|
Post by enigma on Feb 6, 2004 21:36:58 GMT 8
la..tu kan warna utk pempuan je... eh..luper lak...nasib baik atok ingatkan.... ini pula perihal lelaki dgn warna...dan corak pakaian mereka... Biru. Warna paling populer sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja keras dan rendah hati. Secara psikologis warna ini mempunyai efek ketenangan. Merah. Pada tahun 1897, oleh majalah Tailor & Cutter, pemakai dasi merah dikategorikan sebagai pemakai yang hanya dapat diterima di outside communist party get together. Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualitas seseorang. Oranye. Bukan warna yang populer dan oranye yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya. Hitam. Secara tradisional, hitam adalah warna yan tidak menarik dan identik dengan kedukaan. Dasi berwarna hitam lebih dikenal sebagai dasi kupu-kupu. Solid black hanya dikenakan pada pemakaman, tapi jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi dasi yang elegan. Abu-abu. Menggambarkan keambisiusan seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Kuning. Muda, penuh harapan dan bahagia. Kuning muda adalah warna yang terpopuler beberapa tahun yang lalu. Hijau. Memberikan kesan pada si pemakai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur. Ungu. Lebih banyak dipakai oleh para royalty, vulgar dan pemimpi. Tapi sangat cocok dengan stelan abu-abu. Cokelat. Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai insting bisnis yang kuat. Bergaris. Konservatif, orderliness, dependability, outgoing dan teman yang menghibur. Polkadot. Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, small spots memberikan kesan yang lebih baik Bercorak gelombang. Menggambarkan kebebasan dan relaksasi. Bentuk paisley menggambarkan kreativitas dan easy going manner.
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 6, 2004 23:47:18 GMT 8
aku nyer...
Biru. Warna paling populer sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja keras dan rendah hati. Secara psikologis warna ini mempunyai efek ketenangan.
|
|
|
Post by enigma on Feb 7, 2004 9:13:57 GMT 8
aku nyer... Biru. Warna paling populer sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja keras dan rendah hati. Secara psikologis warna ini mempunyai efek ketenangan.warna biru memang memberi ketenangan.....betul ape yg psikologist ckp....
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 7, 2004 12:44:09 GMT 8
Rahsia Perempuan =============
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
________________________________________
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
________________________________________
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
________________________________________
Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
________________________________________
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
________________________________________
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
________________________________________
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!
________________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !
________________________________________
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
________________________________________
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
________________________________________
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
________________________________________
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
________________________________________
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
________________________________________
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
________________________________________
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
________________________________________
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
________________________________________
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
________________________________________
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
________________________________________
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
________________________________________
Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!
|
|
|
Post by enigma on Feb 8, 2004 0:53:17 GMT 8
bukan sume yg disebut tu benar2 belaka ya!
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 8, 2004 0:55:52 GMT 8
bukan sume yg disebut tu benar2 belaka ya! memang lah bukan semua tue betul...sometimes betul...kadang ader gak yg salah...just don't take it too seriously..o.k?
|
|
|
Post by enigma on Feb 8, 2004 0:59:40 GMT 8
memang lah bukan semua tue betul...sometimes betul...kadang ader gak yg salah...just don't take it too seriously..o.k? u alwayz give me da same advice....bkn take it too seriously....just wanna inform guys jer...mn tau ada yg percaya bulat2...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 8, 2004 1:04:23 GMT 8
u alwayz give me da same advice....bkn take it too seriously....just wanna inform guys jer...mn tau ada yg percaya bulat2... ader ke yg percaya terus tanpa menilai? ...lau saya ...saya selidik dulu betul ke x...yg betul tue saya ambil lah...yg x betul/ x baik tue saya buang jauh2...
|
|
|
Post by enigma on Feb 8, 2004 1:06:59 GMT 8
ader ke yg percaya terus tanpa menilai? ...lau saya ...saya selidik dulu betul ke x...yg betul tue saya ambil lah...yg x betul/ x baik tue saya buang jauh2... well...it suppose 2 b like that....but it's up to da people how to nilai those such things....
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 8, 2004 1:11:12 GMT 8
well...it suppose 2 b like that....but it's up to da people how to nilai those such things.... hmmm...tul gak aper yg kau cakap tue...
|
|
|
Post by enigma on Feb 8, 2004 16:36:04 GMT 8
KELEBIHAN WANITA....
--------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum. Sebenarnya rumah adalah pusat kegiatan para wanita. Rumah adalah syurga dan medan jihad serta gelanggang bagi kaum wanita menumpukan masa bagi menyelesaikan tugas dan tanggungjawab mereka yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul.
Berbeza dengan kaum lelaki, gelanggang perjuangan mereka di luar. Segala pahala mereka ada di luar rumah. Tetapi sebaliknya bagi kaum wanita, mereka dengan mudah sahaja memperolehi pahala di rumah dan di sekitar perkarangan rumah mereka sendiri.
Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. pernah bersabda, maksudnya:
" Wanita yang tinggal di rumah bersama-sama (mendidik dan mengurus) anaknya, maka ia di akhirat akan tinggal bersama-sama dengan aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga." Seorang wanita mempunyai nilai yang amat tinggi yang Allah letakkan di sisinya dengan diberinya ganjaran pahala yang berganda-ganda kepada suatu perkara yang mudah dilaksanakan sesuai dengan sifat sebagai seorang wanita. Peruntukan ganjaran pahala seperti mana yang tidak ada untuk kaum lelaki. Tersebut di dalam sebuah hadis bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap seteguk susunya, Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas." (H.R. Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir)
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 2:36:01 GMT 8
bape kali nak post da...
|
|
|
Post by enigma on Feb 9, 2004 12:38:59 GMT 8
ops!! sorry ...dah padam dah pon....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 20:48:40 GMT 8
ops!! sorry ...dah padam dah pon.... baguih!camnilah...br dinamakan good moderator..
|
|
Kurt Cobain
Senior Student
Kejiwangan adalah hak milik setiap insan
Posts: 281
|
Post by Kurt Cobain on Feb 9, 2004 20:53:06 GMT 8
iNfIniTie.. ,pepuji ni kena la der upahnye,up ler sikit,open table ker
|
|