betul tu!tp nenek..tak mcm tu! ;D
Wanita Yang Menolak Perkahwinan ;DSepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita
Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan.
Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu
bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam
menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja
mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada
hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga
yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan
ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk
dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita
yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak
berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita
tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan
demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang
untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang
disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan
sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di
kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan
dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi
juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya
memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki
dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat
talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan
cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap
memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di
barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak
berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan
ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami
kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya
bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki.
Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula
dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan
menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat
melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga
mana-mana yang ia kehendaki."
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat
mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana
sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang
tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.
Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi
seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha
suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin
bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah
(berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan
anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga
malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70
orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika
memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi
wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan
diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang
tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan
dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan
wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan
lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat
pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi
wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia
akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan
yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui
pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari
segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang
beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul
fitnah dan kebinasaan.
Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab
baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah
besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-
payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti
kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai
seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau
suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk
syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat
diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah
menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah
naungan suami.
p/s: pjg sgt kan? ::)takpe kaum hawa bc tajuk dia pun dah mencukupi