Sekadar renungan........Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kal aulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada
hati suami isteri sama-sama mengerti! maksud tersemi takdir ilahi itulah
zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan
matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah
permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah gerbang perkahwinanpun terserlah Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah.... - suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman Jalannya ....syariat Natijahnya.....akhlak Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... "Soleh dan solehah".