|
Post by KomOt on Feb 13, 2004 16:36:03 GMT 8
dah faham? good....senang diajar budak ni... aku asyik kene puji je..segan la..
|
|
|
Post by enigma on Feb 13, 2004 16:43:34 GMT 8
aku asyik kene puji je..segan la.. abih tu takkan nk kutuk lak.....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 20:24:44 GMT 8
to atok: saya makan ayam halal nye la..yg dh sembelih nye.. ade plak kate aku kene bird flu.. aku santau kang.. ha.. aik..marah nampak? ;)manelah tau..ayam tu dibeli kat thailand ke..mane lah taukan..baik buat check up..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 20:29:22 GMT 8
abih tu takkan nk kutuk lak..... ntah..komot ni bile kutuk,menangis..tu je lah yg dia tau!
|
|
|
Post by KomOt on Feb 16, 2004 8:51:22 GMT 8
aik..marah nampak? ;)manelah tau..ayam tu dibeli kat thailand ke..mane lah taukan..baik buat check up.. heh,mano ado den marah jang oi..eden dh poie buat medical check up kek ayam tu..sihat ajo..takdo pn kono bird flu.. ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 1:06:34 GMT 8
heh,mano ado den marah jang oi..eden dh poie buat medical check up kek ayam tu..sihat ajo..takdo pn kono bird flu.. ;D aik!speaking nogoyie lak die..apo kono ni jang!
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 1:11:50 GMT 8
Kemenangan Siti sudah dijangka
KEMENANGAN Siti Nurhaliza Taruddin sebagai Artis Pilihan Malaysia di Anugerah MTV Asia 2004 (MTV2004) memang sudah dijangka, sekali gus memahatkan namanya sebaris dengan Sammi Cheng (Hong Kong) dan Stefanie Sun (Singapura) yang menang tiga kali berturut-turut.
Kemenangan mereka berdasarkan pilihan peminat di negara masing-masing di mana Siti mengetepikan Jamal Abdillah, Siti Sarah, Too Phat dan Misha Omar.
Namun ia lebih bermakna sekiranya Siti atau artis Malaysia diangkat sebagai Artis Asia Paling Berpengaruh suatu hari nanti yang kali ini dimenangi oleh penyanyi Korea, BoA. Bila? Cuma masa dan keadaan mampu menjawabnya. BoA juga memenangi Artis Pilihan Korea.
Bagaimanapun anugerah muzik anjuran salah sebuah saluran muzik unggul dunia ini harus dilihat dari sudut positif terutama aspek pendedahan artis-artis setiap negara kepada negara yang lain kerana MTV turut menerima siaran oleh kira-kira 150 juta penonton di seluruh Asia.
Acara gemilang yang berlangsung di Singapura kelmarin itu tiba ke puncak apabila MTV2004 mengiktiraf Mariah Carey yang dalam siri Jelajah Dunia Charmbracelet 2004, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Bertindak sebagai pengacara, penyanyi remaja Michelle Branch dan Vanness Wu berjaya menghidupkan acara anugerah itu dengan gaya penuh dinamik dan pesona di hadapan kira-kira 7,000 penonton yang memenuhi dewan.
Sesuai dengan tema cinta sempena Hari Memperingati Kekasih, reka bentuk anugerah juga diubah daripada kotak kepada ‘cupid’ (pari-pari cinta). Sebanyak 19 ‘cupid’ bertukar tangan malam itu berdasarkan undian penonton serantau.
Antara bintang-bintang yang beraksi dan menyampai anugerah adalah 5566, Black Eyed Peas, Blue, Derek McDonald, Gareth Gates, Liberty X, Simple Plan, Sugababes, Stacie Orrico; Isha Kopikar (India); Iwan Fais, Mocca, Audy dan Javier (Indonesia); BoA (Korea); Too Phat, Siti Sarah, Misha Omar dan Siti Nurhaliza (Malaysia);
Rivermaya (Filipino); Stefanie Sun dan Tanya Chua (Singapura); A*Mei dan Machi (Taiwan); Armchair, Blackhead, ‘Bird’ Thongchai McIntyre, Boyd Kosiyabong, Parn-Thanaporn, Tata Young, Cathaleeya English, Jintara Poonlarb dan Nut Myria (Thailand).
Sebagai penghormatan kepada bintang Hong Kong Anita Mui, MTV2004 memperakui pencapaian beliau yang tidak terhingga kepada industri muzik dengan menghargai beliau dengan Anugerah Inspirasi. Biarpun menghembuskan nafas terakhirnya hujung tahun akibat barah, beliau tetap ‘hidup’ di hati peminat setianya.
Anita dikenali di pentas kerana kostum lazimnya dan vokal bertenaga yang juga menjadi ciri persembahannya di Hong Kong dan luar negara. Di layar perak dan televisyen, bakatnya cukup ketara yang membawa penonton bergelak ketawa hinggalah berair mata.
Seorang yang bersemangat tinggi, Anita bukan saja memenangi hati penggemar malah dihormati teman seperjuangan.
Malam gemilang MTV2004 bertukar sayu apabila Datuk Michelle Yeoh menyampai ucapan penghargaan yang menyentuh perasaan semasa menerima anugerah bagi pihak Anita.
Michelle sendiri turut menerima Anugerah Filem Asia kerana sumbangan beliau kepada industri filem. Setelah membintangi pelbagai filem Asia, beliau memasuki arena antarabangsa, bekerjasama dengan Pierce Brosnan dalam Tomorrow Never Dies.
MTV2004 dibuka dengan persembahan tarian oleh Pussycat Dolls sebelum artis-artis lain mengambil giliran termasuk BoA dengan lagu Rock With You, Simple Plan (Perfect dan Addicted) dan Sugababes (Too Lost In You).
Sesuai tema cinta juga, MTV2004 menampilkan duet istimewa oleh beberapa artis seperti Gareth Gates dengan Siti Nurhaliza yang menyanyi Say It Isn’t So. Kombinasi Timur dan Barat ini menghasilkan kekesanan mendalam sehingga para penonton turut menyanyi beriringan mereka.
Para pemenang Anugerah MTV Asia 2004:
10 Anugerah Artis Kegemaran dari Asia:
Artis Pilihan China - Pu Shu
Artis Pilihan Hong Kong - Sammi Cheng
Artis Pilihan India - Abhijeet
Artis Pilihan Indonesia - Audy
Artis Pilihan Korea - BoA
Artis Pilihan Malaysia - Siti Nurhaliza
Artis Pilihan Filipina - Parokya Ni Edgar
Artis Pilihan Singapura - Stefanie Sun
Artis Pilihan Taiwan - A*Mei
Artis Pilihan Thailand - ‘Bird’ Thongchai McIntyre
Anugerah Antarabangsa:
Artis Lelaki Paling Digemari - Gareth Gates
Artis Wanita Paling Digemari - Christina Aguilera
Artis Pop Paling Digemari - Blue
Artis Rock Paling Digemari - Linkin Park
Video Paling Digemari - Linkin Park
Artis ‘Breakthrough’ Paling Digemari - t.A.T.u
Anugerah Filem Asia - Michelle Yeoh
Anugerah Inspirasi - Anita Mui
|
|
|
Post by enigma on Feb 17, 2004 8:48:47 GMT 8
saper lagi kalo bkn siti yg menang...dia memang layak.... ;D walaupun tak minat sgt dgn siti.....tp sy tetap aku r yg dia memang hebat..
|
|
|
Post by KomOt on Feb 17, 2004 10:23:02 GMT 8
ler..tapi kalau nk harap muka je lawa tak ble gak..nasib baik suara dia pn best..
|
|
|
Post by enigma on Feb 17, 2004 11:11:13 GMT 8
ler..tapi kalau nk harap muka je lawa tak ble gak..nasib baik suara dia pn best.. tu la pasal...nak wat camna kan...tuhan dah anugerahkan dia camtu.....untunglah dia...di dunia.....
|
|
|
Post by Gen2waja on Feb 17, 2004 11:36:03 GMT 8
dah ari ni ari dia,esok orang lain pulak,kan?
|
|
|
Post by enigma on Feb 17, 2004 12:02:24 GMT 8
dah ari ni ari dia,esok orang lain pulak,kan? iya..bkn tak deorg yg lbh bagus dr dia... ada sebenarnya...cuma tak menonjol lg jer...
|
|
|
Post by Gen2waja on Feb 17, 2004 12:57:23 GMT 8
korang rasa singapore nyer artis dapat tak kalahkan artis kite?
|
|
|
Post by enigma on Feb 17, 2004 13:00:17 GMT 8
korang rasa singapore nyer artis dapat tak kalahkan artis kite? boleh jer...naper tidak?
|
|
|
Post by surahyassin on Feb 17, 2004 13:12:14 GMT 8
setuju!!!!
|
|