|
Post by enigma on May 7, 2004 22:07:23 GMT 8
Renungan
1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?
3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.
5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.
7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )
8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.
9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.
10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.
11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**
|
|
|
Post by StRiDeR on May 7, 2004 23:36:16 GMT 8
p/s: sori yerk lau saper2 yg terasa...marah betul ngan bush nie...kesian aku tgk kat tawanan iraq yg kena penjara tue...
|
|
|
Post by KomOt on May 10, 2004 12:19:27 GMT 8
hahahahaa...mmg sama siot muka bush ngan monyet tu..haahhaa..lawa lagi muka monyet tu..hahaha..
|
|
|
Post by StRiDeR on May 10, 2004 14:26:52 GMT 8
hahahahaa...mmg sama siot muka bush ngan monyet tu..haahhaa..lawa lagi muka monyet tu..hahaha.. bila aku tgk gambar bush ngan monyet tue...rasa kelakar jer...hehehe...cam serupa jerk ...
|
|
|
Post by cuak_mengganas on May 10, 2004 17:28:45 GMT 8
hahahahaa...mmg sama siot muka bush ngan monyet tu..haahhaa..lawa lagi muka monyet tu..hahaha.. btl tu...die tu mengalahkan binatangkan...
|
|
|
Post by KomOt on May 10, 2004 18:19:37 GMT 8
mmg pn..bush tu bukan tahap manusia lagi dh..
|
|
|
Post by KomOt on May 10, 2004 22:38:46 GMT 8
ni lagi aksi kamjat bush.. ;D
|
|
|
Post by KomOt on May 10, 2004 22:41:44 GMT 8
yg ni plak,time bush masa kecik2 dulu..hahaha...
|
|
|
Post by KomOt on May 13, 2004 15:24:08 GMT 8
ni aku ade topik pasal murtad lagi.. Hasnah, Pelajar Melayu Murtad Di USA- Rakaman Ucapan & Photograph. Dah almost 20 tahun dia tinggal kat US dan convert to Kristian.. Dah kawin mat saleh, dah tukar personaliti, rambut pun dah tukar colour,semuanya dah jadi macam orang Yahudi.. cuma yang masih tinggal cuma namanya saja.tak tahulah kenape dia nak kekal yang ini.. Dengar pengakuan dan kebanggaannya yang tak terhingga kerana tinggalkan Islam dan convert Kristian. Siap kutuk lagi... nama pelajar : HASNAH asal : malaysia keluarga : 12 adik beradik, ayah sorang alkoholik melajutkan pelajaran : Kansas State Universiti,USA mengapa keluar islam? : KESUSAHAN & KEPERITAN HIDUP MASA LAMPAU YANG DILALUINYA.... adakah ini satu alasan yg rasional? Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam yang berasal dari malaysia bernama Hasnah di USA. Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar.Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah saya rasa amat marah,kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu.Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian. Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini.Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan,kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri,keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah.Bagaimanapun,saya ambil kisah ini sebagai satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya.Tidak menolongnya. Walauapapun, alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima.Sebagai org islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan,kita patutlah bersyukur.Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar,tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap hambanya.Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya.Sayang sekali,bukan itu yg Hasnah nampak. Membuat saya terfikir,mungkin ada org disekeliling kita,mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi.Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal.Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka,sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah.Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yang lain utk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg diambil oleh musuh islam untuk memesongkan kita.Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan.Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur.Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. Insyallah. p/s: kalau nk dgr ucapan dia ni,antar email korang kt pm aku..nanti aku fwd kt korang..siap ade gambar pompuan laknat ni lagi..ok??
|
|
|
Post by KomOt on May 13, 2004 23:20:04 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on May 24, 2004 17:29:43 GMT 8
ni lagi aksi kamjat bush.. ;D bdk pempuan ni lah yg menyeksa tahanan iraaq tu ye?
|
|
|
Post by atokENSEM on May 24, 2004 17:33:28 GMT 8
p/s: sori yerk lau saper2 yg terasa...marah betul ngan bush nie...kesian aku tgk kat tawanan iraq yg kena penjara tue... tak tumpah muka bush mcm beruk kan?
|
|
|
Post by atokENSEM on May 24, 2004 17:35:43 GMT 8
yg ni plak,time bush masa kecik2 dulu..hahaha... kecik2 dah menggatai..
|
|
|
Post by atokENSEM on May 24, 2004 17:41:33 GMT 8
heh..yg ni lak..ade baper kaki gajah yg ko leh nampak?? hahaha.. pening atok kire kaki dier ha...
|
|
|
Post by KomOt on May 24, 2004 17:41:35 GMT 8
bdk pempuan ni lah yg menyeksa tahanan iraaq tu ye? mungkin la kot..
|
|