sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 17, 2004 11:38:21 GMT 8
JODOH MERUPAKAN TAKDIR & PERLU MENCARINYA....
"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.
"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak v. Pasangan yang baik zahir dan batin
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 17, 2004 11:40:27 GMT 8
SUAMI YG PENUH SENTUHAN KASIH......Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri. Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki.
Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya. 2. Memberi pujian terhadap isteri Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita. 3. Menentukan batas tanggungjawab Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat. 4. Menghindari kritikan terhadap isteri Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat.Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin. c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama. d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak. f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya.Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita.Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri. 6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasihsayang. 7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri. 8. Memahami gelora jiwa isteri Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya. 9. Membina kerjasama yang baik Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia. 10. Memenuhi keperluan peribadi Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 17, 2004 12:23:42 GMT 8
sory....memang tak sedar.....maaf yer... its ok....maaf mu diterime..... ;D....but awk x perlula minta maaf....x salah apa kalu awk nak menambahkan post dlm ruangan ni......anyway keep it up.......
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 17, 2004 12:25:33 GMT 8
ciri2 lelaki piliha n saya sume ada di atas.... yeke?samela kite.....tapi zaman skrg ni susahla nak dpt lelaki cam2....x smue yg ade package yg lengkap cam2.... ::)dlm mimpi leh la kot.... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 18:16:14 GMT 8
yeke?samela kite.....tapi zaman skrg ni susahla nak dpt lelaki cam2....x smue yg ade package yg lengkap cam2.... ::)dlm mimpi leh la kot.... ;D ye ke?atok ni..rase mcm lengkap je..cume perut je boroi skit pastu kepala botak..
|
|
|
Post by enigma on Feb 18, 2004 11:09:06 GMT 8
yeke?samela kite.....tapi zaman skrg ni susahla nak dpt lelaki cam2....x smue yg ade package yg lengkap cam2.... ::)dlm mimpi leh la kot.... ;D kalo nk cari dgn package yg lengkap payah la sket kak oi...mn la nk cari.....
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 18, 2004 11:42:15 GMT 8
ye ke?atok ni..rase mcm lengkap je..cume perut je boroi skit pastu kepala botak.. kalu dah cam2 atok dah kire beruntung dpt nenek... ;D
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 18, 2004 11:42:59 GMT 8
kalo nk cari dgn package yg lengkap payah la sket kak oi...mn la nk cari..... x semestinye package yg lengkap but ckpla setakat yg mampu.....
|
|
|
Post by enigma on Feb 18, 2004 14:40:15 GMT 8
x semestinye package yg lengkap but ckpla setakat yg mampu..... biarlah ade serba sedikit kekurangan....mana ada manusia yg perfect kan.....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 18, 2004 16:04:43 GMT 8
kalu dah cam2 atok dah kire beruntung dpt nenek... ;D ish..beruntung......
|
|
|
Post by enigma on Feb 18, 2004 20:23:16 GMT 8
ish..beruntung...... atok patut bersyukur...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 19, 2004 0:45:40 GMT 8
|
|
hangLipur
Junior Student
sentiase cun sepanjang mase
Posts: 123
|
Post by hangLipur on Feb 19, 2004 15:30:22 GMT 8
ade ke lagi laki zmn skrang ni lengkapcm tu. klu ade tunjuk kat hanglipur tau.... klu boleh semua org nak yg terbaik tak kire lah laki / pompuan. tapi tak mingkin kite dapat semua ape yang kite cari. biasenye kite akan dpt ape yg kite tak nak.. tp tu semua dugaan dari Allah swt. sabar aje lah.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Feb 19, 2004 22:14:58 GMT 8
REMEMBER.nobody is perfect
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 1:16:36 GMT 8
REMEMBER.nobody is perfect betul tu lipur..nobody is perfect..tak sume org dlm dunia ni..mempunyai sifat yg secukupnye!..ade yg kita takde..die ade..
|
|