|
Post by KomOt on Aug 11, 2004 8:27:54 GMT 8
A'kum... Brother n sister... Apa citer? Leh tanya sk8~ ?? Apa nama bayi tuh? p/s: Semoga tandas kt cafe menjadi lebih selamat utk melabor~~ bayi mana ni?? ko jumpa dalam tandas cafe ke??
|
|
AjiQ™
New Student
Oit, Tumpang lalu ekk.... Nak sain...
Posts: 8
|
Post by AjiQ™ on Aug 16, 2004 15:09:24 GMT 8
Cafe? Ada org buang bayi kt sinun ke?
Ape citer ni? ada brader mana² yg main mmRo x? chaos server...
party... rouge... hunter... merchant... tank please...
paham ke aku citer apa? nak sain...
|
|
|
Post by KomOt on Aug 17, 2004 4:12:24 GMT 8
best ke game ragnarok?? mcm bosan je aku tgk..tp aku suka tgk karekter dia..comel2 je..
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 19, 2004 12:23:57 GMT 8
A'kum... Brother n sister... Apa citer? Leh tanya sk8~ ?? Apa nama bayi tuh? p/s: Semoga tandas kt cafe menjadi lebih selamat utk melabor~~ bayi?tak tau lak atok..pages mane ni?
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 19, 2004 12:25:57 GMT 8
Cafe? Ada org buang bayi kt sinun ke? Ape citer ni? ada brader mana² yg main mmRo x? chaos server... party... rouge... hunter... merchant... tank please... paham ke aku citer apa? nak sain... tak fhm..
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 19, 2004 12:27:37 GMT 8
best ke game ragnarok?? mcm bosan je aku tgk..tp aku suka tgk karekter dia..comel2 je.. sbb..sumenye kerektor die nampak pendek2...
|
|
|
Post by john on Aug 20, 2004 9:25:10 GMT 8
sbb..sumenye kerektor die nampak pendek2... sume karaktor dia tak cukup vitamin kot... misti diorg tak suka makan sayur..
|
|
|
Post by KomOt on Aug 24, 2004 3:55:20 GMT 8
karekter dia pn asyik lawan resaksa je..resakse bantut cam karekter tu gak..
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 25, 2004 14:06:06 GMT 8
sume karaktor dia tak cukup vitamin kot... misti diorg tak suka makan sayur.. heheh..mungkin betulk..dan mungkin tidak gak..ade kalanye disbbkan keturunan..
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 25, 2004 14:07:19 GMT 8
karekter dia pn asyik lawan resaksa je..resakse bantut cam karekter tu gak.. dikirekan adil la...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 4:47:53 GMT 8
Benda halus conteng buku
Oleh HAMID KARIM
“Siapa punya kerja ni?” Mahu juga naik angin dibuatnya Seman bila melihat buku catatan kerjanya hari itu sudah siap ditulis orang lain. Hatinya makin panas bila melihat tulisan yang tercatat itu seperti satu cakaran berbentuk tulisan Jepun. Langsung tidak boleh dibacanya!
“Kalau bukan kawan sendiri, siapa lagi?” matanya menjegil memandang Khalid dan Omar.
“Janganlah buat macam ni! Nanti bos bising, aku nak jawab apa?” Memang Seman menyangkakan perbuatan itu dilakukan dua rakannya yang sentiasa bersama ketika menjalankan tugas di dalam hutan.
Namun, akhirnya Seman keliru dan berasakan ada sesuatu yang pelik berlaku apabila kedua-dua kawannya bersungguh-sungguh menafikan.
Kata Omar: “Aku kalau nak bergurau, tak kan sampai buku catatan kerja nak aku usik!”
Jawap Khalid: “Tak kan aku nak tutup periuk nasi kawan!”
Akhirnya Seman bingung. Sewaktu rehat makan tengah hari di luar khemah, kepalanya asyik memikirkan kejadian itu.
Sudahlah dia terpaksa menjawab kerana buku itu akan diperiksa oleh bosnya setiap bulan, tulisan yang tertera pada halaman buku kerjanya itu pula sukar sangat untuk dibaca.
Bagi orang lain, mungkin tidak mengapa jika buku catatan kerjanya ditulis sesuka hati. Namun, tidak bagi Seman, Khalid atau Omar yang bekerja sebagai pengawas hutan.
Buku catatan itu penting dan perlu diisi mengikut format ditetapkan kerana ia mengandungi maklumat mengenai pertumbuhan pokok serta jenis atau spesies pokok hutan yang dicatat dari minggu ke minggu.
Bila buku catatan Seman tiba-tiba saja tertulis beberapa perenggan yang sukar dibacanya, tentu Seman ada sebab untuk marah.
Soalnya, catatan pada buku kerjanya itu angkara siapa! Resah seman tidak terjawab.
Malam itu, mereka bertiga duduk bersidang di dalam khemah melepaskan penat. Sempat juga mereka berbual, terutama mengenai catatan atau cakaran yang menimbulkan tanda tanya Seman sebelum itu.
“Tengok buku kau tu!” Omar akhirnya meminta untuk meneliti semula catatan yang sukar dibaca pada buku kerja Seman.
“Pelik ya!” dia sendiri menggelengkan kepala ketika meneliti tulisan itu dalam khemah yang diterangi cahaya lampu kalimantang berkuasa bateri. “Tak faham aku! Macam tulisan Jepun!”
Khalid pula tumpang menjenguk, memerhatikan. “Betullah. Macam tulisan Jepun!” bisiknya. Ketika itu Seman tidak berkata apa-apa kerana dirinya terganggu dengan kejadian pelik yang menimpanya.
Lewat malam, akhirnya mereka terlena. Awal pagi selepas siap bersarapan, ketiga-tiga pengawas hutan itu yang bersenjatakan dua laras senapang patah meninggalkan khemah untuk ke puncak bukit.
Mereka mahu mencatatkan nama spesies baru pucuk paku yang dikatakan banyak tumbuh sejak kebelakangan ini berdasarkan penyelidikan sepasukan pensyarah dan penuntut sebuah universiti.
Bagaimanapun, baru beberapa tapak melangkah, Khalid bersuara. “Hei... tengok senapang tu,” tangannya terus menarik senapang yang disandang pada bahu Omar.
“Ini tanda apa ni?”
Seman dan Omar terlopong. Pelik lagi. Tulisan warna putih tertulis pada laras besi senapang seperti nombor rujukan.
Bontot senapang
“Ini macam tulisan Jepun. Nombor rujukan biasanya ditulis pada bontot senapang!”
Memang kejadian itu mengganggu mereka. Semalamnya buku catatan kerja harian Seman kena tulis, sebelah paginya tulisan pada laras senapang pula dikesan.
“Kau dah tengok peta belum?” tiba-tiba Omar teringatkan sesuatu.
Seman bergegas membuka lipatan peta dari saku seluarnya. “Ini ha... ada apa?” soalnya hairan.
Omar dan Khalid memerhatikan peta, terutama kedudukan grid lokasi mereka ketika itu. Lama mereka memerhatikan. Kemudian baru Omar memberitahu sesuatu.
“Baru aku ingat. Kawasan ni dulu tempat kubu Jepun menyimpan senjata!” Seman dan Khalid terlopong.
Baru mereka teringatkan sesuatu. Mungkin juga kejadian buku catatannya ditulis dengan tulisan Jepun ada kaitan dengan sejarah lampau hutan tempat mereka bertugas.
Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam bidang kerja penyelidikan flora di hutan negara ini, mereka tidak terlalu memikirkan hal itu. Menyedari segala-galanya berlaku atas kuasa Allah, Seman menasihatkan kawan-kawanya membaca surah Al-Ikhlas.
“Malam nanti kita baca surah Yassin dalam khemah!” cadangnya dan Omar serta Khalid cepat mengangguk.
“Aku ingat buku kerja aku tu pun dicakar orang sama!”
“Orang apa?” tanya Khalid.
“Orang halus!” bisik Omar.
Walaupun sebelum ini mereka sering berdepan pelbagai kejadian pelik seperti khemah dikelilingi binatang buas, namun mereka bersyukur kerana setiap kali selepas membaca surah Yassin, masalah mereka tidak berpanjangan.
Begitu juga dengan kejadian buku dicakar dengan tulisan Jepun. Masalah itu tidak berpanjangan dan ia selesai selepas mereka membaca Yassin beramai-ramai di dalam khemah malam keesokannya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 4:48:52 GMT 8
Lelaki berjanggut bakar ikan di sungai
Oleh SABARUDDIN ABD GHANI am@hmetro.com.my
BAKAR ikan sambil memancing pada waktu malam menjadi hobi Zubir. Sungai Kelabah berhampiran rumahnya dijadikan lokasi kegiatan yang diminatnya. Ibunya sudah lali dengan tabiat Zubir. Ikan yang diperolehi jarang dibawa pulang. Rakan sebayanya, Manan dan Busu, menjadi teman setia meredah tebing sungai meninjau lubuk ikan. Apabila dapat, sama ada kecil atau besar dibakar dan kenduri sakan meratahnya.
“Manan... macam biasa, malam ini jangan lupa. Kita balik lambat sikit. Aku yakin kali ini kita boleh dapat banyak ikan.
“Air asam jangan lupa bawa. Tanpa bahan itu, tidak rancaklah meratah ikan bakar. Tugas membakar serahkan pada aku,” bersungguh-sungguh Zubir menaikkan semangat Manan dan Busu.
Sungai itu yang belum tercemar berpenghunikan pelbagai spesies hidupan air tawar membuatkan Zubir kecanduan menjejak lubuk yang jarang mengecewakannya.
Setiap kali lokasi diuji, hasil yang diperolehi berbaloi. Kaloi, baung dan lampam alah pada jorannya yang sudah serasi dengan sungai berkenaan.
Bukan tidak terniat membawa ikan pulang, tetapi lupa segalanya apabila dibakar. Apatah lagi dicecah dengan air asam. Tak kuasa toleh kiri dan kanan, asyik meratah.
Malam itu, Zubir mendahului Manan dan Busu. Dua kaloi sebesar dua tapak tangan berjaya dijinakkan dengan hanya mengambil masa setengah jam. Tidak lama selepas itu, barulah rezeki memihak dua rakannya.
Manan dan Busu masing-masing memperoleh tiga baung dan dua lampam. Belum masanya untuk dibakar, joran terus diberi mandat memerangkap mangsa. Kebiasaannya ‘kenduri’ ikan bakar dibuat pada waktu tengah malam.
Suasana sungai berkenaan diterangi lampu jalan raya di kejauhan tidak membimbangkan mereka berpesta menikmati ikan bakar hingga larut malam.
“Apa tunggu lagi. Bara api dah menyala. Zubir, mulakan tugas. Kawan kita ni dah meleleh air liur terbayangkan ikan bakar,” sindir Manan melihatkan Busu yang tidak jemu menyiang ikan.
“Okey... semua ikan ini mesti dibakar. Kita makan puas-puas! Kalau siapa berasa hendak melepas, pergi buang nanti selera tak tergencat,” balas Zubir.
“Zubir, aku bawa pulang sekor boleh tak? Emak aku pesan supaya bawa balik seekor yang dibakar. Kesian dia,” celah Busu.
Zubir tersenyum sambil angguk kepala tanda setuju. Dia terus menumpukan tugas supaya ikan yang dibakar tidak rentung. Seleranya makin memuncak.
Lebih kurang setengah jam, ikan siap dibakar. Seekor demi seekor isi ikan terlerai dari tulang. Air asam memain fungsi pembuka selera tiga sahabat itu.
Tiba-tiba, Busu berasa perutnya meragam. Dia memberitahu Zubir dan Manan hendak melepas. Secara tergesa-gesa Busu menyelinap meredah semak untuk menunaikan hajatnya.
Setelah selesai ‘melabur’ Busu kembali ke tempat mereka membakar ikan. Zubir dan Manan tersandar kekenyangan pada sebatang pokok. Dua kaloi yang belum terusik menunggu Busu untuk diratah.
Sambil merobek-robekkan isi ikan itu, Busu memberitahu sesuatu: “Kamu percaya tak kalau aku beritahu sesuatu? Wak Seman pun bakar ikan tidak jauh dari tempat aku melepas tadi.
“Ketika aku hampirinya, dia asyik meratah ikan. Aku acah nak tumpang sekaki, tapi orang tua itu buat bodoh aje. Pelawa tidak, cakap pun tidak.
“Aku nampak dua baung sebesar lenggan terpanggang di atas bara api. Terasa nak sambar ikan itu, tapi bimbang aku disepaknya.”
“Biar betul... setahu aku, orang tua itu tidak pernah memancing. Buang tabiat ke?” balas Manan.
“Betul kata Manan, kamu jangan bohong, Busu. Nampak lubuk tu? Nanti naya aje minum air,” celah Zubir pula.
“Ya Allah, selama ini aku pernah bohong ke? Kalau tak percaya, jom kita tengok,” Busu meninggikan suara kerana rakannya tidak percaya apa yang dicerita.
Zubir dan Manan membisu. Dibiarkan Busu menyental ikan sepuas-puasnya. Berselera sungguh Busu hinggakan isi ikan yang terlekat di jari dijilatnya.
Larut malam
Ketika menyusuri tebing untuk pulang, mereka tidak ternampak Wak Seman membakar ikan. Puas disuluh di merata tempat, kesan bakar ikan pun tidak ada.
Oleh kerana waktu sudah larut malam, mereka meninggalkan sungai itu untuk pulang. Dalam perjalanan, Busu beriya-riya mengatakan dia nampak Wak Seman membakar dan meratah ikan.
“Wak... Jangan marah, malam tadi memancing ke? Tak pelawa saya pun makan ikan bakar bersama. Makan sorang-sorang aje,” Busu cuba menduga.
“Eh Busu, kamu jangan merepeklah! Bergurau biar bertempat. Malam tadi aku di masjid dengar ceramah agama,” berderau darah Busu apabila mendengar penjelasan Wak Seman. Dalam hatinya tertanya-tanya siapa membakar ikan malam itu.
“Betul Wak, saya nampak Wak bakar ikan tidak jauh dari tempat kami memancing malam tadi. Saya tidak bergurau,” Busu cuba meyakinkan orang tua itu. Zubir dan Manan berpandangan sesama sendiri.
“Dengar sini, beberapa tahun lalu wak pernah terserempak seorang lelaki tua di sungai itu. Apabila dihampiri, dia semakin jauh, seolah-olah ingin mengajak saya ke suatu tempat,” tiga rakan karib terbabit terlopong mendengar cerita Wak Seman.
Pertemuan mereka dengan Wak Seman pada petang itu tidak lama. Zubir mengajak Busu dan Manan pulang setelah yakin dengan penjelasan orang tua berusia 70 tahun itu.
Siapa sebenarnya lelaki menyerupai Wak Seman membakar ikan pada malam itu? Fikiran tiga sahabat terbabit bercelaru memikirkannya. Tidak patut menafikan cerita Busu. Busu tidak pernah berbohong!
Seminggu selepas itu, heboh orang bercerita di kedai kopi mengenai lelaki tua membakar ikan di sungai berkenaan.
Jusof yang entah macam mana tergerak memancing pada suatu malam terserempak lelaki itu.
“Aku tidak bohong! Aku nampak seorang lelaki berjanggut makan ikan bakar di tebing sungai itu. Yang menghairankan, joran dan jala tidak ada. Cara dia dapat ikan, aku tidak tahu.
“Tegak bulu roma aku melihatnya. Aku segera pulang tanpa sempat melabuhkan joran,” beberapa pelanggan yang minum kopi di warung Haji Dollah petang itu termangu mendengar cerita Jusof.
Bagaimanapun, bagi kaki pancing yang kemaruk, mereka tidak menghiraukan kisah itu. Sungai itu terus diredah. Namun, cuma haruan dan puyu mampu dijinakkan.
Ke mana menghilangnya baung, kaloi dan lampam? Zubir agak terkejut mendengar perkembangan terbaharu sungai berkenaan. Walau apa pun, dia akur dengan kuasa Tuhan. Dialah Maha berkuasa menentukan segalanya!
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 5:15:39 GMT 8
.:: KIsaH BudaK & PoLis ::.
cite ni berlaku di satu jln yg sunyi.... seorg budak lelaki berdiri di tepi jalan utk pulang ke rumahnye selepas tamat waktu sekolah.... hampir 1/2 jam budak tuh berdiri kat tepi jln tuh... tetiba,lalu sorg tok misai (anggota polis)....terpandanglah tok misai kat budak tu yg dok berdiri kat tepi jln tuh... tok misai pun mendekati budak tuh...nak tahu apa pasal budak tuh berdiri kat situ sorg2...
tok misai : kenapa adik berdiri kat tepi jln nih?kenapa tak balik rumah lagi? budak : saya dah lama berdiri kat tepi jln nih nak balik rumah... tok misai : abis tu,apsal tak balik lagi?knape berdiri je kat tepi jln nih..? budak : ayah saya pesan,kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu lepas tuh baru boleh melintas kalau tak nanti kereta langgar kite.Tapi,dah lama saya berdiri kat tepi jalan ni takde satu kereta pun yg lalu.Macam mana saya nak balik umah? tok misai pun terbenganglah skejap...nak gelak ada,nak ketawa pun ada...
|
|
|
Post by KomOt on Sept 20, 2004 9:29:47 GMT 8
.:: KIsaH BudaK & PoLis ::. cite ni berlaku di satu jln yg sunyi.... seorg budak lelaki berdiri di tepi jalan utk pulang ke rumahnye selepas tamat waktu sekolah.... hampir 1/2 jam budak tuh berdiri kat tepi jln tuh... tetiba,lalu sorg tok misai (anggota polis)....terpandanglah tok misai kat budak tu yg dok berdiri kat tepi jln tuh... tok misai pun mendekati budak tuh...nak tahu apa pasal budak tuh berdiri kat situ sorg2... tok misai : kenapa adik berdiri kat tepi jln nih?kenapa tak balik rumah lagi? budak : saya dah lama berdiri kat tepi jln nih nak balik rumah... tok misai : abis tu,apsal tak balik lagi?knape berdiri je kat tepi jln nih..? budak : ayah saya pesan,kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu lepas tuh baru boleh melintas kalau tak nanti kereta langgar kite.Tapi,dah lama saya berdiri kat tepi jalan ni takde satu kereta pun yg lalu.Macam mana saya nak balik umah? tok misai pun terbenganglah skejap...nak gelak ada,nak ketawa pun ada... kn dh post..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:40:52 GMT 8
|
|