Post by ActioNKaMeN on Feb 5, 2004 2:57:14 GMT 8
atok_ENSEM said:
Dejavu & dakwaan Erma amal ajaran sesatZUBIR memang tabik spring dengan penerbit, pengarah dan pelakon tersohor, Erma Fatima kerana belum pun sempat Zubir menghubungi telefon bimbitnya untuk mendapatkan penjelasan kenapa dia main cak-cak dengan produksi Dejavu seperti yang dilaporkan Persada Seni Selasa lalu, Erma terlebih dulu menghubungi Zubir untuk menceritakan keadaan sebenar.
Dalam laporan itu, pengarah produksi teater itu, Rohayah Atan berkata, "Memang pada mulanya saya ingin mengekalkan pelakon asal Dejavu yang pernah dipentaskan pada 1999. Malangnya, setelah seminggu berlatih tanpa kehadiran Erma sehinggalah Khamis lalu, saya diberitahu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), dia tidak dapat berlakon atas urusan peribadi dan penggantinya terpaksa dicari.
"Dalam masing-masing tengah dejavu kerana buntu, salah seorang daripada kami menghubungi Ogy (Fauziah Ahmad Daud). Dia bertindak pantas dengan menelefon saya dan atas dasar membantu seorang kawan, dia mengorbankan prinsipnya untuk tidak berlakon lagi," katanya.
Kita ikuti pula apa penjelasan Erma:
"Dari awal lagi saya dah beritahu produksi berkenaan, saya tak boleh buat sebab tengah shooting telefilem Neraka Cinta di mana saya sebagai pengarah dan pelakon. Tapi, produksi berkenaan masih mengharapkan saya.
"Pun begitu, sehingga hari latihan, telefilem berkenaan masih tak siap. Justeru, lebih baik saya tarik diri kerana tak adil kepada pelakon lain di mana mereka sibuk menjalani latihan Dejavu, sebaliknya saya sibuk mengarah di lokasi Neraka Cinta.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud) kerana sudi menggantikan tempat saya dalam Dejavu," jelas Erma yang menegaskan dirinya tidak sukar untuk dihubungi kerana telefon bimbitnya beroperasi 24 jam!
Bagaimanapun, Erma sedia memohon maaf sekiranya tindakannya selama ini menimbulkan kerumitan kepada banyak pihak kerana apa yang berlaku bukanlah disengajakan.
Sementara itu, ada pihak yang mendakwa Erma yang kini mengenakan imej bertudung, mengamalkan ajaran sesat. Erma juga didakwa pernah dilihat masuk gua dan bertafakur kerana menganggap dirinya adalah jelmaan Puteri Gunung Ledang!
"Itu satu fitnah, kalau betul saya berbuat begitu, sila kemukakan bukti! Saya cabar orang yang menyebarkan fitnah ni, tampil untuk membuktikan
kata-katanya itu. Adakah disebabkan saya bertudung, saya dikatakan mengamalkan ajaran sesat? Puteri Gunung Ledang bertudung ke? Haruskah saya membuka tudung?î tanya Erma.
Sabarlah Erma, bukan semua orang boleh menerima perubahan yang kita lakukan itu dalam masa yang singkat. Pekakkan telinga Erma, lama-lama apabila dia orang dah penat mengumpat, nanti senyaplah tu...
boleh tahan...tapi tu la orang melayu...org buat perubahan skit pun ade yg tak disenangi...nak ikut cakap org je sampai bile kite nak hidup aman...