|
Post by StRiDeR on Apr 6, 2004 15:21:41 GMT 8
btol apabila senyum banyak kawasan muka yang tegang ;D betul tue...nenek aku kata lau selalu senyum nanti dah tua pipi x mengelebeh....
|
|
|
Post by kuzy on Apr 6, 2004 17:48:54 GMT 8
ye ke... uiih bahyela... so skaang ni kene maintain senyum... ;D
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 6, 2004 18:35:22 GMT 8
PENEGASAN BAGI MENGAWAL MASALAH INI DARI BERLELUASA
1. lelaki Ø rogol sejenis jenayah keganasan. Ia bermotif keinginan untuk mengawal dan menguasai, bukan bertujuan memuaskan nafsu seks yang sewajarnya dikongsi dalam suasana penuh kasih saying Ø memaksa wanita mengadakan hubungan seks dengan kekerasan dan kekuatan fizikal adalah satu perbuatan yang tidak bermaruah Ø kebanyakan kes rogol dilakukan lelaki. Amatlah wajar sekiranya lelkai memikul sebahagian besar tanggungjawab membanteras jenayah seks di kalangan masyarakat
2. perempuan Ø kerelaan dan kesediaan untuk menganggap diri sendiri sentiasa lemah tidak berdaya, tiada kemampuan dan sentiasa menyerah kepada lelaki adalah berbahaya. Ia boleh mendorong keganasan seksual Ø menyedarkan lelaki agar tidak menganggap wanita sebagai objek seks yang boleh mengakibatkan berlakunya rogol Ø wanita harus mengelakkan diri daripada menjadi pelaris jualan. Wanita bukan objek tarikan Ø melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran mempertahankan hak serta maruah Ø berani bertindak tegas dan mengatakan tidak kepada layanan buruk atau keganasan yang dilakukan terhadap mereka.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 6, 2004 18:40:51 GMT 8
ye ke... uiih bahyela... so skaang ni kene maintain senyum... ;D so, senyum selalu tau...hehehe ;D
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 6, 2004 18:58:43 GMT 8
tak lenguh ke klu memjg senyum...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 6, 2004 19:03:47 GMT 8
tak lenguh ke klu memjg senyum... jgn ler memanjang jer...maksud aku selalu2 kan senyum tue...lau satu hari kau senyum jer, kang org kata gile lak
|
|
|
Post by kuzy on Apr 7, 2004 11:20:10 GMT 8
klu memanjang je senyum...org panggil ko... orang gila dooo... kawkawakw....
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 7, 2004 11:20:45 GMT 8
TiPz MeLuPaKaN KeKaSiH ----------------------------------
1.Korang tulis 10 pucuk surat dan korang poskan kat diri korang sendiri, pastu balasler balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...
2.Jauhkan diri korang daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap nangis
3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau wat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak ler warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..
4.Buat perusahaan menternak itek... Nanti bila itek korang bertambah, korang pasti akan lupa kat pasangan korang tu, sebab korang terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo korang... .
5.Sibukkan diri korang dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah lebat nanti, korang carikk ajer yang lain, ngawin terus, senang idup tak yah susah-susah nak sakitkan kepala...
6.Korang pi ngadap cermin korang yang sememangnya setia ngan korang... Korang buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu korang gelak ler sendiri...
7.Ulang perbuatan nih sampai 3x Uhh huuu Uhh huuu...
8.Kalo korang still teringat kat pasangan korang tuh, korang pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, korang wat-wat terjatuh dari tangga, sampai korang terus ilang ingatan, nescaya ler.. korang akan luperkan terus pasangan korang tuh... dengan diri sendiri pun korang tak akan ingat lagi..
9.Kalo ingatan korang masih ada, pi jerk rumah jiran sebelah, minjam tukol, pastu korang wat ler tak tau sambil ketuk pala korang sendiri sampailer ilang ingatan...
NOTE: A.kalo jiran korang tak bagi minjam tukol, korang curikk jerk, pastu lari ler..takkan dok wat sesi berkenalan ngan jiran korang lak..
B.Kalo susah sangat... korang hantuk jerk pale korang tuh kat dinding ngumah, buat ler sampai korang rasa dah bosan dengan hantukan korang tuh...
10.Gantung gambor si-dia kat dinding .. korang kutuk, korang karate, gusti, giget, mamam, telan... wat ler pe-pe je asal ati rasa pueih..
11.Wat-wat giler kejap.. sajer layan perasaan sendirik.."
|
|
|
Post by kuzy on Apr 7, 2004 14:59:18 GMT 8
ni petua nak masuk hospital tanjung rambutan doo ;D
|
|
|
Post by enigma on Apr 8, 2004 0:48:19 GMT 8
Tea for tummies and calm.
Calm ur sense and stomach with a cup of herbal tea. Herbalist recommend organic loose leave herbs. O brew, use ahepaed teaspoon of leaves foe every two to three cups of water. Steep for four to five minutes. Strain. Add honey if desired.
Camomile. Great to aid relaxation and digestion. Sachs recommends three cups a day for anxiety due to PMT and high stress. It’s also perfect after dinner or at bedtime.
Peppermint. A great digestive aid, particularly after fatty foods. Frozen ice blocks are a great treat for kids.
Lemon grass A good caffeine free morning kick start for the digestion nad kidneys. Mix with peppermint for a hangover remedy.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 8, 2004 2:50:44 GMT 8
Hilangkan lebam
1 :: Tuamkan dengan air panas . Lama kelamaan bahagian lebam akan menjadi biru dah akhirnya hilang.
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 9, 2004 14:07:05 GMT 8
BEBERAPA KATA KUNCI YG HARUS DIINGATI WANITA
1. KEBANYAKKAN WANITA SECARA FIZIKAL LEBIH LEMAH BERBANDING LELAKI 2. SEMAKIN LAMA PERGELUTAN, SEMAKIN TINGGI PELUANG PENYERANG MENEWASKAN ANDA 3. PENJENAYAH TIADA RASA BELAS KASIHAN, ANDA JUGA MESTI BERHATI KERAS DAN MENGGUNAKAN SETIAP SENJATA YANG ADA 4. SEMAKIN KERAP DAN KERAS LATIHAN MEMPERTAHAN DIRI YANG ANDA PELAJARI, SEMAKIN TINGGI PELUANNG ANDA UNTUK MENEWASKAN PENJENAYAH
BEBERAPA PANDUAN KESELAMATAN BG WANITA · Elak memandu berseorangan di tempat sunyi. Jangan berhenti walaupun anda dilanggar dari belakang seandai kawasan itu suram atau berlampu malap · Jangan meletak beg tangan berhampiran tingkap kereta · Pastikan kereta sentiasa dikunci walaupun anda hanya berhenti beberapa minit · Pastikan pakaian tidak terlalu seksi atau menjolok mata apabila di tempat awam · Jangan memakai terlalu banyak barang kemas · Selepas mengeluarkan wang daripada bank, segera simpan wang di dalam beg tangan dan pergi ke tempat selamat. Jangan leka berbual melalui telefon bimbit sewaktu mengeluarkan wang melalui atm · Berjalanlah secara yakin dan berwaspada. Penjenayah sentiasa mencari mangsa yang nampak lemah · Apabila berjalan sendirian di tempat yang anda biasa, jangan terlalu yakin tempat itu selamat. Sedikit perasaan curiga boleh mengelak masalah besar · Jikalau didatangi orang yang tidak dikenali dan anda berasa tidak selesa, berusahalah agar tidak ada perbualan yang panjang. And aberhak tidak melayan pertanyaan atau tidak mempedulikan tegurannya. Segera menuju ke tempat selamat atau jikalau terdesak, lari.. · Sentiasa bersedia dengan pena atau penyembur lada yang boleh diguna sewaktu kecemasan. Penyembur lada boleh dibeli di kedai barang hardware · Jangan lupa mengawasi kereta sebelum anda masuk. Walaupun hanya seminit anda tinggalkan kereta tanpa berkunci untuk isi minyak atau ke tandas, orang yang tidak diingini boleh menyelinap masuk
TINDAKAN APABILA DISERANG · Jangan panik apabila diserang. Beranikan diri bertindak dengan menggigit tangannya. Mencakar dan memijak kakinya sekuat hati. Lari dan menjerit meminta bantuan apabila cengkaman penjenayah tidak kemas · Cuba hentakkan siku pada bahagian perutnya · Tending perut atau bahagian sulit penjenayah. Tumbuk atau cakar mukanya apabila berpeluang · Sewaktu bergelut walaupun tidak berupaya melihat wajah penyerang anda boleh menghalakan tangan atau jari ke arah muaknya. Cuba cakar atau tujah matanya. Tekan atau tumbuk tekak penyerang kerana bahagian tekak agak sensitive · Jikalau penjenayah berada di dalam kereta, berusaha memberi isyarat kepada orang sekeliling bahawa anda dalam keadaan bahaya · Seandainya ada orang mengaku anngota polis dan menahan anda, pastikan anda menurunkan sedikit cermin kereta dan minta ditunjukkan kad kuasa · Polis ada 3 jenis kad kuasa, biru khusus pegawai kanan, kuning bagi anggota biasa dan putih untuk sukarelawan · Jangan lupa hubungi keluarga, teman atau orang yang dipercayai apabila berlaku kemlangan sebelum anda turun kereta. Catat dan beritahu mereka waktu kejadian, tempat, nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar serta cuba cam wajah pemandunya. Jangan tergopoh- gopoh bertengkar menuntut wang penyelesaian · Jeritan ‘Api! Api!’ selalunya lenih menarik perhatian ramai berbanding minta tolong. Wanita mudah tergamam sehingga tidak mampu menjerit apabila ketakutan · Apabila penyerang bertindak ganas, berusahalah untuk muntah, kencing atau buang air besar. Keadaan ini pasti menumpulkan nafsu penyerang. Beri alasan anda haid
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 10, 2004 1:51:30 GMT 8
Hilangkan lebam 1 :: Tuamkan dengan air panas . Lama kelamaan bahagian lebam akan menjadi biru dah akhirnya hilang. takpun..tuamkan dgn ais..
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 10, 2004 16:06:06 GMT 8
DOA PERISAI DIRI
1. Ya Allah, bangunkan bagiku sebuah rumah disisi-Mu di dalam syurga dan selamatkan aku daripada Firaun dan perbuatan jahatnya serta selamatkan aku daripada kaum yang zalim. Ayat 11 surah at- Tahrim ini dibaca isteri Firaun yang beriman kepada Allah dan mengikut Nabi Musa as. Asiah terselamat daripada kekejaman sehingga Firaun tidak boleh menyentuh Asiah. Setiap kali Firaun cuba menyentuh Asiah, dia jatuh sakit. Doa ini juga sesuia dibaca isteri yang sering didera suami
2. Ya Allah, tuhan kami, hanya kepada Engakau kami bertawakal dan berserah diri dan hanya kepada Engkau kami bertaubat dan kepada Engkau kami kembali Ayat 4, surah al- Mumtahanah ini sesuai dibaca 3x sebelum keluar rumah. Mulakan perjalanan dengan kaki kanan
3. Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada bisikan syaitan dan aku bermohon berlindung dengan Mu daripada kedatangan mereka kepadaku Ayat 97 dan 98, surah al- mu’minun ini elok dibaca sebelum tidur agar tidak diganggu mimpi menakutkan atau diganggu musuh
4. Ya Allah, kami telah menzalimi diri sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni dan memberi rahmat kepada kami maka termasuklah kami dalam golongan yang rugi Ayat 23, surah al-Araaf, sesuai diamalkan lelaki dan perempuan yang pernah terlanjur atau melakukan dosa terhadap orang lain. Berdoalah bersungguh- sungguh kerana ini doa Nabi Adam sewaktu menyesali perbuatannya memakan buah khuldi
ADAB BERMOHON DAN BERDOA
· Menjauhkan diri daripada perkara haram sama ada makanan, minuman dan perbuatan · Bermohon dengan hati ikhlas · Didahulu dengan sembahyang kerana Rasulullah saw bersabda, “siapa berwuduk dengan baik dan sembahyang 2 rakaat, selepas itu berdoa, maka Allah akan memerhatikan permintaannya dan diberi- Nya dengan segera atau terlewat · Mengucap tahmid, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw pada awal dan akhir doa · Khusyuk dan tenang · Bersuara rendah dan mengharap sepenuh hati · Mengulangi beberapa kali dan tidak berputus asa · Sentiasa mengingati Allah · Tidak berdoa untuk berbuat dosa atau maksiat
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 11, 2004 2:35:30 GMT 8
.:: Persimpangan Yang Dihadapi Oleh Manusia ::.
* Iblis di depanmu ~Mengajak manusia meninggalkan agama Islam.Seandainya kita memenuhi ajakannya,maka hilanglah agama darinya.
* Jiwa di sebelah kananmu ~Mengajak manusia melakukan maksiat.Sesiapa yang memenuhi tuntutan jiwa maka hilanglah nilai nyawanya darinya.
* Nafsu di kirimu ~Mengajak manusia memenuhi syahwat.Sesiapa memenuhi ajakan nafsu, maka hilanglah akal dari dirinya.
* Dunia di kananmu ~Mengajak manusia dari memilih Hari Akhirat.Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia,maka hilanglah Hari Akhirat darinya.
* Anggota badan di sekitarmu ~Mengajak manusia melakukan dosa.Sesiapa yang memenuhi ajakannya,maka hilanglah Syurga darinya.
* Allah di atasmu ~Mengajak manusia masuk Syurga serta mendapat keampunan dariNya.Sesiapa yang mengikutNya,maka hilanglah dari dirinya segala kejahatan dan dia akan memperoleh segala kebaikan.
***~^^Renungkanlah wahai kengkawanku semua^^~***
|
|