|
Post by KomOt on Feb 11, 2004 18:54:58 GMT 8
tengok tu kena marah lagi...hmmm nak mandi bunga la macam ni... kehkeh..ape la ko ni komot..tgk surahyassin dh merajuk..awak,nk gi mandi bunga ke?? kt ner?? best tak?? emm,aku nk mandi daun la..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 11, 2004 21:18:16 GMT 8
Hukuman untuk guru Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.
"Baik, baik," kata Hakim.
"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 11, 2004 21:18:51 GMT 8
Sistem Darah Seorang peminum arak membuat pemeriksaan darah disebuah klinik.. Agak Lama dia menunggu penjelasan doktor daripada hasil pemeriksaan itu...
"Bagaimana keadaan darah saya Doktor? Adakah baik2 saje?"
"Ya.. cuma ada sedikit darah yang mengganggu sistem cairan alkohol di tubuh Anda," jawab doktor..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 11, 2004 21:19:12 GMT 8
100% "Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.
"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.
"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."
|
|
|
Post by KomOt on Feb 12, 2004 9:22:41 GMT 8
kehkeh...macam kene je kt aku time sekolah dulu..
|
|
|
Post by KomOt on Feb 12, 2004 9:26:30 GMT 8
MENJERIT BERSAMA
Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai..tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit.."Tolong,Tolong".. Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata.."Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama" "Ya.. Idea yang sangat bagus" jawab rakannya yang lain..dan mereka semua mula menjerit "Bersama ! Bersama!"..
|
|
|
Post by KomOt on Feb 12, 2004 9:35:00 GMT 8
MENU RESTORAN ITALI
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu... Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali..dia memilih sembarangan..."Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi.. "Maaf.. encik" jawab waiter "Itu nama pemilik restoran ini".. ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 12, 2004 21:06:57 GMT 8
Pembesar Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta mewah itu tiba-tiba berkata... "Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."
"Well", kata Bush... "Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah mendapat melakukannya."
"Wah," kata pemandu.. "Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."
Dan kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan pertama... Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..
Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.
"Tuan.." kata Polis itu "Saya baru saja menahan seorang pembesar."
"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?"
"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"
"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"
"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."
"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.
"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis "Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"
|
|
|
Post by enigma on Feb 12, 2004 23:29:42 GMT 8
kehkeh...macam kene je kt aku time sekolah dulu.. pepaham jerla time skpolah dulu2..... result pon lbh kureng jer cam bdk dlm citer lawak tu.....
|
|
|
Post by KomOt on Feb 13, 2004 9:30:45 GMT 8
pepaham jerla time skpolah dulu2..... result pon lbh kureng jer cam bdk dlm citer lawak tu..... heh,mesti ko pn terasa camtu gak kn?? aku rasa ramai lagi yg terasa ngan citer tu..
|
|
|
Post by eat_theDay on Feb 13, 2004 11:46:36 GMT 8
Jam Dinding
Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi.
Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
> > Suatu hari anak ketua kampung tersebut > > memberitahunya yang jarum jam tu > > telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai > > anak buah dia kat halaman > > rumah sedang melihat jam tersebut. > > Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk > > terrorlah lalu dia pun > > menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan > > dan membelek-belek jam > > tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat > > bateri jam tersebut dan > > telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu > > terkeluar dari tempatnya. > > > > Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di > > celah-celah tempat > > bateri tu...beliau pun dengan bangganya > > memberitahukepada anak-anak > > buahnya. > > > > "OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati > > tershepittttt....!!" > > > > Kahwin > > > > Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya > > untuk berkahwin dengan > > Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran > > dan teman sepermainannya > > sejak kecil lagi. > > > > Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu > > berkahwin. > > Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan > > sesiapa saja kecuali > > Robert. > > Suzy: Tapi mengapa? > > Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya > > adalah abangmu. Tapi, > > jangan beritahu ibumu ye! > > Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada > > ibunya. > > Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan > > Robert. > > Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh > > k! ahwin dengan > > sesiapa yang kamu suka termasuk Robert. > > Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik > > beradik kan tak boleh > > kahwin. > > Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak > > tahu kamu bukan > > anaknya. > > Suzy: Ha!!??!! > > > > > > Ada Ape Encik? > > > > Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. > > Akibatnya, dia tercampak dari > > motor rotinya dan masuk ke dalam longkang.. > > > > Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. > > Sambil menyapu darah yang > > mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih > > kesakitan. > > > > Tak lama kemudian datanglah pihak polis > > menghampirinya dan bertanya.. > > > > "Ada apa encik..? Ada apa ?" > > > > Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih > > kesakitan.. penjual roti > > itu berkata, > > > > "Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii > > coklaaaattt ..."
|
|
|
Post by enigma on Feb 13, 2004 12:06:27 GMT 8
heh,mesti ko pn terasa camtu gak kn?? aku rasa ramai lagi yg terasa ngan citer tu.. terasa? adelah sket2......ngaku jer la....
|
|
|
Post by KomOt on Feb 13, 2004 12:09:58 GMT 8
KULIAH > Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti. > Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa". > Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal. > Setelah professor menghabiskan kuliahnya professor berkata, "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya." > "Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.
|
|
|
Post by KomOt on Feb 13, 2004 12:13:00 GMT 8
AKUI DIRI
> Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
> Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri".
> Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
> Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"
> Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!
|
|
|
Post by KomOt on Feb 13, 2004 12:15:55 GMT 8
18 year-old girl
An 18 year-old girl tells her Mom that she has missed her period for two months. Very worried, the mother goes to the drugstore and buys a pregnancy kit. The test result shows that the girl is pregnant. Shouting, cursing, crying, the mother says, "Who was the pig that did this to you? I want to know!" The girl picks up the phone and makes a call. Half an hour later a Ferrari stops in front of their house; a mature and distinguished man with gray hair and impeccably dressed in a very expensive suit steps out of the Ferrari and enters the house. He sits in the living room with the girl's parents and tells them:
"Good morning, your daughter has informed me of the problem. However, I can't marry her because of my personal family situation but I'll take charge. I will pay all costs and provide for your daughter for the rest of her life. Additionally, If a girl is born I will bequeath her 2 retail stores, a townhouse, a beachfront villa and a $1,000,000 bank account. If a boy is born, my legacy will be a couple of factories and a $2,000,000 bank account. If it is twins, a factory and $2,000,000 each. However, if there is a miscarriage, what do you suggest I do?"
At this point, the girl's father, who had remained silent, places a hand firmly on the man's shoulder and tells him, "You'll sleep with her again!" ;D
|
|