|
Post by kAsuTbAtA on Mar 28, 2004 11:41:49 GMT 8
x pe, kasut bata...peluang tue ader di mana2 jer...jgn kau risau...cuma masa jer yg menentukan....yg penting kita studi dulu...pastu cari keje lak...kumpul duit byk2...haa time tue duit dah ader...baru cari awek...nak kawin pun x yah risau lagi time tue, sbb duit utk kawin dah cukup dah...tue aku bagi cadangan kat kau jer...lau kau dpt awek lebih awal dari tue...aku bangga laa sebagai kawan forumer kau.... tima ksih bg semangat utk aku..
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 28, 2004 11:43:32 GMT 8
tima ksih bg semangat utk aku.. samer2...kita kena laa think positive...lau x couple pun ader kelebihan dia jugak kan....
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 28, 2004 12:06:30 GMT 8
tu la..aku nak gak cuba buat kali kedua..mane tau ader seronoknya..student iic tak dapat..muka tak hensem..saper nak kan?
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 29, 2004 1:10:39 GMT 8
tu la..aku nak gak cuba buat kali kedua..mane tau ader seronoknya..student iic tak dapat..muka tak hensem..saper nak kan? bagus tue lau kau nak mencuba...jgn putus asa, peluang masih ada...ler, x dapat student iic...cuba laa nasib kat tempat lain lak...mana tau kot2 dapat pancing ke ;D....yg penting, jgn putus asa...muka x hensem tue bkn satu penghalang...byk gak faktor lain yg boleh buat perempuan minat kat kau...think positive..okay?
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 10:58:05 GMT 8
tak kisahlah utk sesapepun yg baca...aper yg penting kiter jgn ade dendam antara satu ngan yg lain nak-nak mmber sendiri..bak kate pepatah..buang yg kecoh amik yg jernih... gembira doo baru brainstorming.. kawkawkaw
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 10:59:09 GMT 8
tima ksih bg semangat utk aku.. time kasih sebab kasi semangat utk aku kacut,,,,, walaupun sedih tapi aku nak ketawe gak... kawkawkaw
|
|
|
Post by KomOt on Mar 30, 2004 17:25:17 GMT 8
>> Maklumat ini adalah pemberitahuan daripada seorang Muslimin >>yang >>prihatin (Mohamad Hazari) dalam Bahasa Inggeris tetapi telah diberi >>nafas >>Bahasa Melayu (dalam erti kata lain; diBahasa Melayukan). Apabila >>saudara >>saudari hendak membeli Al-Quran terutamanya yang dalam edisi baru, >>maka >>berhati-hatilah kerana terdapat 4 surah yang palsu hasil ciptaan >>kafir >>laknatullah, di mana surah-surah tersebut adalah seperti berikut: >> >> a) Al-Iman >> >> b) Al-Wasaya >> >> c) At-Tajassud >> >> >> >> d) Al-Muslimoon >> >> Jangan sekali-kali anda layari www.thequran.com kerana >>segala isinya >>adalah palsu!! Dengan ini, saya berharap anda sekalian dapat >>forwardkan >>mesej ini kepada seramai mungkin umat Islam. Sesungguhnya, >>pahalalah yang >>akan anda terima.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 30, 2004 18:35:03 GMT 8
bagus tue lau kau nak mencuba...jgn putus asa, peluang masih ada...ler, x dapat student iic...cuba laa nasib kat tempat lain lak...mana tau kot2 dapat pancing ke ;D....yg penting, jgn putus asa...muka x hensem tue bkn satu penghalang...byk gak faktor lain yg boleh buat perempuan minat kat kau...think positive..okay? akan aku jadikan kata2 ko tu semangat buat aku..think positive kasut!!
|
|
|
Post by kuzy on Mar 31, 2004 15:15:29 GMT 8
wooo bahye... sudah mendapat semangat
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 31, 2004 15:27:06 GMT 8
wooo bahye... sudah mendapat semangat naper lak bahaya?...bagus aper....
|
|
|
Post by KomOt on Mar 31, 2004 16:57:28 GMT 8
akan aku jadikan kata2 ko tu semangat buat aku..think positive kasut!! kasut pn leh berfikir?? wow!! hebat tu..
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 31, 2004 17:15:05 GMT 8
utk renungan bersama...
Diari Seorang Gadis............................... --------------------------------------------------
Semua nasihat adalah supaya jangan terjerumus. Tetapi bagaimana dengan Hani yang terlanjur. Kadang-kadang, kesilapan itu tiada jalan pulang.
Pagi itu, Hani membawa beg keluar dari rumah tanpa memberitahu sesiapa. Hani tidak perlu memberitahu sesiapa. Ayah sibuk. Emak pun sibuk. Masing-masing dengan urusan. Ayah dengan urusan perniagaannya. Emak dengan aktiviti wanitanya. Hani adalah anak tunggal. Memang Mak Munah digaji untuk menjaga makan minum Hani. Tetapi, Mak Munah tidak dapat memberikan kasih sayang. Mak Munah tidak boleh diajak berbincang masalah Hani.
Keadaan Linda dan Betty juga serupa. "Boring," kata Betty. Betty juga anak tunggal. Emak Betty enggan melahirkan anak lagi, takut potongan badannya lari, tidak cantik. Linda juga anak tunggal. Itupun puas dirayu ayah, baru emak sanggup membuang pil perancang.
Hari itu, Hani, Betty dan LInda berkumpul di pasaraya Sungai Wang lagi. Ketiga-tiganya memakai jeans ketat. Mereka menunggu budak lelaki yang berkeliaran di situ menegur mereka. Biasanya ramai.
"Adik tinggal di mana?" Biasanya dengan begitu memulakan perbualan. Kemudian perbualan akan bergerak jauh. Mereka akan berbual tentang sekolah, tentang lagu-lagu popular terbaru. Kadang-kadang Betty akan mengikut mereka pulang. Linda juga mengikut mereka pulang. Hani tidak pernah sampai begitu. Hani sekadar berbual-bual dengan budak lelaki. Hani takut untuk mengikut mereka.
Memang membonceng di belakang motorsikal, menyusur lorong dan jalan kotaraya mendatangkan semacam rasa ghairah dan memberangsangkan. Tetapi, kebebasan Hani masih berpagar. Hani takut kejadian seterusnya.
Betty dan Linda selalu bercerita tentang kondom, tentang pil perancang, tentang anak haram yang digugurkan. Cerita begitu hanya didengari Hani. Hani mendengarnya hanya sebagai cerita yang terlalu jauh dari kehidupan sehariannya.
Hanya hari itu, Hani bosan betul. Hani ingin menceritakan perasaannya kepada emak. Tetapi emak terburu-buru keluar. "Meeting," kata emak sambil menghulurkan wang.
Wang. Yang emak tahu adalah pemberian dalam bentuk wang. Hani selalu dibiarkan tinggal bersama Mak Munah. Hani dibiarkan mengadap tv sehari suntuk. Kalau tidak, emak menghantar Hani ke kelas muzik atau kelas tari menari. Hani akan bertemu dengan 'Hani-Hani' lain sepertinya. Mereka akan bercerita tentang sepi dan bosan. Mereka akan bertukar-tukar berita mengenai lelaki tampan. "Macam Awie. Macam A To Z. Macam KRU." Sekadar begitu perbualan mereka. Selepas itu, masing-masing meleraikan tawa. Ketawa mereka adalah tawa kosong seperti angin yang menyusur jalan-jalan kotaraya. Angin itu hanya membangkitkan debu, tidak mendatangkan keselesaan dan kedinginan. Ketawa Hani dan rakan-rakan hanya mendatangkan keresahan, bukan ketenteraman. Kadang-kadang Hani pulang agak malam. Emak bertanya juga sesekali. Selamba pertanyaan emak. "Sibuk, banyak kerja sekolah." Hani akan berkata. Emak tidak akan bertanya lagi. Emak biasanya sedang menyapu mekap ke muka. Atau, emak sedang berbual mealalui telefon dengan Auntie Joan atau Mary. Emak sedang bercerita tentang pertunjukkan amal. Emak akan bercerita tentang berlian atau percutian di Paris. Hani ingin emak menyiasat kegiatannya. Emak tidak. Emak terlalu sibuk dengan dunia emak.
Dari kadang-kadang pulang lewat, telah menjadi kebiasaan. Hani telah menjadi nama yang menyesakkan kedai video atau penggung-panggung mini. Tayang Jimi Asmara, XX Ray, telah beberapa kali Hani dan rakan-rakannya tontoni. Barangkali golongan Hanilah yang banyak menyumbang kepada kutipan filem tersebut.
Betty dan Linda tidak menonton filem Melayu. Tetapi filem Inggeris atau Kantonese dari Hong Kong. Kadang-kadang Hani menyertai mereka. Mereka bukan mengikut jalan cerita. Mereka sekadar menghabiskan masa yang berlebihan.
Memang boleh mengulangkaji pelajaran. Tetapi untuk apa? Tiada siapa yang bertanyakan kemajuan mereka. Guru sekolah memang memarahi mereka. Marah. Mereka hanya mendengarkan , buat-buat berat telinga. Atau bersikap seperti lembu kenyang yang tidak menghiraukan teguran.
Nasib baik setiap hari ada saja pasaraya yang baru dibuka. Setiap pasaraya dengan kelainan yang tersendiri. Nasib baik di kotaraya ini banyak budak lelaki seperti mereka. Masing-masing hilang pegangan dan arah tujuan sebenar. Kehidupan adalah mengikut perasaan. Di mana perasaan membawa mereka, ke situlah mereka pergi. Nasib baik wang belanja sentiasa mencukupi, mereka dapat berbelanja apa saja. Mereka dapat menjamu selera di restoran atau pub. Mereka dapat membeli-belah, termasuk pakaian dan apa-apa yang mereka suka.
Baru-baru ini, Hani didedahkan dengan arak. Pada mulanya agak takut. Tetapi diajak berkali-kali. "Minumlah. Akan hilang rasa boring mu." Dipujuk dek Azlan. Minum. Kenapa tidak?
Rasa khayal mula menyerang Hani. Hani seperti belayar di sebuah lautan dengan ombak yang melambungnya ke atas ke bawah. Ketika itu, mereka sedang berada di rumah teman Azlan. Teman Azlan sudah bekerja. Dia bermotorsikal besar. Malam itu, dia menerima tetamu baru termasuk Hani, Betty dan Linda. Budak-budak lelaki lain yang sedang membesar adalah temannya.
Mereka berbual. Mereka ketawa. Ada rokok yang bertukar tangan. Hani tidak merokok. Tetapi malam itu, dia ingin mencuba. Hani mengambil rokok dari tangan Betty. Kemudian menghirup rokok dalam-dalam.
Ah! Apa yang dihirupnya? Hani terasa dirinya semakin hilang. Hani merasa dirinya seperti terbang, semakin dilambung-lambungkan. Tangan apa yang mencapainya? Tangan siapa yang merabanya? Hani tidak peduli lagi. Mata Hani terasa berat. Hani menolak tangan-tangan itu. "Jangan ganggulah. Aku nak tidur." Tangan-tangan itu enggan melepaskannya. Hani cuba membantah, tetapi bantahannya lesu. Akhirnya Hani membiarkannya sahaja.
Itu pengalaman Hani yang pertama. Dengan pengalaman pertama, pastinya ada pengalaman yang seterusnya. Pengalaman itu telah membuka Hani ke alam kebebasan yang sebenarnya meruntuhkan dirinya.
Dengan pengalaman itu, Hani semakin erat dengan Azlan. Hani dikatakan pasangannya yang sah. Tetapi selain daripada Azlan, Hani juga keluar dengan lelaki-lelaki lain. Hani tidak memerlukan wang belanja dari emak lagi. Kadang-kadang Hani akan mendapat wang dari lelaki separuh umur yang ditemaninya. Kadang-kadang Hani membantu Azlan membawa barang. "Barang apa?" Ditanya Hani. Azlan enggan bercerita panjang. "Bawa saja." Begitu kata Azlan. Hani menurut. Mak Munah risau melihat keadaan Hani. Berkali-kali Mak Munah melarang Hani keluar. "Engkau bukan emak aku." Kata Hani adalah tamparan yang singgah pada pipi Mak Munah. Tamparan itu pedas. Tetapi Mak Munah tidak tersinggung.
Mak Munah memberitahu pada emak Hani. "Budak tengah membesar memang begitu." Emak enggan bercakap panjang. Emak sibuk. Setiap kali Mak Munah memberitahu, emak sedang keluar rumah, atau emak baru pulang dari luar. Emak penat.
Mak Munah memberitahu ayah. Ayah kata nanti ayah akan bercakap dengan Hani. Tetapi bila? Ayah juga sibuk. Perniagaan ayah semakin maju. Ayah terpaksa melayan rakan kongsi dari luar negara.
Hani semakin bebas. Hani kadang-kadang tidak pulang. "Tidur di rumah kawan." Alasan Hani. Dan emak pun mempercayainya.
Beberapa hari itu, Hani rasa tidak sedap badan. Bangun pagi saja, Hani rasa mual hendak muntah. Betty lebih berpengalaman. "Engkau tak makan ubatkan?" Betty bertanya. "Ubat apa?" Hani pelik. Hani mula panik.
"Engkau ni... "
Dan Hani pun tahu apa yang tak kena padanya. Hani tahu benih yang di tanam dalam rahimnya sedang menumbuhkan nyawa baru. Tetapi benih siapa? Azlan? Yusri? Hani tidak pasti.
Betty ingin tunjukkan doktor untuk gugurkan kandungan Hani. "Engkau tiada pilihan." Kata Betty. Hani takut. Hani hanya menurut kata Betty.
Linda juga tahu apa yang berlaku. Linda juga takut. "Nanti.."
Linda agak ragu-ragu dengan keputusan Hani. "Baik kau bincangkan dengan Azlan."
Azlan? Azlan sekarang tengah berkepit dengan Jennifer budak Sabah. Azlan tidak akan mempedulikan Hani. Azlan jenis lelaki bapa ayam. Azlan hanya meninggalkan benih, tanpa ingin bertanggungjawab. Hani dibiar membuat keputusan sendiri.
Petangnya Hani dibawa berjumpa dengan doktor haram. Mereka mengumpulkan duit sebanyak lima ratus ringgit. Ketika Hani keluar, mukanya pucat lesi. Betty menghantar Hani pulang dengan teksi. Tetapi Betty enggan menemani Hani masuk ke rumah.
"Apa yang terjadi?" Mak Munah terkejut. Mak Munah memapah Hani. Kelam kabut Mak Munah mengambil air. Hani sekadar senyum tawar.
Ketika emak pulang, Mak Munah telah menelefon ambulan. Ketika ayah pulang, Hani yang tinggal nafas terakhir sedang dalam perjalanan ke hospital.
Hani tidak meninggalkan sebarang pesan. Hani lahir, dibesarkan, sekadar sekuntum mawar yang tidak sempat mekar. Hani tidak sempat menjadi ibu kepada anak-anak yang comel. Hani kehilangan peluang untuk melihat kehidupan dengan pengertian lain.
Emak menyesal. Ayah juga menyesal. Tetapi penyesalan datang terlalu lewat. Sebanyak mana duit, sebanyak mana persatuan yang emak sertai, tidak dapat mengembalikan Hani. Emak dan ayah betul-betul menyesal. Tetapi, apa guna penyesalan?
Hani telah layu. Tetapi di kotaraya pasti ada gadis-gadis lain seperti Hani. Kata sesetengah orang, mereka adalah sebahagian dari asam garam kotaraya. Kata orang, mereka akan terus wujud di celah-celah kotaraya. Mereka adalah sebahagian daripada kotaraya.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 31, 2004 17:45:46 GMT 8
artikel ko menakutkan aku.... camne nak kawal pompuan cam ni hatlg kasi tau kat aku doo...
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 31, 2004 17:49:33 GMT 8
artikel ko menakutkan aku.... camne nak kawal pompuan cam ni hatlg kasi tau kat aku doo... aku pun x pikir lagi...kau ader aper2 cadangan x?
|
|
|
Post by kuzy on Mar 31, 2004 17:55:05 GMT 8
aku skang tgh berhadapan ngan gurl camtula.... sebab aku tak tahan aku igt nak letgo je... tapi takut plak jadi camtu...
|
|