57 GMT 8
Siti Nurhaliza dapat teka angkara siapa « Mingguan Malaysia, 29 Ogos 2004 » ----------------------------------------------------------
Ada yang mahu pecah belah keluarga kami,'' kata ibu penyanyi Siti Nurhaliza kepada saya dalam satu pertemuan yang tidak dirancang pada Selasa lalu. Siti Salmah Bachik kelihatan cukup tenang. Padahal ribut di luar sangat ganas, ``e-mel layang'' menjadi tajuk utama bual bicara di kafe dan warung kopi. Semua kononnya Siti Nurhaliza lupa daratan. E-mel dan surat layang mengenai Siti Nurhaliza menggunakan macam-macam nama tapi semuanya nama samaran telah `menelanjangkan' Siti Nurhaliza dengan cara yang sangat kejam. Tapi penulis e-mel ini seorang yang sangat penakut kerana tidak bertanggungjawab. "Siti yakin peminat mahu dengar apa yang keluar daripada mulut Siti tentang isu itu, jadi Siti kena selesaikan di sini,'' katanya. Bila Siti dapat tahu tentang e-mel ini? Tahun lepas beberapa hari ia tersebar. Kak Zie (kakak ipar) dah dapat awal lagi, tapi dia tak bagi Siti baca. Dia tak tahu, kita pun pandai juga. Bukan susah sangat nak cari. Buka Internet, semua ada depan mata. Mula-mula terkejut, rasa nak marah pun ada. Tapi baca banyak kali, rasa geli hati pula. Apa tanggapan pertama Siti isi kandungannya? Macam dah lama dikumpul. Dan ia dibuat semata-mata untuk jadikan orang lain benci kepada Siti. Itu tujuan orang yang buat benda ini. Siti marah? Tidak marah. Sikit pun tidak marah. Buat apa nak layan orang bodoh, tidak matang macam ini? Siti rasa orang ini `sakit'. Bila baca balik, Siti rasa orang yang tulis ini orang yang takut pada diri sendiri dan tidak jujur. Kenapa mesti hendak guna nama orang lain? Kalau berani, tunjukkan muka, tulis nama dia yang betul. Jangan baling batu sembunyi tangan. Mungkin penulis itu ada masalah peribadi dengan Siti? Memang dia ada masalah dengan Siti. Nampaknya kebencian dia kepada saya sangat melampau. Caranya sangat terang mahu menjatuhkan nama Siti dan porak-perandakan keluarga. Siti tidak kisah kalau dia minat artis lain, minatlah. Tetapi jangan melampau macam ini kepada Siti. Mungkinkah si penulis itu fikir ini adalah satu-satunya cara untuk menjatuhkan Siti? Ini baru e-mel layang. Lepas ini Siti tidak tahu apa lagi yang akan kami hadapi. Tetapi Siti akan bersedia. Kadang-kadang Siti pun tidak tahu siapa sebenarnya mahu dijadikan mangsa. Surat itu bukan hanya attack Siti saja, keluarga, peminat dan orang-orang media pun kena. Ini yang Siti pelik. Dia macam mahu Siti mengalah dan berundur daripada dunia seni. Kepada orang ini, jangan bimbang akan sampai masanya untuk Siti pergi. Siti tidak akan selamanya di atas, akan datang orang yang lebih baik selepas ini. Boleh agak siapa yang buat? Siti tidak mahu tuding jari kepada sesiapa, takut dapat dosa. Tapi ada waktunya bila baca balik, kita dapat tahu sama ada ia ditulis oleh orang luar atau dalam industri (tersenyum). Siapa? Cakaplah off the record. Siti tidak mahu tuduh, tapi dalam situasi sekarang Siti akan lebih berhati-hati lagi dengan semua pihak. Siti tidak buat laporan polis, cari si penulis itu sampai lubang cacing? SNP akan siasat all out tentang surat ini. Siti pun mahu tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab. Ini perlu supaya kita tidak menuding jari kepada orang yang tidak bersalah. Dengan kecanggihan teknologi yang kita ada sekarang, Siti yakin benda ini boleh diselesaikan. Rasa-rasanya bukan Siti sahaja, tetapi sudah ramai yang dapat agak siapakah penulis sebenar surat itu. Tapi Siti harap biarlah kita siasat dulu sebelum buat tuduhan. Peguam Siti akan meneliti kes ini sama ada perlu atau tidak kita buat tindakan selanjutnya. Tidak lama dulu pihak polis pernah menangkap orang yang menyebarkan surat layang di Internet. Apakah Siti yakin orang yang sebar surat layang tentang Siti juga akan berjaya diketahui umum selepas ini? Negara kita ada peraturan. Kalau terbukti `sah' orang itu buat kita boleh ambil tindakan berlandaskan undang-undang. Tetapi saya tidak mahu aibkan orang. Siti mungkin akan guna cara yang lebih sopan, jumpa sendiri orang itu dan cakap baik-baik. Baru puas rasa hati dapat bertentang muka dengan orang ini. Tunggu sajalah apa kata peguam SNP selepas ini. Siapa musuh Siti? Musuh? Siti tidak pernah mencari musuh, jadi mana ada musuh. Tak pernah tutup periuk nasi orang. Mungkin selepas ini Siti kena lebih berhati-hati. Berkawan pun biarlah ada batasan. Mungkin Siti makin susah untuk percayakan orang lagi. Ada yang kata ada beberapa perkara dalam surat layang itu memang berlaku. Misalnya Siti kecewakan peminat walaupun sudah berjanji mahu datang ke rumah mereka sebelum konsert Fantasia Tour di Johor Bahru? Memang ada, tetapi reaksi kepada peristiwa itu yang tidak betul. Memang ada yang jemput Siti makan durian masa konsert di JB. Tapi SNP dah bagi tahu awal-awal, Siti tidak dapat datang dan orang Astro pun sudah tahu fasal Siti tidak pergi. Fikirlah, malam ada konsert, takkan siang hari Siti hendak makan durian. Lagipun sebelum show Siti perlukan rehat. Astro sudah maklum fasal itu. Tetapi ia sudah ditambah dengan macam-macam benda tidak betul. Lagi satu, isu isteri PRO SRC yang dihalau daripada bas Siti, ada krew konsert kata itu kejadian betul. Tidak ada apa-apa yang berlaku dalam bas yang Siti naik. Siti tidak halau sesiapa pun. Bukan Siti. Tetapi akhirnya `akak' juga yang kena. Takkan Siti sejahat itu, hendak halau orang. Jangan anggap Siti macam itu. Siti masih waras. Isu makan telur dalam jamban? Apa masalahnya? Memang Siti suka makan telur sebelum show. Siti makan telur kuning saja, jadi yang putihnya kena buang. Kalau buang benda macam itu, mestilah buang dalam sinki. Di hotel atau di belakang pentas sinkinya di mana? Biasanya dalam jamban. Makan telur ni Siti sudah cerita dalam banyak majalah. Artis lain pun makan telur sebelum show bagi panas badan, kuatkan tenaga di pentas. Bila menyanyi tidak semput dan suara tidak pecah. Itu petua biasa, petua orang lama. Tapi bila sampai dekat orang yang tidak bertanggungjawab itu, dah jadi macam cerita misteri Nusantara pula (ketawa). Bagaimana reaksi Siti terhadap tuduhan ada hubungan serius dengan Ramli MS? Siti hormati sesama insan. Bagi Siti semua orang sama saja. Tetapi tolong jangan bangkitkan hal yang tidak masuk akal. Siti pun ada maruah diri. Siti mahu katakan hubungan dengan Ramli MS tidak sedikit pun melibatkan hati dan perasaan? Tidak ada. Apa yang mahu Siti sampaikan kepada peminat yang mungkin ada antara mereka mempercayainya? Jangan percaya. Dengar dulu daripada mulut Siti sendiri. Jangan mudah terpedaya. Kalau betul Siti ada buat silap, Siti akan mengaku. Siti jelaskan apa kesilapan Siti. Siti bukan manusia yang tidak mahu mengaku kesilapan dan kekurangan diri sendiri. Siti ada kekurangan. Tidakkah Siti terfikir, dalam saat-saat macam ini, Siti memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah? Siti tidak `kemaruk' sangat. Tidak perlu terhegeh-hegeh mencari, masanya akan sampai. Suatu hari nanti Siti akan jumpa dengan seorang lelaki yang boleh kongsi segala susah dan senang. Orang kata duit tidak boleh membeli kebahagiaan. Dalam keadaan sekarang, apakah Siti fikir ia bertepatan dalam menggambarkan situasi yang Siti alami? Yang dinamakan bahagia itu bukan kerana duit. Memang duit beri kesenangan, dapat beli apa saja benda yang kita hendak. Tetapi dalam bab hati dan perasaan, ia tidak boleh dijual beli. Apa pun Siti bersyukur dan gembira dengan rezeki yang dilimpahkan. Tetapi duit Siti tidak datang bergolek. Jika penulis e-mel itu sedang membaca Pancaindera ketika ini, apa yang mahu Siti katakan kepada orang itu? Dia sudah berjaya dalam usaha untuk menguji Siti dan keluarga. Tetapi ingat, suatu hari nanti awak akan terima balasan kerana suka-suka memfitnah orang. Ingat, Siti Nurhaliza belum kalah!
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:15:26 GMT 8
Jamal Abdillah Raja Pop -------------------------------------------------------------------------------- Jamal Ubaidillah Ali. Kelahiran Brunei. Salah seorang artis Melayu paling popular dan paling berjaya sejak awal tahun 80an. Bermula sejak Jamal menjadi juara Bintang RTM 1979. Kejayaan filem Azura meningkatkan populariti Jamal. Hanya mengadakan persembahan di Brunei (negara kelahiran sendiri) untuk kali pertama pada bulan Ogos 2003 dengan Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Siti Sarah. Pada tahun 2003, duet Jamal dengan Siti Sarah (lagu 'Sandarkan Pada Kenangan') meletup. Sudah mempunyai 10 album sejak 1980. Berkahwin dengan Basariah Latif pada 1998. Bercerai dan berkahwin kali kedua dengan janda bernama Intan Noraina Mohd Yusof pada April 2001. Masa itu Jamal berumur 41 tahun dan Intan berumur 29 tahun.
Jamal Abdillah direman dipercayai memandu kereta curi Oleh: WANDA IDRIS dan ANGELINA SINYANG UTUSAN MALAYSIA, KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seorang artis lelaki popular tanah air yang pernah mendapat gelaran `Raja Pop', Jamal Abdillah ditahan polis kerana memandu kereta mewah dipercayai dicuri. Penyanyi dan pelakon berusia 45 tahun itu yang merupakan juara Bintang RTM 1979 ditahan bersama seorang anggota polis kira-kira pukul 5 pagi ini semasa memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu di persimpangan Jalan Hang Tuah di sini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner A. Thaiveegan berkata, polis yang membuat pemeriksaan turut mengesyaki Jamal memandu di bawah pengaruh dadah. Suspek, katanya, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk menjalani ujian air kencing yang menunjukkan keputusan positif. Polis kemudian membawa kedua-dua suspek itu ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapatkan perintah tahanan sementara. Majistret Khairi Harun membenarkan kedua-dua suspek itu ditahan sehingga 6 Ogos ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Mengikut laporan, sepasukan polis dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan letak kereta awam di Hotel Dynasty, Batu 2 1/2, Jalan Ipoh di sini mengesyaki sebuah kereta BMW warna kelabu yang dinaiki dua lelaki berada dalam keadaan yang mencurigakan. Kereta yang diekori itu kemudiannya keluar ke Jalan Ipoh menuju ke Jalan Kuching dari tempat letak kereta awam berkenaan. Pasukan polis berkenaan kemudiannya meminta bantuan daripada Balai Polis Sentul dan berjaya menahan kenderaan tersebut di Jalan Hang Tuah. Laporan itu turut menyebut semakan komputer mendapati nombor pendaftaran yang digunakan oleh kenderaan tersebut menunjukkan ia dilaporkan hilang. Siasatan awal mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran sebuah motosikal Yamaha model 125Z. Semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan nombor yang digunakan oleh kereta BMW berkenaan didapati tidak wujud. Siasatan terhadap penyanyi dan anggota polis itu dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan denda. Bukan kali pertama Kes artis berkenaan ditangkap polis bukanlah pertama kali dilaporkan. Pada tahun 1998, dia pernah ditahan polis di Jalan Mahameru kerana tidak sedarkan diri dalam kereta tanpa memakai baju. Penyanyi itu juga pernah menjalani rawatan pemulihan dadah di Pusat Serenti dan digam oleh Kementerian Penerangan kerana kes ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita warga Indonesia. Sebagai artis Selain menyanyi solo, artis berkenaan pernah berduet dengan beberapa artis terkenal tanah air seperti Fauziah Ahmad Daud, M. Nasir, Francisca Peter, Amelina dan terbaru penyanyi cilik, Siti Sarah Raisuddin. Filem Azura yang ditayangkan pada tahun 1984 menjadi sebutan kerana filem lakonan artis ini bersama Fauziah Ahmad Daud benar-benar melonjakkan namanya di persada seni tanah air. Selain itu, penyanyi tersebut turut membintangi filem-filem seperti Suratan Kasih serta Kekasih Awal dan Akhir.
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
Post by poKai Sea on Sept 13, 2004 0:23:16 GMT 8
jamal jamalludin kini dah jadi dj sinar fm...... ;D
|
|
qistinabhatrisya
New Student
" AWAL DAN AKHIR HIDUP MANUSIA DITENTUKAN OLEH ALLAH"
Posts: 14
|
Post by qistinabhatrisya on Sept 13, 2004 10:23:02 GMT 8
suke ke join sinar fm tu........cm sumenye lagu2 lame je...
|
|
|
Post by KomOt on Sept 13, 2004 16:35:19 GMT 8
lagu kt sinar fm semua wat aku mengantuk je..
|
|