jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Dec 27, 2004 14:56:05 GMT 8
tue sy pham laa... lebih maju.. tp lebih maju dari segi ape?.. nak maju dlm mcm2 cara ade.. dari segi baik dan buruk pon bole maju... so?? mcm mana??
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 27, 2004 16:55:59 GMT 8
tue sy pham laa... lebih maju.. tp lebih maju dari segi ape?.. nak maju dlm mcm2 cara ade.. dari segi baik dan buruk pon bole maju... so?? mcm mana?? buruk pun boleh maju ke?mcm mane tu..
|
|
|
Post by Dexter love cats on Dec 27, 2004 22:58:17 GMT 8
buruk pun boleh maju ke?mcm mane tu.. mgkin tak semue buruk tu mmg buruk...mgkinburuk drik luaran je kot....dalamn ade gi semngat nk maju...
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Dec 28, 2004 8:28:32 GMT 8
buruk pun boleh maju ke?mcm mane tu.. buruk mcm mana boleh maju?.. dari banyak aspek... contohnye.. mcm remaja2 kita yg mengikut budaya2 yg x elok.. kalo dipikirkan.. budaya2 yg x elok tu semuanya dtg dari negara2 yg maju2 belaka... lagi satu org melayu nie selalu nya dengki antara satu sama lain so.. bile dah geram... ade jerlaa nak santau org tue laa.. nak sampuk org nie laa.. x ke maju namenye dari perkara2 buruk?... tataw laa kalo sy silap...
|
|
|
Post by Dexter love cats on Dec 28, 2004 10:42:56 GMT 8
buruk mcm mana boleh maju?.. dari banyak aspek... contohnye.. mcm remaja2 kita yg mengikut budaya2 yg x elok.. kalo dipikirkan.. budaya2 yg x elok tu semuanya dtg dari negara2 yg maju2 belaka... lagi satu org melayu nie selalu nya dengki antara satu sama lain so.. bile dah geram... ade jerlaa nak santau org tue laa.. nak sampuk org nie laa.. x ke maju namenye dari perkara2 buruk?... tataw laa kalo sy silap... eh...yeke...mcm slah xplain je ko nie Jey....
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Dec 28, 2004 11:17:27 GMT 8
eh...yeke...mcm slah xplain je ko nie Jey.... salah ker?.. aku tataw laa.. tu pendapat masing2.. kt kan free to talk... jadi aku ckp ape pendapat aku sendiri.. kalo salah aku mintak maaf..
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Dec 28, 2004 11:24:15 GMT 8
oklaa.. kita lupakan psl yg buruknie.. pada pendapat aku.. hala tuju masyarakat melayu sekarang amat bagus dan boleh di puji.. kalo kita lihat sekarang... banyak syarikat2 gergasi yg dipimpin atau dimiliki oleh org2 melayu.. dari sini kita dah boleh meyatakan bahawa org2 melayu sekarang telah menetapkan halatuju mereka di tempat yg sepatutnya... tetapi.. bagaimana dgn masyarakat melayu kita yg lain?.. apa akan terjadi pada mereka...
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Dec 28, 2004 11:37:55 GMT 8
PERSPEKTIF IKIM Pendekatan berkesan perlu untuk mendekati remaja bermasalah oleh Wan Roslili Abd Majid Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia
KEBELAKANGAN ini kita berdepan dengan pelbagai isu mengenai gejala keruntuhan akhlak dan pembabitan jenayah oleh kanak-kanak serta remaja. Gejala itu membimbangkan dan menjadi petunjuk bahawa usaha mencapai kemajuan akan membawa kita berdepan dengan pelbagai masalah khususnya perlakuan jenayah. Sebagaimana dilaporkan akhbar, isu pelajar membelasah pelajar dan samseng bukan sesuatu yang baru. Merujuk sejarah pembabitan remaja dengan jenayah, ia menunjukkan tanda membimbangkan seawal tahun 60-an, berikutan penularan budaya hippies dan penagihan dadah. Budaya dan amalan hidup yang negatif itu tidak terhenti setakat itu saja. Pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an, remaja menunjukkan kecenderungan membabitkan diri dengan gejala sosial seperti arak, seks bebas, dadah bentuk baru dan pelacuran bawah umur. Dr Siti Hawa Kasim ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Gejala Sosial Sebagai Satu Ancaman terhadap Keselamatan Ummah” berkata menjelang abad ke-21, keruntuhan akhlak semakin ketara apabila jenayah rogol, sumbang mahram, rompak, kongsi gelap, peras ugut, judi, rasuah, bunuh dan memiliki senjata haram meningkat. Jenayah rogol contohnya semakin menjadi-jadi walaupun sudah ada Akta Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak. Demikian juga gengsterisme dan vandalisme pelajar sekolah. Perbuatan menconteng dengan lukisan lucah dan merosakkan harta benda awam gemar dilakukan remaja negara ini. Sumber Kementerian Pendidikan berkata, kira-kira 1.09 peratus atau 76,300 daripada keseluruhan 7 juta pelajar negara ini terbabit dengan pelbagai masalah disiplin termasuk samseng. Keadaan ini berkaitan dengan peningkatan kadar jenayah hingga menimbulkan keresahan masyarakat. Pembabitan orang Melayu beragama Islam dalam jenayah kebelakangan ini menjadi cabaran kepada semua pihak yang terbabit seperti penguat kuasa undang-undang. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan jenayah itu begitu meluas kini? Ia bukan persoalan undang-undang semata-mata, sebaliknya merangkumi budaya, sosial dan permasalahan keluarga serta perubahan nilai hidup yang baru. Ramai orang Melayu kini dilanda masalah keluarga yang berat seperti perceraian, kurang kemahiran keibubapaan dan anak melarikan diri dari rumah. Keluarga seperti ini tidak dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan dalam pembentukan masyarakat penyayang kerana mereka memerlukan ruang untuk mengatasi masalah sendiri. Bagaimana mungkin mereka memperuntukkan masa dan tenaga melakukan sesuatu demi masyarakat dan negara sedangkan mereka sendiri mengharapkan bantuan. Cabaran bentuk moden yang melanda masyarakat memberi kesan buruk terhadap keperibadian dan kerohanian kanak-kanak dan remaja hingga mereka kehilangan jati diri. Kegiatan salah laku sosial menunjukkan mereka sanggup melakukan jenayah dan mengetepikan amaran pihak berkuasa kepada orang yang melakukan kesalahan. Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah dari Januari hingga Disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan Melayu di seluruh negara adalah yang paling ramai ditangkap iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan 76 perempuan). Pembabitan mereka yang paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda iaitu mencuri kenderaan (Seksyen 379A) bagi tempoh sepanjang tiga tahun terakhir (2001-2003). Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan sehingga September 2003, seramai 113 pesalah kanak-kanak menjalani cubaan akhlak berbanding 98 pada 2002 dan 95 pada 2001. Pesalah kanak-kanak yang diperintahkan mahkamah supaya ditempatkan di sekolah akhlak adalah 198 sehingga September 2003, berbanding 401 pada 2002 dan 317 pada 2001. Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney pula seramai 67 sehingga September 2003, berbanding 154 pada 2002 dan 147 pada 2001. Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan penyalahgunaan dadah juga mencetuskan kebimbangan. Seramai 91,447 penagih dadah dikesan di seluruh negara antara 2001 hingga Oktober 2003 dengan hampir 70 peratus daripadanya Melayu. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih dikesan pada 2001, 31,893 (2002) dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga Oktober 2003. Kesan penyalahgunaan dadah di Malaysia kini dirasai apabila generasi muda tidak lagi mampu menyumbang tenaga untuk memajukan negara malah menjadi golongan perosak. Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup kehilangan negara dan menjadi seperti China yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta musnah akibat penyalahgunaan dadah. Pada 1838, China mencatatkan 12 juta penagih candu yang memberi peluang kepada Barat untuk mengubah idea politik dan struktur sosial negara itu. Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah hanya dengan menggunakan dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan generasi muda kita. Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan belia yang kita harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin negara. Persoalan lain mengapa ajaran agama kita tidak dapat menembusi jiwa bangsa khususnya kanak-kanak dan remaja dan adakah pendekatan yang digunakan tidak cukup berkesan atau sistem pendidikan atau budaya hidup yang diamalkan kini ada kekurangannya? Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menjamin anak mereka memperoleh didikan sempurna khususnya keagamaan. Ini akan membentuk perisai dalam diri anak selepas dewasa kelak dalam menghadapi cabaran getir dunia moden. Pelbagai pihak lain digesa turut memainkan peranan agresif membantu menangani kemelut keruntuhan akhlak kanak-kanak dan remaja. Antaranya ilmuwan agama supaya turun padang membendung masalah dan jenayah. Dakwah dan bimbingan akan berkesan jika ia dibuktikan melalui amalan serta teladan. Inilah yang dipraktikkan Rasulullah dan sahabat baginda. Bimbingan yang diberi perlu menghasilkan kesan hingga pihak yang dibimbing sedar besarnya dosa jenayah dan takut untuk melakukannya. Pendekatan berkesan juga perlu untuk mendekati kanak-kanak dan remaja yang bermasalah. Ini ada kaitan dengan guru di sekolah sebagai salah satu kumpulan pelaksana sistem pendidikan negara. Ada pandangan bahawa sistem pendidikan perlu dikukuhkan supaya lebih menumpu pembinaan jiwa dan akhlak pelajar. Justeru, semua subjek perlu menanamkan nilai akhlak terpuji dan ia tidak terhad pada subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral saja. Inilah tanggungjawab guru untuk memastikan pelajaran yang diikuti bukan sekadar lulus periksa, tetapi membentuk jiwa jernih dan akhlak terpuji, bebas daripada keinginan terbabit dengan jenayah. Pujian harus diberikan kepada media yang melaporkan kegiatan jenayah kumpulan tertentu dalam masyarakat dan bekerja keras menuntut tindakan segera pihak terbabit menanganinya. Bagi polis pula, bantuan dan tindakan agresif diharapkan untuk memastikan jenayah dapat dihalang daripada berlaku dengan peningkatan kawalan serta rondaan khususnya di kawasan kurang selamat. Semua pihak wajar memberi perhatian terhadap tanggungjawab memulih dan membina semula keperibadian kanak-kanak yang terjebak dalam kegiatan jenayah. Ini kerana ia bukan mudah.
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Dec 28, 2004 11:41:22 GMT 8
PERSPEKTIF IKIM Kerjasama masyarakat ubat terbaik gejala sosial oleh Muhammad Hisyam Mohamad Fellow Institut Kefahaman Islam Malaysia
1 Julai 2004 TIDAK lama dulu, masyarakat di seluruh negara tersentak dengan kisah penderaan pembantu rumah yang didedahkan oleh media massa. Ramai bersimpati dengan pembantu rumah ini. Selepas itu, banyak lagi kes berkaitan pembantu rumah dilaporkan. Sekarang isu pembantu rumah agak reda. Kita tidak lagi begitu mengambil kisah hal ini. Tumpuan kita sekarang beralih kepada jenayah ragut. Semua pihak membuka mata apabila akhbar secara berterusan menyiarkan kisah malang mangsa ragut, termasuk membabitkan kehilangan nyawa. Seperti biasa apabila sesuatu masalah sosial timbul, pelbagai pihak akan mengutarakan cadangan penyelesaian. Selepas beberapa ketika, kita mula tidak mengambil kisah apa yang berlaku seterusnya. Kita mudah lupa. Sebelum ini kita ghairah bercerita isu along, gangsterisme di kalangan pelajar sekolah, penderaan kanak-kanak dan sumbang mahram – sekadar untuk menyenaraikan beberapa gejala sosial yang dihadapi masyarakat sebelum isu ragut dan pembantu rumah ini timbul. Isu sosial ini sebenarnya berakar umbi dalam masyarakat sendiri. Seperti yang kita tahu, manusia mempunyai naluri untuk hidup bermasyarakat. Bagaimanapun, bukan mudah untuk hidup dalam suasana rukun dan damai dalam sesebuah komuniti, terutama dalam suasana persekitaran yang bersifat individualistik dewasa ini. Persoalannya, bagaimana mungkin keharmonian ini dapat diwujudkan? Persoalan ini penting untuk dijawab kerana dengan wujudnya keharmonian, secara tidak langsung, masalah berkaitan gejala sosial dapat dihapuskan. Oleh kerana gejala sosial ini adalah isu berkaitan integriti masyarakat, maka usaha pencegahan perlu dimulakan di mana ia bermula iaitu pada peringkat sistem sosial itu sendiri. Dalam Islam, masalah sosial ini berpunca daripada nafsu jahat dalam diri manusia. Jenayah pertama yang berlaku di muka bumi ini iaitu pembunuhan Habil oleh Qabil (Surah al-Maidah, ayat 27-31) adalah berpunca daripada perasaan iri hati Qabil terhadap saudara kandungnya Habil. Berlainan dengan malaikat yang hanya mempunyai akal, manusia dikurniakan Allah dengan akal dan nafsu. Kedua-dua unsur ini adalah ciri utama yang membezakan manusia dengan malaikat. Melalui kombinasi akal dan nafsu, manusia mampu melahirkan inisiatif dan perubahan sama ada ke arah kebaikan atau keburukan. Begitu juga dengan permasalahan dihadapi oleh masyarakat sekarang. Apabila akal seseorang gagal mengawal nafsu jahatnya, maka akan terbitlah daripada perbuatan atau tingkah lakunya perkara yang boleh merosakkan keharmonian sistem masyarakat. Jadi akal ini perlu disemai dengan nilai murni supaya dapat menerbitkan tingkah laku atau etika bermoral daripada pelakunya. Tetapi, agak sukar bagi orang dewasa untuk membiasakan diri dengan sesuatu nilai yang baru. Oleh itu, proses ini sepatutnya dimulakan pada peringkat awal lagi iaitu ketika ahli masyarakat itu masih kecil lagi. Di sini, ibu bapa berperanan untuk membentuk akhlak anak supaya apabila mereka dewasa kelak dan mula bercampur gaul dengan masyarakat, tidak menjadi parasit dalam masyarakat. Sebaliknya mereka menjadi ejen pengubah yang berpegang kepada prinsip 'Al-Amr bi Al-Makruf, wa An-Nahy An Al-Mungkar' (amar makruf, nahi mungkar). Ibu bapa mungkin dapat mengawasi anak ketika mereka berada di rumah. Siapa pula yang patut mengawasi mereka ketika berada di luar? Tentu masyarakat sekeliling yang perlu bertanggungjawab dalam hal ini. Justeru, konsep ‘Al-Amr bi Al-Makruf, wa An-Nahy An Al-Mungkar' dan kerjasama serta saling nasihat menasihati perlu sebati dalam amalan seharian kita. Kedua-dua konsep ini ada disebut dalam al-Quran iaitu dalam surah Ali-Imran, ayat 110 dan surah al-Maidah, ayat kedua. Keharmonian masyarakat dapat direalisasikan jika setiap ahlinya menekankan aspek kerjasama ke arah kebaikan bersama dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Begitu juga apabila kita saling tegur menegur dan mengambil langkah pencegahan awal (An-Nahy An Al-Mungkar) tentu isu sosial ini tidak timbul sama sekali. Bagaimanapun, dalam proses menegur, kita perlu berhemah agar pihak yang ditegur tidak tersinggung. Pada masa sama orang yang ditegur, perlu menerimanya dengan hati terbuka dan mempunyai iltizam untuk membaiki dirinya. Bagi menambah keberkesanan usaha mengatasi masalah sosial ini, kita juga memerlukan undang-undang pencegahan jenayah yang berkesan. Undang-undang itu nanti mampu untuk menghalang keinginan manusia bertindak mengikut hawa nafsunya. Hukuman yang dikenakan mesti adil dan setimpal serta boleh menjadi pengajaran kepada si pesalah daripada mengulangi perbuatan tadi. Pada masa sama juga hukuman ini perlu mampu untuk menakutkan orang ramai daripada melakukan perkara itu pada masa depan. Apa yang menjadi realiti dan punca kepada masalah sosial ini ialah, masyarakat meletakkan tanggungjawab mendidik kepada pihak pemerintah atau lebih tepat lagi pihak polis. Apabila sesuatu gejala timbul, semua pihak menuding jari ke arah pihak polis. Tanggungjawab dan peranan ibu bapa dan masyarakat seolah-olah tidak wujud langsung dalam hal ini. Dalam Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan pada April lalu, kerajaan antara lain mensasarkan peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat menjelang 2008. Melihat kepada senario semasa, mampukah kita merealisasikan Tekad 2008 ini?.
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Dec 28, 2004 11:49:26 GMT 8
ini adalah cetusan2 idea dari mereka2 yg menyedari ttg berlakunya masalah keruntuhan masyarakat melayu pada masa sekarang.. jika kita lihat dan menghayatinya... ada maksud tersirat yg boleh kita gunakan untuk membentuk semula masyarakat kita supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya... untuk menjadi satu masyarakat yg cemerlang, gemilang dan terbilang... fikirkan...
|
|
|
Post by Dexter love cats on Dec 28, 2004 14:46:08 GMT 8
bnde ape yg panjang2 nie Jey....ko ringkas kn leh tak?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2004 15:23:34 GMT 8
mgkin tak semue buruk tu mmg buruk...mgkinburuk drik luaran je kot....dalamn ade gi semngat nk maju... ooo..mcm tu!
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2004 15:24:35 GMT 8
buruk mcm mana boleh maju?.. dari banyak aspek... contohnye.. mcm remaja2 kita yg mengikut budaya2 yg x elok.. kalo dipikirkan.. budaya2 yg x elok tu semuanya dtg dari negara2 yg maju2 belaka... lagi satu org melayu nie selalu nya dengki antara satu sama lain so.. bile dah geram... ade jerlaa nak santau org tue laa.. nak sampuk org nie laa.. x ke maju namenye dari perkara2 buruk?... tataw laa kalo sy silap... oo..btul lah tu!
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Dec 28, 2004 16:02:16 GMT 8
bnde ape yg panjang2 nie Jey....ko ringkas kn leh tak? xde... skrg mcm nie... bende2 yg panjang tue sebenarnye.. adalah cetusan2 dari pandangan pihak IKIM... diorang akan citer laa bende2 tue.. so.. jadiklaa bende tue.. ok??
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 29, 2004 10:05:05 GMT 8
pjg nye artikel..
|
|