zarts
Junior Student
-.....revolution star.....-
Posts: 78
|
Post by zarts on May 17, 2004 0:16:08 GMT 8
Then You Die
You wake up in the morning, bang the snooze bar, You sit up and put your feet in your slippers like you did before, Your hands grope for your glasses and they reach too far, They hit your cup of coffee from last night and it falls to the floor.
You brush your teeth but one day you’ll be found alone, not breathing in a dark room. Pour some Listerine into your mouth and swirl it around, You look for your clothes, and spray on the most expensive perfume, As cold water splashes all around, dripping to the ground.
Your feet jump at the fire of icy water on skin, You fumble around, thinking about the man with the right cologne, And then you die, before you make it all the way in, Inside a world that’s made of being all alone, all alone.
You button your shirt, fix your hair and then you get buried, Running downstairs, the teapot whistles and screams And the commercials are as shallow as ever, but they still manage to get you worried, Wondering if your hair’s soft enough to get the man of your dreams.
You step into the garage and turn on the car, Carbon monoxide spews out but you’re ready to go [pollute] anywhere, And then you turn the radio on, listening to some pathetic star. You watch as the cars whiz by, driving to nowhere,
And you flick a cigarette out the window, because you never stopped to care.
Then you get home and make dinner, forget to pray and then you die, You say love will fix all our problems and the scientists know what’s wrong, So you plop down on the sofa and grab a beer and watch people on TV cry, You know something’s very strange but you can’t do more than sing along.
And then you go to sleep at night and dream of the big house on a hill, You want everything right away, you can’t even wait half a day, So when things don’t go your way, well then you pop a pill And then you die, the mourners will not know what to say.
Your blankets are made of the feathers of a murdered bird, long since dead. You wake up the next day, happy to have two airbags, not just one, There’s a new supermarket, there are more checkout lanes, instead Of the four or five they had at the old one, so now you can shop faster fun.
Your new computer reaches the net at blazing speed and hooks up really fast, You drink and drink and blow away your brain, cell by cell, Imagining that everything old and true and strong just is not meant to last, And the new ladder in your garage is better than before, cuz’ with last year’s you fell.
And you live your life, day by day, trudging through the same old waste, And then you die and then you fall, then you collapse and crumble to dust, Concerned only with whether or not you can make it without haste, But hey, life must be better, because these brand new cars don’t even rust!
Another shopping mall where you park your part of the automobile flood, You said there’s so much to buy, look at and fret over, so much, so far and so near, But all around the world the sky falls and dies, the world is covered with blood, And afraid to even care, you sit down in the food court and order a root beer.
Greedy little men and women we are, running to and fro, In a chase, after a rabbit that went around before, at last he learned to really cry, These new televisions show more color though They cost a bit more, so you’ll have to work harder, buy more, and then die.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 17, 2004 16:57:59 GMT 8
.:: Orang Mati Berhutang ::. Apa hukumnya seorang yang wafat dalam keadaan dia masih mempunyai hutang?
Sabda Rasullullah yang ertinya: "Demi yang jiwaku di tangannya(Allah) seorang yang mati fisabilillah(di jalan Allah) tidak akan masuk syurga sebelum di lunasi hutangnya(Riwayat Ahmad). Seorang sahabat bertanya kepada Rasullullah tentang kakaknya yang wafat dan ia masih punya hutang.Baginda menjawab:Dia(Rohnya) di penjara kerana hutangnya dan sebaiknya engkau melunasi hutangnya". Sahabat tadi bertanya lagi:"Ya Rasullullah hutangnya sudah saya lunasi kecuali sisa dua dinar tagihan seorang wanita sedang wanita itu tidak punya bukti"..
Jawab Rasullullah lagi:"Bayarkan kepada wanita itu tuntutannya benar". Ini adalah satu bukti bahawa bila ada tagihan hutang terhadap orang yang telah wafat hendaknya di bayar oleh ahli warisnya meskipun bukti-bukti hutang kurang kuat. Harta peninggalan (waris) harus di bebaskan dari wasiat dan hutang si mayat.Sesudah wasiat dan hutang di selesaikan baru harta itu menjadi milik ahli waris
|
|
|
Post by feimaumania on May 17, 2004 17:21:33 GMT 8
so elakkan berhutang....
|
|
|
Post by StRiDeR on May 17, 2004 23:31:41 GMT 8
Air Yang Ditetak.....
Azharina membuang pandangan ke luar. Pemandangan indah sepanjang perjalanan tidak mampu menarik perhatiannya. Fikirannya melayang memikirkan kenangan yang sudah berlalu hampir 5 tahun.
Suasana kampung memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila saudara-mara berkumpul di hari perayaan. Ramai saudara mara dari serata tempat samada dari kawasan kampung atau bandar besar berkumpul di rumah nenek yang letaknya tidak jauh dari rumah ibu bapanya. Berkumpul dengan sepupu dan bercerita bermacam perkara membuatkan mereka sering lupa pada masa, rasanya walau hampir sebulan mereka pulang ke kampung pun masih tidak puas. Betul ke kak Azie nak pergi luar negara? Azie mengangguk sambil tersenyum bangga. Sejak pulang ke kampung, semua saudara mara memperkatakan tentang perkara itu. Mesti best kan? sampuk Raihan yang sebaya dengannya ketika itu, 17 tahun. Rasanyalah kot, tapi ramai juga kawan akak yang study kat oversea kata dekat sana seronok... banyak perkara yang boleh dipelajari di situ... jelas Azie perlahan. Kak Azie ambil course apa ye? Apalah kau ni Rina, kak Azie nak ambil course Mass Comm... journalist kan? Azie mengangguk perlahan. Azharina terdiam, terasa pula yang dia ni ketinggalan zaman. Nanti aku pun nak ambil Mass Comm, bahagian penulisan skrip atau belakang tabir... aku ingat nak ambil kat UiTM... sampuk Raihan pula. Eh, Zura ingat nak mohon kat MIIM... ala yang TV3 punya tu... nak ambil bidang lakonan, ada potensi tak? ujar Azura, sepupunya lagi sorang. Rina pula macam mana? Rina tak nak ambil bidang penulisan ke? Rina suka tulis cerpen kan... cerita Rina best jugak... ujar kak Azie yang sering memuji cerpen yang ditulis dan dihantar ke majalah atau suratkhabar. Azharina cuma mampu berdiam diri... Ayah nak nanti Rina sambung ambil akaun. Senang nak cari kerja... kalau susah nak cari kerja kat company besar pun, boleh jadi cikgu ke... pensyarah ke... kata-kata ayahnya terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Tapi Rina tak minat sangat nak ambil akaun... . Habis tu, yang kau belajar akaun sekarang ni kan ok? Azharina terdiam. Memang sejak dulu dia lebih meminati bidang penulisan tapi ayahnya menyuruh dia ambil pelajaran akaun, lalu diturutkan. Baginya tak mengapa kalau sekarang dia belajar akaun tapi nanti dia akan bertukar haluan tapi sekarang... harapannya seolah semakin tipis...
Selepas saudara maranya pulang, suasana di kampung kembali sunyi. Dia terfikirkan juga kata-kata Raihan, sepupu yang paling rapat dengannya. Kau cakaplah dengan ayah kau yang kau tak nak sambung akaun... kau beritahu dia yang kau minat penulisan. Dari dulu lagi dia suruh aku belajar akaun... senang nak cari kerja katanya. Paling tidak pun, aku boleh jadi guru akaun... kalau nak gaji mahal sikit, boleh jadi pensyarah... kalau aku ambil akaun, aku boleh pergi mana-mana je... business, finance... Memanglah, tapi itu kena kau minat juga... . pujuk Raihan lagi. Entahlah... ayah aku tu kalau dah buat keputusan, susah nak ubah... Kalau macam tu suka hati kaulah...
"Are you alright? Azharina tersedar dari lamunan. Nak minum? Azharina menggeleng. "Anything? No thanks. Pemuda itu mengangguk perlahan lalu dia membiarkan Azharina hanyut dengan perasaannya.
Serba salah Azharina ketika ingin mengisi borang memohon Universiti. Keputusan peperiksaannya yang agak baik itu pasti akan mencerahkan peluangnya untuk mendapat tawaran belajar dalam bidang akaun. Semuanya telah diisi, cuma kod kursus yang diminta saja belum diisi lagi. Ayah... Rina ingat nak ambil bidang penulisanlah... malam itu dia cuba hendak memujuk ayahnya kerana tarikh tutup permohonan sudah semakin dekat. Kan ayah kata... ambil akaun lebih bagus. Nanti kau nak pergi mana-mana pun senang... tengok macam anak Pak Mat kau tu, sekarang dah jadi akauntan... bergaji besar... ! Tapi Rina tak minat sangat akaun, Rina minat penulisan... Apa yang kau boleh dapat dengan menulis tu... kau ingat senang kau nak cipta nama? Berpuluh tahun kau menulis pun belum tentu terkenal, apatah lagi nak senang... ! Azharina terdiam mendengar herdikan ayahnya. Dia memandang ibunya untuk membantunya tapi ibunya cuma memandang simpati.
Akhirnya, dia tetap juga dengan pendiriannya. Dia memilih bidang penulisan, paling tidak kalau betul dia dapat tawaran... akan dia beritahu ayahnya yang dia ditawarkan kursus itu walaupun dia telah memohon bidang akaun... mungkin kerana bidang yang dipilihnya telah penuh! Maaflah ayah, demi cita-cita dan minat... terpaksalah Rina bohong sunat, bisik hati kecilnya. Namun jangkaannya meleset apabila kegembiraan mendapat tawaran yang dipohon lenyap dengan kata-kata ayahnya. Takpe, kita boleh buat rayuan. Anak Pak Cik Nasir tu pensyarah kat Universiti, tentu dia boleh tolong. Keputusan kau pun bukannya teruk sangat... Tapi ayah... Takde tapi-tapi lagi... esok bagi ayah keputusan peperiksaan kau tu! sedepa Azharina memuncung. Dia cuba protes dengan tidak bercakap dengan ayahnya, makan bersama ayahnya dan apa saja yang boleh dilakukan tapi ayahnya seolah tidak faham... hampir saja Azharina menangis apabila mendapat khabar yang rayuannya berjaya. Sepanjang perjalanan dari kampung ke universiti Azharina hanya membisu. Ayahnya juga tidak berkata apa-apa sepanjang memandu malah ayahnya kelihatan gembira. Apa yang ayah buat untuk kebaikan kau juga. Lepas dah habis belajar nanti baru kau tahu betul kata ayah kau tu... teringat kata-kata ibunya sebelum dia berlepas. Rajinlah belajar ye... namun hatinya terasa kosong mendengar nasihat ibunya itu. Hatinya geram dan sedih... tapi dia tak mahu menderhaka pada ayahnya hanya demi untuk mencapai cita-citanya. Akan dia buktikan pada ayahnya betapa dia meminati bidang penulisan ini sehingga dia sanggup korbankan apa saja.
Awak nak makan? lamunannya terganggu. Dia menggeleng perlahan. Lama lagi tak nak sampai agaknya. Azharina menggeleng lagi. Melihatkan Azharina seolah tidak berminat untuk berbual, pemuda itu berdiam diri lagi. Majalah yang sudah habis dibaca itu diletak ke tepi, dia cuba untuk melelapkan mata pula. Azharina termenung lagi.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 17, 2004 23:32:07 GMT 8
Entah kenapa dia berasa sakit hati dengan tindakan ayahnya sehingga meninggalkan dendam. Dia berasa cemburu apabila bertemu Raihan di universiti yang sama. Raihan sering bercerita tentang keseronokannya dalam kelas, tentang assignment yang banyak tapi tetap menyeronokkan bersama rakan-rakan yang best. Tidak seperti dia, semuanya terasa membosankan. Setiap hari menatap angka-angka dan perkataan dalam istilah akaun dan business. Mungkin kerana memang otaknya senang nak masuk, walau dia tidak study tapi keputusan examnya masih bagus. Disebabkan dendam dengan keluarganya, dia tidak sampaikan sebarang berita pun kepada keluarganya. Surat yang dihantar oleh adiknya yang seorang tu pun tidak dibalas juga walaupun hati meronta ingin bertemu dengan ibu dan adik. Sepanjang tiga tahun belajar, dia tidak pernah sekalipun pulang ke kampung. Walaupun cuti hari perayaan, dia rela bersendirian duduk di asrama atau mengikut teman-temannya pulang ke kampung atau pun bercuti bersama Raihan itupun diminta agar Raihan rahsiakan dari sesiapa pun. Setelah tamat pelajaran, dia terus mencari kerja. Di samping itu, dia masih meneruskan minatnya dengan menulis cerpen atau puisi di akhbar dan majalah. Selama setahun lebih bekerja, dia tidak memberi apa-apa khabar juga... cuma pada Raihanlah dia merisik khabar ibu dan adiknya di kampung. Kalau ada lebihan wang yang dikirimkan ke kampung pun tidak disertakan dengan apa-apa surat. Malahan apabila mendapat tahu yang keluarganya telah mendapat alamat tempat tinggalnya, segera dia berpindah. Dia juga tidak memberitahu Raihan alamat barunya kerana geram gadis itu membocorkan alamat lamanya. Sampai macam tu sekali dendam kau kat ayah kau... tak baik tau! Aku tak peduli... kalau kau bocorkan alamat tempat kerja aku, jangan harap kau nak jumpa dengan aku lagi nanti! keras Azharina memberi amaran. Raihan cuma menggeleng melihat sikap sepupunya itu.
Letihnya... Azharina tersenyum melihat pemuda di sebelahnya itu menggeliat kepenatan sambil menguap. Tulah... sendiri yang gatal nak ikut! Apa nak buat, takut nanti awek lari dikebas orang! Mengada! pemuda mengaduh kesakitan apabila dicubit oleh Azharina. "Baru nampak senyum, kalau tak masam je... Azharina tersenyum tawar.
Pertama kali mereka bertemu di dalam lif. Mereka bekerja di bangunan yang sama tapi tak pernah bertembung. Hari itu dia terlewat, lalu bertemu dengan Hafiz di dalam lif. Macam cerita dalam tv, tiba-tiba lif tu tersangkut... menggelabah juga dia. Untuk hilangkan bosan dan takut, Hafiz menghulurkan salam perkenalan. Sejak itu, mereka mula rapat. Rina! Apa khabar, lama tak jumpa. Eh, kak Linda. Khabar baik... akak apa khabar? suatu hari dia bertembung dengan Linda, orang yang duduk di rumah lamanya sekarang. Baik... oh ye! Akak nak bagitau, ada banyak surat Rina sampai. Nasib baik akak tak buang, takut kalau jumpa Rina balik kan? Rina boleh tak datang ambil? Ye ke? Baiklah, nanti saya datang ambil... beberapa hari kemudian, ditemankan Hafiz dia pergi mengambil surat-suratnya. Ketiga-tiga surat itu dari Johor... tentu dari adik, bisik hatinya. Dia membuka surat pertama yang dikirimkan lebih kurang seminggu selepas dia berpindah.
Assalamualaikum... .
Apa khabar kak Rina di sana? Kenapa lama tak dikirimkan berita? Kami sekeluarga rindukan kakak. Tak mahukah kakak menjejakkan kaki ke kampung lagi... Kami tahu kakak masih ingatkan kami, kalau tidak masakan kakak akan kirimkan duit kan? Kak, pulanglah... kami semua rindukan kakak. Lebih-lebih lagi ibu, selalu dia bertanyakan berita kakak... Ayah juga rindukan kakak... . masih marahkah kakak pada ayah? Tidakkah segala dendam kakak sudah berakhir bersama dengan masa... Pulanglah kak, kami sentiasa menanti!
Air matanya menitis terharu. Dia pantas membuka surat kedua yang bertarikh lebih kurang dua bulan yang lalu...
Assalamualaikum...
Kak Rina, kenapa tidak dibalas surat yang lalu. Kegembiraan setelah mendapat tahu alamat kakak dari kak Raihan lenyap dan berganti kecewa apabila surat yang lalu tiada balasan. Hampir tiga bulan menanti dengan penuh harapan, namun sia-sia. Kalau kakak mempunyai kelapangan untuk berkarya di suratkhabar dan majalah, takkan kakak tiada kelapangan langsung untuk membalas surat kami... Menitis air mata ibu kerana kecewa dengan sikap kak Rina. Kecewa terpahat di wajah ayah memikirkan perbuatan kak Rina. Kurangkah didikan ayah dan ibu selama ini hingga begini dalam dan lamanya dendam kak Rina pada mereka... Kak... kata ayah, kalaulah dia tahu sampai begini kakak berdendam... tentu dia takkan memaksa kakak dulu. Kata ibu pula, kalaulah dia tahu sampai begini rajuk kakak, tentu dia akan merayu pada ayah agar tidak memaksa kakak dulu... tapi sayangnya semua sudah terlambat...
Air mata Azharina mengalir lagi. Berdosanya dia kepada keluarganya... Surat ketiga yang bertarikh lebih kurang sebulan yang lalu dibukanya pantas.
Assalamualaikum... Apa khabar kak Rina di sana? Tak tahulah apa lagi yang mahu saya cakapkan. Kak... kesihatan ibu sering terganggu baru-baru ini... Ayah juga sering batuk-batuk... badan ayah sudah tidak secergas dulu, sering jatuh sakit. Kata-kata ibu beberapa hari yang lalu menikam kalbu saya... tahukah kakak apa yang ibu katakan? Ibu kata... masa mereka dah tak banyak, entah sempat atau tidak mereka berjumpa dengan kakak... Kak... pulanglah kak... pulanglah sebelum terlambat... sebelum nasi mejadi bubur!
Air mata Azharina mengalir deras... Ya Allah, betapa berdosanya aku pada ibu bapa aku! Ampunkanlah aku Ya Allah! Aku telah menderhaka pada mereka! Azharina menangis terisak-isak... Rina tak apa-apa? Rina berdosa Fiz... . Rina berdosa dengan ibu dan ayah Rina! Rina... Rina nak balik kampung. Rina nak jumpa ibu dengan ayah... Rina nak minta ampun... ujar Azharina terisak-isak. Okey... biar Hafiz temankan ye! Azharina mengangguk perlahan. Ibu... ayah... tunggu Rina ye! Rina akan pulang untuk minta ampun!
Rina, kita dah sampai! teguran Hafiz mengejutkan dia. Dia menyeka air mata yang mengalir tanpa disedari tadi. Jejak saja kaki di bumi tempat kelahirannya membuatkan dia berdebar-debar... Ibu... ayah... adik... Rina dah pulang!
|
|
|
Post by KomOt on May 18, 2004 1:55:32 GMT 8
macam tak abis je citer ko ni strider..ade lagi ke sambungan dia??
|
|
|
Post by enigma on May 18, 2004 17:44:59 GMT 8
kalo mak bapak kita berhutang....kita kene bayarkan kalo diorang dah meninggakl tau..
|
|
|
Post by KomOt on May 18, 2004 18:04:06 GMT 8
melainkan kalau org yg parents kita berhutang tu halalkan semua nye..kn enigma,infiniti,minah cyber dan eureka?? (baper byk nama daa aku nk sebut..) ;D
|
|
|
Post by enigma on May 18, 2004 18:10:24 GMT 8
melainkan kalau org yg parents kita berhutang tu halalkan semua nye..kn enigma,infiniti,minah cyber dan eureka?? (baper byk nama daa aku nk sebut..) ;D tak yahla sebut sumer...satu jer dah la..... btol ape ko ckp tu..kalo dah dihalalkan...terlepas lah tangunggjawab kita sebagai anak..
|
|
|
Post by siamangManja on May 18, 2004 18:43:44 GMT 8
abis tu klu kite tak sure same ade dieorang ade ckp or idak cam ne plak...
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on May 18, 2004 21:45:53 GMT 8
Ha`ah..Kalau jadi hal macam tu,camne kita nak selesaikan?
|
|
|
Post by KomOt on May 18, 2004 21:56:58 GMT 8
ape la korang ni..tu pn tak tau ke?? hmm,cik infiniti akan jaawab soalan korang tu nanti ye..saje aku bg peluang kt dia untuk jawab..
|
|
|
Post by StRiDeR on May 21, 2004 0:46:19 GMT 8
macam tak abis je citer ko ni strider..ade lagi ke sambungan dia?? x tau lak aku...aku baca citer tue sampai takat tue jer...x de sambungan pun...
|
|
|
Post by KomOt on May 21, 2004 9:36:16 GMT 8
x tau lak aku...aku baca citer tue sampai takat tue jer...x de sambungan pun... emm,tak best tul..citer tu cam takde kesimpulan langsung..
|
|
|
Post by KomOt on May 21, 2004 9:43:28 GMT 8
> Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu > > > > Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah > mempunyai > malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, > apabila > mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka > mereka > duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga > memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia. > Apabila ahli > zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu > naik ke > langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah > mengetahuinya : > > "Dari mana kalian datang ?" > > Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang > membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu." > > Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?" > > Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga." > > Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?" > > Para Malaikat menjawab : "Belum pernah" > > Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?" > > Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan." > > Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?" > > Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu." > > Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?" > > Para Malaikat menjawab : "Belum pernah" > > Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?" > > Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu." > > Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi > permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon > untuk > diselamatkan." > > Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, > seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk > bersama > mereka." > > Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah > termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan > mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim) > > Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila > berkumpul > suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan > mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat > Allah > melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah > menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para > malaikat)." > (HR. Muslim)
|
|