|
Post by atokENSEM on Feb 28, 2004 19:13:26 GMT 8
samalah atok.... mane dpt ni? atok dpt dr laman web org lain..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 10, 2004 2:14:26 GMT 8
ragam manusia..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 14, 2004 2:53:37 GMT 8
|
|
|
Post by KomOt on Apr 15, 2004 17:59:53 GMT 8
Kisah seorang bayi berusia enam bulan yang masih hidup dengan hanya menghisap susu mayat ibunya selama 10 hari terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi pada 27 Disember lalu menggemparkan penduduk di Bam,Iran. Peristiwa yang meyayat hati dan dianggap luar biasa ini diceritakan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jengka,Pahang ketika mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Iran baru2 ini untuk melihat sendiri kesan akibat gempa bumi yang mengorbankan lebih 40,000 nyawa penduduk Bam. Menurut Tuan Ibrahim apa yang menggemparkan penduduk di situ pada mulanya mereka menyangkakan mayat bayi bersama ibunya yang dijumpai selepas kerja2 menyelamatkan dijalankan pada hari ke-10 akibat bencana itu,tetapi ketika diangkat bayi itu rupanya masih bernyawa sambil mulutnya menghisap susu ibunya yang sudah meninggal dunia.Alangkah ajaibnya kejadian yang hendak ditunjukkan Allah Taala yang berkuasa menentukan ajal seseorang hamba itu.
Dia berkata: Sepatutnya pada tempoh itu susu ibu itu sudah lama kering selepas dia mati tetapi ketika bayi yang hidup itu diangkat keluar susu dari payudara ibunya masih mengalir.Sebaik saja megetahui cerita itu daripada rakan saya di Bam tanpa disedari air mata saya menitis mengenangkan nasib bayi itu.Kami dibawa melawat tempat kejadian oleh Setiausaha Agung Pembebasan Palestin(PLO)yang mengiringi saya bersama Ahli Parlimen Kuala Kedah,Mohammad Sabu dan beberapa rakan lain. Percaya dengan tidak apabila saya mendengar kisah mengenai kejadian aneh itu tetapi kuasa Allah ajal dan maut semuanya di tangan Allah,ujarnya. Tambahnya,kalau mengikut adat,bayi itu sudah lama mati bersama ibunya tetapi apa yang nyata masih terselamat bahkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk walaupun dihempap dengan runtuhan bangunan.
Kisah bayi dan perempuan tua sesungguhnya memberi iktibar betapa manusia wajib mempercayai kekuasaan Allah Yang Maha Besar yang mampu melakukan sesuatu perkara luar biasa yang dekehendaki-Nya,katanya Sepanjang berada di bumi Bam itu dia berkesempatan melihat beberapa lagi kejadian pelik di mana Zaibul Zaman yang berdiri gagah tanpa sedikitpun terjejas akibat gempa itu.Di sebaliknya bangunan2 lain yang berada di sekitarnya semuanya ranap menyembah bumi.Begitu juga dengan pokok2 kurma dan limau serta tiang elektrik yang tidak terjejas dalam kejadian yang dasyat itu.Beberapa kejadian pelik itu sungguh menginsafkan saya selama saya berada di bumi Bam.Manakala rakyatnya yang masih hidup nampak tenang dan tidak pun merungut dengan apa yang menimpa mereka,katanya.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 15, 2004 18:11:14 GMT 8
Sepanjang berada di bumi Bam itu dia berkesempatan melihat beberapa lagi kejadian pelik di mana Zaibul Zaman yang berdiri gagah tanpa sedikitpun terjejas akibat gempa itu.Di sebaliknya bangunan2 lain yang berada di sekitarnya semuanya ranap menyembah bumi.Begitu juga dengan pokok2 kurma dan limau serta tiang elektrik yang tidak terjejas dalam kejadian yang dasyat itu.Beberapa kejadian pelik itu sungguh menginsafkan saya selama saya berada di bumi Bam.Manakala rakyatnya yang masih hidup nampak tenang dan tidak pun merungut dengan apa yang menimpa mereka,katanya. subhanallah...memang ajaib...Zaibul Zaman tue aper komot?...nama masjid ke? ...
|
|
|
Post by KomOt on Apr 15, 2004 23:24:55 GMT 8
ye kot..aku rasa nama masjid tu la..kn ade org post kn gambar masjid tu..ko penah tgk kn??
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 16, 2004 0:59:53 GMT 8
ye kot..aku rasa nama masjid tu la..kn ade org post kn gambar masjid tu..ko penah tgk kn?? gambar masjid tue kat thread maner? ...aku lum tgk lagi...
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 16, 2004 4:44:42 GMT 8
Kisah seorang bayi berusia enam bulan yang masih hidup dengan hanya menghisap susu mayat ibunya selama 10 hari terperangkap dalam runtuhan bangunan akibat gempa bumi pada 27 Disember lalu menggemparkan penduduk di Bam,Iran. Peristiwa yang meyayat hati dan dianggap luar biasa ini diceritakan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jengka,Pahang ketika mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Iran baru2 ini untuk melihat sendiri kesan akibat gempa bumi yang mengorbankan lebih 40,000 nyawa penduduk Bam. Menurut Tuan Ibrahim apa yang menggemparkan penduduk di situ pada mulanya mereka menyangkakan mayat bayi bersama ibunya yang dijumpai selepas kerja2 menyelamatkan dijalankan pada hari ke-10 akibat bencana itu,tetapi ketika diangkat bayi itu rupanya masih bernyawa sambil mulutnya menghisap susu ibunya yang sudah meninggal dunia.Alangkah ajaibnya kejadian yang hendak ditunjukkan Allah Taala yang berkuasa menentukan ajal seseorang hamba itu. Dia berkata: Sepatutnya pada tempoh itu susu ibu itu sudah lama kering selepas dia mati tetapi ketika bayi yang hidup itu diangkat keluar susu dari payudara ibunya masih mengalir.Sebaik saja megetahui cerita itu daripada rakan saya di Bam tanpa disedari air mata saya menitis mengenangkan nasib bayi itu.Kami dibawa melawat tempat kejadian oleh Setiausaha Agung Pembebasan Palestin(PLO)yang mengiringi saya bersama Ahli Parlimen Kuala Kedah,Mohammad Sabu dan beberapa rakan lain. Percaya dengan tidak apabila saya mendengar kisah mengenai kejadian aneh itu tetapi kuasa Allah ajal dan maut semuanya di tangan Allah,ujarnya. Tambahnya,kalau mengikut adat,bayi itu sudah lama mati bersama ibunya tetapi apa yang nyata masih terselamat bahkan tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk walaupun dihempap dengan runtuhan bangunan. Kisah bayi dan perempuan tua sesungguhnya memberi iktibar betapa manusia wajib mempercayai kekuasaan Allah Yang Maha Besar yang mampu melakukan sesuatu perkara luar biasa yang dekehendaki-Nya,katanya Sepanjang berada di bumi Bam itu dia berkesempatan melihat beberapa lagi kejadian pelik di mana Zaibul Zaman yang berdiri gagah tanpa sedikitpun terjejas akibat gempa itu.Di sebaliknya bangunan2 lain yang berada di sekitarnya semuanya ranap menyembah bumi.Begitu juga dengan pokok2 kurma dan limau serta tiang elektrik yang tidak terjejas dalam kejadian yang dasyat itu.Beberapa kejadian pelik itu sungguh menginsafkan saya selama saya berada di bumi Bam.Manakala rakyatnya yang masih hidup nampak tenang dan tidak pun merungut dengan apa yang menimpa mereka,katanya. cite ni tak penoh..nanti atok postkan yg penoh!
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 16, 2004 4:48:14 GMT 8
subhanallah...memang ajaib...Zaibul Zaman tue aper komot?...nama masjid ke? ... tulah bukti kuasa allah s.w.t
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 4:45:54 GMT 8
Janganlah kamu mencari kemasyhuran Allah berfirman:"Orang yang mencari kemasyhuran dalam pekerjaannya,samalah ia dengan orang membawa air di bahunya ke gunung,penat dan letihnya yang di capainya,tapi usahanya tidak diterima sedikit pun,setiap kali ia bersatu bersama air,ia tidak menjadi lunak. "Wahai manusia,ketahuilah bahawa Aku tidak menerima amal apapun kecuali di lakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Aku,maka berbahagialah orang-orang yang ikhlas." "Wahai manusia,apabila engkau melihat si fakir datang kepadamu,maka ucapkanlah:Selamat datang syiar orang-orang yang salih,dan apabila orang-orang kaya datang kepadamu,maka ucapkanlah:Inilah dosa-dosa yang segera membawa malapetaka,dan apabila engkau melihat tetamu di tahan di suatu tempat,maka ucapkanlah:Aku berlindung kepada Allah daripada angkara syaitan yang kena rejam.
:Wahai manusia,harta adalah bagiKu dan engkau adalah hambaMu,manakala tetamu itu adalah perutusanKu,tidakkah engkau takut bahawa Aku mencabut nikmatKu semula?Rezeki itu adalah rezeki kepunyaanKU,syukur adalah kepunyaanmu dan manfaatnya akan kembali kepadamu,tidakkah engkau ingin memuji Aku atas apa yang aku kurniakan kepadamu?" "Wahai manusia ada tiga perkara yang wajib atas engkau:zakat hartamu,menghubungkan silaturrahim dan mengurus keluarga dan tetamumu.Selagi engkau tidak melaksanakan kewajipan tersebut,maka Aku akan menjadikanmu sebagai seksa bagi seluruh alam" "Wahai manusia,jika engkau tidak menjaga hak jiran dan tetanggamu sebagaimana engkau menjaga hak keluargamu,Aku tidak akan memandangmu,Aku tidak menerima amalanmu dan tidak akan memperkenankan doamu." "Wahai manusia,janganlah engkau berserah kepada makhluk yang seperti engkau,supaya tidak Kuserahkan engkau kepadanya" "Dan janganlah pula menyombong serta berbesar diri kepada makhlukKu kerana sesungguhnya awal kejadianmu ialah setitis air mani,kemudian Aku keluarkanlah engkau melalui tempat keluarnya air kencing,berasal daripada tulang sulbi dan belikat. "Janganlah engkau memandang kepada barang yang di haramkan atas engkau,kerana sesungguhnya yang mula-mula di makan ulat daripada jasadmu ialah kedua-dua matamu" :Ketahuilah bahwasanya engkau akan di hisab atas pandangan dan rasa suka itu,Ingatlah akan tempatmu kelak di hadapanku.Sesungguhnya aku tidak akan lalai atau lupa daripada tempat tidurmu walau sekelip mata.Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui isi semua hati".
- Hadis Qudsi
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 4:47:29 GMT 8
10 amalan yang terbalik Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 19, 2004 10:39:00 GMT 8
gambar masjid tue kat thread maner? ...aku lum tgk lagi... eh,aku tak pasti la encik strider..cuba ko tanya kt atok..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 19, 2004 10:39:24 GMT 8
cite ni tak penoh..nanti atok postkan yg penoh! bila atok nk post??
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 19, 2004 23:05:22 GMT 8
eh,aku tak pasti la encik strider..cuba ko tanya kt atok.. aku nak tanya kat atok laa nie...atok, gambar masjid tue kat thread maner? ...
|
|
|
Post by KomOt on Apr 19, 2004 23:47:22 GMT 8
emm,atok buat tak tau je..jom la kita main kt tempat lain..
|
|