|
Post by StRiDeR on Apr 28, 2004 1:34:34 GMT 8
Pada masa ini juga kita akan cuba mengoda dan menambat hati orang yang kita cintai itu dengan cara menutup atau membuang perangai buruk yang ada pada diri kita. Kalau dulu kita malas berkemas, tiba-tiba kita jadi rajin berkemas. Kita pandai bergurau senda. Kita boleh ketawa. Mendengar masalahnya. Kita boleh bertolak ansur. Kita mudah menyetujui pandangan dan pendapatnya. Kita tidak banyak meminta daripadanya. Kita akan menjadi manusia yang tidak cerewet pada masa itu.
Kalau sebelumnya kita sangat berhati-hati berbelanja, tetapi bila jatuh cinta otak kita menjadi kelam-kabut. Urusan-urusan yang tidak mustahak dahulunya menjadi urusan besar. Yang dahulunya tidak penting kini menjadi amat penting. Dan yang penting kita perlu menarik minat orang yang kita cintai. Jadi bukan sesuatu yang aneh pada masa ini kita suka memberikan pelbagai pemberian berupa hadiah dan tanda mata. Pemberian itu bisanya pula berharga, romantik dan sentimental. Kita mengharapkan dengan pemberian itu dia membalasnya dengan memberikan cintanya pada kita. Kita menjadikan amat pemurah sekali. Tidak kedekut. Malah kita menjadi orang yang sangat budiman dan dermawan.
Kita lakukan semua itu agar cinta kita terjamin. Kita tidak dikecewakan. Orang yang kita cintai tidak lari begitu saja. Tidak meninggalkan kita. Kita sedaya upaya cuba membuat dia terpukau oleh sifat-sifat palsu kita. Pada kita, usaha dan tipu daya yang kita lakukan adalah sesuatu yang normal dan perlu dilakukan. Kepalsuan dan kepura-puraan kita itu adalah usaha untuk menakluki hati dan perasaan orang yang kita cintai. Dan setelah kita yakin cintanya berjaya kita tawan dan kuasai kita akan kembali siuman. Normal seperti biasa.
Kuasa! Dalam hidup ini, kita mahukan kuasa. Cuma kita tidak mahu mengakuinya. Ini termasuklah dalam soal-soal percintaan. Tapi kita menafikannya kerana perilaku itu dianggap negatif. Sebenarnya keinginan berkuasa dan cinta adalah perkara biasa. Secara normal biasanya kita lakukan dengan perkara-perkara positif seperti dedikasi dan layanan yang baik. Tapi adakalanya usaha yang kita lakukan begitu negatif. Kita sanggup melakukan ancaman dan menggunakan bomoh untuk mendapatkan cinta itu.
Apabila kita menggunakan cara-cara negatif kita sebenarnya berusaha menguasai pasangan kita. Sebalinya apabila kita menggunakan perkara-perkara positif kita sebenarnya cuba menguasai faktor-faktor emosi yang ujud disekeliling kita untuk memenuhi keperluan-keperluan kita dengan sebanyak-banyaknya. Kita cuba memikat hati pasangan kita seerat-eratnya agar dengan demikian kehadiran dirinya melengkapkan lagi kehadiran diri kita.
Dalam diri manusia ini ada perkara-perkara yang disukai dan dibenci. Pengalaman hidup mengajar kita tentang itu. Kita juga tahu orang yang bagaimana kita perlukan untuk memenuhi keinginan lahir batin kita. Kerana itu kita mula belajar mengasuh diri. Kita ingin memiliki sifat-sifat sesempurna mungkin seperti penampilan yang menarik, kebijaksanaan, pengetahuan, berjaya dalam bidang pekerjaan, bakat dan keseksian.
Dalam hal ini penampilan amat penting. Faktor penampilan menjadi faktor terkuat untuk membuat seseorang tertarik pada kita. Adanya faktor ini membuatkan kita yakin pada diri sendiri untuk menarik perhatian orang sekeliling kita. Kajian menunjukan kejelitaan atau ketampanan penting pada peringkat awal perkenalan. Dan selepas itu baru faktor-faktor lain yang disebut tadi menjadi penting. Bagaimanapun faktor penampilan sebenarnya tidak berjaya mengekalkan cinta itu. Ia bersifat sementara. Cinta yang berpanjangan ditentukan oleh ciri-ciri positif keperibadian kita seperti kemesraan, keghairahan hidup, simpati, kesopanan, kejujuran, kepintaran, keyakinan diri dan kreativiti. Inilah ciri-ciri yang dapat meninggi atau merendahkan daya kuasa diri untuk memikat orang yang kita kasihi.
Pasangan yang sama-sama memiliki kuasa tarikan yang sama kuat terhadap satu sama lain, akan berasa seolah-olah ada semacam 'cinta pandang pertama' dari awal perkenalan mereka. Tetapi satu hal yang sering terjadi, daya kuasa tarikan ini tidak kekal. Ada masa menurun dan ada masanya menaik. Kalau kita lebih menyintai seseorang, ini bermakna orang itu mempunyai daya kuasa tarikan yang kuat daripada kita. Dan begitu juga sebaliknya.
Ketidakseimbangan daya kuasa tarikan cinta boleh menyebabkan kita kehilangan cinta yang kita ingini. Pihak yang mempunyai daya tarikan rendah akan merasa dirinya sangat menyintai pasangannya. Manakala pihak yang merasa kuasa tarikannya tinggi akan merasa dia kurang menyintai pasangannya. Makanya di sini kiranya lelaki merasakan kuasa tarikannya rendah, dia akan berasa serba kekurangan. Dia berasa dirinya tidak tampan dan tidak sepadan dengan perempuan itu. Dia mula resah. Serba salah. Mula berasa takut dia akan kehilangan orang yang dikasihi. Dia juga berasa tidak mampu menandingi lelaki-lelaki lain. Dia menganggap dirinya serba kekurangan.
Dalam keadaan beginilah si lelaki mula berasa cintanya pada perempuan itu bertambah. Dia akan berusaha untuk membuktikan cintanya. Dia sedia melakukan apa saja asal si perempuan itu terus menyintainya. Kadang-kadang usaha yang dibuatnya secara terbuka sehingga dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain. Si lelaki mahu sentiasa berada bersama si perempuan tersebut. Si lelaki mahu membuat itu dan ini bagi perempuan tersebut. Si lelaki takut jika dia tidak ada, akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Dia takut si perempuan digoda oleh lelaki lain.
Tindakannya ini membuatkan si perempuan mula berasa dirinya diikat, dikongkong dan dicemburui. Si perempuan mula berasa cinta si lelaki itu merimaskan. Menyesakkan. Malah dia mungkin bingung kerana tidak faham mengapa dia dicemburui sedangkan dia tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki lain. Dan bila keadaan ini berlaku, kemungkinan cinta si perempuan mulai berkurangan pada lelaki tersebut. Si perempuan kemungkinan berasa cinta yang membuak-buak daripada lelaki itu sesuatu yang tidak menghairahkan. Si perempuan kini berasa begitu yakin akan cinta si lelaki itu padanya. Keyakinan itu menyebabkan si perempuan menjadi sangat berkuasa dalam menentukan arah cinta mereka.
|
|
|
Post by enigma on Apr 28, 2004 1:36:10 GMT 8
yg pahit paling tinggal kesan la aku rase...perit jek..nak telan pun rase kelat..tak caya, tanye komot.. aduhai....memang perit....susah nk telan ..tp terpaksa telan gak,,,
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 28, 2004 15:42:55 GMT 8
aduhai....memang perit....susah nk telan ..tp terpaksa telan gak,,, a'ah tu jek cara dier..
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 28, 2004 15:59:08 GMT 8
aduhai....memang perit....susah nk telan ..tp terpaksa telan gak,,, woi telan ape ni..jgn tercekik dah la....
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 28, 2004 22:56:49 GMT 8
Benarkah cinta itu indah???
Benarkah cinta itu indah? Bolehkah sepasang kekasih menghadapi rintangan sepanjang bergelar ?kekasih? tanpa sebarang permasalahan. Cinta itu memang indah bagi orang yang benar-benar menghayati apa itu cinta dan betapa pentingnya cinta itu dalam hidup mereka. Namun bagi kamu yang sering menghadapi masalah dalam percintaannya tak akan merasa betapa indahnya cinta dan tanpa pengetahuan kamu, kamu sedang merosakkan sesuatu perhubungan yang terjalin antara dua insan itu. Setiap insan berpeluang untuk menyintai atau dicintai oleh seseorang tetapi tidak semua yang benar-benar tahu bagaimana untuk menghargai pasangan mereka. Jika kita benar-benar sayangkan seseorang dan tak ingin untuk berpisah dengan orang yang kita sayang, hargai dan sayangilah si dia sebaiknya dan sentiasa bertolak ansur dengan si dia. Sesetengah orang menyatakan keinginan mereka tidak ingin berpisah dengan si dia tetapi menunjukkan sikap yang membuatkan si dia berasa tersisih atau si dia merasa tidak di hargai lagi, ini akan menyebabkan perhubungan menjadi renggang dan akhirnya berpisah. Pada masa itu, kedua-dua pasangan akan merasai betapa peritnya perpisahan yang kamu sedang lalui. Ketika itu, barulah kamu akan rasa menyesal kerana tidak menghargai si dia. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Jika si dia ingin kembali semula kepada kamu, itu satu perkembangan yang baik dan sekurang-kurangnya si dia memberi kamu peluang untuk menebus kembali kesilapan yang kamu lakukan terhadapnya dahulu. Bagaimana pula jika si dia tidak mahu mengikat kembali hubungan yang putus itu? Si dia serik dengan apa yang telah kamu lakukan terhadapnya dan mungkin akan mencari peluang ini untuk mencari orang yang benar-benar memahami dirinya dan yang pastinya akan lebih menghargai si dia dari kamu. Bagaimana pula dengan kamu? Hidup kamu bagaikan samapn yang terumbang-ambing tanpa pendayung di tengah lautan. Kesedaran betapa pentingnya cinta dalam hidup seseorang itu perlu hadir dalam diri seseorang sebelum seseorang itu ingin menyintai atau di cintai oleh seseorang. Oleh itu, sebelum kita ingin menjalinkan perhubungan secara serius dengan seseorang itu, kita perlu bersedia dengan pelbagai persoalan.
i) Adakah kita sudah bersedia untuk menjalinkan perhubungan yang serius dengan si dia? ii) Adakah kamu bersedia untuk setiap permasalahan yang akan terbit apabila menyintai si dia? iii) Adakah kamu sanggup berkongsi masalah dengan si dia? iv) Adakah kamu menyintai dirinya atau ada perkara lain yang mempengaruhi kamu untuk menyintai si dia? Mungkin kerana harta! v) Adakah kamu menyintai si dia kerana kecantikan hatinya atau kecantikan dirinya? vi) Adakah kamu sanggup menerima si dia andainya si dia tidak sempurna dari segi zahir? Mungkin si dia cacat/tidak seperti apa yang kamu mahukan! vii) Adakah kamu bersungguh-sungguh menyintai si dia dan ingin memiliki si dia tanpa sebarang perasaan ragu-ragu?
*** Apa ertinya suatu hubungan tanpa kasih sayang. ***
|
|
|
Post by enigma on Apr 28, 2004 23:57:00 GMT 8
terharu plak bile baca artikel tuh...tersentuh hati....memang apa yg disebut tu btul2 blaka,,,
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 29, 2004 0:28:04 GMT 8
benarkan cinta itu indah?kena pikirkan kembali...leh bangkitkan dr lena cinta ni..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 16:26:51 GMT 8
aduhai....memang perit....susah nk telan ..tp terpaksa telan gak,,, tu lah lumrah bercinta.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 16:30:24 GMT 8
benarkan cinta itu indah?kena pikirkan kembali...leh bangkitkan dr lena cinta ni.. indah bg yg tgh dilamun cinta..lg2 cinta pertama..lgpun cinta tu tak sume nye indah..adakalanya..ade suka dan duka..lgpun tak best kalo..ari2 indah je..sbb..tu blom perfect!tp..kalo gado tu..pun ok gak..sbb..disitulah kite leh kenal hati budi org yg kite cinta..atok bkn fasih sgt dlm bab bercinta ni..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 30, 2004 11:42:02 GMT 8
cinta dalah seni
Seni bercinta adalah seni pengurusaan. Bercinta adalah mengurus ego seseorang yang kita cintai. Kita mengurus keperluan-keperluan emosi, psikologi dan sosialnya. Asas pengurusannya ialah 'Buat, buat buat dan Cuba, cuba, cuba' Dengan pengurusan begini ego seseorang yang kita kasihi akan sihat, segar dan bertenaga oleh apa yang kita lakukan padanya. Begitu juga sebaliknya. Egonya akan sakit, rosak dan binasa oleh apa yang kita lakukan. Bukan oleh apa yang kita niat dan rancang. Maka yang penting di sini ialah 'buat' termasuk 'cakap'.
Oleh yang demikian setiap malam, sebelum tidur, rancang apa yang akan kta lakukan untuk esok. Dan esok pagi buat perkara itu. Kalau malam itu kita rancang untuk memberinya hadiah, esoknya lakukanlah.
Orang yang kita cintai adalah pelanggan kita. Dia makan apa yang kita hidangkan. Dia nampak apa yang kita buat. Dia dengar apa yang kita ucap. Ingatlah yang "pelanggan adalah raja" dan "pelanggang tidak pernah salah". Dialah pembeli dan pengguna bahan yang kita hasilkan, ucapkan dan tampilkan. Dia mengguna tuala yang kita cuci, meminum sirap yang kita bacuh, menafsir apa yang kita ucapkan. Dia adalah raja. Dan dia tidak pernah salah. Dia tahu apa yang dia mahu. Dia akan menetukan apa yang dia mahu. Kalau dia mahu sirap yang kita hidangkan manis. Jangan lupa lebihkan gula. Hanya dia yang tahu apa yang dia mahu. Tekaan kita mungkin salah. Ramalan kita munkin meleset. Oleh itu kita perlu tanya pelanggan kita apa yang dia mahu. Dan ingat! Jangan berikan apa yang dia tidak suka.
Dalam mengurus seseorang yang kita cintai, tanya apa keperluan emosinya. Tanya kenapa dia suka kemanjaan. Kenapa dia suka kita berambut panjang. Tanya kenapa dia suka perempuan berkulit kuning langsat. Kenapa dia suka memancing. Atau kenapa dia suka di dukung. Pepatah ada menyebut, 'malu bertanya sesat jalan'.
Bercinta juga ialah satu perniagaan. Produk yang kita niaga adalah perkhidmatan kita untuknya. Pastikan kita akan menjual produk yang bermutu tinggi untuknya. Jangan jual produk yang basi, layu, patah dan hapak. Kelak pelanggan kita akan lari. Kita yang rugi. Juallah produk yang segar, baru dipetik, baru digubah, baru dicipta, masih keras atau masih wangi. Jangan jual barang sama seperti yang pernah kita jual. Berikan barang baru dari maasa ke semasa. Itu yang dia mahukan. Jangan ungkit cerita yang itu-itu juga. Jangan tanya solan yang itu-itu juga. Jangan ucapkan kata-kata:
"Dulu awak&.". "Dulu awak&", "Dulu awak&.." "Awak sayang saya tak&..", "Awak sayang saya tak&." dan sebagainya.
Pelanggan kita itu memang cerewek. Hari ini dia mahu begitu, besok sudah tidak mahu lagi. Hari ini dia mahu begini, tapi esok mungkin dia bertanya," tak ada yang lain ke?" Oleh itu kita perlu bersedia sepanjang masa menukar penampilan, pujian dan sebagainya. Tukar teknik, tukar stail dan cara pendekatan. Pelanggan kita adalah manusia. Ia sentiasa mengalami perubahan pemikiran, citarasa dan keinginan. Jangan takut mencuba resepi baru, panduan baru, ukuran baru atau warna baru. Yang penting kita "Buat, buat, buat" dan kiata "Cuba, cuba, cuba" Ini lah seni bercinta. Cuba cipta yang baru. Lakukan yang baru. Ucap kata-kata baru. Biar dia terkejut. Biasanya dia akan suka.
Dalam percintaan , apabila kita bercakap, buktikan yang kita ikhlas. Buktikan kita ingin megenali dirinya, perasaannya, dan fikiran-fikiranya. Buktikan juga kepadanya, kita berminat mengetahui cita-citanya, harapannya, minatnya, hobinya, kepercayaannya, pegangan hidupnya, kebimbangan-kebimbangannya ataupun keraguan-keraguannya. Tapi ingatlah! Pada waktu yang sama, jangan sekali-kali kita membuat penilaian ke atas apa yang diberitahu. Kita bukan hakim dan tidak ada orang yang suka di hakimi. Tunjuk dan buktikan yang kita bersikap terbuka. Dengan bersikap demikian kita telah memberi kepadanya kehormatan diri. Keterbukaan juga mampu menerbitkan rasa saling percaya-mempercayai. Daalam keadaan ini kita ternya telah memberi sokongan dan dukungan emosi dan psikologi kepadanya. Dan dia sudah pasti akan menyenangi kita!!
Apabila dia sedang bercakap, kita jangan sibuk mencelah dan bercakap. Orang yang bersikap terbuka adalah orang yang sanggup mendengar. Dengar pendapatnya, fikirannya, dan idea-ideanya. Dengar juga keluhannya. Tetapi kiranya kita ikut sama bercakap tentu sekali dia tidak yakin kita berminat pada apa yang diucapkannya.
Apabila kita berminat mendengar apa yang dicakap atau diucapkannya, dia akan berasa kita begitu rapat padanya. Barulah dia yakin, kita bukan sahaja kekasih tapi juga sahabat karibnya. Dalam keadaan begitu hubungan kita akan tumbuh, segar dan berkembang. Cinta kita juga tambah mendalam.
Sikap kita yang pandai mendengar dengan penuh perasaan sebenarnya adalah satu pengiktirafan terhadap dirinya. Ingat! Pengiktirafan adalah perkara penting dan paling mujarab untuk perkembangan diri dan peribadi orang yang kita cintai.
Apabila kita bercakap, buktikan padanya kita memang mempunyai keyakinan terhadap diri dan bakatnya. Dengan sikap begini kita mendidiknya untuk belajar dari kesilapan daan pengalaman lampau. Dan apabila dia berjaya ucapkan tahniah dengan ikhlas. Ucaplah puji-pujian dengan kuat dan jelas, Biar dia tahu kita menghargai dia. Kita tidak membohongi dia.
Percakapan yang suka didengar orang ialah percakapan yang membawa keseronokan dan kebahagian. Orang yang seronok dan bahagia akan melakukan perkara-perkara yang positif.
Lebih penting daropada kepandaian bercakap aatau mengucapkan kata yang betul dan manis ialah kepandai mendengar. Untuk menambat hati orang yang kita cintai, lakukanlah perkara-perkara berikut apabila dia bercakap sebagai membuktikan kita pandai mendengar dengan baik.
Apabila dia bercakap tumpukan perhatian kita tanpa berbelah bagi. Dengan ini kita telah memberitaunya yang dia adalah orang yang paling penting dalam dunia. Apa yang diucap dan dicakapkan amat bermakna kepada diri dan kehidupan kita.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 30, 2004 11:42:44 GMT 8
Kalau kita benar-benar berminat dengan apa yang di ucap dan dicakapkan buktikanlah melalui pergerakan badan kita. Tegak dan condongkan badan kita kearah dirinya apabila kita mendengar percakapannya. Tindakan ini menunjukkan yang kita bukan hanya menghormati dirinya tapi juga menghargai isi percakapanya.
Biarkan dia habiskan percakapanya sebelum kita berkata sesuatu. Jangan sambung ayat-ayatnya seolah-olah kita tau apa yang nak di ucapkan. Jangan menyampuk dia dengan kata-kata yang terlintas di kepala kita. Untuk apa kita berebut-rebut hendak bercakap seolah-olah tidak ada masa lagi sedangkan kita hendak sehidup dan semati bersamanya.
Jika orang yang hendak kita tambatkan hatinya bercakap tentang masalah yang sedang dialami, hati-hati jangan cepat memberi pendapat atau mengemukan cadangan penyelesaian. Ingat! Orang yang sedang bercakap dengan kita buka kerana dia perlukan nasihat atau cadangan daripada kita. Dia mungkin cuma perlukan sepasang telinga yang pandai mendengar, disertai oleh perasaan yang sanggup mengambil berat tentang dirinya. Itu sahja! Dan mungkin dia tidak memerlukan nasihat atau cadangan penyelesaian daripada kita. Dia luahkan masalahnya bukan untuk diselesaikan tapi dia perlukan perkongsian dengan kita. Perbuatan kita mendengar dengan baik ialah bukti kita mencintai dan mengasihinya.
Apabila kita mencintai seseorang yang kita cari adalah kebaikannya. Bukan kelemahan. Bukan kekurangan. Dan bukan juga kecacatannya. Melimpahkan harta kekayaan kepada orang yang kita cintai bukan bukti yang kita benar-benar mencintainya. Bukti kita benar-benar cinta kepadanya terletak pada kesediaan kita mendorong dia menyedari dan membangunkan harta kekayaan yang tersembunyi dalam dirinya.
Untuk mendorong kita melakukan kebaikan bukanlah perkara yang berlaku sebelum kita melakukan kebaikan itu. Arahan, sindiran,tegahan, syarahan, nasihat, paksaan, dan leteran bukanlah alat yang berkesan mendorong kita melakukan sesuatu kebaikan. Mungkin ramai yang terkejut dengan kenyataan ini. Tapi inilah kebenaran. Inilah hakikat dan kenyataannya. Pendorong yang paling berkesan ialah apa yang berlaku selepas kita melakukan sesuatu kebaikan. Pujian, pengiktirafan dan ganjaran merupakan pendorong utama ke arah kebaikan.
Kiranya kita melakukan sesuatu kebaikan yang terlalu kecil. Dan ada yang melihat kebaikan itu kemudian memberitahu dia nampak kebaikan yang kita lakukan, kita menjadi lebih terdorong untuk mengulangai perbuatan baik itu. Tapi sayangnya, dalam hidup kita seharian, orang yang kita sayang lebih suka mencari kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan secara tidak sengaja telah membesar-besarkan kecilapan itu seolah ia adalah satu dosa besar yang tak boleh diampunkan lagi.
Sebagai manusia kita sebenarnya memiliki kehebatan kita masing-masing. Dan kebanyakan kehebatan itu timbul oleh kerana kita menerima dorongan daripada orang lain. Dorongan itu merupakan satu pengiktirafan atas kehebatan yang kita lakukan. Tetapi pengiktirafan itu terlalu payah untuk kita dapat walaupun dari orang yang kita sayang dan cintai.
Pujian dan pengiktirafan mestilah kita beri kepada orang yang kita cintai. Memujinya bereti kita telah menolong dirinya untuk menikmati apa yang dia ingini. Pujian menyebabkan dia bertambah yakin akan kemampuan dirinya. Pujian akan menjadi dia lebih berkesan dalam apa jua usaha yang dilakukan. Untuk itu, kita perlulah memuji dan memberi pengiktirafan secara ikhlas dan jujur.
Dan ingatlah, jika pujian dan pengiktirafan yang kita berikan itu sebagai tektik supaya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri kita sendiri, perbuatan kita akan menikam diri kita sendiri. Kerana orang yang menerima pujian kita punyai ketajaman mata dan telinga untuk membezakan antar pujuian yang ikhlas dan jujur daripada pujian yang bermotif sebaliknya.
Pujian yang tidak ikhlas adalah pujian yang banyak menggunakan perkataan jenis kata sifat. Kata jenis ini mampu menerangkan sesuatu tapi tidak jelas. Pujian-pujian sperti "Saya suka awak", "Awak baik", "Siapa boleh lawan awak", "You cantik", "Hebatlah you", "You terrorlah", dan seumpamanya adalah pujian yang tidak ikhlas dan jujur. Pujian-pujian berbentuk kata sifat membuatkan orang yang kita cintai sangsi, ragu, curiga terhadap keikhlasan hati kita kerana perkataan itu tidak memberi apa-apa maklumat yang jelas dan tepat.
Kalau kita memuji "you cantik" dia mungkin tidak faham apa yang ada pada dirinya yang kita kata dia itu cantik. Matanya, hidungnya, mulutnya atau apa? Dia pun tahu yang dia ada kelemahan di sana sini. Barangkali rambutnya terlalu kerinting, atau barangkali kulitnya yang sedikit hitam. Dia akan merasa sangsi. Dihatinya timbul kecurigaan yang kita memuji mungkin untuk mendustai dirinya supaya dia sukakan kita.
Dorongan mempunyai kuasa ajaib kepada orang yang kita cintai. Dalam dorongan ujud pujian dan pengiktirafan. Cinta dan kehormatan adalah sesuatu yang istimewa dan sukar diperolehi. Tidak ada cara lain untuk mendapat cinta dan kehormatan kecuali kota sanggup memberi kedua-duanya. Oleh itu kiranya kita berasa kita tidak memperolehi kedua-duanya daripada orang yang kita cintai, kita perlulah memeriksa diri kita. Apakah kita memberi kedua-duanya dan secukup-cukupnya. Dan dalan soal ini pujian dan pengiktirafan adalah ganjaran yang boleh membuktikan cinta dan kehormatan.
Pujian paling berkesan adalah pujian yang diberi ke atas perkara-perkara kecil, kerana ini membuktikan yang kita sentiasa memerhati semua sumbangan orang yang kita kasihi itu. Dan pujian yang paling berkesan hanya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja iaitu " terima kasih '. Kata pujian ini didahagai oleh sesiapa sahaja termasuk diri kita sendiri. Dan jika sekiranya kita berasa terlalu sukar menyebut kata " terima kasih " ada cara lain untuk menyampaikan mesej itu. Kita boleh gunakan pujian secara tidak langsung tetapi membawa makna yang serupa.
Bagaimana pun pujian itu perlulah dibuat atas perkara yang dilakukan. Misalnya kita memuji masakannya enak, rumah yang kemas, atau layanan yang mesra. Kita juga boleh menuji dia pandai melayan ibu-bapa kita, memanam bunga atau pandai memilih warna pakaian.
Di sini, apabila kita memuji apa yang dilakukan, dia pasti tahu bahawa kita tahu dengan tepat apa yang kita puji itu. Pujian initentu saja mengukuhkan lagi perlakuan yang baik itu. Dan dia juga akan berasa yakin pada kebolehan dan bakat yang tersemat dalam dirinya. Inilah pujian yang positif.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 30, 2004 15:57:21 GMT 8
ada apa dgn cinta jika tiada timbang rasa..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 30, 2004 17:49:10 GMT 8
ada apa dgn cinta jika tiada timbang rasa.. tul tue...
|
|
|
Post by enigma on Apr 30, 2004 22:37:00 GMT 8
hm....dalam kata lain...redha jer.....sejuk telinga mendengarnya..
|
|
|
Post by enigma on Apr 30, 2004 22:38:27 GMT 8
woi telan ape ni..jgn tercekik dah la.... menelan kepahitan.....aduh...
|
|