|
Post by kuzy on Apr 29, 2004 15:37:38 GMT 8
taktau nak cakapla... yang aku nampak time die nak buat jahat memang tader die nyer parkinson..... tapi malam tu sian gakla ngk die pakai chopstik..... banyak gakla yang tercicir di luar pinggan..kawakwakw
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 29, 2004 15:54:16 GMT 8
kire kritikal gak ni...effect org lain tak ha..ye la die tdo bkn confirm je org sbelah tak lena...confident lg
|
|
|
Post by kuzy on Apr 29, 2004 16:55:20 GMT 8
tak biasenye die kene tido kat luar rumah... sebab nak jag keselamatan rumah...kawakwakw
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 29, 2004 16:57:00 GMT 8
oooo tiu kerjaannya rupa2nya ya....gua sudah mngerti..waduh2...
|
|
|
Post by kuzy on Apr 29, 2004 17:02:54 GMT 8
kok kenapa mengeluh dong...
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 18:26:44 GMT 8
kok bisa diatur...
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 18:29:43 GMT 8
memang laa...lebih kurang jer maksud dia tue...tau skit2 jer...kau leh jadi sifoo aku x?...aku baru blaja jer...x de laa teror cam kau...hehehe...tui ya...sincan zhidao shuo huayu..."ru kuo ni chi tau, kau su wo"<--- ayat nie aku x paham laa...ru kuo maksud dia tapi ke?...kau su wo aper lak?...wo ye you xue huayu...ni jiao wo hao ma... p/s: lau ader aper2 salah...tolong ajar aku yerk... at least leh ajar bahasa cina dlm forum ni..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 29, 2004 18:47:48 GMT 8
540 kondom ditemui selepas program ‘Sureheboh TV3'
Wednesday, April 21 @ 11:43:30 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob KUALA LUMPUR, 21 April (Hrkh) - Kira-kira 540 kondom ditemui di tapak program 'Karnival Sureheboh TV3' di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah sewaktu dan selepas program tersebut pada 17 dan 18 April lalu.
Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan melaporkan, pada 17 April, antara jam 5.00 hingga 6.00 pagi, pihaknya menemui 326 kondom di sekitar kawasan tapak ‘Karnival Sure Heboh TV3’ dalam rondaan dan pembersihan yang dibuat.
“Enam belas daripada 326 kondom yang ditemui masih basah dengan 'air mani',” katanya yang menghubungi Harakahdaily dari Alor Star hari ini.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, pada hari yang berikutnya, sewaktu rondaan dan pembersihan dilakukan pada jam 8.00 pagi, pihak berkuasa tempatan turut menemui 214 kondom lagi di tempat yang sama.
"Jelas penemuan ini membuktikan gejala negatif dan maksiat berlaku sewaktu dan selepas program hiburan yang dianjurkan oleh TV3," tegas beliau lagi.
Beliau menyatakan kekesalan dengan penganjuran program sedemikian rupa, yang akhirnya menatijahkan maksiat di kalangan muda mudi yang hadir, seterusnya penganjuran program sedemikian di seluruh negara akan menghancurkan pemahaman Islam di kalangan orang Melayu.
Rakyat leka, Kedah Maju 2010?
Sebelum ini, pimpinan Dewan Pemuda PAS Kedah dalam laporan Harakahdaily pada 19 April lalu telah melahirkan rasa bimbang mereka, apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah dengan slogan 'Kedah Maju 2010 'memulakan' pentadbiran menuju dengan pelbagai program hiburan yang melekakan rakyat.
Di samping terus membiarkan pusat-pusat hiburan seperti disko, karaoke, snuker dibuka sehingga seawal jam 3.00 atau 4.00 pagi, kerajaan BN Kedah tanpa memikirkan sebarang kesan kepada golongan remaja khususnya menjemput artis-artis tempatan datang di Kedah.
Ketua Pemuda PAS Kedah, Haji Adnan Saad berkata, amat malang bagi seluruh rakyat Kedah apabila Menteri Besar, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain sendiri yang menjemput pihak stesen hiburan, TV3 datang mengadakan konsert ‘Sureheboh’ di negeri ini.
Ini katanya, diakui sendiri oleh pengacara TV berkenaan yang membuka majlis tersebut dengan menyebut, "terima kasih kepada Dato' Seri Setia Diraja, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain yang sudi membenarkan TV3 mengadakan karnival dan terima kasih juga di atas jemputan beliau untuk menjayakan ‘Karnival Sureheboh’ di Alor Star."
Tegas Haji Adnan, inilah hadiah kemenangan BN kepada rakyat yang mengajak rakyat agar lebih leka dengan konsert hiburan yang banyak mendatangkan keburukan daripada manfaat, apatah lagi dalam era Kedah menuju negeri maju 2010.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Mustafa berkata, adakah konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh BN turut meletakkan konsert hiburan berunsur nyanyian dan tarian yang jelas mendedahkan aurat ini dianggap satu arus pemodenan Islam.
"Penyanyi yang bergelar isteri orang 'bergelek' di atas pentas pada malam itu adakah salah satu contoh pendekatan Islam Hadhari, adakah dengan melihat aksi sedemikian masyarakat Kedah dan negara amnya yang melihat siaran langsung di kaca TV konsert ‘Sureheboh’ makin dekat dengan Islam.
"Inilah pendekatan songsang yang diterapkan oleh BN kepada rakyat, tanpa segan silu mencemarkan imej umat Islam, pada mula konsert ini dialunkan irama nasyid, selain dari itu hanyalah hiburan yang melekakan semata-mata.
"Apabila PAS menyelar program sedemikian, akan ada pemimpin Islam BN yang mengatakan PAS kolot, itu dan ini kerana hanya memandang positif sesuatu program anjuran kerajaan, apa pula contoh positif yang rakyat dapat setelah semua yang menghadiri konsert tersebut disajikan dengan gelagat artis yang tidak langsung menepati ciri-ciri hidup sebagai seorang Muslim," tegas beliau.
Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Musoddak Haji Ahmad mengingatkan golongan muda agar jangan mudah terpengaruh dengan dakyah kotor BN ini, cuba fikirkan masa depan agama dan bangsa sendiri kerana BN hanya mampu mengisi program yang dianggap boleh diterima oleh rakyat teramai walaupun program itu jelas berunsur maksiat.
"Pemuda PAS Kedah banyak menerima rungutan dari para ibu bapa mengenai penganjuran konsert hiburan seperti ‘Sureheboh’, mereka mendakwa anak mereka keluar rumah dari petang dan pulang pada lewat malam dan mula 'pandai' memakai pakaian yang menjolok mata terutamanya di kalangan anak remaja perempuan," ujar Musoddak. - lanh
Imbasan Laporan Harakahdaily pada 8 Mac
Konsert Sureheboh TV3 dikecam lekakan rakyat, terutama pelajar
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Pemimpin masyarakat dan orang ramai kesal kerana dalam keghairahan pilihan raya sekarang, rakyat terus dilekakan dengan pelbagai program hiburan, yang terbaru ialah konsert Sureheboh TV3 di Kuantan malam tadi yang siarkan secara langsung oleh stesen berkenaan.
Seorang pendidik yang tidak mahu dikenali kerana terikat dengan 'Akujanji', berkata beliau yang menonton siaran berkenaan secara tidak sengaja, begitu meluat melihat artis-artis wanita melenggang-lenggokkan tubuh dengan pakaian sendat, nipis dan singkat sedangkan ribuan penonton adalah remaja Islam termasuk yang bertudung.
"Kenapa rakyat hendak dilalaikan dengan hiburan yang tiada apa-apa mesej dan adalah sesuatu yang menyedihkan ada ibu bapa mengendong bayi ke konsert berkenaan," katanya.
Katanya, sebagai pendidik, beliau sedih kerana remaja berkenaan sepatutnya mengulangi pelajaran di rumah, menyemak buku-buku sekolah ataupun membantu ibu bapa kerana keesokan harinya adalah Isnin iaitu hari pertama persekolahan.
"Saya amat sedih kerana sudah beberapa kali konsert berkenaan diadakan pada masa terdekat ini. Dulu ia diadakan di Seremban kemudian Melaka, Johor Bahru dan semalam di Kuantan. Semuanya diadakan pada malam Ahad, sedangkan kita tahu esok anak-anak perlu ke sekolah," katanya.
Beliau bertanya apakah matlamat dan mesej yang cuba diketengahkan pihak berkenaan. "Adakah kita mahu muda-mudi Melayu/Islam terus leka dengan hiburan dan pada masa yang sama kita bercakap mengenai keruntuhan moral muda-mudi, termasuk kes rogol, zina dan penagihan dadah?" soalnya.
"Kita juga pandai bercakap mengenai pencapaian orang Melayu/Islam yang amat teruk dalam pendidikan tetapi dengan mengadakan konsert "hu ha" ini, tidakkah pihak yang pandai bercakap itu sengaja mahu menjahanamkan masa depan anak-anak Melayu?" hujahnya.
Seorang guru tuisyen berkata beliau sedih kerana muda-mudi Melayu dihanyutkan oleh mereka yang mendakwa juara membela rakyat.
Dalam hal ini, saya merayu pemimpin bertindaklah. Janganlah mendiamkan diri dengan "maksiat" yang sudah masuk ke dalam rumah kita ini (TV). Mufti-mufti dan pegawai agama, bertindaklah segera sebelum anak bangsa kita terus hancur.
"Janganlah pemimpin kita bercakap berdegar-degar, kerajaan begitu komited hendak membina ratusan sekolah agama sebagai modal pilihan raya tetapi program kecil seperti maksiat ini, tidak dapat di halang atau ditegur," katanya.
"Berbilion wang dihabiskan untuk memajukan pendidikan tiada ertinya jika jiwa anak-anak dibiarkan lara," tegasnya. – lanh
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 19:06:00 GMT 8
atok dah dpt artikel ni kat email..ingatkan nak post..tgk2..strider dah post..thanks..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 29, 2004 19:11:35 GMT 8
atok dah dpt artikel ni kat email..ingatkan nak post..tgk2..strider dah post..thanks.. samer2 ...
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 30, 2004 1:02:57 GMT 8
mmg kontroversi nie..kondom merata2..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 30, 2004 2:14:33 GMT 8
at least leh ajar bahasa cina dlm forum ni.. bahasa jawa yg dijanjikan dulu tu mana??
|
|
|
Post by KomOt on Apr 30, 2004 2:14:57 GMT 8
taktau nak cakapla... yang aku nampak time die nak buat jahat memang tader die nyer parkinson..... tapi malam tu sian gakla ngk die pakai chopstik..... banyak gakla yang tercicir di luar pinggan..kawakwakw hahaha...kalau camtu,baik suruh dia makan pakai kaki je..
|
|
|
Post by kuzy on Apr 30, 2004 11:13:35 GMT 8
mmg kontroversi nie..kondom merata2.. tahniah bangsa malaysia yang gemilang, cemerlang dan terbilang..... tak lama lagi ramaila yang berbinkan abdullah kalau tak selamatkan mereka..... bukan berbinkan pm tapi sebab takde ayah yang bertanggung jawab.....
|
|
|
Post by kuzy on Apr 30, 2004 11:14:32 GMT 8
hahaha...kalau camtu,baik suruh dia makan pakai kaki je.. kat rumah mmg die makan pakai kaki... tapi aritue die bawak awek kot...kawkawkaw
|
|