|
Post by KomOt on Feb 12, 2004 15:35:07 GMT 8
adoii..ape la korang ni.. aku tanya berdasarkan tajuk thread ni la.. aiyoo..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 12, 2004 15:52:05 GMT 8
aiyoo...machaa...
atok pun tak faham ape yg komot ckp tu!
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Feb 12, 2004 21:41:35 GMT 8
aku nak tanyer...ape yg kaum adam dah buat utk hawe dlm thread ni ha...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 13, 2004 21:43:15 GMT 8
How do you show your man you really love him?
Well, here's what a man said about what they wish their woman would do to express her love :
Appreciate the things I do rather focussing on the things I don't do
Be my greatest supporter
Take more initiative to set up special times together
Accept my weaknesses and love me unconditionally
Allow me some time to myself
Express appreciation when I help you
Be spontaneous with hugs, kisses and saying "I Love You"
Give me a chance to drop my briefcase, say "hi" and relax before you give me your concerns and problems.
Cook my favourite meal
Greet me with a smile
Make a big deal about my birthday
Gently correct me in private rather than contradicting me in front of others
Just listen to me without assuming what I'm thinking or about to say
Don't intterupt
|
|
|
Post by enigma on Feb 13, 2004 21:43:32 GMT 8
aku nak tanyer...ape yg kaum adam dah buat utk hawe dlm thread ni ha... kaum hawa telah berbincang ttg mcm2 hal ttg kaum adam dlm thread ni....kalau nk tahu...preview la sume page yg ada dlm topik ni yer....
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 14, 2004 15:06:39 GMT 8
10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN ===================================
10. LELAKI YANG PRIHATIN - Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukanmasuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengarbegitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, biladah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduhyang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri t ak perasan..
9. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR - Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupunkurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.
8. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan tu bukankebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasanyang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki,kecuali tokey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.
7. LELAKI YANG BERHATI-HATI - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritik an terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye..apabila kaum perempuan itu memasak,mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan.Jadi..biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le... !!!
6. LELAKI YANG WANGI - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O; apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.
5. LELAKI YANG PEMURAH - Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.
4. LELAKI YANG TIDAK KISAH - Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masukdalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberikelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!
3. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU - Inilah ciri-ciri lelaki yangamat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan paduyang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabilamereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perutmereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan... !!
2. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN - Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanitapilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atauundian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiahterbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk... lebih baik... beralah kan..
1. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA - Inilah ciri lelak i yangmenjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensemdaripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.
ADA APA-APA PERBEZAAN Kalau anda tak terasa apa-apa mengikutic arta tersebut..janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah dilali, bebal atau kebal... Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN... . bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataankan... jadi... kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara kata... pun..ehsan Cik Tona jugak ni... iaitu mutiara kata yang berbunyi...
"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 18:50:23 GMT 8
kaum hawa telah berbincang ttg mcm2 hal ttg kaum adam dlm thread ni....kalau nk tahu...preview la sume page yg ada dlm topik ni yer.... betul tu..byk yg kami bualkan cuak..anda je yg tak slalu online..
|
|
|
Post by enigma on Feb 15, 2004 20:42:30 GMT 8
10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN 1. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA - Inilah ciri lelak i yangmenjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensemdaripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka. ni yg paling best ni..leh jadi queen controlll..... ;D ;D ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 15, 2004 20:59:26 GMT 8
ni yg paling best ni..leh jadi queen controlll..... ;D ;D ;D ingat,laki suke ke queen control!
|
|
|
Post by enigma on Feb 15, 2004 21:04:48 GMT 8
ingat,laki suke ke queen control! ingat tok....tahu lah diorang x suker... tp pompuan sebenarnya x patut jd queen control tu...tak elok.....
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 21:40:12 GMT 8
ingat tok....tahu lah diorang x suker... tp pompuan sebenarnya x patut jd queen control tu...tak elok..... saya x paham lah...naper kadang2 sesetengah perempuan suka jadi queen control?...cuba korang jelaskan....leh x?
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 16, 2004 1:44:48 GMT 8
ingat tok....tahu lah diorang x suker... tp pompuan sebenarnya x patut jd queen control tu...tak elok..... em..bagus!beruntung..sape yg kahwin dgn ko ni infinite...
|
|
|
Post by eat_theDay on Feb 16, 2004 9:25:30 GMT 8
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya
adalah seperti berikut:
LELAKI
1. Lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggong oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri,dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?
9. Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
10. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak
11. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Diakhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (maaf jika saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita... kan?
;D ;D ;D ;D
|
|
|
Post by enigma on Feb 16, 2004 11:19:22 GMT 8
DOA PILIH JODOH......
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagiaan antara kami... Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ke tepian yang sejahtera dan abadi... Maka jodohkanlah kami...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan... Dia bukan milikku... Bawalah dia jauh dari pandanganku... Luputkanlah dia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhan yang Maha Mengerti... Berikanlah kau kekuatan... Menolak bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja yang merah... Agarku sentiasa tenang... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta... Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buatku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku... Di dunia dan akhirat... Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini... Janganlah engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah... Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat... Dan peliharalah kami dari azab api neraka...
|
|
|
Post by enigma on Feb 16, 2004 11:27:50 GMT 8
saya x paham lah...naper kadang2 sesetengah perempuan suka jadi queen control?...cuba korang jelaskan....leh x? sbb nk mengontrol la en.strider oii... nk wat aper lagi....kalau dia dpt control lelaki@suaminya tu...maksudnyer dia bleh aturkan sume utk org tu...so...org tu takleh la nk lari dr pemantauan si 'queen ctrl' td tu.....tp mungkin jugak atas sbb sayang...... walau camna pon....kita tak patut wat camtu.....sume org ada hak ke atas diri memasing......dan org lain pon ada hak jugak kt diri kita.....
|
|