Pada aku perempuan (i think) yang tulis ni (bukan
tukang 'paste' maksud aku) tak kenal lelaki lagi,
cuma berlagak macam dah faham sangat perihal
lelaki. Biar aku rungkaikan permasalahan yang
cuba diketengahkan nih.
- Lelaki takut berterus terang. Mereka takut untuk
memberitahu bahawa mereka cintakan seseorang
wanita. Manakala bagi lelaki yang sudah
berumahtangga, jarang mengakui yang mereka
sudah berkeluarga.
>>> Bukan takut. tapi lelaki merasakan itu tidak
perlu. perlakuan dia telah menunjukkan yang dia
menyintai perempuan itu. Dan jikalau perempuan
itu yang tertalu dhaif dalam menafsir isi hati
seorang lalaki, itu salah dia! Manakala lelaki yang
telah berumahtangga jarang mengakui yang dia
telah berkeluarga kerana bagi mereka itu satu
tindakan bodoh. Dah tahu sudah! tanyer lagi buat
apa? tu yang langsung diorang mengaku bujang
tuh. Niat nak bergurau jer sebenarnya..
- Lelaki tidak mampu untuk setia dengan seorang
wanita .
>>> Di dalam percintaan lelaki sukar untuk setia
Kerana dalam bercinta, lelaki tidak pernah hanya
memikirkan sorang wanita saja. sebaliknya paling
kurang 2,3 orang wanita lain. Mak kat kampung...
adik kat universiti.... bla... bla...
- Lelaki tidak mementingkan penampilan mereka
berbanding wanita. Dari segi pakaian kadangkala
lelaki memandang perkara itu agak remeh.
>>> Pada lelaki buat apa menghabiskan beratus-
ratus pada pakaian yang hanya sesuai untuk
dipakai untuk majlis-majlis tertentu je, beratus-
ratus untuk produk penjagaan kulit dan sbgainya.
asal menutup aurat jer sudah.. Pakai lawa-lawa
kalau dedah pusat satu sen takde guna dik..
- Lelaki mudah mencari pengganti. Mudah jatuh
cinta semula berbanding wanita.
>>> Lelaki memang hebat kan? Dan ternyata lelaki
lebih rasional dalam menghadapi dugaan. Patah
tumbuh, hilang berganti....
- Lelaki selalu rasa kesunyian. Walaupun dia rasa
dia sentiasa rasa gembira, tetapi hakikatnya
mereka memang kesunyian.
>>> Yang nih aku tak reti nak bagi sebab. sebab
aku sendiri tak paham apa yang penulis
maksudkan. agaknya ayat ni ditulis semasa
penulis sedang kesunyian kot.....?
- Bagi lelaki, kerja adalah lebih penting dari
bercinta. Mereka tidak dapat membahagikan masa
antara cinta dan kerja. Bagi mereka kerja adalah
kerja.
>>> Salah ke lelaki menganggap kerja adalah
kerja? Sebab kerja ni lah yang dapatkan dia duit
untuk suap makanan kat perempuan yang dia cinta
tu nanti. Apa masalahnya??
- Lelaki tidak romantik. Mereka mudah dan sering
jatuh cinta. Jika Lelaki mengucapkan kata-
kata "Aku Cinta Padamu", ia mengucapkannya
tanpa ada apa-apa perasaan.
>>> Jangan silap dalam menafsir... tidak romantik
tidak bererti tidak mempunyai perasaan. badak
sumbu pun tahu erti cinta. Perempuan dah
romantik cukup lah. Ni kang dua-dua romantik, tak
jadik kerja la pulak. Sayang tak semestinya perlu
romantik. contoh cam sayang sorang ayah pada
anaknya. perlu romantik gak ker?
- Cinta bagi lelaki adalah seks.
>>> Hoo.. ho... ho... banyak kes perempuan gi
mahkamah syariah tuntut cerai sebab suami dia
tak dapat memuaskan nafsu (mati pucuk/mandul
dsb) Tu apa cerita? Seks memang sebahagian dari
cinta (sesama manusia). jangan hipokrit kata seks
tak penting dalam hidup ngko. Dan aku percaya
semua perempuan normal akan mengharapkan
suami dia seorang yang 'hebat' dalam bab ni.
- Lelaki tidak sesensitif wanita. Dalam apa-apa hal,
lelaki tidak bagitu mengambil berat
>>> Penulis cuba membandingkan semua sifat
perempuan seharusnya ada pada lelaki juga. Jika
begitulah adanya, apa sajalah kelebihan si
perempuan? Logiklah perempuan itu lebih sensetif
jiwanya... sebab dia dijadikan Allah memiliki 9
nafsu 1 akal. Sebaliknya lelaki akan memikirkan
terlebih dahulu apa tindakan paling rasional untuk
menhadapi sesuatu keadaan itu, impak dan kesan
sampingannya, dan bukannya sibuk nak melayan
jiwa je.
Harap kekeliruan kini terungkai. Hehehhehehehhe
copypaste-