BULI.. apa kejadahnyeee!!! Assalamualaikum Saudara/i
Kita melihat kepada Isu Buli ini secara intelektual
atau secara kuno terpulang kepada kita. Saya menghuni
asrama dari darjah enam hingga ke tingkatan enam atas.
Dari sekolah asrama penuh hingga ke sekolah asrama
harian biasa. Lebih dulu kita lihat kepada definisi
BULI. Apa yang diperkatakan dengan BULI ni.. so please
semak. Ok, peranan kita yang penting sebenarnya. Diri
kita sendiri.. bukan menunding jari kepada orang
lain.. memaki atau menghina. Apa yang perlu kita lihat
ialah penyelesaian . Fikirkan macam mana benda ini
terjadi, mengapa terjadi. Kita bawakan penyelesaian
ini dan suarakan melalui pemimpin kita ke peringkat
atasan. Sekiranya dilihat juga kepada isu along..
balik kepada kita juga.. mengapa perlu kita pinjam
kepada along.. sedangkan kita tahu dan sedar sejak
zaman ceti lagik.. bunga nya amat tinggi. pinjam 1
bayar 2 malah lebih lagik.. so mengapa kita pinjam.
kita terdesak.. along ni jugak merupakan satu
perniagaan bagi yang nak berniaga. mengapa kita
tandatangan surat perjanjian. mengapa pulak kita tak
bayar.? dan along ini akan bertindak apabila kita tak
bayar duit yang kita pinjam.. so fikirlah.. kita
susah, ingatlah ada orang lain lebih susah dr kita.
sebab benda ni terjadi adalah dari kita sendiri bukan
pemimpin kita, atau siapa sahaja. satu jaring tunding
4 balik kepada kita.
Balik kepada isu BULI tadi.. sebenarnya masyarat kita
sekarang dah berbeza dr zaman2 dahulu.. budaya dan
adat telah lupus di amkan zaman. Mengikut Kitab Ilya
Karangan Imam Ghazali... masyarakat dulu ambil tahu
pasal sekeliling, jiran, tetangga, anak, dan lain..
sering tegur sapa, tapi sekarang jauh berbeza. Tinggal
sebelah rumah pun tak kenal. So apabila kita melihat
kepada sesuatu kesalahan kita tidak akan tegur.. apa
kita buat geleng kepala tanda tak setuju..
Cuba kita beranikan diri tegur remaja, kanak2 yang
tidak senonoh, hisap rokok, melepak kat persekitaran
kita, apabila semua ambil sikap ambil berat dengan
orang lain, maka masalah ini tidak akan wujud, buat
salah ajer kena tegur.. so siapa lagi nak buat salah.
Kita ini,.. malah dalam keluarga pun malas nak tegur
apabila ada anggota yang buat salah.. so camno tu ?
Fikirlah saudara/i . Saya tinggal diasrama bukannya
sekejap malah hampir 13 tahun dr darjah enam hingga
habis belajar u... dan yang ada cuma pertelingkahan
biasa sahaja. Cuba kita lihat dan ambil contoh para
pelajar MARA (saya bekas pelajar MRSM Taiping
tingkatan satu hingga 3)Apa yang MARA buat Ini
adalah satu yang bagus > Ada kumpulan yang diwujudkan.
Masih ingat saya.. Kumpulan saya adalah Homeroom PENTA
A. Kemudian saya lanjutkan persekolahan di sekolah
agama, duduk asrama lagi, kita ada jugak kumpulan dan
Usrah.. ada Cikgu jadi penasihat.. berjumpa. Kita
diajar perkara yang boleh buat.. tak boleh buat. Tapi
sekarang pelajar di sekolah camno Ada ke buat
camtu.. Inilah yang kita mahukan.. jalan penyelesaian.
Kita cadangkan, kita fikirkan dan kita majukan.. bukan
hanya nak meluahkan rasa tidak puas hati kita
sahaja,... Sebagai rakyat kita patut bertanya apakah
sumbangan kita untuk negara.. sebagai seorang yang
beragama Islam lak,,, apakah sumbangan kita sepada
Agama kita.. dan semua agama lak menyuruh penganutnya
berbuat baik.. mana ada agama suruh buat jahat. So
pandanglan... lihatlah pada diri kita, Apabila kita
implementkan sikap tegur menegur, nasihat menasihati,
berkawan dan semua benda2 baik la.. semua ni tak akan
terjadi. Jadi kembalilah kepada yang benar.
Sesungguhnya saya cuma insan yang lemah . Kebenaran
adalah dari Allah. InsyaAllah segala masalah kita akan
selesai nanti. Hiduplah bermasyarakat. Dan buat
pengetahuan gak.. saya merupakan seorang anggota
keselamatan dlm mempertahankan tanahair ini. So
ragging dan buli ni tak pernah lari dari hidup saya.
Camne cara penerima jer. So sama-samalah kita fikirkan
camno nak buat dan jangan nak tunding pada orang lain
kay..