Post by enigma on Feb 18, 2004 10:19:32 GMT 8
.::iNfIniTie::.. said:
apa pendapat anda.....ttg apa yg diperkatakan di bawah ni....
MENGAPA LELAKI BUKAN PENDENGAR YG BAIK?
Bagi lelaki, percakapan ialah suatu alat dan bukannya
tujuan akhir.Sebab itulah lelaki agak kurang bercakap
walaupun
sesama mereka.Ini tentunya berbeza dgn perempuan yg
menganggap bercakap sgt penting,lelaki pula hanya akan
membuka mulut apabila mereka menginginkan sesuatu.Jadi
lelaki akan menganggap, apabila dia di ajak berbual,
kamu memerlukan sesuatu darinya.Jika tidak jangan
mengajak mereka berbual kosong.
Lantaran adanya perbezaan ini, lelaki seringkali
dituduh kurang memberikan perhatian semasa berbicara
ataupun sering di anggap bukannya seorang pendengar yg
baik. Lelaki juga lebih suka membicarakan perkara yg
penting sahaja dan tidak menarik utk
memperbesar-besarkan perkara remeh seperti
perempuan.Dan kalau kamu nak tahu, lelaki sebenarnya
makhluk yg selalu berfikir secara kreatif dan
analitikal.
Misalnya ketika kamu menceritakan sebarang
permasalahan yg kamu hadapi kepadanya, secara
automatik otaknya ligat memikirkan apakah tindakan yg
perlu kamu lakukan utk mengatasi masalah tersebut.Jadi
jangan fikir lelaki tidak memberikan perhatian
terhadap apa yg kamu bicarakan. Tetapi itulah lelaki,
mereka lebih suka berfikir daripada membicarakan hal
yg bukan2 dan hanya akan berbicara apabila perlu
sahaja.
MENGAPA LELAKI TIDAK ROMANTIS?
Sama halnya dgn bercakap, romantisme pada lelaki juga
hanyalah satu cara utk mecapai tujuan.Lagipun jika di
teliti dgn lebih lanjut, apakah keuntungan yg bakal
diperolehi oleh lelaki jika bersikap romantis ?
perempuan biasanya akan mendapat kiriman bunga mawar
merah, sekotak coklat dan sebagainya,
sedangkan lelaki akan mendapat 'kerja tambahan' yg
menyusahkan mereka seperti perlu membuka pintu kereta,
mengangkat beg dan lebih parah ialah perlu menambah
perbelanjaan.
Apa tidaknya kalau membawa si dia makan malam di
restoran mewah tentulah kosnya lebih tinggi.
Sementara itu, kalau di lihat dari segi biologi pula,
lelaki memang mempunyai alasan tersendiri mengapa
mereka tidak suka bersikap romantis.
Lelaki mempunyai perasaan utk mendampingi wanita yg di
sukainya secepat mungkin sebelum ia jatuh ke tangan
orang lain. Jadi mereka tidak mahu menghabiskan banyak
masa
memikirkan cara2 romantis utk
memikat seseorang wanita tersebut kerana yg
lebihpenting adalah hasilnya.
Lelaki juga sering menganggap romantis lebih
sinonimdengan perempuan.
Jadi kalau lelaki bersikap romantis, mereka takut
akandi cop tidak macho.
Nyatanya sifat romantis bukanlah perkara yg mudah di
lakukan oleh lelaki.
Tetapi mereka sebenarnya telah melakukan apa sahaja yg
terbaik utk menyenangkan hati kamu.Apakah itu masih
tidak cukup romantis buat kamu ?
MENGAPA LELAKI TIDAK MINAT BERBICARA HUBUNGAN CINTA?
Umumnya lelaki tidak berminat utk berbicara tentang
kisah cinta mereka,
tetapi lebih suka menjalaninya.
Lelaki adalah makhluk non-verbal yg berorientasikan
fizikal dan tindakan.
Mereka biasanya tidak mahu menghabiskan masa dengan
membuat rancangan Utk mecari tempat2 romantis kerana
pada mereka apa yg lebih penting ialah makan!
Menurut Bernie Zilbergeld, penulis The New Male
Sexuality, lelaki dan perempuan mempunyai pandangan yg
berbeza tentang cinta.
Perempuan lebih senang utk membicarakannya,tetapi
lelaki pula lebih suka utk mengaplikasikannya.Jadi
apabila lelaki enggan berbicara tentang hubungan cinta
kamu berdua,jangan pula menyangka hubungan kamu sedang
bermasalah.Jangan sesekali meragui kesetiannyaterhadap
kamu dan jangan pula kamu menuduhnya takut utk
memberikan komitmen kerana lelaki mempunyai pandangan
tersendiri bilakah mereka perlu berbicara tentang
cinta.
Jadi kamu hanya perlu memberikan mereka lebih
kesempatan utk menyesuaikan diri.
MENGAPA LELAKI RAHSIAKAN KISAH LALU ?
Biarpun sudah lama menjalin hubungan, sesekali
kamutentunya ada merasakan
teman lelaki cuba menyembunyikan sesuatu dari
kamu.Mungkin kamu boleh cuba 'memancingnya' dengan
bercerita tentang bekas teman lelaki yg telah
meninggalkan kamu.Si dia memang kelihatan bersedia
mendengar apa sahajayg kamu bicarakan,tetapi tidak
memberikan sebarang komen.Kamu tentunya berfikir,
ketika itu si dia juga
seharusnya turut berbicara tentang bekas teman
wanitanya.
Sebenarnya lelaki memilih utk terus menyimpan rahsia
tentang bekas teman wanitanya kerana mereka tidak mahu
mengeruhkan hubungan yang sedia terbina.Sebab pada
mereka apabila cerita2 lama menyakitkan hati lantaran
sifat kamu sendiri yg emosional.
Jadi lebih baik mereka menyimpannya dan menganggap
ianya sebahagian drpd masa lalu yg tidak penting lagi
dibangkitkan.Bagi mereka yg lebih utama kini ialah
diri kamu,kekasih yg di cintainya.
naper takde org bg pendapat pon..org tanya pendapat korang ni..ttg artikel ni....