|
women..
Dec 19, 2003 10:10:29 GMT 8
Post by enigma on Dec 19, 2003 10:10:29 GMT 8
hmmmm...bagus atok trime opinion enigma.... ;D
|
|
|
women..
Dec 19, 2003 11:59:17 GMT 8
Post by DoLLyGuRL on Dec 19, 2003 11:59:17 GMT 8
Oh Wanita, Perempuan, Dara, Gadis dan ...... Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja.. Negarawan, Karyawan,Jutawan dan ?Wan-Wan? lain. Tidak akan lahir Superman tanpa Superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan sahaja ramai bos telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan harap mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Saiyidina Ali? Fikirkan.... ;D
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
women..
Dec 19, 2003 17:35:37 GMT 8
Post by LaNgSuIr on Dec 19, 2003 17:35:37 GMT 8
aku macam pernah baca artikel ni..tapi di mana ya!?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 20, 2003 4:49:37 GMT 8
Pesanan buat kaum hawa
Bismillahirrahmanirrahim.
Allah berfirman yang bermaksudnya :
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).
Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan)dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)
Allah berfirman yang bermaksud:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan)Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)
Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.
Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?
Lihat lagi ayat di atas Allah berfirman "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.
Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.
Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
wallahu a'lam.
wassalam
|
|
|
women..
Dec 20, 2003 20:33:16 GMT 8
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:33:16 GMT 8
BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
nampak mcm sy nak kalah je...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 21, 2003 2:16:28 GMT 8
so..atok menang ke?yeah2 1000x...atok menang! berbanggalah anda kaum lelaki...
|
|
|
women..
Dec 22, 2003 13:01:50 GMT 8
Post by duo on Dec 22, 2003 13:01:50 GMT 8
yaaaa!!!!idop kaum adam
|
|
|
women..
Dec 22, 2003 14:19:12 GMT 8
Post by turtle on Dec 22, 2003 14:19:12 GMT 8
kalo x idop kaum hawa susah gak wei, ehe
|
|
|
women..
Dec 22, 2003 14:45:29 GMT 8
Post by SweetGirlz on Dec 22, 2003 14:45:29 GMT 8
debat kite lom tamat lg!
|
|
|
women..
Dec 22, 2003 17:02:14 GMT 8
Post by duo on Dec 22, 2003 17:02:14 GMT 8
debat jangan tak debat... debat sampai jumpe hang jebat...hahahaharon ;D ;D
|
|
|
women..
Dec 22, 2003 17:40:42 GMT 8
Post by atokENSEM on Dec 22, 2003 17:40:42 GMT 8
;D
|
|
|
Post by enigma on Dec 23, 2003 8:52:01 GMT 8
ini cite cinta kolesterol ala2 barat gitu ker..... yg bebadan besor tu j lo ke org lain tok? tp walaupun bdn dia beso...dia cun cam j lo tu jugak..kan...
|
|
|
women..
Dec 23, 2003 11:15:43 GMT 8
Post by duo on Dec 23, 2003 11:15:43 GMT 8
hahahaha...macam motosikal yang dah di transform kan mjadi lori balak..hahahantu ;D ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 24, 2003 4:27:04 GMT 8
ini cite cinta kolesterol ala2 barat gitu ker..... yg bebadan besor tu j lo ke org lain tok? tp walaupun bdn dia beso...dia cun cam j lo tu jugak..kan... yup..tu j lo...! ;)ni keje bdk2 computer yg mengubah bentuk bdn j lo mase gemuk!cun ke? ::)bleh la..janji cukup anggota bdn...kn?
|
|
|
Post by mizz_seven on Dec 24, 2003 9:49:54 GMT 8
mana atok dpt gambar ni..? ni yang sedih ni....
kalo dia tengok gambar dia jadi cam ni...
mahunyer dia saman...
|
|