Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 12, 2004 20:54:26 GMT 8
sambungan
Waniat cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan
hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf
pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu
mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami
hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami
gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk
dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Wanita
cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan
dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah waniat cerdik yang berstategi
dalam menghadapi hidup.
Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh
orang lain, kemudian terlepas ketangan Rasulullah. Syaditina Aisyah
sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah bertunang dengan
orang lain. Ummu Salmah ( kedua cerdik ) pernah menjadi kepada isteri
kepada Abu Salamah. Zainab r.a sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan
isteri kepada anak angkat baginda, Zaid Bin Harisah. Begitulah dengan yang
lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda sebelum berkahwin dengan
Rasulullah. Setelah diamati dan dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkan
sebagi isteri.
Juwairiyah r.ha. adalah seorang tawanan perang. Sebelum dijadikan isteri
Rasulullah sudah terserlah kecerdikannya. Biasanya kalau sudah jadi tawanan, seorang itu akan bingung dan beku ( jadi bodoh ), tetapi tidak pada juwairiyah. Sebaliknya ia sanggup berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan, dibebaskan
dia dan keluarganya. Orang yang berjiwa tenang sahaja yang boleh membuat
begitu disaat orang lain gawat. Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan diperisterikan. Buakn panik dan takut hanya kerana seekor lipas!
Begitulah nilaian Rasulullah dalam memilih calon isteri. Bukan seperti kita
hari ini. Pilih calon kerana ada kelulusan universiti. Kononnya bijak boleh
melahirkan anak yang pintar. Tapi kebanyakan yang berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibu ayah dan mentua. Ibu ayah dan mentua
dijadikan hamba menjaga anak-anak mereka. Itupun ibu-ayah tidak sedar
kerana dikaburi dengan wang yang dihulurkan setiap bulan.
Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang up-to-date yang
berpakain ikut trend,make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen.
Boleh ikut suami dalam apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak
kekok bergaul dengan rakan-rakan suami. Itu yang diharapnya dijadikan
isteri. Hanya suami yang dayus sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton
oleh rakan-rakannya. Lelaki dayus tak akan masuk syurga, kata Allah. Itupun kita masih tidar sedar. Masih berkhayal dengan dunia yang bersifat
sementara.
Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-waniat cerdik sebagai
isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata.
Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang
cerdik dengan kecerdikannya dapat dapat membantu baginda dan perjuangan
Islam.