|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Nov 21, 2004 10:20:56 GMT 8
aku tak leh di kenali..aku milik manusia lain.. Orang kenal kau la...kau dah tentu sebelah kasut bata..sebelah lagi dah hilang..Lagi mau cakap takleh dikenali..Hahahaha..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Nov 21, 2004 22:46:40 GMT 8
Orang kenal kau la...kau dah tentu sebelah kasut bata..sebelah lagi dah hilang..Lagi mau cakap takleh dikenali..Hahahaha.. ha..ha..tumpang ketawa ngan ko
|
|
|
Post by enigma on Feb 4, 2005 10:38:53 GMT 8
The Power of Three Little Words Some of the most significant messages people deliver to one another often come in just three words. When spoken or conveyed, those statements have the power to forge new friendships, deepen old ones and restore relationships that have cooled. The following three-word phrases can enrich every relationship. I'LL BE THERE - Being there for another person is the greatest gift we can give. When we are truly present for other people, important things happen to them and to us. We are renewed in love and friendship. We are restored emotionally and spiritually. 'Being there' is at the very very core of civility. I MISS YOU - Perhaps more marriages could be salvaged and strengthened if couples simply and sincerely said to each other, "I miss you." This powerful affirmation tells partners they are wanted, needed, desired and loved. I RESPECT YOU - Respect is another way of showing love. Respect conveys the feeling that another person is a true equal. It is a powerful way to affirm the importance of a relationship. MAYBE YOU'RE RIGHT - This phrase is highly effective in diffusing an argument and restoring frayed emotions. The flip side of "maybe you're right" is the humility of admitting "maybe I'm wrong." PLEASE FORGIVE ME - Many broken relationships could be restored and healed if people would admit their mistakes and ask for forgiveness. All of us are vulnerable to faults, foibles and failures. A man should never be ashamed to own he has been in the wrong, which is but saying, in other words, that he is wiser today than he was yesterday. I THANK YOU - Gratitude is an exquisite form of courtesy. People who enjoy the companionship of good, close friends are those who don't take daily courtesies for granted. They are quick to thank their friends for their many expressions of kindness. On the other hand, people whose circle of friends is severely constricted often do not have the attitude of gratitude. COUNT ON ME - "A friend is one who walks in when others walk out," Loyalty is an essential ingredient for true friendship; it is the emotional glue that bonds people. Those who are rich in their relationships tend to be steady and true friends. When troubles come, a good friend is there, indicating "you can count on me." LET ME HELP - The best of friends see a need and try to fill it. When they spot a hurt they do what they can to heal it. Without being asked, they pitch in and help. I UNDERSTAND YOU - People become closer and enjoy each other more if they feel the other person accepts and understands them. Letting others know in so many little ways that you understand him or her is one of the most powerful tools for healing your relationship. GO FOR IT - Some of your friends may be non conformists, have unique projects and unusual hobbies. Support them in pursuing their interests. Rather than urging your loved ones to conform, encourage their uniqueness-everyone has dreams that no one else has. I suppose the 3 little words that you were expecting to see have to be reserved for those who are special; that is I LOVE YOU. Have a great day loving yourself and loving your loved ones!
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Feb 4, 2005 13:50:16 GMT 8
ha..ha..tumpang ketawa ngan ko nak tumpang sekali
|
|
MysTeRy
Junior Student
BeWaRE OF My EyES...!!!
Posts: 153
|
Post by MysTeRy on Feb 8, 2005 2:24:43 GMT 8
sekali je tumpang tau...tumpang lalu boleh...
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Feb 16, 2005 9:46:06 GMT 8
sekali je tumpang tau...tumpang lalu boleh... ala..nak tumpang gak..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Feb 27, 2005 14:59:11 GMT 8
tumpang ar...bukan leh kurang lemak pun
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Mar 1, 2005 13:06:42 GMT 8
tumpang ar...bukan leh kurang lemak pun lemak cuak makin b'tmbh...bata nyer lemak ok x
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 6, 2005 1:01:44 GMT 8
lemak cuak makin b'tmbh...bata nyer lemak ok x tip top..
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Mar 7, 2005 13:29:15 GMT 8
|
|
|
Post by enigma on Mar 12, 2005 11:35:43 GMT 8
Buta Cinta: Sesat Di Dunia, Merana Di Akhirat > >Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001… >Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu >mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu >sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di >taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa >mereka dalam keadaan yang sungguh tragik.
>Apa yang terjadi sebenarnya?
>Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan >keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling >berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua jasad tersebut. >Begitu ‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda >tangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi >membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa >mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua tidak >merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah…!
>Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau… >Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang >wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang >dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut >pandangan manusia. >Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat >jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan >lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid. Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah >kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih begurau senda dengan isterinya >sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil >Abdullah, seterusnya bertanya : “ Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?” Tanpa berhujah >panjang Abu Bakar berkata : ““Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan >pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!” >Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya >mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik. >Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya >semakin luntur. >Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah >terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya. >Subhanallah!!! >Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana >cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa >dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka >bumi ini disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah CINTA. >Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah >alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil >ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita >mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!!
>Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 >manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia, >maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan digelar.
>Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama, filem, lagu dan >berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja. >Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta Rabbani. >Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan mana >cinta Rabbani? >Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu membungkus >cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta “suci” yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan >diraih seterusnya untuk dinikmati. >Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau atau >dalam segelas ‘penawar’ rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke dalam lubang >‘neraka’ hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang ada disudut hati >Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan >manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam >melanggar peraturan-peraturan Allah seperti berkhalwat (berdua-duaan dengan bukan mahram), >berkasih-kasihan lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi percuma >di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak mendapat restu dari orang tua, >pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina (na’udzubillah min dzalik). Dan tidak >sedikit pula yang begitu nekad sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri >demi cinta. > > >Peribadi-peribadi nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai >tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para pencari cinta yang >tak masuk akal. Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yang abstrak, tidak jelas dan bukan >perkara yang pokok. Mereka sibuk mencari dan mengertikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat >yang menganugerahkan cinta. Dzat yang menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan >cinta. Dzat yang paling layak dicintai, kerana Dia juga Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul >‘Alamin. > > >Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan >diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya >belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi >oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan >berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan >anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya. > > >Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di >Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan >anaknya mati saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedi bermula >apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang >berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. >Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan >akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. >Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan >pastilah neraka tempat kembalinya. > > >Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal >rupa dan pertalian darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik-buruk >adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya. > > >Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut >kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi >dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi >memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta >duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari >bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada >ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta >Allah, bukan cinta yang bersifat sementara. > > >Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta. >Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan >berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan >isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan melengahkan >Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung >pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha >memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda yang bernama >Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan >isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah… Masih adakah >pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini? > > >Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga. Manakala >frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuensi atau gelombang cinta yang >Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda. >Demikian indah dan asli irama cinta sejati >
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Mar 15, 2005 14:20:28 GMT 8
ish...sedasyat cinte aku xde la mcm tu skali...aku,kenal2 dulu....ckp2 tipon..main2 msg...jumpe...kuar dating....couple...bwk jmpe mak bapak..biar die org tau ngan sp kite b'kwn...b'laku pape sng nak cr jantan tu...pas knl ke 2 blh pihak...bncg mase dpn..cr duit dulu..b'tunang...dah b'tunang nti,blaja mcm ne nak jd b'tgg jwb dah jd wife org....sng citer...............+
|
|
|
Post by enigma on Mar 15, 2005 18:12:48 GMT 8
erm...nampak kematangan seorang yg dh nak bertunang di situ...
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Mar 16, 2005 10:42:08 GMT 8
erm...nampak kematangan seorang yg dh nak bertunang di situ... mestila....kan ke tu lumrah hdp...
|
|
|
Post by enigma on Mar 21, 2005 21:51:37 GMT 8
Menyintai dan Dicintai..
Sekadar berkongsi...
Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
> Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
> Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
> Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
>Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
> Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
>Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.
> Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.
Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
> Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.
Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
>Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.
Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
>Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.
Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."
>Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
> Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.
Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
>Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda ayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas.
Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
>Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
>Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.
Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai"
p/s:peritnya bila ditinggalkan cinta nih...
|
|