|
Post by feimaumania on Apr 9, 2004 16:09:57 GMT 8
ko nak berkasih dgn berapa rami org ha... nampak sgt ke playboyan nya hehehe. settle satu2 lah beb ooo kasutbata ni spesies boyan gak ek....bleh thn boyan skang dh maju....hwa hwa hwargghhhhh
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 10, 2004 0:30:31 GMT 8
Apakah Itu Cinta? ---------------------- Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa. Sifat Cinta Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta. Cinta Wujud Sejak Dilahirkan Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. Cinta Bersedia Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. Cinta Itu Indah Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih. Cinta Itu Mengharap Balasan Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima. Cinta Itu Menakluki Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya. Cinta Itu Mengetahui Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan. Cinta Itu Hidup Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. Cinta Itu Suci Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. Cinta Itu Mempersona Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya... mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta. Apakah itu Bukti Cinta? Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab - dah di post dah artikel ni..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 12, 2004 16:59:53 GMT 8
Gifts That Does Not Cost a Cent.
THE GIFT OF LISTENING
But you must REALLY listen.
No interrupting, no daydreaming,
no planning your response.
Just listening.
THE GIFT OF AFFECTION
Be generous with appropriate hugs,
kisses, pats on the back and holds.
Let these small actions demonstrate
the love you have for family and friends.
THE GIFT OF LAUGHTER
Clip cartoons. Share articles and funny stories.
Your gift will say, "I love to laugh with you."
And I remembered you.
THE GIFT OF A SMILE
Just a simple and heartfelt uplifting
of your lips and cheeks and eyes.
Does wonders to the one who gives
and the one who receives.
THE GIFT OF A COMPLIMENT
A simple and sincere, "You look great",
"You did a super job" or "That was a wonderful
meal" can make someone's day.
THE GIFT OF A FAVOR
Every day, go out of your way to do something kind.
THE GIFT OF FORGIVING
Let bygones be bygones.
Don't waste energy by dwelling
on the wrongs done to you.
THE GIFT OF A CHEERFUL DISPOSITION
The easiest way to feel good is to extend a
kind word to someone, really it's not that hard
to say, "Hello" or "Thank You" or "Happy Day".
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 13, 2004 13:17:24 GMT 8
Bagaimana nak tahu orang tu mencintai kita ------------------------------------------------------------ 1) Dia terlalu kuat mencintai kita 2) Selalu ingin berhubung dengan kita 3) Dia mengambil berat perihal kita 4) Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa untuk kita walaupun dalam keadaan terlalu sibuk sangat 5) Dia cemburu bila kita bersama insan lain 6) Jiwanya meronta - ronta bila tidak dapat bertemu kita 7) Hatinya gembira bila dapat berhubung atau bertemu dengan kita 8) Dia tidak menyakiti hati kita sebaliknya menyayangi kita dan menjaga hati kita sebaik mungkin. 9) Memberi hadiah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang 10) Mudah tersinggung dan merajuk bila kita tidak menurutkan kemahuannya 11) Susah untuknya berenggang dgn kita.kerana cepat rindu.Jika terpaksa berjauhan... .. kerap dia menghubungi kita sampai sehari beberapa kali bertanya khabar dan ingin mendengar suara 12) Tidak kisah perbezaan umur. 13) Sukar utknya memarahi kita kecuali jika kita curang,berbohong dan keterlaluan 14) Dia tidak peduli apa org kata mengenai dirinya menyintai kita... yang penting asalkan jiwanya bahagia dgn kita. #nosmileys
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 14, 2004 2:12:56 GMT 8
Bagaimana nak tahu orang tu mencintai kita ------------------------------------------------------------ 1) Dia terlalu kuat mencintai kita 2) Selalu ingin berhubung dengan kita 3) Dia mengambil berat perihal kita 4) Dia sanggup berkorban dan meluangkan masa untuk kita walaupun dalam keadaan terlalu sibuk sangat 5) Dia cemburu bila kita bersama insan lain 6) Jiwanya meronta - ronta bila tidak dapat bertemu kita 7) Hatinya gembira bila dapat berhubung atau bertemu dengan kita 8) Dia tidak menyakiti hati kita sebaliknya menyayangi kita dan menjaga hati kita sebaik mungkin. 9) Memberi hadiah dengan penuh ikhlas dan kasih sayang 10) Mudah tersinggung dan merajuk bila kita tidak menurutkan kemahuannya 11) Susah untuknya berenggang dgn kita.kerana cepat rindu.Jika terpaksa berjauhan... .. kerap dia menghubungi kita sampai sehari beberapa kali bertanya khabar dan ingin mendengar suara 12) Tidak kisah perbezaan umur. 13) Sukar utknya memarahi kita kecuali jika kita curang,berbohong dan keterlaluan 14) Dia tidak peduli apa org kata mengenai dirinya menyintai kita... yang penting asalkan jiwanya bahagia dgn kita. ni turtle dah pernah post dlm tips...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 15, 2004 14:45:17 GMT 8
CINTA VS SUKA Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira ... Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja... Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku... Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum ... Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata... Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja... Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu ... Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar... Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta... Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka... Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis ... Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira ... Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga... Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka... Umpama kita membuang telinga kita Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta? . Tetapi, hakikatnya Cinta kepada Allah swt Adalah lebih hakiki dan abadi? .
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 15, 2004 15:09:05 GMT 8
mcm sajak pun ade artikal atas ni..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 15, 2004 15:19:44 GMT 8
mcm sajak pun ade artikal atas ni.. x perasan lak...mungkin kot ...
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 15, 2004 15:35:23 GMT 8
a ah la..ade gaye...
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 15, 2004 16:16:40 GMT 8
x perasan lak...mungkin kot ... iyer..cuba bc ala2 sajak..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 16, 2004 11:51:51 GMT 8
RENUNGKANLAH... ... ... ... ... ... ... ... ... .
Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah.Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe.
Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini. 'Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang."Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada mas berpacaran baru akutahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab. Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah. Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui.
Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya". "Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".
Kesimpulan :
Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ... . Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain... Wallahu?alam.
@@@@lelaki & wanita@@@@
Janganlah hipokrit. Semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa? Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, kekasih dan puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus. Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan ALLAH. Didikanlah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar, Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal kerana disitulah punca bagi kekuatan dunia. Akal wanita stipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok. Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada ALLAH nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu. "Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az- Zahra, andai peribadimu tidak sehebat Sayidina Ali Karramallahu Wajhah".
* Bahan ini bukan sahaja untuk renungan para lelaki & suami tetapi para wanita, isteri & ibu.
Walahu'alam
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 17, 2004 1:44:11 GMT 8
kirekan untuk umum la ni ye..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 17, 2004 15:57:20 GMT 8
20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai...
Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh 'mengawal' dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 - Perlu dimengertikan Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh 'menangkap' adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan 'bergegar' jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 - Hormat-menghormati Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm... hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu 'pokai' dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 18, 2004 0:27:05 GMT 8
DOA PILIH JODOH
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ke tepian yang sejahtera dan abadi... Maka jodohkanlah kami...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan... Dia bukan milikku... Bawalah dia jauh dari pandanganku... Luputkanlah dia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhan yang Maha Mengerti... Berikanlah kau kekuatan... Menolak bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja yang merah... Agarku sentiasa tenang... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buatku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku... Di dunia dan akhirat... Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini... Janganlah engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah... Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat... Dan peliharalah kami dari azab api neraka...
|
|
|
Post by enigma on Apr 18, 2004 1:18:16 GMT 8
5 syarat nak buat maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
|
|