|
Post by .:.nurisy@*UnpredictablE.:. on Jan 7, 2004 14:34:23 GMT 8
if takder,, else buat citer sendirik ler terlebih program ko nie QHAS!!! end,
|
|
Qhas _da best
Senior Student
kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan, kesabaran itu ketenangan, fikirlah wahai teman!!!!
Posts: 374
|
Post by Qhas _da best on Jan 7, 2004 14:40:25 GMT 8
terlebih program ko nie QHAS!!! end, itu jer yg aku tahu ahaks..... ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 21:37:12 GMT 8
Apa ada pada nama... -----------------------------
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak.. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,"
lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 21:39:53 GMT 8
Mesin Timbang ------------------
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 21:49:34 GMT 8
Kacang..kacang...kacang..!~ ------------------------------------
Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk diperkenalkan kepada neneknya.Setibanya ke rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.
Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, diapun terus mangambil sebutir kacang, lalu memakannya.. setengah jam kemudian.. habis semangkuk kacang itu dimakannya!
Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya naik ke ruang tamu.. Sigadis: "Nenek, inilah teman lelaki saya yang katakan tadi..
Yang...., minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi, Pemuda: "Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata pemuda itu pula. Nenek: "Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenekpun hisaplah coklatnya tu sampai habis, kacangnya keras jadi nenek letakkanlah dalam mangkuk tu..." Pemuda: laaaaaaaa
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 16:02:45 GMT 8
Chot tengok wayang --------------------------- Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Sampai di kaunter tiket, Chot beli dua tiket utk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Chot datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket...
Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, "Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?" Chot menjawab,
"Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer..."
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 16:05:29 GMT 8
Mastura 'n Fazwan-Cinta 3 Darjat ----------------------------------------- Seluruh tubuhku berasa amat sakit. Hendak berjalan pun ku rasakan tidak berdaya lagi. Kepalaku seakan-akan hendak pecah dan cuping telingaku berdarah. Akhirnya aku terperosok di stor di belakang rumah, terbaring di atas lantai simen yang kotor dan berdebu. Ku cuba pejamkan mata yang sudah hilang sinarnya ini, tetapi suara mak encikku yang menengking di luar sana memaki hamun diriku masih kedengaran.
Beginilah nasibku sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa aku mendapat mak encik yang tak macam orang lain. Lengan dan betisnya sama besar. Maknanya sama ada aku kena penampar atau penendang, kesannya sama sahaja. Wajahnya pula tak ayu langsung. Muka bulat dengan permukaan berlubang-lubang, hidung pesek kembang pulak tu! Bibirnya saja ku kira lima inci tebal dan lebarnya pula usahlah cerita, lebih-lebih lagi bila dia memekik. Lainlah aku. Kadangkala aku terfikir jugak, entah-entah mak encik aku cemburu dengan kecomelan dan kemontokkan tubuh aku ini berbanding dengan tubuhnya yang bak tut tut...malas aku nak menyebutnya...
Jelingannya pula cukup membuat aku kebas kaki dan tangan. Tatkala dia mula menerjah aku memang rasa nak mati jam itu juga dan apabila dia mula menghampiriku sambil menyingsing kain, aku yang terlantar seperti ini. Pedih dan sakit. Tetapi mujurlah kepedihan dan kesakitan itu terubat apabila aku memandang Syah Fazwan. Renungan matanya bagai ubat yang menyembuhkan lukaku. Senyumannya memang amat kudambakan.
Kadangkala aku terfikir mengapa Syah Fazwan terlalu jauh beza dengan emaknya, mak encikku itu? Bukan setakat perbezaan perangai tapi juga paras rupa. Gamaknya Syah Fazwan ikut baka ayahnya yang sudah meninggal dunia itu. Syah Fazwan adalah satu-satunya anak teruna mak encikku dan satu-satunya insan yang begitu mengambil berat tentang diriku serta satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hatiku!
Tetapi aku sedar bahawa aku cuma menumpang di rumah ini. Darjat Syah Fazwan terlalu tinggi dan tak setaraf denganku. Namun aku terharu dengan layanan Syah Fazwan. Dia tidak mengira pangkat dan darjat. Dia membuatkan diriku begitu berharga.
Mengenangkan kebaikan Syah Fazwan kepadaku membuatkan aku melupakan saja kekejaman emaknya. Biarlah tubuhku dibalun mak encikku, aku rela asalkan Syah Fazwan masih menyayangi aku. Demi Syah Fazwan, aku sanggup bertahan di sini walaupun nyawaku terancam setiap hari.
Mas! Mas! Mastura!!!" Tiba-tiba aku terdengar namaku diseru. Syah Fazwan? Syah Fazwan dah balik? Aku cuba bangun tetapi tubuhku amat lemah. Hari ini aku paling teruk ditibai mak encik. Pintu stor tiba-tiba terkuak. Aku tahu Syah Fazwn yang datang dan dia juga tahu aku disini sebab stor inilah tempat aku bersembunyi apabila mak encik naik angin.
"Ya Allah...Mas.kenapa berdarah-darah ini?" Syah Fazwan terkejut sungguh melihat keadaanku. Aku cuma mendiamkan diri. Buat-buat memandang ke arah lain agar Syah Fazwan tahu yang aku merajuk.
"Mak saya buat awak lagi ye? Sabarlah Mas...nanti saya tarukkan ubat ye!" Tak lama kemudian Syah Fazwan keluar. Di luar aku dengar Syah Fazwan bersoal jawab dengan emaknya.
"Emak tak patut buat Mas macam tu..dia pun ada perasaan, mak!" Lembut sekali suara Syah Fazwan.
"Eleh, apa yang dia tahu?!" Kasar sekali suara mak encik. "Kesianlah kat Mas, mak..saya sayang dia!" Ucapan Syah Fazwan yang last itu sungguh membuat aku bahagia.
Seminggu kemudian hidupku bagaikan di syurga. Mak encikku tak ada di rumah kerana ikut rombongan persatuan wanita ke Langkawi. Hanya tinggal aku dan Syah Fazwan. Dia melayan aku bagaikan puteri. Namun, dia tak pernah mengambil kesempatan ke atasku. Ada suatu ketika Syah Fazwan merenung ke dalam mataku. Indahnya saat itu!
Mak encikku balik semula ke rumah. Aku mula tak senang duduk. Tetapi apa yang ku jangka tidak terjadi. Mak encikku benar-benar berubah. Dia tidak lagi memaki hamun diriku apatah lagi mendera aku seperti biasa. Air gamat cap apa yang dia minum kat Langkawi itu hari?
Entahlah. Aku benar-benar tak faham tapi aku bahagia jika betul mak encikku berubah laku. Agaknya dia sudah boleh menerimaku dan aku juga cuba mengambil hatinya. Aku senyum sendiri. Pagi itu mak encikku kelihatan gembira betul. Wajahnya berkilat-kilat. Syah Fazwan pun nampak riang semacam. Tak henti-henti dia mengusikku. Mak encik nampak tak kisah.
Tengah hari itu ada tamu mengunjungi rumah mak encikku. Seorang gadis yang...eleh, taklah cun sangat. Tapi Syah Fazwan layan dia dengan mesra sekali. Gadis itu pun nampak macam miang je. Aku terbakar oleh api cemburu. Mak encikku sekejap tersengih sekejap ketawa. Seronok le tu!
Aku memberanikan diri muncul di ruang tamu. Cuba melenggang-lenggukkan langkahku di depan mereka. Syah Fazwan perasan akan kehadiranku. "Ha..Mas..mari sini, saya nak kenalkan awak dengan seseorang."
Gadis itu nampak tercenggang melihatku tapi akhirnya tersenyum sambil menjeling manja pada Syah Fazwan
"Inilah Sharifah, bakal tunang saya!" Kata Syah Fazwan sekaligus merentap jantungku.
"Ooooo..inilah Mastura yang you cerita tu ye? Dan mereka pun ketawa beramai-ramai. Berdekah-dekah.
Gelaklah. Gelaklah. Aku sedar siapalah aku, cuma seekor kucing betina jalanan yang sekadar singgah di sini dan diberi nama olehmu, Syah Fazwan! Mastura konon!!!!!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 16:07:02 GMT 8
Hari Yang Buruk -------------------- Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis.
"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.
"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"
"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 16:17:43 GMT 8
Don't Worry --------------
Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah..., "DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 16:19:23 GMT 8
Cik Tina ----------
Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!
Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 16:23:59 GMT 8
Pesakit Jiwa dan Pilot ---------------------------- Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di pandunya.
Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.
Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan2nya supaya berhenti bermain.
5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama kawan2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya ..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 16:25:51 GMT 8
Tregedi di bulan Puasa ------------------------------ Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...
Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.
Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 16:26:38 GMT 8
Jangan Minum dan Memandu ------------------------------------- Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on her way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.
So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.
Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 0:06:10 GMT 8
Selipar...~ -------------
Al-kisah.....adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18 batang.kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia.dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni.nama dia Ali(nama sebenar).Ali ni orang gila kat kampung ni.so..ramai la yang pandang slag kat dia. ramai la yang suka memainkan dia.. nak dijadikan cerita...pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat...ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal.contohilah dia ni. sedangkan orang gila pun semayang...korang yang siuman ni pun semayang la gak ek.. ok,sambung citer.lepas si Ali ni smyang jumaat,dia nak balik la kan.so..masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek.aper lagi... mengamukla dia...tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu dia pun berkata: "kepada sesiapa yang mencuri selipar aku,baik ko pulang cepat.!!!!!!!..." semua orang menjadi takut..ye la..orang gila kan..memacam
dia buleh buat.buatnya dia tetak anak bini orang kang..ha..naya.. "kepada sesiapa yang curik selipa kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat. kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!" lalu orang yang curik tu pun pulang la balik."lek la bang..gurau jek"Tapi Ali memandang nyer dgn muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu...haa...lalu budak yang curi selipa dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali..takut la tue... lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya "kalau dia tak pulang apa yang akan kamu lakukan..??apa yang ayah kamu lakukan..??" dengan suara dan wajah yang slamber..Ali pun berkata "saya balik kaki ayam la tok.."
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 0:08:45 GMT 8
Bersuamikan Mat Saleh ------------------------------
Kepada anak dara-anak dara yg nak bersuamikan Mat Saleh, baca kisah kat > > bawa ini dulu sebelum terlambat > > Ni hiburan giler...bacalah..ubat untuk menhilangkan keboringan..he he > > > > Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yg sekolah > > setakat darjah enam pun boleh tahan best jugak taste dia. Tak sia-sia dia > > carikan jodoh utk aku.....Tak yah lah aku nak susah2kan diri nak pasang > > badan ngorat sana sini, dosa woit ! Cikarang semua dah setel. Calon pun > dah > > ada, golongan org berada lak tu dan most of all...........orang putih > > you....! Glamer sakanlah aku....... > > Kekadang bila difikir2.......mimpikah diri ini.....macam tak caya > > pulak........dah jadi macam criter Cinderella lak....... Aku nie bukanlah > > jelita sangat, kulit aku nie tak jauh bezanye dari kerbau sawah > > arwah ayah dulu..... > > > > Mungkin Org putih tu ingat aku nie Negro kot.... tahap Janet Jackson ke, > > Naomi Campbell ke...Ah! Tu semua tak kesah, janji hati sudah suka. Lebih2 > > lagi dia yg ye-ye nak meminang, mak aku cakaplah, aku mana boleh > > campur urusan org tua2, tak manis lah kan!... korang setuju tak.......? > > > > "Hensem ke dia mak?" Soalan pertama yg aku tanyakan kat mak, alah mana2 > > pompuan pun akan tanya soalan ni, tul tak...? "Perghhhhhhh....!! setakat > > Elvis Presley tu mak berani tolak tepilah!" Biar betul mak aku > > ni..........kepala otak aku nie dah makin tak betul........Happynya payah > > nak cakap......... memantul2...... > > Menurut mak .......... org tua berumur sikit .......duda. sebab bininyer > > meninggal ... tak tahu lak apa sebabnyer ....... Tapikan agak aku nie > mesti > > sebab tercekik kulit durian........Power seh.......Anak lak tak > > ada... Lagi power... Itu semua small matters nye.......Eloklah yg lebih > > tua, kalau muda dari aku karang takkan aku nak panggil suami aku adik lak > > kan....? > > > > Duda pun dudalah...... at least dia ader experience dlm meranjau onak duri > > di alam rumahtangga..... aiseyman macam sasterawan lak aku.... Setakat > ader > > sepit-tiket (adik beradik certificatelah) kursus rumahtangga buat > > apa, yg menganggur bersepah2.......... > > > > "Kau suka ke mak kau kahwinkan kau ngan Mat Saleh,?" Aku senyum > > aje....Kontrol sikit muka nie.... kalau korang nak tahu isi hati > > nie.......nak aje aku gi dapatkan mak aku............lepas tu tangkap > > dia......peluk > > dia kuat2..... taklah sampai dia lemas... kepala otak korang > > pun.......over...Dah peluk dia kuat2.....aku cium pipi ibundaku yg > > tercayang tu...... Aiseyman macam drama sabun lah.....eh salah.... soap > > drama..... > > > > Kengkawan sepengumpatan aku, Si Bedah, Joyah, Tipah dan Rokiah semuanye > > jeles bila dia owg semua dengar berita ni.... almaklum lah........tak > cukup > > ngan kejelesan dia orang tu, dia cuba nak pshyco aku ngan menimbulkan > syak > > yg tak munasabah..... Tapi aku buat derrrkkk aje....."Eleh! korang jeles > > ngan aku cakap lah......." > > Nak aja aku kutuk diorang andartu.........andartu pun korang tak > > tahu.......tulah sape suruh kat sekolah dulu main2..... andartu short form > > utk anak dara tualah.....Muka tak semenggah... muka tak siap pun > ader....eh > > macam mana seh muka tak siap.... pandai korang menggunakan kreativiti dlm > > kepala otak korang......... Tambah pula si Rokiah tu....mulut > > laser...PUH...! melecetlah mulut kau hendaknya! Tapikan buat aku bengang > > seh kat diaorang hanya kerna dia orang bengang kat aku yg beruntung > ni..... > > Blah....lah korang.....!!!!!!!! > > > > "Semua sedia? saksi?...... Semua ade baguih....mari kita mulakan > > sekarang........ Mat Saleh Ludin Bin Kulup Jidin...............aku > nikahkan > > kau ngan Saodah binte Sanorpon ngan mas kahwinyer............." suara > > jurunikah sayup2 dari pendengaranku yg tiba2 kabur. Aku terasa bumi nie > > tercabut dari paksinya............. > > > > "Fengatin Fompuan fengshan, nikah ni kira syah ke....syemana ni?" > terdengar > > akan aku suara suamiku yg menyelinap keluar dari mulutnyer yg dah tidak > > berpagar, menusuk telinga semasa aku terbaring di riba ibuku sambil mataku > > pejam rapat......... > > > > Rasa tak sanggup aku nak nengok muka minah empat ekor tu yg terkekek-kekek > > dan berdekih-dekih di sisiku......... > > Tidakkkkkkkkkkkk.............................. > > > > Pengajaranya: - Pandai2 lah korang mentafsirkanya ........... > > Jangan main setuju je, sebaik2nya selidik latar belakang dan kenali > dirinya > > dulu.
|
|