Post by KomOt on May 18, 2004 10:30:46 GMT 8
KUALA LUMPUR: Sebuah restoran mewah yang terkenal dengan makanan Barat
dikesan cuba memperdaya pelanggan Islam apabila mempamerkan tanda logo
Halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pihak pengurusan restoran yang terletak di USJ itu, turut didapati menjual
pelbagai minuman keras.
Berikutan itu, pegawai penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu premis berkenaan
pada jam 1 tengah hari semalam.
Pengarah KPNDHEP Selangor, Mohd Roslan Mahayudin yang turut menyertai
operasi itu, berkata pihaknya memandang serius perbuatan restoran berkenaan
yang dianggap tidak sensitif terhadap agama.
Menurutnya, hasil siasatan, pemilik restoran itu yang memiliki beberapa
rangkaian di Lembah Klang, sengaja menampalkan logo Halal Jakim di rak kaca
menjual kek yang terletak di pintu masuk premis.
“Tindakan ini seolah-olah menggambarkan semua makanan yang disajikan
restoran ini halal kepada pengguna Islam.
“Siasatan lanjut mendapati kali terakhir restoran itu memohon mendapatkan
tanda Halal Jakim pada 1999.
“Ia hanya dikeluarkan untuk kebenaran menjual kek dan roti pastri, namun
kelulusannya sudah tamat tempoh dan tidak pernah dipohon semula sejak empat
tahun lalu,†katanya.
Dalam serbuan itu, Mohd Roslan berkata, pegawai penguat kuasa Jakim
menanggalkan logo Halal palsu itu selain merampas risalah menu restoran
berkenaan.
“Kita akan siasat sama ada logo Halal Jabatan Agama New Zealand dan Amerika
Syarikat yang turut dipamerkan pada risalah menu diiktiraf dan sah
digunakan,†katanya.
Mohd Roslan berkata, perbuatan restoran itu serius kerana pengunjung pasti
menyangkakan semua makanan dihidangkan halal.
Menurutnya, pegawai penguatkuasa Jakim turut memeriksa bahagian dapur
restoran itu bagi memastikan cara penyediaan makanan tidak membabitkan
penggunaan alkohol.
Sementara itu, Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan
Jakim, Mohd Amri Abdullah, berkata pihaknya akan meneruskan lebih banyak
operasi bagi mengenal pasti premis yang mempamerkan tanda Halal palsu
Jakim.
Menurutnya, pemilik premis boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal
Dagangan 1972 dan boleh didenda sehingga RM250,000.
“Setiap premis yang disahkan menjual makanan halal perlu mempamerkan logo
serta sijil tanda halal yang boleh dilihat pengunjung premis. Ini adalah
syarat yang perlu dipatuhi.
“Oleh itu, saya menasihati pengguna Islam supaya berhati-hati sebelum
menjamu selera bagi mengelakkan termakan makanan haram,†katanya.