USAH AIBKAN MAYAT, SEMPURNAKAN IKUT SYARIAT
Kematian Perpisahan Abadi
Melawat orang sakit itu wajib dan selepas tiga hari hukumnya sunat. Banyak hikmah yang Allah Taala berikan melalui sakit dan kita perlu menginsafi hakikat kehidupan yang tidak mungkin kekal selama- lamanya.
Melalui sakit, Allah membayangkan kita adalah hamba Nya yang lemah dan sentiasa mengharapkan rahmat Nya agar sentiasa sihat. Allah ingin menguji hamba Nya melalui kesakitan dan ia juga bertujuan mengampunkan dosa seseorang. Justeru kita mesti redha dan sabar menerima kesakitan di samping berusaha berubat agar kembali sihat. Sabda Nabi Muhammad saw: “setiap yang sakit ada penawarnya kecuali mati.”
Walaupun Islam menggalakkankita melawat orang sakit (termasuk bukan islam), namun ada tiga musibah yang perlu kita jauhi:
· Sakit mata
· Sakit gigi
· Bisul
Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Pesakit Nazak
· Dampingi pesakit sepanjang masa
· Bisikkan kalimah syahadah tanpa henti agar pesakit tidak alpa
· Baca Al-Quran dan surah Yasin
· Pesakit ditelentangkan ke arah kiblat dan kiamkan tangannya
Mungkin Sudah Ditakdirkan, Akhirnya Orang Yang Dikasihi Pergi Jua Untuk Selama- Lamanya. Justeru, Jenazah Perlu Segera Disempurnakan
· Mulakan dengan ucapan : “innalillahi wainna ilaihi rojiun”.
· Tukar pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar drp duburnya
· Rapatkan kedua2 belah matanya
· Kiam tangannya seperti ketika bersembahyang
· Rapatkan mulutnya
· Ikat dagu dgn kain dan simpul di atas ubun- ubunnya
· Luruskan kakinya
· Ikat kedua2 ibu jari kakinya
· Letakkan mayat di tempat tinggi
· Hadapkan ke kiblat
· Tutup seluruh tubuhnya dengan kain bersih
· Tindih perutnya dgn benda agak berat sedikit bg mengelakkan perut kembung atau membesar
· Sentiasa kita berdoa dan membaca Al- Quran serta sedekahkan kepada arwah.
Perkara yang perlu diuruskan waris:
· Waris tertua hendaklah berpakat/ berbincang dgn seluruh ahli keluarga mengenai kabajikan si mati dan urusan pengebumian
· Laporkan kematian kpd balai polis berdekatan
· Mandi jenazah serta kafan
· Dptkan bilal utk mandi jenazah
· Uruskan penggalian liang lahad
· Uruskan kereta jenazah
· Dptkan imam utk sembahyang jenazah
· Ucapkan takziah
Sifat2 yg perlu ada pd seseorang yg ingin mandikan jenazah:
· Berani
· Sabar
· Amanah- jgn aibkan mayat dgn menceritakan keburukan si mati atau kecacatan/ kekurangan pd tubuhnya ataupun perkara pelik yg berlaku sepanjang pengurusan jenezah
· Kemahiran dan ilmu yg cukup
Keperluan mandi mayat:
· Sabun mandi
· Air daun bidara
· Air bersih
· 7 batang sugi
· 3/ 5 pasang sarung tangan
· kapas
· Air kapur barus
· Baldi serta gayung
Keperluan mengafan mayat:
· Kain putih (bidang 115cm)
· Gunting
· Kapas
· Cendana
· Kapur barus
· Air mawar
· Minyak wangi
· Tikar jerami
· Bantal (isi daun pandan)
· Tempat mandi khas
Cara mandi mayat:
· Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan
· Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka
· Semua bilal pakai sarung tangan
· Sediakan air sabun dan air kapur barus
· Istinjak mayat terlebih dahulu
· Angkat sedikit kepala hingga ke paras dada
· Tekan perut mayat perlahan- lahan agar keluar najis (jika ada)
· Siram atau basuh dgn air sabun shj dahulu
· Kemudian gosok gigi, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiak, celah jari tangan dan kaki serta rambut si mati
· Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dgn air sabun juga
· Bilas seluruh anggota mayat dgn air bersih
· Selepas itu salah seorang bilal harus baca niat: “sahaja aku mandikan mayat ini, fardu kifayah krn Allah Taala.”
· Telentangkan mayat, siram atau basuh dr kepala hingga ke hujung kaki 3x dgn air bersih
· Siram 3x pd sebelah kanan dn kiri
· Kemudian herengkan mayat ke kiri, basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang
· Herengkan mayat ke kanan dan basuh bahagian lambung sebelah kiri pula
· Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dr hujung kepala hingga ke hujung kaki, sebelah kanan dan kiri- setiap satu 3x
· Selepas itu siram dgn air kapur barus
· Wudukkan mayat
· Siram dgn air sabun
· Kemudian lap seluruh badan mayat
· Sikat rambut elok2
· Cawatkan kemaluan mayat dgn cawat disediakan
· Tutup mayat dgn kain dan angkat dr tempat mandi
· Semua anggota/ bahagian yg tertanggal dr mayat (misalnya kuku dan rambut) hendaklah dikafan sekali
Cara2 mengafan mayat:
· Sediakan kain kafan dan letakkan mayat perlahan- lahan
· Sumbat semua rongga mayat dgn kapas
· Pastikan mayat berpeluk tubuh seperti keadaan ketika bersolat
· Sarungkan baju (gamis utk lelaki)
· Jika mayat perempuan, pakaikan sarung dahulu
· Mula mengafan lapis pertama. Mulakan dr sebelah kiri ke kanan. Balut dr hujung kaki hingga ke bahu dan tinggalkan bahagian muka dahulu
· Kafan lapis kedua, mula dr kanan ke kiri
· Kafan lapis ketiga, mula dr kiri ke kanan
· Mulalah ikat mayat dr hujung kaki, lutut, punggung dan dada. Bahagian muka dibiarkan dahulu
· Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup pada sebelah kiri
· Sebelum diikat pd bahagian kepala, benarkan waris melihat atau menciumnya
· Tulis kalimah ‘Allah” dan “Muhammad” pd dahi mayat menggunakan minyak wangi
· Akhir sekali, ikat mayat, renjis air mawar dan sapu minyak wangi.