|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 4:29:24 GMT 8
Pengemis gila Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu. Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak? Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik! Bapak : Tak kan bleh mendengar? Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik! Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!! Pengemis : Itu ada tiga ratus ! Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat? Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 4:30:25 GMT 8
Demam Malaysian Idol Disebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :
Kadi : Hassan... Pengantin Lelaki : Saya ustaz... Kadi : Dengar baik2 ya Hassan...."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii" Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii" Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama) Saksi Pertama : Sah Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua) Saksi Kedua : Sah Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga) Saksi Ketiga : Errrr....lontaran suara awak tidak jelas...saya tak dengar apa yg awak cakap....pitching berterabur ke laut..jiwa awak kosong...takde feel.... low note tak sampai, high note awak takde kawalan.. sepatutnya ditahan..falseto lemah...
;D
|
|
|
Post by KomOt on Sept 13, 2004 15:51:30 GMT 8
Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai, sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai. "Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.
"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu. "Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit.. Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.
"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti?" soal doktor lagi."Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?"
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 15, 2004 14:19:55 GMT 8
Here is a very interesting fact!! Brazil last won the world cup in 1994. Before that they won it in 1970. Add 1970 and 1994, it equals 3964. Argentina last won the world cup in 1986. Before that they won it in 1978. Add 1978 and 1986, it equals 3964. Germany last won in 1990. Before that they won in 1974. Add 1990 and 1974, it equals 3964. So going by this logic, the winner of the 2002 world cup is the same as the 3964 - 2002 = 1962 world cup. The 1962 world cup was won by Brazil. Malaysian fans too have reason to rejoice : Malaysia has never won the world cup so we'll probably win it in the Year 3964. ;D
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Sept 18, 2004 18:00:29 GMT 8
;DCara anda jawab tepon time bz.... Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator). Soalan: haloo, may i speak to ina please? Jawapan: maap.sini bukan balai polis. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane.. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur. Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli. Soalan: haloo ina, buat ape tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni.. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap Soalan: halloo... ... Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar? Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu. Soalan: assalammualaikum... Jawapan: waalaikummussalam.. (tupp!..terus letak tepon.salam kitewajib jawab)hehehehe... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 4:31:51 GMT 8
;DCara anda jawab tepon time bz.... Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator). Soalan: haloo, may i speak to ina please? Jawapan: maap.sini bukan balai polis. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane.. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur. Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli. Soalan: haloo ina, buat ape tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni.. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap Soalan: halloo... ... Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar? Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu. Soalan: assalammualaikum... Jawapan: waalaikummussalam.. (tupp!..terus letak tepon.salam kitewajib jawab)hehehehe... ;D lawak...lawak..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 19, 2004 18:42:50 GMT 8
Temuduga
Johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Tetapi diakhir temuduga Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga," jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Eeemmm... .tuan tak ada telinga," sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telahbekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu, walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga".
hahahahah.... ;D
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 20, 2004 2:00:09 GMT 8
so ape jadi pada calon terakhir tu kena halau ke tak....
|
|
|
Post by KomOt on Sept 20, 2004 10:29:30 GMT 8
dia kene belasah..sampai ilang telinga gak..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 21, 2004 9:01:17 GMT 8
[quote author=dEw@[CrOnIc$] link=board=students&thread=1072058204&start=742#49 date=1095616809]so ape jadi pada calon terakhir tu kena halau ke tak....[/quote]
rasanya kot...tp johan tu semua org dia halau...
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 21, 2004 9:02:18 GMT 8
dia kene belasah..sampai ilang telinga gak.. tu mmg berkemungkinan gaklah rasanya...dua2 takde telinga..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 21, 2004 9:04:40 GMT 8
;)PANTUN KENYANG Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar ?. Kalau ada sumur di ladang Bolehlah hamba menumpang mandi Patutlah bau badan kau busuk semacam Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang.. Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, 'Cash On Delivery'? Kalau ada jarum yang patah Jangan di simpan di dalam peti Kesian betul dengan kau ni Jarum patah pun kau simpan dalam peti?. Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.. Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat Kain aku, si pencuri yang sapu? Rumah Pak Mamat di tepi sawah Pakai langsir berwarna biru Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke?. Air pasang dalam surut pukul lima Nyonya bangun pagi siram pokok bunga Haloo nyonya, mau tanya sikit Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka? Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Kalau padi tu belumlah masak Janganlah tuai, taklah layu-layuan?.. Limau purut masak di dahan Batang selasih condong uratnya Limau purut tak boleh makan Nanti sakit perut apa ubatnya?. Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu Pergi aje ke Kampung Pandan? Sorong papan tarik padan Buah keranji dalam perahu Tolonglah jangan makan buah keranji tu Nanti badan kau orang berbau?. Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda Ana banyak takut jalan tutup mata Memanglah takut kalau jalan tutup mata Sebab takut terpijak lubang 'Indah Water'? Encik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit jerit Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit? Buai laju laju Sampai pokok sena Woii, jangan buai laju-laju Nanti kang tercampak kat pokok sena? Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Cucur atap tak sedap Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap?
|
|
|
Post by KomOt on Sept 21, 2004 13:44:03 GMT 8
Seorang gadis cantik menaikiLRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata,
"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".
Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.
Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang,
"Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri."
Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!!
Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah die ni?!!!"
|
|
|
Post by KomOt on Sept 22, 2004 8:33:07 GMT 8
>Takku sangka buah cempedak lagi best dari nangka. Mak aku yang sekolah >setakat darjah enam pun boleh tahan dia punya tastenya. Tak sia-sia dia >carikan jodoh utk aku.......Tak yah aku nak susah-susahkan diri nak pasang >badan ngorat jantan sana sini, dosa woit! Cikarang semua sudah setel. > >Calon pun dah ada, golongan org berada katakan....lak tu dan most of >all....orang putih you......Glamerlah aku. Kekadang bila >difikir2.......mimpikah >aku.....macam tak caya aje.....dah jadi macam cerita Cinderella >pulak.....Aku nie bukanlah jelita sangat...kulit kerbau bapak aku pun lebih >bersih dari kulit aku....Agaknya org putih tu ingat aku ni Negro >kot!.......macam Janet Jackson ke; Whitney Houston ke....... > >Ah! tak kisahlah, janji hati dah suka, pokok duri pun sanggup ku panjat. >Dia yg >beriya-iya yang nak meminang. Lagipun, mak aku cakap, pasal kawin, biar mak >yg cari....katanya berkat. Yang penting amaaaan sepanjang masa....... > >"Hensem ke dia mak?" Soalan pertama yg aku tanyakan kat mak. >Alah.....semua pompuan pun akan tanya soalan ini, betul tak? "Jangan >takutlah, tanggung >beres...." Betulke mak aku ni........Naik pening kepala batu aku >ni.......Tapi, tak apelah. Mak aku cakap orgnya dah berumur sikit....duda, >sebab bininyer meninggal...tak tahu apa sebabnya.......Tapi agak aku kan, >dia tercekik biji durian.....power seh....anak tak ade.......lagi >power....Ah! tak kisahlah, itu semua small matters, bisa di atur. Tapi, >tua-tua pun ok jugak. Kalau muda takkan nak panggil 'Adik' pulak, kan? >Duda pun dudalah...at least ade experience dlm meranjau onak duri di alam >rumahtangga.... aiseyman, berfalsampah lak aku ni......Setakat ader >sepit-tiket (alah! adik beradik certificate lah) kursus rumahtangga buat >ape, yg menganggur bersepah2........ Banyak org tanya, "kau suka ke,mak kau >kahwinkan kau dgn mat salleh?" Aku senyum saja.... Kontrol sikit muka nie. >Kalau ikutkan hati, nak aje aku peluk dan cium! >pipi mak aku pasal kawinkan aku dgn org putih.......Alamak! macam drama >sabun lah (soap opera lah, cakap org putih)...... >Kawan sepengumpatan aku......si Bedah, Joyah, Tipah dan Kia semuanye jeles >bila dia owg tahu berita ni.......Bukan saja jeles, dia owg nak psycho aku > >yg bukan-bukan.......... "nanti org putih tu bawak kau kat negeri dia, >jadikan kau hamba tebusan, baru kau tahu." Tapi aku buat dak >saje......"Eleh! kalau jeles, cakap aje jeles....jgn nak cari >alasan....."kau org tu, sampai bila nak jadi andartu....." Itu jugak >jawapan >aku bila dah geram........ Lebih-lebih lagi si Kiah tu........kalau cakap, >habis tempias air liurnye ke muka orang..... patutlah org cakap mulut dia >mulut laser.........Ah! lagi bengang aku pikirkan pasal dia org.......Blah >lah sama korang.......!!! > >"Semua dah sedia?...... Saksi sedia?........Pengantin lelaki >sedia?.....Baik mari kita mulakan sekarang.......... MAT SALLEH LUDIN BIN >MAT KULUP JIDIN....AKU NIKAHKAN DIKAU DGN SAODAH BINTE SANORPAN >DGN MASKAHWINNYA............... Tiba-tiba, suara pak imam sayup2 dari >pendengaranku dan penglihatanku mula kabur. Aku terasa bumi ni macam nak >tercabut....... "Fengantin Fomfuan fengshan, nikah ni kira syah >ke......syemmana nie?" terdengar akan suara suamiku yg keluar dari mulutnya >yg dah tidak berpagar lagi. Ternampak jugak bayangnya yg >terbongkok-bongkok.......jalan pun kena pakai tongkat......... Alamak! tak >sanggup aku nak nengok muka minah2 empat ekor tu yg terkekek-kekek dan >berdekah-dekah disisiku........ TIDAAAAAAAKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 22, 2004 13:15:40 GMT 8
PUKUL BERAPA??
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?" Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?
Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.
Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?" Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu." Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi. "Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi. Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"
|
|