PERBINCANGAN..Mari kita bincang pasal kereta (specifically Proton). Saya pasti yang kita semua nie matang dan boleh berbincang secara terbuka.
Pertama sekali saya sungguh berbangga kerana Malaysia berjaya mengeluarkan KERETA SENDIRI dan MALAYSIA BOLEH. Sungguhpun kebanyakan dari kita tahu yang kereta itu sebenarnya adalah Mitsubishi dan Daihatsu Perodua).
Sungguhpun begitu saya percaya dalam setiap hati pengguna Proton di Malaysia tersimpan sesuatu yang hanya dibincangkan secara tertutup dan perkataan² mereka tidak sampai ke perbincangan umum.
Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi sesiapa yang berminat untuk berkongsi pendapat secara matang dan berilmiah semoga ia mendatangkan manfaat bersama.
Kualiti
Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah seperti kita semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi bagi yang diekspot, ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. Memang memenuhi piawaian negara berkenaan yang ketat itu. Furthermore, harga pulak murah.
Warranty lama. Tapi mintak maaflah, sebab mat² saleh nie tak pandang sangat kete² cam Proton nie. Memang ada yang beli tapi bagi mereka yang seperti orang² veteran, orang² budget kemut atau jadikan kereta sampingan.
Kalau nak melawa tak de la nak pakai proton. Jadi kalau kualiti sebegini diberi kepada mat saleh, dan kualiti teruk untuk rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada kawan² semua untuk menilai.
Buatan tempatan
Asalnya nak transfer teknologi Jepun ke Malaysia. Hmm jgn harap le Jepun nak ajar Malaysia camne nak buat enjin. Penyudahnya Proton jadi tempat pasang body. Enjin seketul datang dari Jepun. Yang peliknya kereta yang dipasang di Malaysia (buatan malaysia) lebih mahal dari kereta yang diimpot seketul dari jepun (ketepikan tax GILA tu). Magic
ke nie ?
Rakyat masih tertunggu² kereta buatan tempatan yg sebenar dan bukannya Mitsu Gallant (Iswara), Mitsu Lancer (Wira), Daihatsu Mira (Kancil), Daihatsu Terios (Kembara). Bila dah ada nanti harapnya harga takdela GILA ok ?.
Kepuasan
Once kita beli kereta Proton, bagi yang mengutamakan kepuasan, pasti nak tukar/ tambah beberapa perkara.
1. SPORT RIM (takkan guna Rim Bodo Proton tu)
2. Anti-Theft system (pencuri paling senang curi kereta proton)
3. Power window belakang (Proton la satu2 nya kereta yang buat Power window Depan aje) dan sebagainya.
Cuba bandingkan kalau kita beli HONDA/ TOYOTA, kita basically tak perlu dah tambah benda² lain. Yang datang seketul tu dah cukup lengkap. Melainkan kalau betul² gatal tangan, terpulanglah, kereta sendiri.
Harga
Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA adalah Proton. Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai beli Proton. Dan sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa ?
Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN. Memang la Proton untung juta² sebab orang terpaksa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA PILIHAN, jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan dengan harga dan kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan memilih Proton.
Mengapa harga proton murah ?. Sebenarnya harga Proton MAHAL !. Bayangkan Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX sebanyak 300-400% GILA! Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru RM 33,333.33 ++. Sedangkan Proton Iswara Aeroback (TEMPATAN) berharga RM 37,000.00 ++. Cuba bandingkan kualiti VTEC dengan Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum banding kualiti/harga Wira dll. Jadi, murahkah Proton ??.
Kalau nak dihitung betul², nilai sebenar Iswara tu mungkin sekitar RM20,000.00 dan Wira tu dalam 30,000.00 aje kalau dibandingkan dengan pengeluar kereta lain. Jadi maknanya selama ini rakyat Malaysia terpaksa membayar LEBIH dari sepatutnya untuk mendapat sebijik kereta yang rendah kualitinya.
Sebenarnya kita suka dan sanggup untuk sokong kereta BUATAN TEMPATAN. Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta yg diberi tu biarlah BERBALOI dengan harga. Rakyat Malaysia bukan semuanya Milionaire.
Spare parts
Antara sebab lain orang suka guna Proton ialah spare parts dia MURAH. Pengguna kereta lain kalau nak dapatkan spare parts kadang² kena order dan harga pun tinggi. Harga spare parts kereta lain ini pun tinggi disebabkan tax terhadap kereta import yang tinggi. Jadi supplier tak berani nak ambik banyak stok. Jadi bila nak baru nak order, order pulak tu sikit² (runcit), harga pun tinggilah. Mana taknya orang tak larat nak pakai kereta jenama lain.
Kemalangan
Semua orang tak mahu kemalangan. Nyawa di tangan tuhan. Tapi kalau secara saintifik, tin milo dan besi tiang gol, mana paling senang rosak?. Untuk pengetahuan, bumper² proton dipasang secara KLIP aje. Kalau kemalangan kecil, bumper yang jatuh dulu (kelakar). Bumper bukannya dapat BUMP tapi jatuh dulu. Bagi siapa yang guna Wira, lampu signal depan paling senang nak curi. Cungkil sikit, tertanggal le (klip). Dah rugi RM 300 (sepasang).
EON
Hahahahha nie satu penghisap efficient. Saya tahu kompeni nie bukan Proton tapi kita sebagai pengguna kereta Proton tak boleh elak ceria pasal EON. Kereta yg keluar dari Proton baru RM31,000.00 (Iswara Aeroback 1.3), dia tambah bukan² jadi RM37,500.00 (TYPE B belum lagi TYPE C,F dll) hahahahaha free RM 6500 kat dia. Sport rim = RM 1000 ??, Spoiler RM350 ??,yg lagi kelakar... Stripe (Sticker belang² tepi pintu) = RM 150 hahahahahaha!
Selalu kalau tanya Salesman dia, kereta Proton ada banyak type mengikut Acces yg dia bagi. Kalau beli Honda, takde type-type nie dee.. Seketul dtg full Acces, puas ati. Sekali tu saya tanya, Type 'A' ade jual lagi ?
Dia kata dah tak jual dah. (Type A ialah paling takde dia punya Acces).Kenapa lak tak jual ?. Dia kata Proton tak keluarkan dah jenis tu. KOROK dia!! Kereta yg datang from Proton, Acces dia = Power Window, Central Lock dan Radio aje. Yg lain tu SEMUA EON yg bubuh. Jadi camana kate Proton dah tak keluar jenis tu ?
EON nie masa ekonomi OK, jgn harap le nak dapat kereta cepat, kadang² kereta sampai 6 bulan baru dapat. Dia kata "Kalau nak cepat bayar lebih 3-4 ribu, kalau tak mau tak apa". Amboi sombongnya dia. Kalau kita bayar 4 ribu, esok jugak keluar kete. Maknanya dia memang ada stok tapi nak untung segera.
Bila ekonomi gawat, Salesman terhegeh2 cari customer. Seminggu bole keluar kete. Ade salesman yg jual cuma 2 bijik sebulan. Nak makan apa?. Masa tu baru la layan customer dengan baik. Down payment bole rendah. Kalau dulu takde 10 ribu dia suruh balik saja. Tapi AWAS sekarang nie ekonomi naik balik, siap le jadi balik cam dulu.
Kenape beli?
Kalau tahu bermasalah, kenapa beli ?. Amboi sombong betul org proton nie yea.. Mentang² org KENA beli kereta dia. Kita beli sebab TERPAKSA (ulangan). Takkan nak beli lori nak bawak anak bini. Nak beli kereta TOYOTA, berapa lak harganya (setelah tax). Kancil ?? Perodua pun 2 X 5 jugak. Tak memadai si bantut tu harga RM 26,000.00 ??. Kalau ikut spec yang diberi pun +- macam Proton punya kualiti gak. Masalahnya kancil nie jadi kereta kedua bole la (Perodua). Atau family kita masih tak ramai. Atau jalan dekat².
Masalahnya
Kita nie kebanyakannya orang bukan berada. Tak mampu pakai DUA kereta. Atau beli kereta lain bila family besar sikit. Jadi kalau beli kereta tu jadi pelbagai guna la. Dari pegi pasar sampai balik kampung. Kalau pakai kancil emm tahle.
Satu lagi, bukan nak sombong laa.. kita graduate dan level + - Executive. Tapi takkan la dia samakan level kita dengan Moto aje atau Kancil. Tapi nak buat macamana, graduate atau tidak, keadaan memaksa kita beli kancil, terpaksa la. Kalau diberi pilihan, pemilik kancil mesti nak kereta Sedan. Kenapa beli Proton ?. Kereta dah menjadi barangan keperluan sekarang dan bukannya barangan mewah. Wake up, kata nak jadi negara maju. Masalahnya harga kereta dalah harga barangan Mewah. Student² Malaysia di US dapat beli kereta pakai duit loan. Student di
Malaysia
Nak beli moto pun harap bapak tolong. Kalau di US, kerja McDonalds pun dpt pakai kereta (bukan kereta mewah, tapi kereta yg dpt digunakan harian). Kalau di Malaysia kerja McD, naik bas ajela.
Staff Proton
Maaflah kepada mereka kerana mesej ini bukan untuk mereka kerana mereka semua sebagai perlaksana dan bukan penentu dasar. Eksekutif² mereka tak dapat berbuat apa² dengan perkara ini. Mesej ini untuk renungan bersama dan kalau dapat dipanjangkan ke Vice President, President, Senior Managers Proton lagi bagus.
Afta
Penah dengar pasal AFTA ?. AFTA nie piawaian harga dunia yang semua negara kena ikut kalau nak bersaing dalam pasaran dunia. Tak tau bila Malaysia nak implimenkan. Kalau ON maknanya.. Harga kereta import tak bole lagi dicukai 300-400%. Masa tu kita tengok, jualan Proton NOMBOR SATU atau tidak. Masa tu Proton tak bole lagi MANJA harapkan gomen punya tax utk lakukan jualan. Kali ini Proton kena betul² bersaing dari segi KUALITI, LAYANAN PELANGGAN, WARRANTY dan HARGA. Tapi I dont think AFTA dalam masa terdekat nie. Kalau buat, BUNGKUSSSS Proton. Anyway, setakat ini saja untuk kali ini. Maaf kalau ada nada yang emosional. Just practicing my rights as a Malaysian and a User.
Macamanapun saya rasa mesej saya ni masih dalam nada yang acceptable
(tiada carut pls).
Sila beri komen/ teguran/ pendapat sekiranya ada. Wassalam.