|
Post by StRiDeR on Feb 24, 2004 21:11:25 GMT 8
makin menarik lak thread ni..elok gak sincan post lagi sekali..saya pn tak tau pasal minuman tu.. thanks sincan.. ;D tapi minuman tue ader ke kat malaysia...saya x nampak pun kedai yg jual minuman tue...lau ader siapa tahu...inform saya yerk...just nak dapat kan kepastian jer...betul ke x...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 26, 2004 22:09:05 GMT 8
MENCARI WANITA SEMPURNA
Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".
"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ... . Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 27, 2004 22:22:24 GMT 8
ASAL LAGU "HAPPY BIRTHDAY TO YOU"
Happy birthday to you Happy birthday to you Happy birthday to ... ... ... ... ... ... .. Happy birthday to you
Lagu ucapan selamat menyambut harijadi "Happy Birthday To You" telah menjadi lagu yang paling popular di dunia, dinyanyikan berjuta kali oleh berjuta-juta orang. Setiap saat dan setiap detik di mana-mana pelusuk dunia pasti ada yang menyanyikan lagu ini bagi meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Semua golongan tidak kira yang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak seawal usia setahun tahu menyanyikannya, atau sekurang-kurangnya mampu mengikut melodinya. Masing-masing dapat merasai keistimewaan lagu ini apabila dinyanyikan kepada mereka setahun sekali. Namun tahukah anda, bilakah lagu "paling popular di dunia," sepanjang zaman ini dicipta? Dan siapakah penciptanya
Lagu asal "Happy Birthday to You" dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten, di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama. Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty, bertajuk "Good Morning To All." Lagu "Good Morning To All" dicipta sebagai lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi "Song Stories of the Kindergarten" pada tahun 1893.
31 tahun kemudian, setelah Dr. Patty Smith Hill menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Taman Didikan Kanak-kanak di Kolej Guru Universiti Columbia, seorang lelaki bernama Robert H. Coleman telah menerbitkan lagu tersebut tanpa meminta kebenaran daripada kedua beradik tersebut. Malah dia telah membuat versi baru dengan menukarkan lirik asalnya, "Good Morning to All", kepada "Happy Birthday to You."
Lagu versi Coleman dengan lirik baru telah menjadikan lagu tersebut popular dan sekaligus menenggelamkan versi pertama ciptaan adik-beradik Hill.
Setelah Mildred meninggal dunia pada 1916, Patty, bersama adiknya yang ketiga, bernama Jessica, mengambil tindakan mahkamah terhadap Coleman. Kedua beradik ini telah berjaya membuktikan yang melodi lagu tersebut adalah milik mereka. Disebabkan lagu tersebut telah disahkan secara undang-undang milik keluarga Hill, ia berhak untuk diberikan royalti apabila dinyanyikan untuk tujuan komersil.
Hakcipta yang pertama terhadap lagu ini telah dikeluarkan pada 1935 (selepas tuntutan mahkamah oleh Patty dan Jessica).
Pada tahun 1988, Birch Tree Group, Ltd. telah menjual hak lagu tersebut kepada Warner Communications (bersama aset lainnya) dengan anggaran $25 juta.
Dalam tahun 80an, lagu "Happy Birthday to You" dipercayai telah mengumpulkan sekitar $1 juta dalam bentuk royalti tahunan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 4:22:15 GMT 8
tapi minuman tue ader ke kat malaysia...saya x nampak pun kedai yg jual minuman tue...lau ader siapa tahu...inform saya yerk...just nak dapat kan kepastian jer...betul ke x... minuman ni..ade kat m'sia..itupun org negara dr s'pura yg bwk masuk..tp atok tak pernah lihat lg minuman tu..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 28, 2004 18:47:56 GMT 8
minuman ni..ade kat m'sia..itupun org negara dr s'pura yg bwk masuk..tp atok tak pernah lihat lg minuman tu.. saya pun x pernah tgk lagi...yg real punya...maksud saya ader jual kat kedai2...secara logiklah....lau ader minuman tue, mesti dah ader jual kat kedai2 kan?...tapi saya x nampak pun minuman tue...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 18:54:47 GMT 8
saya pun x pernah tgk lagi...yg real punya...maksud saya ader jual kat kedai2...secara logiklah....lau ader minuman tue, mesti dah ader jual kat kedai2 kan?...tapi saya x nampak pun minuman tue... minuman tu br nak berleluasa di seluruh m'sia..
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 4, 2004 20:57:55 GMT 8
Meramal Perangai Melalui Kuku ============================
Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawanbaik anda? Kenalilah wataknya... ...
1.Kuku yang baik, rapi dan indah : Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.
2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar : Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yangpraktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orangyang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.
3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat : Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidakmembuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia jugaagak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaanragu-ragu.
4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit : Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalumenjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.
5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata : Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.
6. Bentuk kuku lansing : Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapisering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.
7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning : Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.
8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun : Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.
9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal : Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat kerasdengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, sukaberjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.
10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing : Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.
11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan : Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjuruspada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.
12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) : Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanakkeluarga boleh mati disebarang tempat.
13. Bentuk kuku seperti kikir : Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orangitu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.
14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam : Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 5, 2004 3:17:21 GMT 8
Tidur Siang. Pandangan Islam dan Saintifik
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'
Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 6, 2004 22:52:56 GMT 8
<<Warna dan Si Pemakai>> Warna pakaian yang paling sering kamu kenakan mampu mewakili diri kamu dan menunjukkan siapa kamu sebenarnya! Mungkin kamu sering memilih warna pakaian yang sama tanpa disedari sehingga warna itu mampu menjadi penunjuk keperibadian diri kamu! Merah Bersemangat, bercita-cita tinggi dan bertenaga. Merah muda (pink) Hangat, romantik, mudah simpati dan mudah memahami. Kuning Aktif dan bijak berkomunikasi. Hijau Berhati-hati dan sensitive Biru muda Kreatif, berfikiran tajam dan penuh imaginasi. Biru tua Cergas, bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan. Ungu Peka dan selalu ingin mendapatkan yang terbaik Cokelat Jujur dan bersifat pecinta alam. Hitam Memiliki kemahuan yang kuat, bersifat lebih terbuka dan berdisiplin. Putih Penuh perhatian dan sukakan kedamaian. -------------------------------------------------------- Biasanya, warna pakaian kamu itu juga mampu mencerminkan emosi dan suasana yang kamu inginkan di ketika itu Ø Ingin "privacy" Sekiranya kamu inginkan waktu privacy atau ingin menyembunyikan perasaan sebenar kamu di kala itu, biasanya warna yang digunakan adalah pakaian yang berwarna gelap. Warna sebegini sesuai dipakai ketika kamu sedang berkabung, baru putus cinta atau sekadar ingin bersendiri. Ø Meningkatkan semangat Pakaian berwarna merah biasanya mampu menimbulkan rasa percaya dan yakin diri di samping membuatkan kamu berasa nyaman. Jika kamu berada dalam keadaan yang agak muram, jangan kenakan pakaian yang membuatkan kamu tampil kusam dan tidak bersinar, kerana warna-warna itu akan semakin membuat kamu kelihatan tidak menarik! Ø Jatuh cinta Jatuh cinta adalah saat di mana kulit kamu berwarna cerah dan sihat. Kamu pasti akan berasa ceria pada ketika itu. Warna merah muda yang lembut (soft pink), oren muda keemasan dan warna-warna hangat yang lainnya akana mengekspresikan perasaan tersebut. Jadi, kalau kamu ingin mengubah hidup dan ingin menunjukkan suasana hati kamu, cuba warna-warna yang disebutkan tadi. Siapa tahu hidup kamu akan lebih bersinat dan cubalah kamu manfaatkannya! Segala-galanya boleh dirasakan dalam waktu yang singkat. Selamat mencuba! ----------------------------------------------------------------------- Inspirasi Warna Pakaian Warna baju yang kamu pakai mampu menpengaruhi perasaan dan kesihatan kamu. Contohnya, kalau kamu memakai T-shirt yang berwarna oren, itu bermakna kamu sedang berusaha untuk menambat tenaga dan kekuatan diri kamu sendiri. Berikut adalah antara warna-warna yang boleh kamu pakai untuk menunjukkan apa yang kamu sedang rasa ketika itu : KALAU ANDA MERASA WARNA DI PAKAI Tidak senang diperhatikan Merah Lelah dan kurang bertenaga Merah Menarik dan bersemangat Merah Depresi Oren Sakit di bahagian sendri Oren Perlu rasa yakin pada diri Kuning Perlu berinteraksi Kuning Perlu berfikir secara mendalamHijau Perlu mengambil keputusan Hijau Perlu menenangkan fikiran Biru Terlalu penat berfikir Biru Ingin santai dan berehat Ungu lavender ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 7, 2004 5:22:05 GMT 8
.:: I Love u More than.... ::. Love is seeing yourself through someone's eyes and finding yourself in somebody's heart.
Once you have loved, you will always love. For what's in your mind may escape but what's in your heart will remain forever.
I LOVE YOU MORE THAN MY COMPUTER !!
You installed the best in me.
Your picture is always in my background.
You clicked my heart gently.
Your love reset my life and deleted all the sadness in me.
You restored my kindness after I thought it was corrupted.
I'm always connected to you with more than 56 heart beat persecond.
You hacked my brain and registered your name in it.
You are the only one that could navigate my feelings and explore my emotions at the same time.
You are the only one that can log into my heart and never logout.
You don't have to search for me, cause we are always linked to each others.
I see your name everywhere, my FrontPage, my homepage and all my software.
I scanned my life and found that I'm only infected by you.
You are the virus I'd never remove, and why should I do?.
You formatted my life and added happiness to view.
Believe me it is true..........I love you more than my CPU .
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 18, 2004 1:09:41 GMT 8
somebody is care about you....don't you ---------------------------------------------------
Somebody Is... Somebody is thinking of you. Somebody is caring about you. Somebody misses you. Somebody wants to talk to you. Somebody is very proud of you. Somebody wishes you were here Somebody needs you to have faith in them. Somebody trusts you. Somebody hears a song that reminds them of you. Somebody hopes everything turns out great for you. Somebody wants you to know they are there for you. Somebody can't wait to see you. Somebody loves you for who you are. Somebody wants you to be happy. Somebody sends you a smile! Somebody is glad to have you for a friend!
"true friends bring out the best in each others"
|
|
|
Post by kuzy on Mar 18, 2004 12:15:08 GMT 8
somebody is care about you....don't you --------------------------------------------------- Somebody Is... Somebody is thinking of you. Somebody is caring about you. Somebody misses you. Somebody wants to talk to you. Somebody is very proud of you. Somebody wishes you were here Somebody needs you to have faith in them. Somebody trusts you. Somebody hears a song that reminds them of you. Somebody hopes everything turns out great for you. Somebody wants you to know they are there for you. Somebody can't wait to see you. Somebody loves you for who you are. Somebody wants you to be happy. Somebody sends you a smile! Somebody is glad to have you for a friend! "true friends bring out the best in each others" who is this some body ha?
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 19, 2004 12:18:01 GMT 8
who is this some body ha? hmm..aku pun x tau...sebab tue taip somebody...lau tau...wat per nak taip somebody kan?
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 20, 2004 15:54:51 GMT 8
Seorang mukmin sejati dapat dikenali dari sifat yang terdapat pada dirinya iaitu: ***************************************************************
1. Hendaklah banyak malu 2. Kurang gangguan 3. Banyak melakukan kebaikan 4. Tidak melakukan kajahatan 5. Jujur 6. Kurang bercakap 7. Sentiasa bekerja 8. Kurang melakukan dosa 9. Tidak berminat mendengar rahsia orang lain 10. Suka pada kerja-kerja kebajikan 11. Menghidupkan silaturrahim 12. Tenang 13. Sabar 14. Sentiasa bersyukur 15. Sangat redha pada Allah walaupun rezkinya selalu disempitkan Allah 16. Kasih pada para sahabat 17. Sopan santun 18. Menjaga kehormatan diri 19. Belas kasihan 20. Tidak suka mengutuk orang lain 21. Tidak suka memaki hamun 22. Tidak suka mencela 23. Tidak membuat fitnah 24. Tidak suka mengumpat 25. Apa-apa yang dilakukan tidak tergesa-gesa 26. Tidak mempunyai sifat dengki dan khianat 27. Tidak ada sifat pendendam 28. Tidak sombong bongkak 29. Tidak suka bangga diri 30. Tidak keterlaluan pada hal-hal dunia 31. Tidak suka berangan-angan 32. Kurang tidur dan banyak beribadat 33. Tidak mengharapkan pujian dari orang lain 34. Tidak munafik 35. Tidak kedekut atau kikir 36. Tidak suka mencari kesalahan orang lain 37. Selalu suka atau cinta kerana Allah 38. Rela akan sesuatu perkara kerana Allah 39. Selalu berbekal dengan taqwa 40. Tujuan hidup hanya satu iaitu menuju akhirat 41. Suka berzikir 42. Kekasihnya hanya Tuhan 43. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk akhirat ORANG YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT DAN MALAIKAT
Barang siapa yang menghafal tujuh kalimat maka orang tersebut akan....Mulia di sisi Allah dan Malaikat, dan Allah akan mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan, Dia akan merasakan manisnya taat dan,Hidup serta meninggal dunia dalam keadaan baik.
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 20, 2004 23:23:06 GMT 8
Jenis-Jenis Ketawa (FUN!) Jenis2 ketawa yang dapat dikenalpasti ... .. ketawa korang camner?? 1. Ketawa orang kaya :- Muahahhaahaha 2. Ketawa terbahak-bahak :- Hark hark hark 3. Ketwa kebaratan :- Ha ha ha ha ha 4. Ketawa sambil tutup mulut :- Hi hi hi hi hi 5. Ketawa berdekah-dekah :- Kah kah kah kah 6. Ketawa pontianak :- Kih kih kih kih 7. Ketawa eksyen :- Ek ek ek ek ek 8. Gelak besar :- Muahhaaaaa *ketawa jin/setan* 9. Ketawa panjang :- Ha ha ha ha ha ha * ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha 10. Ketawa orang sakit :- Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih 11. Ketawa maut :- Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok... ... ... ... ..Neno, neno, neno (Bunyi ambulan) 12. Senyum :- 13: Ketawa Double :- 14. Sengih :- ;D 15. Ketawa kuat :- LOL 16. Ketawa bergolek-golek :- LOLROTFL 17. Ketawakan dia :- He he he he he 18. Kekkekekekek :- ek ek ek ek ek (cuma salah ejaan) 19. Ketawa jimat cermat :- ahakz 20. Ketawa tak ikhlas :- hahahaahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh 21. Hampir-hampir ketawa :- heheh 22. Ketawa sambil batuk :- kui kui kui 23. Ketawa dalam mabuk :- hik hik hik 24. Ketawa ngada-ngada :- hek hek hek 25. Ketawa berguling-guling cam tenggiling dalam piring :- wakakakkakaka 26. Ketawa sindir :- eh heh 27. Ketawa sambil bermain ngan benda-benda tajam. (ketawa brutal) :- huargh huargh huargh!! 28. Ketawa sengih - ngee ngee ngee 29. Ketawa sambil lewa :- kwah kwah kwaaahhhh kwahhhhh 30. ketawa perli :- ahe ahe ahe ahe... . Ketawa stail betty dan nicolas tu best ..kekeke
|
|