Post by KomOt on Mar 9, 2004 15:56:38 GMT 8
Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya
pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,
saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya
lintas ialah Teluk Intan.
Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah
restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan,
seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih
kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum.
Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi
penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah
pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus
menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya
nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,
sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya
selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas
makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil
menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai
disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.
Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya
bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi
bahasanya !
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar
masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil
memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati
saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam
dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan
membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan
minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu
saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang
sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup
pintu.
Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi
berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah
senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat
umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi
mungkin abg perlukan kuih saya untuk
adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah
sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan
kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang
penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul
perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan
menghulurkan sekeping not merah RM10.
Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang
sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata
ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas
mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke
kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat
membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.
Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu
menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu
kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta,
memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih
ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit
abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!"
kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau
dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti
bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan
tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya
bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih
banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis
kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"
katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup
kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya
berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma
ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja
bang.....! Selepas dia memasukkan satu
persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25.
Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada
pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya
terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??
Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ??
Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan
lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa
kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya
satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu.
Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!