14 perkara tentang lelaki 1) Lelaki, jika anda bertanya "Apakah awak cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak". Tetapi hakikat sebenarnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti (i) "Ya, rasa-rasanyalah" (ii) "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" (iii) "Bergantunglah apa maksud cinta kepada pandangan awak" (iv) "Penting sangatkah?" dan (v) "Who, me?"
2) Anda tidak perlu meminta pendapat ikhlas lagi jujurnya mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memuji-muji yg awaklah kekasih @ gadis paling cun di dunia yang fana ini, kerana hakikatnya, bila terlihat ada perempuan yang asal ada rupa lalu di hadapannya, dia merenung terbeliak-beliak seperti air liur mahu jatuh meleleh.
3) Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang-rancang, kerana baginya, apa yang terjadi, biarlah takdir yg menentukan. Dan keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba memandai-mandai menjadi Miss Perfect Planner. Jika lelaki anda jenis ini, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4) Lelaki tidak suka dipaksa atau di ubah.
5) Lelaki yang kaki rokok mesti merokok se'pam' dua setiap kali selepas makan.
6) Setiap kali anda marah-marah atau naik angin dengan si dia, dalam kepala otaknya cuma ada satu; "Oh dia ni mesti kena sindrom PMS" walhal dia tidak sedar yang kita sebenarnya marah sebb perangai/ tingkahlakunya yg menyakitkan hati.
7) Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang pun, cuma sekejap saja dan dia cepat-cepat mahu menutup kes itu. Beberapa hari berikutnya - dia buat-buat lupa.
8) Ada tiga perkara yg boleh membuat lelaki stress (i) duit (ii) kuasa (iii) seks.
9) Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan-kawan atau familinya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar, juga satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10) Lelaki cuma suka lafazkan I LOVE YOU pada peringkat awal perhubungan. Lama-lama sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis signal supaya dia tak amnesia atau nyanyuk atau hilang ingatan yang dia masih dan perlu mencintai kita.
11) Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik banyak perhatian waktu berjalan bergandingan. Tetapi jika ada lelaki lain yg tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu, kerana katanya "Awak yang kuat melayan".
12) Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motor, topi keledar atau apa-apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13) Jangan kritik cara mereka berpakaian, cara mereka menyapu gel rambut atau cara mereka menyikat rambut.
14) Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan famili atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.