|
Post by StRiDeR on Mar 28, 2004 11:23:31 GMT 8
Petua Peringatan KHUSUS untuk wanita SAHAJA -------------------------------------------------------------
1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang v***** sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodohnya. Mudah murung & selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang v*****.
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlalu banyak
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang v***** kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang v*****)
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan p***d*** menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 11:42:42 GMT 8
alamak utk gurl saje... aku dah tercubela...kawkawkaw
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 11:44:01 GMT 8
petua utk mereka yang slalu kene bahan ngan aku atau sesape je.....
Elakkan sakit mental
1 :: Positive Thinking 2 :: Selalu membaca Al-Quran
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 29, 2004 13:53:34 GMT 8
alamak utk gurl saje... aku dah tercubela...kawkawkaw uish kau dah cuba?....bahaya nie...petua tue utk perempuan jer laa...
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 16:01:27 GMT 8
abis nak wat camne ni... adus...kaw(eh takyah ketawala)
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 29, 2004 16:58:35 GMT 8
dah jenis bangsa tak reti serius nak wat camna kan
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 17:01:56 GMT 8
kawkawakw... macam lain macam jer..kawakwakw...
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 2:17:45 GMT 8
dah jenis bangsa tak reti serius nak wat camna kan hmm...betul tue
|
|
|
Post by kuzy on Mar 30, 2004 10:01:30 GMT 8
kawkawakw.... nanti serius kene bahan doo... kaawkawakw
|
|
|
Post by kuzy on Mar 30, 2004 10:07:23 GMT 8
Menyerikan wajah.BARU!! Nak cantik tapi malas nak gi beauty centre??. Hmm..try petua ni. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 14:18:15 GMT 8
BAGAIMANA HENDAK MEMINTA MAAF ---------------------------------------------
Memohon kemaafan merupakan sesuatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan, namun ia akan menjadi lebih mudah dengan latihan dan disertai dengan pemberian hadiah.
Langkah-langkah:
1.Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
2.Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
3.Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
4.Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
5.Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
6.Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.
7.Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
8.Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
9.Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.
Panduan-panduan:
*Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
*Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
*Beri masa kepada orang berkenaan untuk menenangkan perasaannya - jangan berasa tawar hati sekiranya anda tidak dimaafkan sepenuhnya pada masa anda meminta maaf.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 30, 2004 14:53:06 GMT 8
pergh maap pun ader prosedur ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 15:18:51 GMT 8
pergh maap pun ader prosedur ;D mesti laa...hidup nie ader aturan dia...
|
|
|
Post by kuzy on Mar 30, 2004 15:35:40 GMT 8
ader tak petua utk memaapkan seseorang.. sharela kalu ader ;D
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 30, 2004 18:42:31 GMT 8
ader tak petua utk memaapkan seseorang.. sharela kalu ader ;D pikirkan segala kebaikan yg dier pernah buat kat kita..pastu mn kan tak terlepas dr mbuat kesilapn
|
|