|
Post by feimaumania on Apr 16, 2004 14:19:58 GMT 8
wei...tanye ckit...apsal icon n signature aku asyik ilang je ha??tiap kali online mesti ilang...puas aku...asyik change profile je...aku ni dh la buta it...bdk dba katekan..tlgla pd sape2 yg bleh kekalkan aku nye icon n signature tu...sakit sgt ati ni....please...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 16, 2004 18:29:28 GMT 8
wei...tanye ckit...apsal icon n signature aku asyik ilang je ha??tiap kali online mesti ilang...puas aku...asyik change profile je...aku ni dh la buta it...bdk dba katekan..tlgla pd sape2 yg bleh kekalkan aku nye icon n signature tu...sakit sgt ati ni....please... lau kau nak tau cara dia...pm kat aku...nanti aku ajar kat kau ...
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 16, 2004 19:00:01 GMT 8
lau kau nak tau cara dia...pm kat aku...nanti aku ajar kat kau ... terima kasih sudi tolong feimau tu..da abis mania dah tu rasernyer
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 17, 2004 3:10:39 GMT 8
wei...tanye ckit...apsal icon n signature aku asyik ilang je ha??tiap kali online mesti ilang...puas aku...asyik change profile je...aku ni dh la buta it...bdk dba katekan..tlgla pd sape2 yg bleh kekalkan aku nye icon n signature tu...sakit sgt ati ni....please... maybe laman url gambar tu tak penoh@tak cukup..atau homepage tampat amik gambar tu,ade prob. contoh: laman url yg cukup...ex: www.feimaumania.giftak cukup...ex: www.feimaumania.gikalo tertinggal satu huruf..gambar takkan keluar!ok?
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 17, 2004 15:04:25 GMT 8
maybe laman url gambar tu tak penoh@tak cukup..atau homepage tampat amik gambar tu,ade prob. contoh: laman url yg cukup...ex: www.feimaumania.giftak cukup...ex: www.feimaumania.gikalo tertinggal satu huruf..gambar takkan keluar!ok? tue leh jadi gak...tapi kadang2 ader website yg protect diorang nyer image daripada dioutsourcekan...contoh lau kita ambil pic/image dari geocities...mesti x leh nyer...x pun admin website tue dah ubah pic/image tue ke directory yg lain...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 17, 2004 15:05:26 GMT 8
terima kasih sudi tolong feimau tu..da abis mania dah tu rasernyer samer2 ...
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 18, 2004 1:31:44 GMT 8
aku turut mengalami prob yg same..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 18, 2004 1:39:56 GMT 8
aku turut mengalami prob yg same.. masalah kau dah settle ke belum? ...lau belum, pm aku...nanti aku ajar kau...
|
|
|
Post by enigma on Apr 18, 2004 2:04:27 GMT 8
Pusat Bumi
Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.
Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.
Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kahirah, Mesir.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 3:27:05 GMT 8
tue leh jadi gak...tapi kadang2 ader website yg protect diorang nyer image daripada dioutsourcekan...contoh lau kita ambil pic/image dari geocities...mesti x leh nyer...x pun admin website tue dah ubah pic/image tue ke directory yg lain... betul tu strider..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 3:29:19 GMT 8
Pusat Bumi Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam. Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut. Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kahirah, Mesir. ni kisah sains dan teknologi..good story..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 18, 2004 15:01:54 GMT 8
ni kisah sains dan teknologi..good story.. ni yg lemah lutut nie...bab sains mmg ko..
|
|
|
Post by enigma on Apr 18, 2004 19:29:31 GMT 8
- Kesihatan -
Kesihatan Anak: Ketepi perasaan kasihan bantu diet anak diabetes Oleh Raihanah Abdullah
DIABETES sudah banyak diperkatakan, namun berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit diabetes di Malaysia dijangka meningkat kepada 1.3 juta orang menjelang 2010. Setiap tahun, jumlah pesakit diabetes terus meningkat dan semakin membimbangkan.
Justeru, masyarakat negara ini tidak seharusnya memandang ringan penyakit diabetes, apatah lagi Malaysia adalah negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap penyakit terbabit.
Diabetes di kalangan dewasa memang sering dibincangkan tetapi bagaimana pula jika kanak-kanak menjadi mangsa kepada penyakit itu?
Perunding Perubatan dan Endokrinologi (Diabetologi) di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang, Dr Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ibu bapa selalunya akan berasa sedih, kecewa dan tertekan apabila anak mereka menghidap diabetes.
Beliau berkata, apabila berdepan masalah ini, ibu bapa perlu bersikap positif menerima kenyataan itu dan berusaha menangani keadaan dialami dengan penuh bijaksana.
Katanya, diabetes boleh dibahagikan kepada dua iaitu diabetes bersandar insulin (jenis pertama) dan diabetes bebas insulin (jenis kedua).
Diabetes bersandar insulin lebih kerap dialami masyarakat Barat manakala diabetes bebas insulin terdedah kepada orang Asia.
Diabetes Mellitus bergantung kepada insulin. Ini adalah keadaan di mana badan kekurangan pengeluaran insulin. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan insulin.
Walaupun faktor genetik adalah penting tetapi mekanisme sebenar mengapa berlaku penyakit ini tidak jelas. Mungkin yang merangsang berlaku penyakit ini disebabkan infeksi virus yang menyebabkan badan menghasilkan antibodi yang merosakkan kelenjar pankreas.
Diabetes Melllitus berlaku ketika usia antara lima tahun hingga 30 tahun.
“Diabetes jenis kedua pula sering berlaku disebabkan cara pemakanan, gaya hidup tidak sihat, kegemukan dan faktor keturunan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Dr Sharifah Sakinah berkata, ibu bapa perlu peka dan prihatin terhadap pemberian dan suntikan insulin kepada anak, selain menitikberatkan corak pemakanan golongan itu sebagaimana disarankan oleh pakar perubatan dan pemakanan.
Beliau berkata, lazimnya, kanak-kanak yang menghidap dia-betes memerlukan suntikan insulin dua atau empat kali setiap hari.
“Ibu bapa perlu mengajar dan membimbing anak mereka mengenai kepentingan suntikan insulin dan cara menyuntik insulin selain mengawasi paras gula pada waktu tertentu.
“Sebaik-baiknya, insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan dicucuk pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan, “ katanya.
Beliau berkata, paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin.
Ini kerana, katanya, kekurangan dan lebihan paras gula di dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 19, 2004 10:29:29 GMT 8
diabetes?? uii..ni kontroversi ni..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 20, 2004 0:33:53 GMT 8
ye ker..ko da kena diabetes ker..dinner ni kena kawal makan la nie..
|
|