|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 11:08:12 GMT 8
yup... but its hard to gain it... its realy painfull.. tapi kalau tak susah.. tak mencabar plaks ;D fenin2
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 17, 2004 15:08:37 GMT 8
TAK BERANI NAK APPROCH??? NI DIA GUIDELINE.. GOOD ----------------------------------------------------------------------- Making the First Move This can be the hardest step in beginning a relationship. Sometimes, if one is too shy or scared, it's the start and end, and nothing ever happens. If you do take the chance, you may be nicely surprised. Even if you are rejected, at least you took the step and found out. What should you do to make the first move? Here are a few tips: 1) Be Confident. Don't be scared of rejection. Yes it might happen, but if you are always afraid, you will never be with the one you desire. Furthermore, if you plan and prepare your move, you can increase the chances that he/she will be interested in you too. Having confidence in yourself will come across in your behaviour and how you talk. You don't want to look like an insecure puppy who is afraid of being whipped. You want to look like a popular, self assured and friendly person. Someone people want to be with. Don't overdo it of course, people don't like snobbish jerks either. 2) Plan and Prepare A well planned approach can boost your confidence and chances of success, especially if you have done your research. Find out what the person likes, what they are interested in. Plan out your wardrobe, dress well and look good. Before making your move, make sure that the person is in a good mood, and they are receptive. Say something that interests them and captures their imagination. Ask an unusual question that will get their attention. Don't use a corny pick up line! That will just lower your estimation in their eyes. 3) Act Natural You may be nervous, but don't let that influence your behaviour. You want to come across as a friendly person. Don't talk too much or ask too many questions, you might come across as desparate, and that definitely puts people off. 4) Practice makes perfect The more practice you have in talking to people, approaching them and making new friends, will make it easier for you to make a move on someone. Improve your social skills if you feel you need to. Practice doing things that takes you out of your shell. This will make it easier for you to make the first move next time. 5) Be Friends If you are not friends already, it wouldn't hurt to become friends with the person first. Making friends is easier than trying to pick up, and this will also give you a chance to get to know the other person better. You might find that you don't really like him or her at all. Or you might find that you are perfect for each other, and they ask you out first! If you really like someone, don't be afraid to make the first move. It will be worth it whatever they say.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 16:44:19 GMT 8
tips yang lengkap utk mereka yang cuak nak declare
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 18, 2004 1:43:48 GMT 8
tips yang lengkap utk mereka yang cuak nak declare mmg tepat utj leleaki yg pelampau pemalu
|
|
|
Post by kuzy on Mar 18, 2004 18:04:29 GMT 8
macam aku.... nak tgk cermin pun malu..... ;D
|
|
|
Post by enigma on Mar 19, 2004 10:15:23 GMT 8
Merubah Cinta Budaya
Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain.
Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila erkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.
Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.
`Cinta Sebelum Perkahwinan`
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.
Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.
Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, Kurniailah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.
Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.
Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : " Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"
"if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.
Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.
`Cinta Selepas Perkahwinan`
Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya : “ Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis) Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu. Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain-lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.
Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta.
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 20, 2004 23:44:43 GMT 8
Hubungan cinta yang lebih baik dengan komunikasi
Kalau kita lihat kendala yang sering terjadi pada orang yang sedang pacaran ataupun perkawinan adalah kurangnya atau tidak baiknya komunikasi yang terjadi antara pasangan tersebut. Banyak yang berpendapat bahwa perbaikan atau peningkatan kwalitas berkomunikasi antara dua insan bercinta merupakan salah satu jawaban untuk mendapatkan hubungan yang lebih baik antara kedua pasangan tersebut. Untuk itu dibawah ini ada beberapa tip untuk membina hubungan cinta yang lebih baik melalui peningkatan komunikasi.
Komunikasi merupakan suatu alat yang efektif. Hati2 dan jangan salah menggunakannya. Perlu diingat bahwa kata dan kalimat yang kita keluarkan biasanya akan mempunyai efek yang lama dan ini dapat terjadi walaupun tanpa kita sadari. Setelah terjadi perselisihan atau pertengkaran , biasanya alasan dan sebab pertengkaran itu sendiri jarang atau tidak akan teringat, tapi perasaan yang timbul akibat perkataan atau kalimat yang terjadi selama pertengkaran itu akan selalu teringat. Bila terjadi perbedaan pendapat atau perselisihan, dan ketika anda merasa akan mengucapkan hal2 yang menyinggung dan tidak penting, cobalah untuk berhenti dan diamlah. Cari cara lain untuk mengatasi perbedaan pendapat itu, cari jalan untuk mengurangi ketegangan yang sedang terjadi. Selesaikan perselisihan dengan ahti yang tenang dan pada saat yang tepat. Hati2 dan jangan salah berkomunikasi, karena emosi yang tak dikontrol akan mengakibatkan keluarnya kata atau kalimat yang tak diinginkan, dan menjadi penyesalan dikemudian hari. Komunikasi merupakan alat yang berdaya besar dalam hubungan antar manusia. Gunakanlah?. Carilah jalan untuk menggunakan komunikasi untuk menyatakan perasaan anda, bagaimana anda menyanyaingi dan mencintai kekasih atau istri anda?bila anda dapat menggunakan komunikasi secara baik, anda akan mencapai tingkatan hubungan yang lebih tinggi dengan pasangan anda. Manusia baik itu wanita maupun pria mempunyai ego yang sama, yaitu senang bila dikatakan mereka adalah baik dan anda hormati. Jadi berkomunikasilah untuk memberi tahu pasangan anda tentang perasaan anda dan kelebihan pasangan anda? Ada cara-cara lain untuk berkomunikasi selain dengan mengucapkan kata-kata..cobalah untuk berkomunikasi dengan pasangan anda tanpa mengeluarkan kata-kata. Cobalah menatap pasangan anda dan gunakan perasaan anda untuk mengkomunikasikan keinginan anda?.mungkin anda akan terkejut dengan hasil ayang akan anda dapatkan. Kurangi masalah komunikasi yang timbul dengan memperbanyak aktivitas anda se-hari2 dengan mengerjakannya bersama pasangan anda.. Seperti mendengar musik bersama, bermain game atau kartu bersama, jalan2, nonton atau lainnya?.banyak sekali aktifitas yang anda berdua dapat lakukan?. Yang penting adalah mengerjakan sesuatu yang memberikan kesenangan bagi anda berdua. Ini tanpa disadari mungkin akan memberikan momen paling indah bersama pasangan anda. Semakin banyak anda melakukan aktifitas bersama yang disengangi semakin berkurang masalah komunikasi yang timbul.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 21, 2004 23:38:44 GMT 8
percayalah, terlebih komunikasi bleh mjadi kan hub jadik retak
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 22, 2004 1:02:07 GMT 8
pasangan bahagia ------------------------
Mempunyai teman @ kekasih memang satu pengalaman indah..Tapi pula bagaimana untuk menjadi sebuah perhubungan yang matang dan mengikuti syariat dan landasanyang betul?
Jadilah diri kita sebagai seorang KAWAN kepada pasangan kita..berceritalah dan dengarlah cerita darinya apa saja tanpa rasa cemburu dan syak wasangka (yg tidak melampaui batas)..tapi sebelum itu perlu diingatibahawa diri mereka tetap dihati pasangan masing2..jadikan kejujuran sebagai jalan utama dalam perhubungan ini..
Jadilah diri kita sebagai seorang SAHABAT BAIK kepada pasangan kita..jadikan kepercayaan sebagai jalan utama dalam hal atau hubunganini..berkongsilah masalah dengan mereka, sahabat yang baik akan menjadi seorang pendengar yang baik akan sedia membantu walaupun tanpa dipinta..
Jadilah diri kita sebagai seorang KEKASIH kepada pasangan kita..jadikan dia cinta pertama kita..layanilah dia dengan baik..luahkan perasaan sayang kita kepadanya dengan syarat, mengikut landasan yang betul dan diredai-Nya..jadikan iman yang kuat sebagai jalan utama dalam hubungan ini..
Jadilah diri kita sebagai seorang TEMAN HIDUP kepada pasangan kita (bila dah kawin)..jadikan dia teman hidup kita dunia akhirat..sedia dengannya untuk menghadapi susah senang bersama..layarilah perhubungan ini dengan ikhlas, jujur, sabar danbaik..berkongsilah segala2 bersamanya..insyaallah...
Jika keempat-empat watak itu disatukan bersama dalam hidup berpasangan ini insyaallah masing2 akan faham dengan tanggungjawab masing2..saling bantu membantu..ingat mengingati antara satu sama lain..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 23, 2004 1:06:39 GMT 8
mmg betul, jika 4 watak tu di gabungkan..rumah tanggan akan terhindar dr duka nestapa
|
|
|
Post by kuzy on Mar 23, 2004 14:38:17 GMT 8
gabungkan..rumah tanggan akan terhindar rumah setinggan skang memang semakin terancam skang... kakwakakwakakaw
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 23, 2004 22:49:55 GMT 8
Why Guys Like Girls
We have conducted a personal survey with our friends (guys) on year 2000 & here are a few reasons of why guys like girls...
The way they smile.
They will always smell good even if it's just shampoo.
The way their heads always find the right spot on our shoulder.
How cute they look when they sleep.
The ease in which they fit into our arms.
The way they kiss you and all of a sudden everything is right in the world.
How cute they are when they eat.
The way they take hours to get dressed but in the end it makes it all worth while.
Because they are always warm even when it's minus 30 out side.
The way they look good no matter what they wear.
The way they fish for compliments even though you both know that you think she's the most beautiful thing on this earth.
How cute they are when they argue.
The way her hand always finds yours.
The way you feel when you see their name on the call display after you just had a big fight.
The way she says "lets not fight anymore" even though you know that an hour late.
The way they kiss when you do something nice for them.
The way they kiss you when you say "I love you".
Actually... just the way they kiss you... .
The way they fall into your arms when they cry.
Then the way they apologize for crying over something that silly.
The way they hit you and expect it to hurt.
Then the way they apologize when it does hurt... (even though we don't admit it!).
The way they say "I miss you".
The way you miss them.
The way their tears make you want to change the world so that it does not hurt her anymore
Yet regardless if you love them, hate them, wish they would die or know that you would die without them... it matters not. Because once in your life, whatever they were to the world, they become everything to you. When you look them in the eyes, traveling to the depths of their souls and you say a million things without trace of a sound, you know that your own life is inevitable consumed within the rhythmic beatings of her very heart. We love them for a million reasons; No paper would do it justice. It is a thing not of the mind but of the heart.
A feeling; Only felt.
~ Anonymous ~
|
|
|
Post by kuzy on Mar 24, 2004 11:58:43 GMT 8
yup tapi guys always keep fool by the ladies... no matter how good, worst,hansome he is... ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 24, 2004 13:41:36 GMT 8
ada apa dengan LELAKI? --------------------------------
"Lelaki tulen. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga. Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 24, 2004 16:15:39 GMT 8
Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan.Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu,dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya.Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta. Berikut adalah Seni Cinta Sejati untuk anda praktikkan :-
Seni Berfikir
* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.
* Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.
* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan.Tanpa pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu ISLAM.
* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah.Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.
* Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.
* Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.
Seni Merasa
* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.
* Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.
Seni Bertindak
* Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.
* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.
* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya.Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.
* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.
Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda. Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata,'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.
|
|